Sunday, April 24, 2011

Quickies #6

Salam.

Hari ke 6. Hari ni sangat bermakna. Hari ke 6 merupakan hari yang menyaksikan aku dengan rasminya patah hati sebab Ashraff Muslim bertunang hari ni. Oh sungguh sadis bangun awal pagi pagi buka tv sungguh eksaited untuk menonton kartun akhirnya tertonton lintas langsung majlis pertunangan beliau tsk T_T

Oh, sungguh over ayat kau kan fana, bajet lah kau minat sangat. KUIKUIKUI ni tak lain tak bukan efek lepas abah cakap

" nanti abah nak bakal menantu abah macam ni"

sambil refer pada Asyraff Muslim yang masa tu tengah sibuk berlakon drama Yusuf dekat TV3.

Oh, abah, sungguh tinggi demand mu, jangankan yang macam Asyraff Muslim, yang macam Hyun Bin pon belum tentu nak dekat along sobbsss nangis lagi sekali T_T

Melayan kesedihan kepatahan kehatian kesampaian kepetangan. Ditambah pula angah yang gediksss hendak mempost link gambar pertunangan tersebut di facebook. Oh sungguh menderita. Rupa rupanya inilah yang dirasakan jika patah hati (cessss eja nama dia pon belum tentu betul) bila cinta tak berbalas (kedengaran seperti tidak waras) sobsss T_T

Tapi nasi dah jadi bubur McD. Tahniah kepada mereka. Mari doakan saja semoga mereka akan bahagia sehingga akhir hayat.

Justeru, demi mengubat kesedihan dan kesadisan anak perempuan beliau ini (sebenarnya tidak ada kaitan) abah pon mengajak ke Tesco sebelah rumah yang baru dibuka pada 211 hb yang lalu. T_T lagi sekali lambang selepas ini kad atm akan selalu dicucuk untuk mengeluarkan isi.

Eksaited giler nak pergi sampaikan berebut parking sehingga darah tersirap sebab tak sabar nak jejak kaki ke dalam. Oh,kedengaran sungguh jakun. Tetapi biasalah, benda baru, mestilah semangat nak explore. Anda pon begitu kan?

Tersangatlah ramai rakyat jelata yang berkunjung, ditambah pula hari ini merupakan cuti hujung minggu maka meranalah anda untuk menjejakkan kaki dan menolak troli tanpa melanggar bahu atau kaki orang lain dengan sengaja. Semangat pergi meninjau ninjau dan kemudiannya sempatlah membeli beberapa barangan yang dirasakan penting, terutama Nutella. Wah wah wah berseri serilah wajah ketika sarapan selepas ini! =)

Stok makanan ditopup. Yang lain, malas nak bagitau. Barangan tipikal orang beli kat hypermarket. RotiBoy tidak dilupakan. Pergi ke sana pada pukul 5.30 petang; plus minus. Balik pukul 9 malam. Haruslah dinner di sana kan. Terjah foodcourt. Ouch! Sungguh aku tak berkenan. Fyi, aku kurang gemar akan foodcourt. Sebabnya aku kena tinjau dulu nak makan apa dan haruslah melihat orang yang menjual itu menepati piawaian atau tidak. Sungguh banyak kerja perlu dibuat.

Lagi satu, keadaan meja makan. Oh, sungguh sensitif bahagian ini. lagi sensitif bila melihat seats untuk 6 orang tetapi 2 orang saje yang duduk dan memenuhi kesemua 6 seats. Hello! Tolong consider family yang besar besar boleh? Bukan yang berbadan besar, tapi yang ahlinya berjumlah besar. Tetapi tadi itulah yang berlaku. Maka kami menjadi sedikit sukar, perlu membuat pusingan banyak kali sebelum mencari tempat, tetapi still aku dan kakak terjerumus kepada keluarga lain;terpaksa duduk di kumpulan meja sebelah.T_T

Untuk menghilangkan kesedihan hati, aku mensibukkan diri menjadi waitress untuk ahli keluarga tercinta. Sebanyak 4 sizzling yee mee dan sepinggan nasi goreng pattaya telah Berjaya diangkat, sebotol air mineral dan segelas soy bean telah Berjaya dibeli, dan 3 cawan ice blended berjaya dibelanja. Maka dapatlah dilupakan sedikit kesedihan itu(tak de kena mengena lagi skali). Gambar sekeping pon tidak diambil. Disebabkan malas, dan sebenarnya tak teringin nak ambik ataupun dalam kata lain tak teringat pon nak amik sekian terima kasih. Tak tahu nak suggest makanan apa. Semuanya biasa biasa saje.

Satu lagi perkara sensitif setiap kali ke mall atau hypermarket adalah berkenaan dengan surau. Kami semua bersetuju design surau tersebut sangat tidak efisien. Ye lah, cuba kau bayangkan, pintu masuk adalah pada bahagian yang menghadap kiblat. I mean, bila kau masuk, kau perlu jalan di hadapan orang yang tengah solat. Sungguh tidak senang hati akan dirasakan oleh orang yang tengah solat dan baru hendak masuk untuk bersolat. Dan tidak dilupakan kawasan di antara tempat berwudhu' dan kawasan untuk solat sedikit lecah dan lembab. Telekung sepertinya tidak disediakan dan kami juga tidak pasti telekung siapa yang telah dikebas tadi. Mungkin ihsan dari pekerja di situ. Sedikit nasihat untuk semua dan diri sendiri:

Bawaklah telekung sendiri ke mana sahaja, nescaya segala rungutan tentang telekung tidak akan muncul =)
Sebenarnya aku dan mama adalah jenis yang suka membawa telekung sendiri ke mana mana saje kami pergi, tetapi disebabkan hari ni tidak dirancang nak pergi ke sana sampai malam, maka tak bawak. Boleh saje nak balik rumah sekejap untuk solat dan kemudian pergi semula untuk dinner tetapi sepertinya kurang efisien cara tersebut dan akan menyumbang kepada pencemaran udara lagi.ececeyh ayat.

Lagipun, kami tak tau akan berlakunya kejadian sedemikian di dalam surau T_T

Bila balik, pujuk izzuddin yang tak nak turun kereta sebab tak beli kereta control idaman; beliau merajuk sehingga menangis terhenjut henjut, aku give up, passing turn dekat mama, mandi, then hadap tv.

Memang itu je kerja aku setiap malam. Online dan tengok tv.

Oh yeah, tv baru ditengok, sedap ditonton, terasa sayang kalau asyik tertutup tidak dibuka KUANGKUANGKUANG please please please jangan cakap aku jakun lagi skali.



Sekarang, rumah aku dikelilingi oleh restoran fast food. Easy access. Delivery memang sampai, usah risau. KFC saje sudah 3 outlets(?) setakat ini. jarak antara sesama mereka dan juga jarak mereka dan rumah kesemuanya tidak sampai 5 minit perjalanan. Mc D dan Ayamas juga ada. Pizza Hut tak terkecuali. Sushi King(fast food kah?) penambah seri. Tak mintak lebih, cukuplah kalau ada setakat yang asas.



Sangat strategik bukan?







p/s: perlu timbang berat badan dan ukur lilit pinggang dahulu sebelum keluar ataupun membuat pesanan secara delivery tsk tsk tsk

2 comments:

Nies Hanna said...

amboi bestnya byk fast food dekat rumah..kami 30minit baru sampai

fanafanny said...

@nies hanna

hehehe meh le sini.=) senang sikit nak blnja kami kuikuikui