Tuesday, May 10, 2011

Quickies #21

DAY 21
(8/5/2011)

Salam.

Selamat Hari Ibu buat mama dan juga ibu ibu di luar sana. nak bagi hadiah fulus tak cukup HEHEHE

sebab terlalu asyik menyiapkan projek, tak sedar terlelap pukul berapa malam semalam, maka terbangun lewat jugak hari ni. semuanya 'ter'.maksudnya ini bukan rutin.HAHA.

kakak dan intan cuti hari ni. so happily ever after lah diorang. izzuddin sorang je sekolah. lepas mandi mandi, tengok tengok ada Asia Song Festival dekat 8tv. semangat ambik seraga kain untuk dilipat dan bawa ke depan tv walaupon rasa macam dah tengok.HAHA.

lepas tu, tolong mama masak. hari ni, menu lunch unik sikit. Nasi goreng pattaya.HAHA. instant dan mengenyangkan. kena buat untuk 6 orang pulak.penat menggolek kuali sebanyak 6 kali untuk meratakan dan menipiskan telur. eceh macam lah aku yang buat sedangkan tolong bagi pinggan je pon.HAHA.

petangnya, abah bawa diorang pergi Giant untuk beli buku sikit. aku malas nak ikut sebab nak siapkan projek. izzuddin beria ria ajak mama ikut. bila mama cakap aku tak mandi siap siap lagi, dia dengan slumber je suruh tinggal aku kat rumah.ceh!

bila diorang balik, izzuddin report dekat mama abah tak bagi dia beli hadiah hari ibu.then barulah faham kenapa dia beria ria ajak mama pergi skali. dia nak suruh mama belikan hadiah yang dia nak bagi dekat mama dengan hadiah yang mama kena bagi dekat dia sebab dia cakap besday dia mama tak bagi hadiah..HAHA kelakar giler. but, ain't that sweet? comel giler masa dia cerita, sebijik macam aku.HAHA.

malam, kami makan makanan instant lagi. bihun PAMA versi rumah. walaupun itu makanan instant, chef mama berjaya membuatkan rasanya sedap dengan penambahan pelbagai jenis elemen yang menyedapkan.

sambung siapkan projek dan tidur.

No comments: