DAY 7
Salam
A tiring day! Pagi tadi pergi tengok izzuddin lawan bola dengan mama dan abah. Wah wah wah sempat rasa jadi anak tunggal sekejap bila naik kereta bertiga saje. Sampai saje dah berpeluh peluh bergelen gelen. Mak aiii tak boleh nak describe suhu di tempat tersebut. Diorang lawan dekat padang Taman Serai Wangi. Dengan tak de langsung pokok di sekeliling, duduk bawah khemah pon terasa macam sedang dipanggang saje. Tetapi seronok sebab boleh lihat pemain pemain cilik ni bersemangat menyepak bola walaupun matahari semakin meninggi. Izzuddin pon dah jadi berkilat. Memang berbeza lah kulit yang di sun tanning dengan yang tak!
Selama sepagi di sana, menonton perlawanan bola sepak untuk pelajar lelaki dan bola jaring untuk pelajar perempuan di antara 22 buah PASTI seluruh kawasan Kulim rasanya. Kagum sekejap umur baru 5 ke6 tahun tapi dah pandai main semua ni.
aksi semua memang kelasss!!
Malas nak tulis panjang, mari kita lihat aksi Ronaldo Junior kebanggaan kami nih =)
kakak yang supportive EHEM |
our christiano ronaldo |
semangat kesukanan yang tinggi |
goal keeper yang dramatik! |
striker yang semaarrttt |
bakal pelapis negara |
Pemenangnya?? Jeng!!Jeng!!Jeng!! kami sendiri pon tak tau KUANGKUANGKUANG sebabnya kami lari balik awal. Huih tak sanggup lah nak tunggu sampai petang. Cuba bayangkan tengah hari pukul 12 tengah hari menyepak membaling bola tengah tengah padang masa matahari terpacak atas kepala? Memang kerja giler bagi aku. Kesian kot tengok budak budak ni. Memang jelas lah wajah keletihan dekat muka diorang. Ade yang meragam sebab panas sangat. Waris yang bawak bayi kecil lagi kesian! Kami yang tak bayi pon asyik fikir nak balik saje.
Mula mula rasa macam bersalah lah jugak nak balik awal. Tapi, izzuddin sendiri yang nak balik, dan tak nak main dah. Apa lagi, pucuk dicita ulam mendatang. Cabut aje lah. Tapi, still kami ni rakyat yang bertanggungjawab kepada bangsa dan negara. Tak de lah cabut tanpa apa apa pemberitahuan kan.
Disebabkan ini perlawanan antara PASTI, maka sepanjang match diorang pasang lagu nasyid yang kebanyakannya lagu nasyid zaman sekolah dulu! Oh, baru terperasan aku dah lama giler tak dengar nasyid as aku kurang gemar sikit dengan nasyid zaman sekarang. Tapi, aku just boleh identify lagu tu dikeluarkan paza zaman zaman(macam dah tua je bila sebut zaman) bila saje lah, tajuk dan penyanyi dah tak ingat.
Selepas beredar, abah ajak singgah pasar hari dekat padang serai. Beli lunch, durian(oh, tidak gemar sekali) dan balik. Memang letih sangat.
Izzuddin buat hal tak nak turun dari kereta sesampainya kitorang dekat rumah. Sebab? Dia still tak dapat kereta control idaman. Pujuk pujuk dan pujuk tapi tak berhasil, kitorang tinggal je dia dalam kereta. Then, hujan turun dengan lebat. Aku pon keluar pergi pujuk sekali lagi, berhujan, tapi still tak berjaya. Abah keluar pujuk, tapi tak taulah abah cakap apa kan, dia nak keluar dari kereta, makan roti arab 2 biji lagi. Haih, memang betul lah cikgu dia pon cakap
"izzuddin ni memang manja ke?"
Kitorang jawab "ye lah tu cikgu" dan siap pesan kalau malas buat kerja ke apa, hukum saje HAHAHA
Petang tadi, aku terlelap, bila jaga tengok abah dan izzuddin tak de kat umah. Kakak cakap diorang pergi Giant. Bila balik je, muka budak kecik tu berseri seri dapat sebuah kereta control idaman Jeep yang besar. Aku rasa ini kali ke berapa entah beli kereta control. Entah entah dah 10 kali kot. demand tinggi betul budak kecik ni. Pilih yang bukan calang calang pulak tu!
Abah cakap Giant hari ni ada dalam 20% je pengunjung. Kesian giler. Semua nak serbu Tesco baru yang biasa saje bagi aku. Takde benda special pon. Biarlah. Asalkan aku bahagia HAHA ayat tiba tiba tak bermotif tak berkaitan -_-"
Makan malam dengan pulut durian! Izzuddin memang sakan lah makan banyak giler durian. Aku? EHEH tak suka durian. So, aku makan pulut plus santan plus gula saje HAHA
Oh yeah, sembang dengan kawan a.k.a student mama tadi, dia tanya nak jadi guru tuisyen tak? Alhamdulillah rezeki. Kena fikir dulu, tapi rasa macam nak. Ajar mathematics form 5 dan form 3. Gerun jugak ajar form 5. Aku tak pasti aku still ingat ke tak. Tapi tak tahu pulak kena ajar add math ke math or dua dua. Form 3 macam ok. Simple math saje kan. Tengoklah macam mana. Kalau terima kena buat yang terbaik sebab diorang nak ambik exam besar. Kena list semua pro dan cons. Tapi tak boleh lambat sangat pulak.sigh.
Tapi kan……Seronok jugak orang offer job tanpa perlu apply nih!!!! HAHAHA
p/s: jeles tengok moon jadi cikgu sekolah. Tiba tiba dapat rasakan semangat untuk mengajar membakar dalam diri. cewah ayat!
1 comment:
comel sajo izzudin main bola! haha
Post a Comment