Friday, April 29, 2011
Quickies #11
DAY 11
(28/4/2011)
Salam.
Short update for today.
Bangun seperti biasa. Aktiviti seperti biasa – tonton tv, main dengan izzuddin dan membantu membuat kerja rumah sedikit. Menonton marimar seperti biasa. EHEH semuanya biasa dan tiada yang luar biasa.
Hei, siapa cakap tiada yang luar biasa?
Mesti ada. Orang yang berjaya adalah orang biasa yang berusaha secara luar biasa. Nampak kepentingan luar biasa di situ? Tetiba.
Stop rambling, let's straight to the point.
Apa yang luar biasanya? Ce kabor sikit. Ok, yang luar biasanya aku buat egg sandwich untuk minum petang hari ni. So, apa yang luar biasa?
Pertama: egg sandwich orang buat untuk minum petang ke? Ishhh..tak tak.kalau ada pon jarang. So, fenomena ni luar biasa.
Kedua: sebab aku yang buat, lagilah luar biasa HAHA
Bukannya susah mana pon kan. Telur dengan mayo ada dalam fridge, roti pon cukup, majerin pon tersedia. So kita pom pang pom pang kat dapur maka jadilah sandwich telur. Betapalah aku mengerah tenaga merebus melecek telur siap hiris timun bagai, boleh pulak tak laku? Punya sedap kot! extra mayo lagi!
Budak budak ni makan satu je dan cakap
"along, kurang best lah"
Oh sentap T_T
Rupa rupanya, mama cakap diorang ni anti sikit telur rebus, especially telur kuning rebus. That's why awal awal tu mama cakap goreng lah, tak payah rebus. Menyesal tak ikut cakap T_T
Sebenarnya rasa sedap saje lagi sedap dari beli kat R&R tu AHA puji diri sendiri. Aku cakap kat diorang
"along duduk hostel manalah nak boleh mewah mewah nak goreng telur bagai. Ada heater je, so boleh rebus telur je la …"
Bila tanya izzuddin sedap ke tak, dia jawab tak tau dengan menundukkan muka. HAHA. Tahap serba salah yang ketara.
Nampak sangat kalau aku yang masak mesti ala ala hostel punya. Tapi, hostel 5 bintang punya maka tak perlu risau KUIKUIKUI
Hanim balik by the way, so ada geng weehhooo!!! Walaupun untuk 3 hari saja. Oh sudah lama tidak bergosip dengan beliau. Esok ( hari ni actually) angah pulak balik. YES! Sudah pesan dekat dia novel hlovate. Tak sabar!
Lewat petang tadi sembang dengan mama pasal kecantikan. Cewah. Dah bertekad nak pergi sauna dan facial EHEM. Tapi kena tengok dulu keadaan kewangan, kalau tak kita kena buat pinjaman mintak dekat abah HEHEHE
Aktiviti malam – macam biasa jugak. Hari ni start tengok cerita General Hospital 2. Cha Tae Hyun memang comel! Baru sampai episode 2 sebab disuruh pergi tidur oleh abah. Aku dengan kakak baru je syok syok layan dekat tv. Esok pagi harus sambung lagi!
p/s: mahu kerja tapi malas nak cari. Guane tu? -_-"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment