Wednesday, April 27, 2011

Quickies #9


 DAY 9


Salam



Rutin hari ni seperti biasa. Tapi masih terdapat sedikit kelainan. Heh, apa ni, seperti biasa tapi ada kelainan pulak.pelik betol kau ni kan. AH! Suka hatilah, ini blog aku, suka hati lah nak tulis apa pon kan.

Malas nak merapu panjang panjang, nama pon quickies, so kelainan pada hari ni disebabkan oleh ini:


 

kereta control baru si budak kecik
 
Lepas izzuddin balik sekolah dalam pukul 11.40 pagi macam tu, seperti tak de kerja lain beliau akan menerpa ke arah kotak simpanan kereta control kesayangan beliau ni. Mula mula main sorang sorang, then dah rasa macam bosan sikit, dia pergi menyemak rumah dengan mengambil botol botol kosong, polisterin, batang paip buat halangan untuk kereta ni. Dah bosan sangat, dia ajak aku main skali HAHA. Nak ajar aku kononnya. Aku pon layan saje lah budak kecik ni.



Siap buat level level lagi. Starting dari level 1 yang kononnya paling mudah sampailah sekarang baru level 11. Dia nak buat sampai level 20, kononnya paling sukar lah. Enjoy jugak main dengan budak kecik ni. Especially bila dia ketawa besar, bila dia tanya



"along, susah tak?"



Dan aku akan jawab



"susah lah.along mana reti susah susah ni. Kamu buat susah sangat lah."



beliau akan ketawa besar. HAHA. ayat berunsur provokasi.


Tapi setiap halangan dia aku boleh lepas dengan jayanya.HAHA. Bila abah balik untuk lunch, semangat nak report dekat abah yang aku belajar main kereta control daripada dia. "along baru nak belajar untuk ambik lesen" katanya. Macam macam.



Lepas lunch, sambung lagi.tapi sekejap je sebab nak tengok marimar. Dia pon berhenti main dan mula lah keluarkan alat tulis dengan kertas pulak. Mula mula tengok kejap marimar dengan kitorang; aku dan mama, lepas tu dia buat hal sendiri. Habis je cerita tu, dia suruh aku ajar macam mana nak tulis nama nama kitorang sebab nak buat kertas skor, nak tanda untuk sesiapa yang nak challenge level level yang dia cipta tu. AHAHA.



Mula mula tulis elok elok je, lepas tu masuk sesi menulis no fon pulak, lepas tu masuk sesi ni:


 


melukis abang batman yang macho EHEH
 
Ok,tak sangka aku berbakat jugak menjadi pelukis kartun ni AHAHA masuk bakul angkat pakai kren lah kau. Penat memerah otak ingat balik macam mana rupa Batman tu. Izzuddin semangat nak warnakan saje. Dia ada suruh aku lukis kereta Batman tu tapi kalau dah setakat ilmu melukis ni tak sampai 20%, tak termampu aku nak melukis hebat hebat macam tu.

Sepetang buat kerja kerja ni saje. Lepas tu, layan "rosy business" yang best tu.



Malam, aku ajar dia membaca. Tapi, sebenarnya dia dah lancar membaca, cuma malas sikit. Anak bongsu, mengada dia tu memang superb lah! Mula mula semangat je baca, lepas tu mulalah buat lembik, lemah, malas malas, last last tak nak terus. Tak sampai sejam pon sesi membaca. Haisshhh… mama suruh ambik rotan je kalau dia malas HAHA lepas tu mulalah buat muka.



Diorang nih jenis tidur awal. Kakak dengan intan sebelum pukul 11 malam dah tidur. Izzuddin pon. Mungkin disebabkan letih jugak. Sepetang tunggu aku melukis gambar Batman yang macho tu.HAHA.So, aku pun terus layan je "footprints in the sand" kemudian sambung dengan "E.U" pulak. Rutin wajib setiap malam.


 


 

That's all. End of day 9.


 


 


 


 


 

p/s: kenapa semakin suka dengan cerita yang berunsur hospital dan kedoktoran nih?? hrrrmmmmm 



No comments: