Monday, April 18, 2011

Quickies #1


DAY 1


salam.
 

I'm home. Final exam dah habis. Sekarang, cuti untuk 5 bulan. wow! hari pertama dihabiskan dengan bermalas-malasan dan berehat.konon penat gile naik bas sampai 8 jam. Tapi memang letih kot. lenguh kaki tangan kot. walaupun ¾ daripada perjalanan tu aku just tidur je, dan bukannya memandu bas.

At first, ingat kena naik bas sorang sorang. So, dah decide memang nak tidur saje. Lagipun letih sebab lebih kurang 5 hari aku tidur macam koboi.maksud tidur koboi adalah tidur laju laju dan bangun laju laju sebab outing, dan banyak kerja yang kena buat untuk bbq batch. So, akibatnya, aku rasa aku jadi macam zombie, tak de feeling sangat untuk cakap dengan orang, kadang kadang mood terlebih up, kadang kadang mood terlebih down. Letih kemas barang lagi. Letih main tiup buih dan jadi model fotografer dengan hanis untuk anna HAHA. Pendek kata, letih sangat!!

Bila sampai terminal dengan hanis dan sarah, baru dapat tahu yang kitorang naik bas sekali just diorang turun dekat sp,aku turun butterworth. Alhamdulillah, sangat bersyukur!at least ada orang yang aku kenal atas bas. Bila naik bas, baru terperasan depan aku ada 2 orang senior, dua dua senior beseri dan juga uia.weehoo! means, tak sorang sorang. terus sms anna, syazila dan dian bagitau berita gembira ni. semangat!!  Tapi still duduk sorang sebab single seat. Bila fikir balik, duduk skali pon aku takkan rasa bosan sebab once aku naik bas, aku dah mengantuk. Bas bertolak pukul 9 malam, 9.30 aku dah tertidur.HAHA. Masa dekat atas kereta on the way pergi terminal pon aku dah menguap berkali kali. Terjaga sekejap sekejap saje. Kepada sesiapa yang membuat persepsi aku akan merasa bosan kerana naik sorang sorang, sila hapuskan segera sebab tak sempat nak fikir untuk rasa bosan pon!
Sampai dalam pukul 5.15 pagi. sampai tol juru baru nak call abah, so kena tunggu abah agak lama lepas turun bas. Abah marah sebab tak call awal sehingga kena tunggu lama.nak buat macam mana, sampai situ baru terjaga. Itupun nasib baik terjaga.

Naik kereta, terus request nak breakfast dengan McD! HAHA seronok dapat breakfast dengan hotcakes yang yummy! Sampai rumah, salam salam semua, terus terkam izzuddin yang tengah tidur. Kejutkan dia and then bila dia nampak aku terus terjaga HAHA rindu sangat agaknya!

Satu perubahan besar sejak dia masuk Pasti-bangun awal, nak pergi sekolah salam semua orang. Sweet tahu! Lepas semua pergi sekolah, aku sambung tidur yang tertunggak. Tapi sekejap je lah sebab teruja sangat dapat duduk kat rumah KEHKEHKEH

Borak borak dengan mama, sambil tengok tengok kain dari Vietnam yang super duper cantik! Paling best, kami pon dapat weehhoo!!! Then, mama cakap kawan mak njang nak buka kedai dekat tesco sebelah rumah ni dan dia nak cari pekerja.so,mak njang suruh tanya aku nak tak.hrmmm..interesting!baru je sampai dah ada orang nak offer kerja.so,aku tengah fikir nak accept ke tak.gaji pon ok,kerja pon biasa biasa, tak teruk. In few days dah nak buka.so, kena buat keputusan secepatnya! Kalau tak join mama buat bisnes je lah.

And then bila budak kecik tu balik, aku pon keluarkan bubbles and then pergi main dengan dia dekat luar tengah tengah hari. Seronok!

Malam, tengok tv puas puas (sekarang blogging pon depan tv) semua cerita cina aku tengok! Rindu sangat dengan cerita cerita HK!

Habis tak de cerita, nanti aku sambung je lah laptop dekat tv ke, projector ke, kita layan running man pulak MUAHAHAHA

Harap harap cuti 5 bulan ni akan dapat diisi dengan perkara yang bermanfaat dan dapat buat duit lah sikit HEHE, InsyaAllah


 

Ok, setakat ini dulu, nak sambung tengok Jackie Chan! Ciao =)


 


 


 

p/s: semangat nak blogging setiap hari konon konon buat diari sepanjang 5 bulan. Mari kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku!

3 comments:

Pika pongpong said...

hah!
Running Man jugak..?
hihi..

selamat bercuti..
:)

fanafanny said...

@pika pongpong

kehehkeh running man gile lawak!superb kot!

thanks!!selamat belajar =)

a's said...

baru ja nak buat diary macam tu.semalam dalam flight dok pikir dah.huaaaaaaaaaaaaa! SAMA!!!!