Wednesday, April 6, 2011

The B-Day


Salam and hi people!!



Long time no see kan? Sungguh malas untuk update blog sebab aku tau bukannya ramai sangat yang ambik pusing apa yang terjadi dengan blog aku. Even aku as the owner pon buat dek je kan. HAHA. Kesian gila dekat blog. T__T

Ok,semangat gila kot lepas subuh terus on laptop taip blog pada hari ini. bukankah ini menunjukkan satu kemajuan? Heh heh heh *kembang hidung* (sedangkan sebab kena tunggu washing machine sampai pukul 8 HAHA)

Tapi memang nak update blog pon sebab aku sebenarnya nak umumkan ini:


 
" now I'm officially 21 people!!"

 

Lepas masuknya tarikh 5/4/2011.


 

Wow!!susah nak percaya! Sebab tak nampak pon perubahan tiba tiba dah 21. And the feeling- susah nak describe. Rasa tua maybe?HAHA please don't sebab ramai saje yang lebih tua di sekeliling. Mungkin aku patut rasa ini – sudah boleh kahwin mungkin? HAHAHA please please not now, jangan buat abah dan mama tersedak di rumah.


 

Ok abaikan tentang rasa. Actually nak cerita kat sini pada hari ini bagaimana aku spend my B-day. Ok, elok je masuk pukul 12, aku terus change mode fon jadi silent. Takut mengganggu aku dan jugak roommates study. Untuk elakkan bunyi mesej dan deringan calls yang mungkin akan mencurah curah ke ladang gandum. Ceyh bajet macam banyak sangat mesej dan calls yang bakal masuk kan.tapi,hakikatnya memang begitu.


 

The first to wish, Asma.wah, serius dia tunjuk perubahan yang besar dengan call aku pada birthday kali ini. tepat pukul 12 pulak tu!terharu sangat! And then jibah menyusul, with a card pulak tu! I'm not expecting anything. Sebab kami berdua sudah hampir "broke" walaupun instinct untuk outing masih membara KAHKAHKAH My lovely twin anna came later and with a handmade card! I'm so touched my dear twin! U can't never imagine my feelings at that time! Sudah cukup membuat aku terharu lagi skali dan energized me back untuk terus study. lepas tu dapat wish dari kak nisah,my roommate sorang lagi, mesej dari dian dan sanab, call dari angah mesej dari tikah dan bla bla bla ramai sangat kalau nak list aku rasa entri ni akan end up dengan senarai pen"wish"(?) je lah.



Mind you, aku kena jawab exam biochem di hari yang berbahagia ni. Perfect timing kot! Kind a sad lah masa awal awal dapat tau hal ni, but later I realized, menjawab exam pada hari lahir is a bless you know! Pada hari tersebut kita akan mendapat banyak doa dari ramai orang dan semuanya mendoakan yang terbaik untuk kita. I tried to think positive. Ye lah, bila semua dah macam


 

"kesiannya kena jawab exam masa birthday.."

"birthday fana masa exam biochem!sedihnya!"

I know I've to neutralize the feeling.


 

At first aku pon macam tu, tapi malam sebelum birthday aku, aku ada terfikir pasal ni. Kenapa nak sedih? I tried to find the answer for that question, mungkin sebab tak boleh keluar sambut dekat luar dari pagi sampai malam? Eh, that's so not me. Plus sini tak de tempat menarik untuk pergi menyambut birthday secara seharian. Dan before ni pon aku tak pernah pergi sambut birthday secara begitu. Berfikir berfikir berfikir sambil baca notes biochem. HAHA.


 

Sebelum sambung cerita. Layan dulu gambar gambar ni, all cards I got yesterday, walaupun tak banyak, these two cards really made my day.


From jibah. She knows how I love carrot juice so much!(eh,ada kaitan ke?)

a hand made card from Anna. Tak tahan ok wish dua dua orang lebih kurang sama.

love ya!!

 
------------------------------------------------------------

 

 

Kebetulan tengah teringin nak makan kfc, tengah tengah study biochem terus terjah kompatmen jibah dengan terburu buru just untuk cakap ni


 

"jibah jibah esok petang kita pergi makan kfc tau tau aku serius teringin nak makan kfc hehehehe"(this was spoken before u gave me the card,twin. macam tahu tahu je dia ni kan)


 

Lepas tu sambung study sampai pukul 4.30 walaupun dalam otak 0.000001 percent tengah fikir " how should I celebrate my birthday?" HAHA

Mesti akan ada jugak kan tipulah kalau cakap tak terfikir pon pasal ni.

Tidur, bangun dan pergi jawab exam pada pukul 9 pagi. Pagi tu dapat mesej dari anim, my little sister. Terharu sangat dia sempat lagi cari masa dalam pukul 6.40 pagi walaupun mesej dia cakap "you are born in the zoo" -_-" around 8.35 pagi mesej abah pulak sampai. Terharu lagi skali. Before ni abah bagitau dalam emel bila balik nanti akan ada hadiah special. Tak sabar nak balik!


 

Dalam perjalanan pergi ke tempat exam,KOM , aku call mama dulu. Well, ini dah jadi rutin, satu kemestian setiap kali sebelum masuk exam. I need to hear her words yang akan sentiasa mententeramkan dan menenangkan dari segala aspek. Ada sekali aku tak sempat call dan just mesej bagitau aku dah nak pergi exam, aku jadi sangat nervous dan the first thing aku buat bila balik lepas exam adalah call mama. Setiap kali call I will keep telling her


 

"mama mama!!along dah nak masuk exam.doakan along tau.takut nih."


 

Walaupun almost all the words from her adalah sama setiap kali call, like


 

"insya allah boleh jawab. Ok,buat elok elok." Or

" along dah bersedia kan, insya allah mama doakan boleh jawab nanti." (keh keh part "bersedia" tu sentap!)


 

tapi impak tu sangat besar bagi aku.

Tapi kelmarin aku cakap pasal nak pergi exam dan tanya


 

"mama, lupa something ke?"


 

And she was like,


 

"lupa apa?"

"la…mama ni, cuba ingat balik,ada lupa something tak?"

"ish…lupa apa?"

"mama ni, hari ni berapa hari bulan?"

"ooo…ok ok,bulan 4 kan…selamat hari lahir..buat baik baik exam"


 

For me, the conversation is so sweeettt!!

Dan aku masuk exam, menjawab exam dengan usaha membaca 687 biochem slides semangat berbekalkan doa doa dari mereka yang sentiasa berada di sekeliling aku walaupun dalam perjalanan pergi exam, masih baca notes protein and amino acids yang tak habis lagi

------------------------------------------------------------

 

Lepas habis exam, ucapan ucapan besday bergema di sana sini(ceyh over!) thanks ye kawan kawan. Tengah hari abah call


 

"tak outing ke hari ni?next exam lambat lagi kan?"

"tak kot. Tak habis study lagi. Next paper 2 hari lagi.kenapa?"

"la..takkan tak keluar makan makan sambut birthday ke…"

"lepas habis exam 14hb ni nanti ingat nak keluar. Sekarang tak kot.kenapa?"

"tak la,kalau nak keluar.bagitau, nanti abah bagi duit."

"keh keh keh keh tetiba rasa nak keluar sekarang!"


 

HAHAHA abah sangat sangat memahami .


 

Ingat petang tu nak buat sikit revision untuk mcb tapi nampaknya tak menjadi. Habiskan tengok running man, gelak sampai sakit perut dan tengok jam dah petang. Diskus dengan jibah dan twin tentang plan nak pergi makan kfc. Akhirnya decide nak pergi malam after maghrib. Nak pergi kfc TC. Ok demanding gila birthday girl ni tak nak makan kat kfc picisan. Actually saje nak ambik angin sikit, well sempena birthday kan HAHA. Tapi terkilan aini dengan dian tak dapat ikut. Tak sampai hati nak ajak aini sebab dia ada exam hari ni. Takut kacau dia study. Dian pula tak nak ikut. So,tak cukuplah kuota. Tapi nasib baik ada hanis(cik driver), ana and yana sebagai penyeri. Jibah mestilah ikut. Tak sah kalau tak ikut. HEHE. Kereta kancil PGF juga berjasa.



Once sampai sana,turun kereta, sudah terbau aroma yang sangat melaparkan. Terus jalan laju laju dan toinggg!! Dah ada dalam kfc. Nasib baik orang tak ramai,tak payah queu pon.serbu kaunter, order sebucket kfc. Dapat free tupperware lagi. Diorang cakap tu hadiah birthday aku. Cess cess cess. And aku ada surprisekan mereka. KEKE. Bukankah sepatutnya birthday girl yang disurprisekan? HAHA tapi tak pe je kan sekali sekala. Bukan aku tak suka surprise ke apa(yang baik punya saje) tapi seronok juga tengok expression orang surprise. Nak tergelak pon ada. Apa surprisenya? Kena tanya mereka sendiri, tak boleh cerita kat sini =)



Terus duduk dan makan. Jibah mengetuai pembacaan doa. Best sebab makan dekat outdoor dan betul betul tepi pantai. Angin sepoi sepoi bahasa menyapa muka. Eceyh. Akibatnya, masing masing lawan hembus tudung.HAHA. asyik senget senget di tiup angin. Tapi sebab lapar, lepas tu masing masing dah tak heran. Nafsu makan masing masing boleh tahan hebatnya.HAHA. Alhamdulillah, habis juga dan tak berlaku sebarang pembaziran. Syabasy betey!



Sambil makan cerita cerita gelak gelak.santai sangat. Tiba tiba rasa macam dah habis exam.HAHA.lepas tu tersedar. 3 more papers to go. Makan pon gila lama. Tapi tak pe, bila lagi kan…

Lepas tu,jalan jalan ambik angin tepi pantai. Tapi tak turun pon dekat kawasan pasir sebab tak nak kotorkan sandal. Sesi fotogedik take over lepas tu. Kitorang sampai bersimpuh simpuh atas rumput konon nak dapatkan the best shot. Well, ada fotografer professional, kami ikut je lah cakap beliau.

Ampun maaf dipinta sebab saya tak pandai edit gambar =)



Kenyang gila. Lepas ni kena cari sibutramin untuk buang balik lemak (aplikasi biochem dalam kehidupan)
It seems like I'm the tallest!!muahahaha
love this picture tapi tak tahu kenapa.
Fantastic!!thanks a lot guys for making my day =)
Credits: Anna My twin =)

 
Then, makan aiskrim, bising bising aiskrim cepat cair,dan balik. Hampir pukul 11 lah jugak. Lepas tu tengok minyak kereta ada lagi, sambung sesi borak borak dalam kereta sambil air cond terpasang.HAHA. rutin setiap kali sewa kereta.



Bila balik, nampak sepaket chocettes cadbury dan ini kat atas meja:




another hand made card!thanks hazi dan mun!! terharu sobssT__T





Dah berumur 21, ingat nak buat sedikit perubahan. Tidaklah secara drastik. Sikit sikit lama jadi bukit. Semoga diri sendiri akan lebih berfikiran matang dan insya Allah akan mencapai kejayaan yang membanggakan di masa depan.

Semakin tak sabar nak balik rumah untuk sambut dengan family. Dan mestilah nak tengok hadiah special!


 

Dan tak lupa kepada kawan kawan FB, thanks sangat wish sampai beratus!! Serius tak sempat reply sekarang, tapi aku akan cuba juga untuk reply sorang sorang. Well, fan service lah katakan HAHA I really appreciate them!!


 

Actually nak tulis lagi, tapi next entry kot.Got to go, lama sangat hadap benda ni, text book mcb tengah tunggu. Ciao.


 


 

p/s: Lama sangat tak update, sekali update panjang giler kot. doakan kejayaan aku untuk 3 papers lagi!

4 comments:

a's said...

HA-HA
Thanks for the surprise!

Nies Hanna said...

nk komen pnjg2 jugak since landlord post pnjg jugak...kui3

1st:kita hidup berjiran ni ada persamaan betul la..shari b4 exam anna gtau dia nk mkn kfc, n me too..so mlm sebelum exam siap fikir nk keluar lepas exam tu mkn kfc..then dlm exam hall gtau anna, tp dia ckp kalau ptg2 ok la..then sampai la ptg tu anna gtau fana pun nk pegi..yeay!

2nd:maaf xperasan besday anda..huhu..akhir bln mac dah tau bsday fana awl bulan 4 tp dok kalut2 dgn exam xperasan..sory sgt2 sbb xada apa2 yg spesel nk bg..tp thanx tau tuk surprise tu

3rd:dan thanx jugak utk surprise yg besday girl cdgkan masa i pegi cocok duit..wow! actually extremely kecut perut bila tgk kereta tak ada dpn kom but stay calm and cool...hahaha

4th:yey!jgn lupa 14hb temujanji kita bersama nak dating ok!

reminder:jgn mkn aiskrim tepi pantai sebab anda akan kelihatan seperti kanak2 umo 2 tahun yg mkn comot2 meleleh2 abis..hahaha

thank u so much fana!

fanafanny said...

@ a's

hahaha welcome!!

fanafanny said...

@nies hanna

so i reply pon pnjg pnjg lah!!

1st:yeay!!nasib baik hanis seronok dan hanis nak drive.yeay lagi skali!

2nd:haha xpe2.nasib baik lah perasan msa pegi makan tu kan.lg satu i ok je klu nak bgi lambat2..hahaha
welcome!!

3rd:ceyh!!dah agak... mesti bajet cool dan cun kan..hahaha

4th:yeay!!takkan lupa!!tak sabar dah!!

hahaha lain kali beli mcflurry!!konfem tak meleleh=)

welcome hanis!!