Saturday, April 23, 2011
Quickies #5
DAY 5
Salam.
Hari ni busy jugak lah. Busy tidur.HAHA. paling kelakar, reaksi izzuddin pagi tadi. Mama macam biasa akan pergi mengajar pagi Jumaat. Kakak pergi tuisyen dan Intan tak bangun lagi sebab cuti hujung minggu kan. So, aku yang bangun awal dan kemudiannya pergi landing semula atas katil mama yang jadi mangsa kena teman budak kecik nih. Mula mula tidur sedap je tapi lepas tu budak tu datang kejutkan. Aku tak bangun. So, dia tak puas hati. Dia panggil mama suruh kejut aku teman dia tengok tv dan sarapan. Mula mula aku buat dek je, then budak kecik tu cakap "eeeiii..along ni, hantu tidur la!" amboi amboi amboi!!! Cakap macam orang tua kot budak ni!
So, nak tak nak terpaksa bangun, pergi depan tv, tanya dia nak makan apa, bagi apa yang dia nak dan sambung tidur depan tv .ZZZZzzzzZZZZ kira teman lah kan?HAHA
Kesian giler dia kena makan, main sorang sorang. Tapi, aku tidur pon bukannya tidur nyenyak. Sekejap sekejap kena bangun pergi dapur, sekejap sekejap kena bangun ambik itu lah ini lah, di bawah arahan budak kecik ni. T__T
Then, lepas bangun, lepas settlekan semua house chore, lepas masak nasik semua, it's movie time! Eh, actually it's anime time KUIKUIKUI
Sekarang, budak budak ni pon dah terjoin tengok yakikate japan dengan aku. Kemudian mama request nak tengok Hindustan, aku pon buka la cerita 3 idiots.
Sebelah petang, mama buat cekodok pisang lagi sebab bekalan pisang agak banyak, tapi kitorang punya reaksi macam biasa; singa kelaparan! Petang petang memang sedap makan cekodok tambah tambah yang panas panas huiiiii sodap!sodap!sodap!
Tengok "rosy business" macam biasa. Hrmm..tak sabar tunggu ending cerita nih. Hari ni episode yang sedih.
Sebelah malam, mama suruh diorang kemas drawer baju diorang. Kagum tengok izzuddin siap lipat baju, dan kemas,; kelaskan ikut seluar dan baju! Yang dua orang lagi tak sempat tengok pulak. Bila aku lipat baju tadi, semangat dia tunggu baju dia dilipat untuk disimpan dalam drawer. Ehem dia pon tolong aku lipat jugak! Fyi, budak kecik ni baru 6 tahun. Well, nothing is impossible. All is Well…HAHA (pengaruh 3 idiots) tahu tak, sambil melipat, boleh pulak kitorang berdua berborak borak macam budak ni sebaya je dengan aku KEHKEHKEH memang boleh buat geng!
Tiba tiba masa tengah sibuk sibuk membebel sambil lipat baju, elektrik tak de. Haisshhh. Abah baru je nak keluar pergi pasar malam. Bila abah, intan dan izzuddin keluar pergi pasar malam, tinggal aku, mama dan kakak kat rumah. On laptop, tengok yakikate japan lagi. HAHA. Mama keluar ambik angin luar dengan jiran jiran yang lain yang kuat bergosip. Bila bateri laptop kong, barulah kitorang terhegeh hegeh nak keluar sebab tak tahan dengan nyamuk. Tapi dekat luar pon sama saje, kalau dah gelap for sure lah nyamuk giler banyak.
Main game dekat fon, kipas kipas untuk 30 minit, abah and the kids pon balik. So, open table dekat ruang depan, candle light dinner lah kitorang. Semangat je semua set up tempat makan sebab makan bercahayakan lilin. Even budak budak 3 orang tu menunjukkan tahap kerajinan luar biasa. Kagum sekejap.
Tapi sempat candle light dinner sekejap je lah, sebab elektrik dah ada macam biasa. Terus diorang lari pergi duduk depan tv as in tak pernah hadap tv untuk berjuta tahun.
Setiap kali elektrik ada balik, semua semangat nak tiup lilin, siap nyanyi lagu birthday lagi HAHA. Yang paling tak tahan, siap book lagi lilin dekat dapur sape tiup, lilin dekat ruang tengah sape tiup, lilin dekat ruang depan sape tiup, semua lilin lah akan ada orang yang dah booking.
Tipulah kalau korang cakap tak pernah buat benda ni MUAHAHAHA
Tengok movie bersama sama, lepas tu semua dah tidur. Tinggal aku je la yang tengah berjaga sambung tengok yakikate japan(tak habis habis dengan cerita ni) dan sekarang tengah berblogging sebelum tidur. Dah jadi rutin harian lah katakan..
So guys, that's all. The end =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment