Thursday, April 28, 2011
Quickies #10
DAY 10
Salam.
Sedar sedar dah 10 hari bercuti. Bukannya tak sedar sebelum ni, saje je buat buat tak sedar. Eh, boleh pulak kan.
Ok, mari lurus kepada titik.
Hari ni, bangun lambat sikit, malas nak bangun awal sebab pagi pagi aku sorang sorang saje. Kalau bangun awal pon kena tengok tv cerita yang tak best. Eh, boleh pulak gitu. Tapi, tak lah lambat sangat. Takde lah sampai nak buat mak mak mentua di luar sana meroyan kalau mereka melihat jarum jam yang menunjukkan pukul berapa aku bangun. Oh, dekat rumah guna jam digital. HAHA
Sekarang ni aku rasa aktiviti harian aku akan bermula bila Izzuddin balik dari sekolah. Baru ada geng. So, lepas je dia balik, kami berdua makan pulut durian yang nyum nyum tapi dia je lah yang makan pulut durian, aku makan pulut santan bergula saje.HAHA. lepas tu, sambil layan cerita korea, kami makan coklat yang mama beli untuk dia. Sungguh manis sekali dia nak share dengan aku. =)
Kemudian, bermulalah aktiviti belajar main kereta control. Oh, hari ni just tolong mama hidang, tak tolong masak. Bukan malas, tapi sebab sibuk sangat layan budak ni alih alih mama dah habis masak. Hari ni kami belajar sampai level 13. Lepas lunch, macam biasa hadap cerita marimar. Sebelum tu, tanya Izzuddin cikgu bagi homework tak, bila dia cakap ada, terus kami kena stop main. So, lepas tengok marimar, aku suruh dia ambik homework dia dan siapkan. Nak tulis huruf Q,V dan X pon ambik masa sampai 2 3 jam. Sebabnya dia tulis sebaris, dia pergi sibuk sibuk hal orang lain. Habis tulis sebaris lagi, dia datang bisik dekat aku pujuk suruh belanja pizza. Habis sebaris lagi dia nak air. Habis sebaris lagi dia suruh buat air. Habis sebaris lagi dia cakap dia lapar nak makan. So, berhenti dulu dan aku bagi dia makan.
Tengok? Macam mana lah nak habis awal T__T start buat dalam pukul 4 macam tu habis nak dekat pukul 7 petang. Dia habiskan cepat cepat sebab aku cakap dekat dia tak boleh ikut abah pergi hantar kakak ke tuisyen kalau tak siap. Terus kelam kabut buat bagi habis. Yang paling lawak, masa dia malas tulis X, mama dengan abah cakap macam ni
"kalau malas sangat tulis X, adik buat pangkah je kat garisan garisan tu."
HAHA dia faham ok maksud ayat tu. Tersengih sengih je bila dia dengar abah dan mama cakap macam tu.
Malam, aktiviti biasa- dinner, tengok tv, dan online. Tonton E.U adalah satu kemestian. sambungan kena tengok minggu depan. cerita ni isnin sampai rabu saje. Sekejap sangat. Sedih aku.
Seharian aku bermesej dengan classmates aku tanya pasal cd kawan aku tu. Please ye kepada sesape yang mintak pinjam dan ambik daripada aku, kaborkan dekat aku. Aku tak cakap ada orang ambik, tapi bila ingat balik, ada berlaku situasi tersebut. So, aku harus bertanya pasal ni dekat semua. Ada kemungkinan ada orang pinjam ataupun aku ada letak dekat mana mana. Konfius betul.
Mesti cari cd tu sampai jumpa!yosh!
That's all. End of day 10 =p
p/s: oh, tak tau nak tulis apa tapi nak letak jugak p/s ni HAHA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment