Friday, April 29, 2011

Quickies #11


DAY 11

(28/4/2011)

Salam.

Short update for today.

Bangun seperti biasa. Aktiviti seperti biasa – tonton tv, main dengan izzuddin dan membantu membuat kerja rumah sedikit. Menonton marimar seperti biasa. EHEH semuanya biasa dan tiada yang luar biasa.

Hei, siapa cakap tiada yang luar biasa?

Mesti ada. Orang yang berjaya adalah orang biasa yang berusaha secara luar biasa. Nampak kepentingan luar biasa di situ? Tetiba.

Stop rambling, let's straight to the point.

Apa yang luar biasanya? Ce kabor sikit. Ok, yang luar biasanya aku buat egg sandwich untuk minum petang hari ni. So, apa yang luar biasa?

Pertama: egg sandwich orang buat untuk minum petang ke? Ishhh..tak tak.kalau ada pon jarang. So, fenomena ni luar biasa.

Kedua: sebab aku yang buat, lagilah luar biasa HAHA

Bukannya susah mana pon kan. Telur dengan mayo ada dalam fridge, roti pon cukup, majerin pon tersedia. So kita pom pang pom pang kat dapur maka jadilah sandwich telur. Betapalah aku mengerah tenaga merebus melecek telur siap hiris timun bagai, boleh pulak tak laku? Punya sedap kot! extra mayo lagi!

Budak budak ni makan satu je dan cakap

"along, kurang best lah"

Oh sentap T_T

Rupa rupanya, mama cakap diorang ni anti sikit telur rebus, especially telur kuning rebus. That's why awal awal tu mama cakap goreng lah, tak payah rebus. Menyesal tak ikut cakap T_T

Sebenarnya rasa sedap saje lagi sedap dari beli kat R&R tu AHA puji diri sendiri. Aku cakap kat diorang

"along duduk hostel manalah nak boleh mewah mewah nak goreng telur bagai. Ada heater je, so boleh rebus telur je la …"

Bila tanya izzuddin sedap ke tak, dia jawab tak tau dengan menundukkan muka. HAHA. Tahap serba salah yang ketara.

Nampak sangat kalau aku yang masak mesti ala ala hostel punya. Tapi, hostel 5 bintang punya maka tak perlu risau KUIKUIKUI

Hanim balik by the way, so ada geng weehhooo!!! Walaupun untuk 3 hari saja. Oh sudah lama tidak bergosip dengan beliau. Esok ( hari ni actually) angah pulak balik. YES! Sudah pesan dekat dia novel hlovate. Tak sabar!

Lewat petang tadi sembang dengan mama pasal kecantikan. Cewah. Dah bertekad nak pergi sauna dan facial EHEM. Tapi kena tengok dulu keadaan kewangan, kalau tak kita kena buat pinjaman mintak dekat abah HEHEHE

Aktiviti malam – macam biasa jugak. Hari ni start tengok cerita General Hospital 2. Cha Tae Hyun memang comel! Baru sampai episode 2 sebab disuruh pergi tidur oleh abah. Aku dengan kakak baru je syok syok layan dekat tv. Esok pagi harus sambung lagi!


 


 


 


 

p/s: mahu kerja tapi malas nak cari. Guane tu? -_-"

Thursday, April 28, 2011

Quickies #10


DAY 10

Salam.

Sedar sedar dah 10 hari bercuti. Bukannya tak sedar sebelum ni, saje je buat buat tak sedar. Eh, boleh pulak kan.

Ok, mari lurus kepada titik.

Hari ni, bangun lambat sikit, malas nak bangun awal sebab pagi pagi aku sorang sorang saje. Kalau bangun awal pon kena tengok tv cerita yang tak best. Eh, boleh pulak gitu. Tapi, tak lah lambat sangat. Takde lah sampai nak buat mak mak mentua di luar sana meroyan kalau mereka melihat jarum jam yang menunjukkan pukul berapa aku bangun. Oh, dekat rumah guna jam digital. HAHA

Sekarang ni aku rasa aktiviti harian aku akan bermula bila Izzuddin balik dari sekolah. Baru ada geng. So, lepas je dia balik, kami berdua makan pulut durian yang nyum nyum tapi dia je lah yang makan pulut durian, aku makan pulut santan bergula saje.HAHA. lepas tu, sambil layan cerita korea, kami makan coklat yang mama beli untuk dia. Sungguh manis sekali dia nak share dengan aku. =)

Kemudian, bermulalah aktiviti belajar main kereta control. Oh, hari ni just tolong mama hidang, tak tolong masak. Bukan malas, tapi sebab sibuk sangat layan budak ni alih alih mama dah habis masak. Hari ni kami belajar sampai level 13. Lepas lunch, macam biasa hadap cerita marimar. Sebelum tu, tanya Izzuddin cikgu bagi homework tak, bila dia cakap ada, terus kami kena stop main. So, lepas tengok marimar, aku suruh dia ambik homework dia dan siapkan. Nak tulis huruf Q,V dan X pon ambik masa sampai 2 3 jam. Sebabnya dia tulis sebaris, dia pergi sibuk sibuk hal orang lain. Habis tulis sebaris lagi, dia datang bisik dekat aku pujuk suruh belanja pizza. Habis sebaris lagi dia nak air. Habis sebaris lagi dia suruh buat air. Habis sebaris lagi dia cakap dia lapar nak makan. So, berhenti dulu dan aku bagi dia makan.

Tengok? Macam mana lah nak habis awal T__T start buat dalam pukul 4 macam tu habis nak dekat pukul 7 petang. Dia habiskan cepat cepat sebab aku cakap dekat dia tak boleh ikut abah pergi hantar kakak ke tuisyen kalau tak siap. Terus kelam kabut buat bagi habis. Yang paling lawak, masa dia malas tulis X, mama dengan abah cakap macam ni

"kalau malas sangat tulis X, adik buat pangkah je kat garisan garisan tu."

HAHA dia faham ok maksud ayat tu. Tersengih sengih je bila dia dengar abah dan mama cakap macam tu.

Malam, aktiviti biasa- dinner, tengok tv, dan online. Tonton E.U adalah satu kemestian. sambungan kena tengok minggu depan. cerita ni isnin sampai rabu saje. Sekejap sangat. Sedih aku.


 

Seharian aku bermesej dengan classmates aku tanya pasal cd kawan aku tu. Please ye kepada sesape yang mintak pinjam dan ambik daripada aku, kaborkan dekat aku. Aku tak cakap ada orang ambik, tapi bila ingat balik, ada berlaku situasi tersebut. So, aku harus bertanya pasal ni dekat semua. Ada kemungkinan ada orang pinjam ataupun aku ada letak dekat mana mana. Konfius betul.

Mesti cari cd tu sampai jumpa!yosh!


 


 

That's all. End of day 10 =p


 


 


 


 


 

p/s: oh, tak tau nak tulis apa tapi nak letak jugak p/s ni HAHA

Wednesday, April 27, 2011

iklan ini serius

salam.

iklan ini tidak berbayar.

kepada kawan kawan yang mungkin terambik cd photoshop milik kawan saya yang ketika itu berada di bilik saya, boleh tak kaborkan kepada saya. saya sedang mencari cari cd itu sekarang.

cd tersebut mempunyai nilai sentimental yang tinggi kepada beliau. maka saya akan beusaha sehabis mungkin untuk mencari cd tersebut.


tolong ye!! saya sangat mengharapkan kerjasama anda semua.

sekian, terima kasih =)

Quickies #9


 DAY 9


Salam



Rutin hari ni seperti biasa. Tapi masih terdapat sedikit kelainan. Heh, apa ni, seperti biasa tapi ada kelainan pulak.pelik betol kau ni kan. AH! Suka hatilah, ini blog aku, suka hati lah nak tulis apa pon kan.

Malas nak merapu panjang panjang, nama pon quickies, so kelainan pada hari ni disebabkan oleh ini:


 

kereta control baru si budak kecik
 
Lepas izzuddin balik sekolah dalam pukul 11.40 pagi macam tu, seperti tak de kerja lain beliau akan menerpa ke arah kotak simpanan kereta control kesayangan beliau ni. Mula mula main sorang sorang, then dah rasa macam bosan sikit, dia pergi menyemak rumah dengan mengambil botol botol kosong, polisterin, batang paip buat halangan untuk kereta ni. Dah bosan sangat, dia ajak aku main skali HAHA. Nak ajar aku kononnya. Aku pon layan saje lah budak kecik ni.



Siap buat level level lagi. Starting dari level 1 yang kononnya paling mudah sampailah sekarang baru level 11. Dia nak buat sampai level 20, kononnya paling sukar lah. Enjoy jugak main dengan budak kecik ni. Especially bila dia ketawa besar, bila dia tanya



"along, susah tak?"



Dan aku akan jawab



"susah lah.along mana reti susah susah ni. Kamu buat susah sangat lah."



beliau akan ketawa besar. HAHA. ayat berunsur provokasi.


Tapi setiap halangan dia aku boleh lepas dengan jayanya.HAHA. Bila abah balik untuk lunch, semangat nak report dekat abah yang aku belajar main kereta control daripada dia. "along baru nak belajar untuk ambik lesen" katanya. Macam macam.



Lepas lunch, sambung lagi.tapi sekejap je sebab nak tengok marimar. Dia pon berhenti main dan mula lah keluarkan alat tulis dengan kertas pulak. Mula mula tengok kejap marimar dengan kitorang; aku dan mama, lepas tu dia buat hal sendiri. Habis je cerita tu, dia suruh aku ajar macam mana nak tulis nama nama kitorang sebab nak buat kertas skor, nak tanda untuk sesiapa yang nak challenge level level yang dia cipta tu. AHAHA.



Mula mula tulis elok elok je, lepas tu masuk sesi menulis no fon pulak, lepas tu masuk sesi ni:


 


melukis abang batman yang macho EHEH
 
Ok,tak sangka aku berbakat jugak menjadi pelukis kartun ni AHAHA masuk bakul angkat pakai kren lah kau. Penat memerah otak ingat balik macam mana rupa Batman tu. Izzuddin semangat nak warnakan saje. Dia ada suruh aku lukis kereta Batman tu tapi kalau dah setakat ilmu melukis ni tak sampai 20%, tak termampu aku nak melukis hebat hebat macam tu.

Sepetang buat kerja kerja ni saje. Lepas tu, layan "rosy business" yang best tu.



Malam, aku ajar dia membaca. Tapi, sebenarnya dia dah lancar membaca, cuma malas sikit. Anak bongsu, mengada dia tu memang superb lah! Mula mula semangat je baca, lepas tu mulalah buat lembik, lemah, malas malas, last last tak nak terus. Tak sampai sejam pon sesi membaca. Haisshhh… mama suruh ambik rotan je kalau dia malas HAHA lepas tu mulalah buat muka.



Diorang nih jenis tidur awal. Kakak dengan intan sebelum pukul 11 malam dah tidur. Izzuddin pon. Mungkin disebabkan letih jugak. Sepetang tunggu aku melukis gambar Batman yang macho tu.HAHA.So, aku pun terus layan je "footprints in the sand" kemudian sambung dengan "E.U" pulak. Rutin wajib setiap malam.


 


 

That's all. End of day 9.


 


 


 


 


 

p/s: kenapa semakin suka dengan cerita yang berunsur hospital dan kedoktoran nih?? hrrrmmmmm 



Tuesday, April 26, 2011

tuesday blues

salam.

sudah lama tak buat entri normal. asyik buat laporan harian je kan. dah la tak best mana pon.HAHA aku rasa aku macam syok sendiri saje KUANGKUANG. rasanya benda yang aku buat setiap hari selama 9 hari bercuti ni adalah benda yang sama saje. oh, sangat berharap rutin takkan berulang selama 5 bulan!

berbalik kepada tajuk di atas, sebenarnya sampai sekarang aku kurang jelas dengan maksud "blues" tu. dan aku just anggap maksud dia ala ala kejiwangan gitu. so, tuesday blues bermaksud " kejiwangan selasa"?

watever lah. yang pasti orang selalu cakap "monday blues". so, mahu buat sedikit kelainan dengan mencakap "tuesday blues". hidup ni kena sentiasa cuba sesuatu yang baru eceyh.

ok, kejiwangan hari ni ada kaitan dengan mereka- kawan kawan baik yang sentiasa bersama di kala susah dan senang.



missing these moments so much!! ;'(
 

my dear girl friends;

although i have made new friends in this journey of life; many new best friends actually, and they are so nice to me.

but u should know this; wherever u are, my eyes will always see you , my ears will always hear u , and my heart will always for u, even a great distance has separated us.

this is because u have owned a place somewhere in my heart, it will always be, and nothing can change that.

with love,
fanafanny





p/s: really can't wait to see u guys!

Quickies #8

DAY 8

Salam

Hari ni izzuddin cuti sebab lawan bola kelmarin. So, aku bertemanlah pagi ni. Dia kejutkan aku bangun dan kami pon bersarapan berdua. Mama macam biasa ajar mengaji. Izzuddin terus ambik kereta control idaman dia tuh dan main. Meanwhile aku terus online sebab nak download cerita Kal Ho Naa Ho. sepagi aku habiskan dengan mencari subtitle yang memang sync dengan cerita yang aku dah download tu. Susah giler! Last last aku download je yang aku rasa ok, dan resync. Perggghhh!!! Sanggup bersusah payah nak tengok SRK punya pasal.

Yes people, demam Hindustan sudah kembali.

Tapi bila masuk saje tengah hari, aku tak boleh nak buat apa apa. Sakit perut teruk sebab perkara yang menyerang perempuan setiap bulan. Oh yeah, right now I'm too shy to mention that word so aku describe saje macam ni. Nasib baiklah dekat rumah. Kalau dekat kelas, memang teruk sebab tadi tak boleh nak duduk pon. Selera makan pon hilang. Tapi, perkara biasalah, memang akan jadi macam ni, selalunya sehari saje. Kalau masa kena ke kelas, wah memang merana lah sebab nak fokus tak boleh. Dan aku akan kekurangan mood untuk bersosial ketika itu. Pernah sekali kena masa kuiz, memang terbaik! Dengan kesejukan air cond yang akan mengamplify tahap kesakitan, terus otak pon akan jadi blank. Asyik fikir nak hentam dan keluar saje. Mujurlah masih dapat bertahan dan Alhamdulillah kuiz pon tak lingkup.

So guys, do appreciate your woman because they experience so many pain in life just to make you happy. Fikir fikirkanlah.

Tak dapat membantu mama di dapur, kesian beliau kena masak masak sorang sorang. Aku just berbaring dalam bilik sampai pukul 2, dan keluar ke ruang tv berbaring di sana sebab nak tengok marimar AHA boleh pulak kan.

Bila dah ok sikit, suruh izzuddin pergi ambik aiskrim yang abah beli tengah hari HAHA. Kesian dia banyak kali masuk bilik aku untuk ajak makan sekali tapi apakan daya aku memang tak boleh nak bangun so bila aku cakap nak makan aiskrim sekarang, dia terus pergi ambik, sekali dengan pakej cawan dan sudu sobsobsob tacing sekejap.

Sebelah malam macam biasalah tengok tv aje keje. Dan post entri tentang hari semalam. Semalam tertidur dan terlupa nak post pagi tadi -_-" so jangan tersalah faham, Quickies #7 adalah tentang kelmarin ye! *Sampai sekarang aku masih tak tahu penggunaan 'kelmarin' dan 'semalam'. Sigh. Seperti biasa tonton "footprints in the sand" dan "E.U". I miss Lee officer so much! Baru perasan cerita ni macam sambungan kepada F.T.U dulu. Gembira giler! Ok, over sikit.

"rosy business" pulak memang sangat interesting hari ni. Serius aku suggest korang untuk tengok. Konflik dia memang sangat mendebarkan. Aku memang suka cerita ni sebab setting dia masa zaman bertocang panjang dekat HK dulu. Suka tengok rambut perempuan zaman tu. Serius cantik diorang dandan. Nak try jugak!

Sekarang tiap tiap hari aku akan tidur pada pukul 2 atau 3pagi. Sebab on facebook, tak jugak. Haishhh tak boleh jadi ni. Macam mana nak kurangkan dark circle kalau tidur lewat? Letak timun sekati pon konfem takde efek. Tidur awal please!











p/s: I miss my "tong sampah masalah" right now. Hope my "tong sampah masalah" is doing fine ;'(

Monday, April 25, 2011

Quickies #7


DAY 7



Salam



A tiring day! Pagi tadi pergi tengok izzuddin lawan bola dengan mama dan abah. Wah wah wah sempat rasa jadi anak tunggal sekejap bila naik kereta bertiga saje. Sampai saje dah berpeluh peluh bergelen gelen. Mak aiii tak boleh nak describe suhu di tempat tersebut. Diorang lawan dekat padang Taman Serai Wangi. Dengan tak de langsung pokok di sekeliling, duduk bawah khemah pon terasa macam sedang dipanggang saje. Tetapi seronok sebab boleh lihat pemain pemain cilik ni bersemangat menyepak bola walaupun matahari semakin meninggi. Izzuddin pon dah jadi berkilat. Memang berbeza lah kulit yang di sun tanning dengan yang tak!

Selama sepagi di sana, menonton perlawanan bola sepak untuk pelajar lelaki dan bola jaring untuk pelajar perempuan di antara 22 buah PASTI seluruh kawasan Kulim rasanya. Kagum sekejap umur baru 5 ke6 tahun tapi dah pandai main semua ni.


aksi semua memang kelasss!!



Malas nak tulis panjang, mari kita lihat aksi Ronaldo Junior kebanggaan kami nih =)


kakak yang supportive EHEM

our christiano ronaldo
semangat kesukanan yang tinggi
goal keeper yang dramatik!
striker yang semaarrttt
bakal pelapis negara



Pemenangnya?? Jeng!!Jeng!!Jeng!! kami sendiri pon tak tau KUANGKUANGKUANG sebabnya kami lari balik awal. Huih tak sanggup lah nak tunggu sampai petang. Cuba bayangkan tengah hari pukul 12 tengah hari menyepak membaling bola tengah tengah padang masa matahari terpacak atas kepala? Memang kerja giler bagi aku. Kesian kot tengok budak budak ni. Memang jelas lah wajah keletihan dekat muka diorang. Ade yang meragam sebab panas sangat. Waris yang bawak bayi kecil lagi kesian! Kami yang tak bayi pon asyik fikir nak balik saje.

Mula mula rasa macam bersalah lah jugak nak balik awal. Tapi, izzuddin sendiri yang nak balik, dan tak nak main dah. Apa lagi, pucuk dicita ulam mendatang. Cabut aje lah. Tapi, still kami ni rakyat yang bertanggungjawab kepada bangsa dan negara. Tak de lah cabut tanpa apa apa pemberitahuan kan.

Disebabkan ini perlawanan antara PASTI, maka sepanjang match diorang pasang lagu nasyid yang kebanyakannya lagu nasyid zaman sekolah dulu! Oh, baru terperasan aku dah lama giler tak dengar nasyid as aku kurang gemar sikit dengan nasyid zaman sekarang. Tapi, aku just boleh identify lagu tu dikeluarkan paza zaman zaman(macam dah tua je bila sebut zaman) bila saje lah, tajuk dan penyanyi dah tak ingat.

Selepas beredar, abah ajak singgah pasar hari dekat padang serai. Beli lunch, durian(oh, tidak gemar sekali) dan balik. Memang letih sangat.

Izzuddin buat hal tak nak turun dari kereta sesampainya kitorang dekat rumah. Sebab? Dia still tak dapat kereta control idaman. Pujuk pujuk dan pujuk tapi tak berhasil, kitorang tinggal je dia dalam kereta. Then, hujan turun dengan lebat. Aku pon keluar pergi pujuk sekali lagi, berhujan, tapi still tak berjaya. Abah keluar pujuk, tapi tak taulah abah cakap apa kan, dia nak keluar dari kereta, makan roti arab 2 biji lagi. Haih, memang betul lah cikgu dia pon cakap 

"izzuddin ni memang manja ke?" 

Kitorang jawab "ye lah tu cikgu" dan siap pesan kalau malas buat kerja ke apa, hukum saje HAHAHA

Petang tadi, aku terlelap, bila jaga tengok abah dan izzuddin tak de kat umah. Kakak cakap diorang pergi Giant. Bila balik je, muka budak kecik tu berseri seri dapat sebuah kereta control idaman Jeep yang besar. Aku rasa ini kali ke berapa entah beli kereta control. Entah entah dah 10 kali kot. demand tinggi betul budak kecik ni. Pilih yang bukan calang calang pulak tu!

Abah cakap Giant hari ni ada dalam 20% je pengunjung. Kesian giler. Semua nak serbu Tesco baru yang biasa saje bagi aku. Takde benda special pon. Biarlah. Asalkan aku bahagia HAHA ayat tiba tiba tak bermotif tak berkaitan -_-" 

Makan malam dengan pulut durian! Izzuddin memang sakan lah makan banyak giler durian. Aku? EHEH tak suka durian. So, aku makan pulut plus santan plus gula saje HAHA



Oh yeah, sembang dengan kawan a.k.a student mama tadi, dia tanya nak jadi guru tuisyen tak? Alhamdulillah rezeki. Kena fikir dulu, tapi rasa macam nak. Ajar mathematics form 5 dan form 3. Gerun jugak ajar form 5. Aku tak pasti aku still ingat ke tak. Tapi tak tahu pulak kena ajar add math ke math or dua dua. Form 3 macam ok. Simple math saje kan. Tengoklah macam mana. Kalau terima kena buat yang terbaik sebab diorang nak ambik exam besar. Kena list semua pro dan cons. Tapi tak boleh lambat sangat pulak.sigh.


 

Tapi kan……Seronok jugak orang offer job tanpa perlu apply nih!!!! HAHAHA


 


 




 

p/s: jeles tengok moon jadi cikgu sekolah. Tiba tiba dapat rasakan semangat untuk mengajar membakar dalam diri. cewah ayat!

Sunday, April 24, 2011

Quickies #6

Salam.

Hari ke 6. Hari ni sangat bermakna. Hari ke 6 merupakan hari yang menyaksikan aku dengan rasminya patah hati sebab Ashraff Muslim bertunang hari ni. Oh sungguh sadis bangun awal pagi pagi buka tv sungguh eksaited untuk menonton kartun akhirnya tertonton lintas langsung majlis pertunangan beliau tsk T_T

Oh, sungguh over ayat kau kan fana, bajet lah kau minat sangat. KUIKUIKUI ni tak lain tak bukan efek lepas abah cakap

" nanti abah nak bakal menantu abah macam ni"

sambil refer pada Asyraff Muslim yang masa tu tengah sibuk berlakon drama Yusuf dekat TV3.

Oh, abah, sungguh tinggi demand mu, jangankan yang macam Asyraff Muslim, yang macam Hyun Bin pon belum tentu nak dekat along sobbsss nangis lagi sekali T_T

Melayan kesedihan kepatahan kehatian kesampaian kepetangan. Ditambah pula angah yang gediksss hendak mempost link gambar pertunangan tersebut di facebook. Oh sungguh menderita. Rupa rupanya inilah yang dirasakan jika patah hati (cessss eja nama dia pon belum tentu betul) bila cinta tak berbalas (kedengaran seperti tidak waras) sobsss T_T

Tapi nasi dah jadi bubur McD. Tahniah kepada mereka. Mari doakan saja semoga mereka akan bahagia sehingga akhir hayat.

Justeru, demi mengubat kesedihan dan kesadisan anak perempuan beliau ini (sebenarnya tidak ada kaitan) abah pon mengajak ke Tesco sebelah rumah yang baru dibuka pada 211 hb yang lalu. T_T lagi sekali lambang selepas ini kad atm akan selalu dicucuk untuk mengeluarkan isi.

Eksaited giler nak pergi sampaikan berebut parking sehingga darah tersirap sebab tak sabar nak jejak kaki ke dalam. Oh,kedengaran sungguh jakun. Tetapi biasalah, benda baru, mestilah semangat nak explore. Anda pon begitu kan?

Tersangatlah ramai rakyat jelata yang berkunjung, ditambah pula hari ini merupakan cuti hujung minggu maka meranalah anda untuk menjejakkan kaki dan menolak troli tanpa melanggar bahu atau kaki orang lain dengan sengaja. Semangat pergi meninjau ninjau dan kemudiannya sempatlah membeli beberapa barangan yang dirasakan penting, terutama Nutella. Wah wah wah berseri serilah wajah ketika sarapan selepas ini! =)

Stok makanan ditopup. Yang lain, malas nak bagitau. Barangan tipikal orang beli kat hypermarket. RotiBoy tidak dilupakan. Pergi ke sana pada pukul 5.30 petang; plus minus. Balik pukul 9 malam. Haruslah dinner di sana kan. Terjah foodcourt. Ouch! Sungguh aku tak berkenan. Fyi, aku kurang gemar akan foodcourt. Sebabnya aku kena tinjau dulu nak makan apa dan haruslah melihat orang yang menjual itu menepati piawaian atau tidak. Sungguh banyak kerja perlu dibuat.

Lagi satu, keadaan meja makan. Oh, sungguh sensitif bahagian ini. lagi sensitif bila melihat seats untuk 6 orang tetapi 2 orang saje yang duduk dan memenuhi kesemua 6 seats. Hello! Tolong consider family yang besar besar boleh? Bukan yang berbadan besar, tapi yang ahlinya berjumlah besar. Tetapi tadi itulah yang berlaku. Maka kami menjadi sedikit sukar, perlu membuat pusingan banyak kali sebelum mencari tempat, tetapi still aku dan kakak terjerumus kepada keluarga lain;terpaksa duduk di kumpulan meja sebelah.T_T

Untuk menghilangkan kesedihan hati, aku mensibukkan diri menjadi waitress untuk ahli keluarga tercinta. Sebanyak 4 sizzling yee mee dan sepinggan nasi goreng pattaya telah Berjaya diangkat, sebotol air mineral dan segelas soy bean telah Berjaya dibeli, dan 3 cawan ice blended berjaya dibelanja. Maka dapatlah dilupakan sedikit kesedihan itu(tak de kena mengena lagi skali). Gambar sekeping pon tidak diambil. Disebabkan malas, dan sebenarnya tak teringin nak ambik ataupun dalam kata lain tak teringat pon nak amik sekian terima kasih. Tak tahu nak suggest makanan apa. Semuanya biasa biasa saje.

Satu lagi perkara sensitif setiap kali ke mall atau hypermarket adalah berkenaan dengan surau. Kami semua bersetuju design surau tersebut sangat tidak efisien. Ye lah, cuba kau bayangkan, pintu masuk adalah pada bahagian yang menghadap kiblat. I mean, bila kau masuk, kau perlu jalan di hadapan orang yang tengah solat. Sungguh tidak senang hati akan dirasakan oleh orang yang tengah solat dan baru hendak masuk untuk bersolat. Dan tidak dilupakan kawasan di antara tempat berwudhu' dan kawasan untuk solat sedikit lecah dan lembab. Telekung sepertinya tidak disediakan dan kami juga tidak pasti telekung siapa yang telah dikebas tadi. Mungkin ihsan dari pekerja di situ. Sedikit nasihat untuk semua dan diri sendiri:

Bawaklah telekung sendiri ke mana sahaja, nescaya segala rungutan tentang telekung tidak akan muncul =)
Sebenarnya aku dan mama adalah jenis yang suka membawa telekung sendiri ke mana mana saje kami pergi, tetapi disebabkan hari ni tidak dirancang nak pergi ke sana sampai malam, maka tak bawak. Boleh saje nak balik rumah sekejap untuk solat dan kemudian pergi semula untuk dinner tetapi sepertinya kurang efisien cara tersebut dan akan menyumbang kepada pencemaran udara lagi.ececeyh ayat.

Lagipun, kami tak tau akan berlakunya kejadian sedemikian di dalam surau T_T

Bila balik, pujuk izzuddin yang tak nak turun kereta sebab tak beli kereta control idaman; beliau merajuk sehingga menangis terhenjut henjut, aku give up, passing turn dekat mama, mandi, then hadap tv.

Memang itu je kerja aku setiap malam. Online dan tengok tv.

Oh yeah, tv baru ditengok, sedap ditonton, terasa sayang kalau asyik tertutup tidak dibuka KUANGKUANGKUANG please please please jangan cakap aku jakun lagi skali.



Sekarang, rumah aku dikelilingi oleh restoran fast food. Easy access. Delivery memang sampai, usah risau. KFC saje sudah 3 outlets(?) setakat ini. jarak antara sesama mereka dan juga jarak mereka dan rumah kesemuanya tidak sampai 5 minit perjalanan. Mc D dan Ayamas juga ada. Pizza Hut tak terkecuali. Sushi King(fast food kah?) penambah seri. Tak mintak lebih, cukuplah kalau ada setakat yang asas.



Sangat strategik bukan?







p/s: perlu timbang berat badan dan ukur lilit pinggang dahulu sebelum keluar ataupun membuat pesanan secara delivery tsk tsk tsk

Saturday, April 23, 2011

Quickies #5


DAY 5

Salam.

Hari ni busy jugak lah. Busy tidur.HAHA. paling kelakar, reaksi izzuddin pagi tadi. Mama macam biasa akan pergi mengajar pagi Jumaat. Kakak pergi tuisyen dan Intan tak bangun lagi sebab cuti hujung minggu kan. So, aku yang bangun awal dan kemudiannya pergi landing semula atas katil mama yang jadi mangsa kena teman budak kecik nih. Mula mula tidur sedap je tapi lepas tu budak tu datang kejutkan. Aku tak bangun. So, dia tak puas hati. Dia panggil mama suruh kejut aku teman dia tengok tv dan sarapan. Mula mula aku buat dek je, then budak kecik tu cakap "eeeiii..along ni, hantu tidur la!" amboi amboi amboi!!! Cakap macam orang tua kot budak ni!

So, nak tak nak terpaksa bangun, pergi depan tv, tanya dia nak makan apa, bagi apa yang dia nak dan sambung tidur depan tv .ZZZZzzzzZZZZ kira teman lah kan?HAHA

Kesian giler dia kena makan, main sorang sorang. Tapi, aku tidur pon bukannya tidur nyenyak. Sekejap sekejap kena bangun pergi dapur, sekejap sekejap kena bangun ambik itu lah ini lah, di bawah arahan budak kecik ni. T__T

Then, lepas bangun, lepas settlekan semua house chore, lepas masak nasik semua, it's movie time! Eh, actually it's anime time KUIKUIKUI

Sekarang, budak budak ni pon dah terjoin tengok yakikate japan dengan aku. Kemudian mama request nak tengok Hindustan, aku pon buka la cerita 3 idiots.

Sebelah petang, mama buat cekodok pisang lagi sebab bekalan pisang agak banyak, tapi kitorang punya reaksi macam biasa; singa kelaparan! Petang petang memang sedap makan cekodok tambah tambah yang panas panas huiiiii sodap!sodap!sodap!

Tengok "rosy business" macam biasa. Hrmm..tak sabar tunggu ending cerita nih. Hari ni episode yang sedih.

Sebelah malam, mama suruh diorang kemas drawer baju diorang. Kagum tengok izzuddin siap lipat baju, dan kemas,; kelaskan ikut seluar dan baju! Yang dua orang lagi tak sempat tengok pulak. Bila aku lipat baju tadi, semangat dia tunggu baju dia dilipat untuk disimpan dalam drawer. Ehem dia pon tolong aku lipat jugak! Fyi, budak kecik ni baru 6 tahun. Well, nothing is impossible. All is Well…HAHA (pengaruh 3 idiots) tahu tak, sambil melipat, boleh pulak kitorang berdua berborak borak macam budak ni sebaya je dengan aku KEHKEHKEH memang boleh buat geng!

Tiba tiba masa tengah sibuk sibuk membebel sambil lipat baju, elektrik tak de. Haisshhh. Abah baru je nak keluar pergi pasar malam. Bila abah, intan dan izzuddin keluar pergi pasar malam, tinggal aku, mama dan kakak kat rumah. On laptop, tengok yakikate japan lagi. HAHA. Mama keluar ambik angin luar dengan jiran jiran yang lain yang kuat bergosip. Bila bateri laptop kong, barulah kitorang terhegeh hegeh nak keluar sebab tak tahan dengan nyamuk. Tapi dekat luar pon sama saje, kalau dah gelap for sure lah nyamuk giler banyak.

Main game dekat fon, kipas kipas untuk 30 minit, abah and the kids pon balik. So, open table dekat ruang depan, candle light dinner lah kitorang. Semangat je semua set up tempat makan sebab makan bercahayakan lilin. Even budak budak 3 orang tu menunjukkan tahap kerajinan luar biasa. Kagum sekejap.

Tapi sempat candle light dinner sekejap je lah, sebab elektrik dah ada macam biasa. Terus diorang lari pergi duduk depan tv as in tak pernah hadap tv untuk berjuta tahun.

Setiap kali elektrik ada balik, semua semangat nak tiup lilin, siap nyanyi lagu birthday lagi HAHA. Yang paling tak tahan, siap book lagi lilin dekat dapur sape tiup, lilin dekat ruang tengah sape tiup, lilin dekat ruang depan sape tiup, semua lilin lah akan ada orang yang dah booking.

Tipulah kalau korang cakap tak pernah buat benda ni MUAHAHAHA

Tengok movie bersama sama, lepas tu semua dah tidur. Tinggal aku je la yang tengah berjaga sambung tengok yakikate japan(tak habis habis dengan cerita ni) dan sekarang tengah berblogging sebelum tidur. Dah jadi rutin harian lah katakan..


 

So guys, that's all. The end =)

Friday, April 22, 2011

Quickies #4

DAY 4


salam.

dah 4 hari. dah hari ke 4. rutin harian seperti biasa. cadangnya sebelum tidur pagi tadi nak tengok yakikate japan, tapi terpaksa dilupakan sebab sibuk berkomen di facebook pasal gambar bbq. lepas menyapu pagi tadi, terus sambung laptop ke tv dan pasang yakikate japan secara berterusan. ambik kau.sampai yakikate japan tu pulak yang tengok aku.

tengah hari, aktiviti biasa - tengok "falling in love" sambung dengan "marimar". cerita semakin best! oh,sergio!!

petang; "rosy business" sudah pasti akan ditunggu. dan ada drama mandarin baru yang menarik perhatian, tapi tak ingat pulak tajuk apa. takpe, lain kali akan diberitahu kepada anda semua!

oh yeah, petang tadi mama bagi kepercayaan untuk masak satu jenis lauk untuk makan malam. semangat! dan berjaya menepati piawaian mama. alhamdulillah, semakin improve skill sekarang EHEHEHE

sebelah malam; luangkan masa dengan keluarga, menonton "footprints in sand" yang sedih, sambung tengok rapunzel pulak.

dan sekarang sambung balik dengan yakikate japan!

that's all. quite bored huh? but not for me! =)




p/s: macam nak join mama berbisnes pulak.haihhh...tapi nak cari kerja jugak.mesti fikir dan decide cepat!

Thursday, April 21, 2011

Quickies #3


DAY 3

Salam.

It has been 3 days already and yet I have done nothing. I mean things that can generate money. Or in other words we call as working. Oho..so lame,nak explain pasal tak kerja lagi pon kena guna ayat panjang.

There is a problem with my blogger. I can't type in the entries directly. So I have to use Microsoft word every time I want to post an entry. It's quite hard mind you. I still can't figure out what the problem is. I can sign in like usual but when I click the "new post" button, it takes a long time to load and the "edit html" will appear as default, not the "compose" part. The loading circle will still be there even you left it for hours!

So,anyone, do tell me if you know the solution for this problem. I have cleared the cache, the cookies etc etc for few times but still the problem is unsolved. Please!

Ok, now stop talking randomly. Let's see what I had done in the 3rd day.

Woke up like usual, helping mama preparing the breakfast. After they had gone to school, I watched tv; morning programs really kill me with boredom. At noon-helping mama with cooking; the lunch is yummy! I can't stop myself from eating. Haiyaakkk!!! I need to control or else I have to join "The Biggest Loser" program. Mama said" macam mana lemak tak berkumpul, exercise malas". Sigh.

In the evening, we watched the Philippine's drama again – Marimar. Well, I have no choice since mama is the madame of this house. But today's episode has grabbed my attention. HAHA. The plot is quite complicated but when mama explains to me, the story seems fun to watch. Before this, I have watched "Pangako Sa Yo" and "Sanay Wala Ng Wakas" ( can't remember the spelling well) because Jericho Rosales is the hero. In this drama, Marimar, I think I am in love with Sergio! Handsome, tough, cool, yada yada yada ; except for his ear piercings which made me "auwww…gross!". However, that's the only defect that I can see now EHEH

Mama made jempu jemput pisang a.k.a cekodok. Serius laku giler. For seconds everyone's face looks like a hungry wolf when waiting for the cekodok to get cold a bit before we can eat them.

At night, like usual (eceyh bajet macam dah duduk rumah sebulan dua) I'm waiting for E.U; today's episode is quite interesting and I am looking forward for the ending! "Footprints on Sand" seems interesting too (heh kau ni apa yang tak menarik entah) but I love "Falling in Love" more. Oh yeah, "Rosy Business" has also caught the eyes of mine. Can't wait for the next episode!

Fyi, all the dramas I mentioned above are either mandarin or Cantonese dramas.

I continued watching running man at tv; episode 32. Part 4 just can be played for 10 sec which made me so depressed as I had waited for hours to download that part only and I had downloaded it for 4 times!

Gave up on that and just watched it until the end. After typing this, I'm going to watch yakikate japan! Weeeehaaaaa

Just checked out the dramacrazy website and the d-addict, many dramas will be aired soon! Can't wait!

All in all, if I haven't started to work yet, I think all the entries you'll be reading are just craps; I mean most of them will be about dramas. Just bear with them. MUAHAHAHAHA


 


 

p/s: I have no idea for what job should I apply but I have to find money a.s.a.p! That person's birthday is just around the corner!

Wednesday, April 20, 2011

Quickies #2


DAY 2



Salam.



Hari kedua. Hari bermalas malasan yang kedua. Hari berehat yang kedua. Alhamdulillah, berjaya mengekalkan tradisi bangun awal dan membantu mama menyiapkan sarapan. Mengejutkan Izzuddin untuk ke sekolah. Walaupun dia agak malas untuk bangun hari ni.HAHA. dan aku pon telah pergi me"landing" di sebelah beliau lambang memberikan kebenaran untuk beliau tidur beberapa minit lagi.

Tak banyak benda boleh cerita dekat sini. As usual, pagi pagi kehidupan berseorangan. Menonton tv dan kemudiannya terlelap sekejap dan kemudiannya terjaga balik dan the cycle continued. Bukannya bosan sebab banyak benda boleh buat. Misalnya, mengikut mama ke kedai. Tapi kalau dah dasar pemalas nak jejak keluar rumah, tak boleh nak cakap apa.

At least, I helped mama with cooking , tidying and sweeping EHEH. Dan tadi lipat baju,tak banyak,satu raga saje.KUANGKUANGKUANG

Tengah hari, puas hati sebab dapat tengok drama mandarin Singapore plus Malaysia. Drama HK pada sebelah malam. Oh, semuanya favourite actors and actresses dan jalan cerita seriously sangat nice! Kepada sesiapa yang tak tahu, I'm so into Mandarin and Cantonese dramas! Dari kecil lagi. Dari situ kot lahirnya minat nak belajar kedua dua bahasa ni. Bila tonton cerita cerita ni, amazingly I can understand what they say and guess what they're going to say. Current favourite drama – E.U, a Hong Kong drama. Before this F.T.U. semuanya drama yang berciri kepolisan. I still remembered I cried when watching the final episode of F.T.U. Ending yang sangat sedih! Aku sendiri tak sangka ending dia begitu. Oh, kalau cerita pasal ni, esok tak habis. Tapi, harap maaf Gerak Khas or Roda Roda Kuala Lumpur tak masuk dalam list.

Lepas tu kena teman mama tengok Philippine drama. Arrggghhh…complicated! itu je aku boleh komen.

Oh yeah, job hunting starts! About the job recommended before, I think I've to reject due to a few reasons. So mama encourages me to search for other job and yeah, I'll do that. Tak nak lah habiskan masa 5 bulan dengan membuang masa, just like before. Moreover, there is something that I want to buy really much for someone that I love so much. Rasa macam tak thrill pulak guna duit monthly allowance yang abah bagi untuk beli. I have decided to be a grown up. Eh, guna duit sendiri untuk beli something yang kita nak kira grown up lah kan??KEHKEHKEH

Right now, I'm so into Sophie Kinsella's novels! Last Thursday, I was holding the Mini Shopaholic series with a grin on my face but ended up buying other books. Three of them! Maybe because the books were sold with good prices, so I decided to buy them, not the Mini Shopaholic series. And I also want the Madeleine Wickham series! Just checked out at BookXcess website and it seemed like they were sold out! So, sekarang kita kena terjah mana mana MpH atau popular yang berdekatan walaupun agak kerugian sebab harga disana mesti lebih mahal.sobsss T___T Another books in my list- "the Caligrapher's Daughter" by an Asian Writer and "the Book of Tomorrow" by Cecelia Ahern. Gonna get them soon!

Tapi kalau sesiapa terasa nak bagi as birthday present, besar tapak kaki, padang bola saya tadahkan HAHA

Baru tadi start baca "the Last American Man" by Elizabeth Gilbert. First time nak baca hasil tulisan beliau. Kalau tak silap sebelum ni ada sorang kawan yang baca "Eat Pray Love", dan dia cakap best. So, now I'm so excited to read hers. Tapi dapat rasa progress kali ni agak lambat sebab perhatian lebih diberikan kepada TV. I miss TV so much until I can't stop watching it even I've to go to the toilet! How bad is that huh? Kalau dekat kuantan, bila ditolak masa yang diambil untuk buat assignments, classes etc etc , aku hanya perlukan around 2 3 hari untuk habiskan one novel yang thousands of pages. So, "the Last American Man" yang hanya 271 pages? Well, just wait and see.

Sekarang bila dekat rumah, aku rasa aku nak terapkan hobi membaca especially bahan bacaan dalam English. The easiest ways to excel in English selain mendengar lagu English selalu. I can see that they are more interested in reading malay novels which for me tak semua bermanfaat. Mungkin sesetengah akan bagi sedikit pengajaran tapi sekarang diorang lebih prefer untuk tulis dalam bahasa rojak. Tapi kalau English novels, there is no other way to write. Mesti guna grammar yang betul. A good starter when Izzuddin asked me to bring him to the library to read books there. So, this is my chance. Weekend kena ajak abah dan bawak semua pergi sana. There are so many interesting English books that can attract them. Even comics will be good. I want them to master in English for their future. Especially kakak, she's going to sit for her UPSR at the end of the year. Intan pulak next year. Their English is a bit worrisome to me.

So, plan cuti kena ubah sedikit. If I want to work, I must search for a job that will not occupy my whole weekdays and weekends. Besides, I'm planning to learn some more about cooking from my mom and other feminine works. Tak lupa jugak, nak pergi ambil lessen. A MUST do!


 

That's it for now. Ciao.


 


 


 


 

p/s: supposed to type at the end of day 2 but too absorbed with E.U until 12 a.m. therefore ended up typing this at day 3.sigh. -_-"

Monday, April 18, 2011

Quickies #1


DAY 1


salam.
 

I'm home. Final exam dah habis. Sekarang, cuti untuk 5 bulan. wow! hari pertama dihabiskan dengan bermalas-malasan dan berehat.konon penat gile naik bas sampai 8 jam. Tapi memang letih kot. lenguh kaki tangan kot. walaupun ¾ daripada perjalanan tu aku just tidur je, dan bukannya memandu bas.

At first, ingat kena naik bas sorang sorang. So, dah decide memang nak tidur saje. Lagipun letih sebab lebih kurang 5 hari aku tidur macam koboi.maksud tidur koboi adalah tidur laju laju dan bangun laju laju sebab outing, dan banyak kerja yang kena buat untuk bbq batch. So, akibatnya, aku rasa aku jadi macam zombie, tak de feeling sangat untuk cakap dengan orang, kadang kadang mood terlebih up, kadang kadang mood terlebih down. Letih kemas barang lagi. Letih main tiup buih dan jadi model fotografer dengan hanis untuk anna HAHA. Pendek kata, letih sangat!!

Bila sampai terminal dengan hanis dan sarah, baru dapat tahu yang kitorang naik bas sekali just diorang turun dekat sp,aku turun butterworth. Alhamdulillah, sangat bersyukur!at least ada orang yang aku kenal atas bas. Bila naik bas, baru terperasan depan aku ada 2 orang senior, dua dua senior beseri dan juga uia.weehoo! means, tak sorang sorang. terus sms anna, syazila dan dian bagitau berita gembira ni. semangat!!  Tapi still duduk sorang sebab single seat. Bila fikir balik, duduk skali pon aku takkan rasa bosan sebab once aku naik bas, aku dah mengantuk. Bas bertolak pukul 9 malam, 9.30 aku dah tertidur.HAHA. Masa dekat atas kereta on the way pergi terminal pon aku dah menguap berkali kali. Terjaga sekejap sekejap saje. Kepada sesiapa yang membuat persepsi aku akan merasa bosan kerana naik sorang sorang, sila hapuskan segera sebab tak sempat nak fikir untuk rasa bosan pon!
Sampai dalam pukul 5.15 pagi. sampai tol juru baru nak call abah, so kena tunggu abah agak lama lepas turun bas. Abah marah sebab tak call awal sehingga kena tunggu lama.nak buat macam mana, sampai situ baru terjaga. Itupun nasib baik terjaga.

Naik kereta, terus request nak breakfast dengan McD! HAHA seronok dapat breakfast dengan hotcakes yang yummy! Sampai rumah, salam salam semua, terus terkam izzuddin yang tengah tidur. Kejutkan dia and then bila dia nampak aku terus terjaga HAHA rindu sangat agaknya!

Satu perubahan besar sejak dia masuk Pasti-bangun awal, nak pergi sekolah salam semua orang. Sweet tahu! Lepas semua pergi sekolah, aku sambung tidur yang tertunggak. Tapi sekejap je lah sebab teruja sangat dapat duduk kat rumah KEHKEHKEH

Borak borak dengan mama, sambil tengok tengok kain dari Vietnam yang super duper cantik! Paling best, kami pon dapat weehhoo!!! Then, mama cakap kawan mak njang nak buka kedai dekat tesco sebelah rumah ni dan dia nak cari pekerja.so,mak njang suruh tanya aku nak tak.hrmmm..interesting!baru je sampai dah ada orang nak offer kerja.so,aku tengah fikir nak accept ke tak.gaji pon ok,kerja pon biasa biasa, tak teruk. In few days dah nak buka.so, kena buat keputusan secepatnya! Kalau tak join mama buat bisnes je lah.

And then bila budak kecik tu balik, aku pon keluarkan bubbles and then pergi main dengan dia dekat luar tengah tengah hari. Seronok!

Malam, tengok tv puas puas (sekarang blogging pon depan tv) semua cerita cina aku tengok! Rindu sangat dengan cerita cerita HK!

Habis tak de cerita, nanti aku sambung je lah laptop dekat tv ke, projector ke, kita layan running man pulak MUAHAHAHA

Harap harap cuti 5 bulan ni akan dapat diisi dengan perkara yang bermanfaat dan dapat buat duit lah sikit HEHE, InsyaAllah


 

Ok, setakat ini dulu, nak sambung tengok Jackie Chan! Ciao =)


 


 


 

p/s: semangat nak blogging setiap hari konon konon buat diari sepanjang 5 bulan. Mari kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku!

Wednesday, April 6, 2011

The B-Day


Salam and hi people!!



Long time no see kan? Sungguh malas untuk update blog sebab aku tau bukannya ramai sangat yang ambik pusing apa yang terjadi dengan blog aku. Even aku as the owner pon buat dek je kan. HAHA. Kesian gila dekat blog. T__T

Ok,semangat gila kot lepas subuh terus on laptop taip blog pada hari ini. bukankah ini menunjukkan satu kemajuan? Heh heh heh *kembang hidung* (sedangkan sebab kena tunggu washing machine sampai pukul 8 HAHA)

Tapi memang nak update blog pon sebab aku sebenarnya nak umumkan ini:


 
" now I'm officially 21 people!!"

 

Lepas masuknya tarikh 5/4/2011.


 

Wow!!susah nak percaya! Sebab tak nampak pon perubahan tiba tiba dah 21. And the feeling- susah nak describe. Rasa tua maybe?HAHA please don't sebab ramai saje yang lebih tua di sekeliling. Mungkin aku patut rasa ini – sudah boleh kahwin mungkin? HAHAHA please please not now, jangan buat abah dan mama tersedak di rumah.


 

Ok abaikan tentang rasa. Actually nak cerita kat sini pada hari ini bagaimana aku spend my B-day. Ok, elok je masuk pukul 12, aku terus change mode fon jadi silent. Takut mengganggu aku dan jugak roommates study. Untuk elakkan bunyi mesej dan deringan calls yang mungkin akan mencurah curah ke ladang gandum. Ceyh bajet macam banyak sangat mesej dan calls yang bakal masuk kan.tapi,hakikatnya memang begitu.


 

The first to wish, Asma.wah, serius dia tunjuk perubahan yang besar dengan call aku pada birthday kali ini. tepat pukul 12 pulak tu!terharu sangat! And then jibah menyusul, with a card pulak tu! I'm not expecting anything. Sebab kami berdua sudah hampir "broke" walaupun instinct untuk outing masih membara KAHKAHKAH My lovely twin anna came later and with a handmade card! I'm so touched my dear twin! U can't never imagine my feelings at that time! Sudah cukup membuat aku terharu lagi skali dan energized me back untuk terus study. lepas tu dapat wish dari kak nisah,my roommate sorang lagi, mesej dari dian dan sanab, call dari angah mesej dari tikah dan bla bla bla ramai sangat kalau nak list aku rasa entri ni akan end up dengan senarai pen"wish"(?) je lah.



Mind you, aku kena jawab exam biochem di hari yang berbahagia ni. Perfect timing kot! Kind a sad lah masa awal awal dapat tau hal ni, but later I realized, menjawab exam pada hari lahir is a bless you know! Pada hari tersebut kita akan mendapat banyak doa dari ramai orang dan semuanya mendoakan yang terbaik untuk kita. I tried to think positive. Ye lah, bila semua dah macam


 

"kesiannya kena jawab exam masa birthday.."

"birthday fana masa exam biochem!sedihnya!"

I know I've to neutralize the feeling.


 

At first aku pon macam tu, tapi malam sebelum birthday aku, aku ada terfikir pasal ni. Kenapa nak sedih? I tried to find the answer for that question, mungkin sebab tak boleh keluar sambut dekat luar dari pagi sampai malam? Eh, that's so not me. Plus sini tak de tempat menarik untuk pergi menyambut birthday secara seharian. Dan before ni pon aku tak pernah pergi sambut birthday secara begitu. Berfikir berfikir berfikir sambil baca notes biochem. HAHA.


 

Sebelum sambung cerita. Layan dulu gambar gambar ni, all cards I got yesterday, walaupun tak banyak, these two cards really made my day.


From jibah. She knows how I love carrot juice so much!(eh,ada kaitan ke?)

a hand made card from Anna. Tak tahan ok wish dua dua orang lebih kurang sama.

love ya!!

 
------------------------------------------------------------

 

 

Kebetulan tengah teringin nak makan kfc, tengah tengah study biochem terus terjah kompatmen jibah dengan terburu buru just untuk cakap ni


 

"jibah jibah esok petang kita pergi makan kfc tau tau aku serius teringin nak makan kfc hehehehe"(this was spoken before u gave me the card,twin. macam tahu tahu je dia ni kan)


 

Lepas tu sambung study sampai pukul 4.30 walaupun dalam otak 0.000001 percent tengah fikir " how should I celebrate my birthday?" HAHA

Mesti akan ada jugak kan tipulah kalau cakap tak terfikir pon pasal ni.

Tidur, bangun dan pergi jawab exam pada pukul 9 pagi. Pagi tu dapat mesej dari anim, my little sister. Terharu sangat dia sempat lagi cari masa dalam pukul 6.40 pagi walaupun mesej dia cakap "you are born in the zoo" -_-" around 8.35 pagi mesej abah pulak sampai. Terharu lagi skali. Before ni abah bagitau dalam emel bila balik nanti akan ada hadiah special. Tak sabar nak balik!


 

Dalam perjalanan pergi ke tempat exam,KOM , aku call mama dulu. Well, ini dah jadi rutin, satu kemestian setiap kali sebelum masuk exam. I need to hear her words yang akan sentiasa mententeramkan dan menenangkan dari segala aspek. Ada sekali aku tak sempat call dan just mesej bagitau aku dah nak pergi exam, aku jadi sangat nervous dan the first thing aku buat bila balik lepas exam adalah call mama. Setiap kali call I will keep telling her


 

"mama mama!!along dah nak masuk exam.doakan along tau.takut nih."


 

Walaupun almost all the words from her adalah sama setiap kali call, like


 

"insya allah boleh jawab. Ok,buat elok elok." Or

" along dah bersedia kan, insya allah mama doakan boleh jawab nanti." (keh keh part "bersedia" tu sentap!)


 

tapi impak tu sangat besar bagi aku.

Tapi kelmarin aku cakap pasal nak pergi exam dan tanya


 

"mama, lupa something ke?"


 

And she was like,


 

"lupa apa?"

"la…mama ni, cuba ingat balik,ada lupa something tak?"

"ish…lupa apa?"

"mama ni, hari ni berapa hari bulan?"

"ooo…ok ok,bulan 4 kan…selamat hari lahir..buat baik baik exam"


 

For me, the conversation is so sweeettt!!

Dan aku masuk exam, menjawab exam dengan usaha membaca 687 biochem slides semangat berbekalkan doa doa dari mereka yang sentiasa berada di sekeliling aku walaupun dalam perjalanan pergi exam, masih baca notes protein and amino acids yang tak habis lagi

------------------------------------------------------------

 

Lepas habis exam, ucapan ucapan besday bergema di sana sini(ceyh over!) thanks ye kawan kawan. Tengah hari abah call


 

"tak outing ke hari ni?next exam lambat lagi kan?"

"tak kot. Tak habis study lagi. Next paper 2 hari lagi.kenapa?"

"la..takkan tak keluar makan makan sambut birthday ke…"

"lepas habis exam 14hb ni nanti ingat nak keluar. Sekarang tak kot.kenapa?"

"tak la,kalau nak keluar.bagitau, nanti abah bagi duit."

"keh keh keh keh tetiba rasa nak keluar sekarang!"


 

HAHAHA abah sangat sangat memahami .


 

Ingat petang tu nak buat sikit revision untuk mcb tapi nampaknya tak menjadi. Habiskan tengok running man, gelak sampai sakit perut dan tengok jam dah petang. Diskus dengan jibah dan twin tentang plan nak pergi makan kfc. Akhirnya decide nak pergi malam after maghrib. Nak pergi kfc TC. Ok demanding gila birthday girl ni tak nak makan kat kfc picisan. Actually saje nak ambik angin sikit, well sempena birthday kan HAHA. Tapi terkilan aini dengan dian tak dapat ikut. Tak sampai hati nak ajak aini sebab dia ada exam hari ni. Takut kacau dia study. Dian pula tak nak ikut. So,tak cukuplah kuota. Tapi nasib baik ada hanis(cik driver), ana and yana sebagai penyeri. Jibah mestilah ikut. Tak sah kalau tak ikut. HEHE. Kereta kancil PGF juga berjasa.



Once sampai sana,turun kereta, sudah terbau aroma yang sangat melaparkan. Terus jalan laju laju dan toinggg!! Dah ada dalam kfc. Nasib baik orang tak ramai,tak payah queu pon.serbu kaunter, order sebucket kfc. Dapat free tupperware lagi. Diorang cakap tu hadiah birthday aku. Cess cess cess. And aku ada surprisekan mereka. KEKE. Bukankah sepatutnya birthday girl yang disurprisekan? HAHA tapi tak pe je kan sekali sekala. Bukan aku tak suka surprise ke apa(yang baik punya saje) tapi seronok juga tengok expression orang surprise. Nak tergelak pon ada. Apa surprisenya? Kena tanya mereka sendiri, tak boleh cerita kat sini =)



Terus duduk dan makan. Jibah mengetuai pembacaan doa. Best sebab makan dekat outdoor dan betul betul tepi pantai. Angin sepoi sepoi bahasa menyapa muka. Eceyh. Akibatnya, masing masing lawan hembus tudung.HAHA. asyik senget senget di tiup angin. Tapi sebab lapar, lepas tu masing masing dah tak heran. Nafsu makan masing masing boleh tahan hebatnya.HAHA. Alhamdulillah, habis juga dan tak berlaku sebarang pembaziran. Syabasy betey!



Sambil makan cerita cerita gelak gelak.santai sangat. Tiba tiba rasa macam dah habis exam.HAHA.lepas tu tersedar. 3 more papers to go. Makan pon gila lama. Tapi tak pe, bila lagi kan…

Lepas tu,jalan jalan ambik angin tepi pantai. Tapi tak turun pon dekat kawasan pasir sebab tak nak kotorkan sandal. Sesi fotogedik take over lepas tu. Kitorang sampai bersimpuh simpuh atas rumput konon nak dapatkan the best shot. Well, ada fotografer professional, kami ikut je lah cakap beliau.

Ampun maaf dipinta sebab saya tak pandai edit gambar =)



Kenyang gila. Lepas ni kena cari sibutramin untuk buang balik lemak (aplikasi biochem dalam kehidupan)
It seems like I'm the tallest!!muahahaha
love this picture tapi tak tahu kenapa.
Fantastic!!thanks a lot guys for making my day =)
Credits: Anna My twin =)

 
Then, makan aiskrim, bising bising aiskrim cepat cair,dan balik. Hampir pukul 11 lah jugak. Lepas tu tengok minyak kereta ada lagi, sambung sesi borak borak dalam kereta sambil air cond terpasang.HAHA. rutin setiap kali sewa kereta.



Bila balik, nampak sepaket chocettes cadbury dan ini kat atas meja:




another hand made card!thanks hazi dan mun!! terharu sobssT__T





Dah berumur 21, ingat nak buat sedikit perubahan. Tidaklah secara drastik. Sikit sikit lama jadi bukit. Semoga diri sendiri akan lebih berfikiran matang dan insya Allah akan mencapai kejayaan yang membanggakan di masa depan.

Semakin tak sabar nak balik rumah untuk sambut dengan family. Dan mestilah nak tengok hadiah special!


 

Dan tak lupa kepada kawan kawan FB, thanks sangat wish sampai beratus!! Serius tak sempat reply sekarang, tapi aku akan cuba juga untuk reply sorang sorang. Well, fan service lah katakan HAHA I really appreciate them!!


 

Actually nak tulis lagi, tapi next entry kot.Got to go, lama sangat hadap benda ni, text book mcb tengah tunggu. Ciao.


 


 

p/s: Lama sangat tak update, sekali update panjang giler kot. doakan kejayaan aku untuk 3 papers lagi!