DAY 17
(4/5/2011)
Salam.
pagi pagi bangun macam biasa. tolong mama macam biasa. aku rasa hampir setiap entri aku akan tulis macam ni sebagai permulaan cerita. nampak sangat bila pagi pagi hidup kau agak bosan fana. sigh.
tapi, takpe. asalkan boleh bermanja manja dengan mama dengan menjadi anak tunggal tunggul sekejap, aku tak kisah kalau stesen TV tak nak menyiarkan apa apa rancangan yang best pon.HAHA.
pagi pagi sudah serbu Giant dengan mama. mula mula pergi bank sebab mama ada urusan sikit. then, terjah Giant. tak sangka seronok betul membeli belah pagi pagi di hypermarket macam tu. manusia yang wujud kau boleh kira dengan 10 jari kau. tapi tak termasuk pekerja dia lah. kalau termasuk skali, silap silap kau kena pinjam jari kaki jiran kau skali untuk kira.HAHA.
giler eksaited dapat pergi.kedengaran jakun pulak.well, ni first time aku pergi hypermarket pagi pagi. sebelum sebelum ni pergi petang atau malam. masa kaunter pembayaran akan penuh.masa nak berjalan pon akan bersentuh bahu dengan orang lain.
so, aku pon requestlah macam macam.well, aku sorang je ikut.HAHA. kentang goreng yang pelbagai jenis.naget lagi.banyak jugak aku nak.nak beli sayur pon aku mintak mama beli yang aku teringin nak makan.HAHA.ok,semuanya makanan. no wonder makin "kurus".KEHKEHKEH
hari ni, result keluar. sekejap sekejap ingat, sekejap sekejap tak ingat. duduk saje saje, mesti teringat. bila jiran aku cerita anak dia baru nak habis exam, aku bangga je cakap aku dah nak dapat result petang ni.
semangat buka portal pada pukul 4.30 petang sedangkan result officially keluar pukul 5.konon takut server busy lepas tu kena check pada pukul 2 3 pagi.sedangkan kena refresh berjuta kali jugak walaupun masa tu baru saje masuk pukul 5 atau 5.01 petang.-_-"
tapi, alhamdulillah, setelah menrefresh puluhan ratusan ribuan jutaan kali, pada pukul 5.15 petang, aku berjaya tengok result. so? alhamdulillah, berjaya jugak mengekalkan staus DL pada semester ni. paling aku terharu ialah aku berjaya merembat gred tertinngi untuk calculus! subjek yang membuatkan kami semua bermuka sugul ketika keluar dari exam hall walaupon sepatutnya bermuka gembira sebab dah habis exam. ada satu subjek yang aku tak dapat skor mengikut target iaitu UNGS. subjek ni memang hampir buat aku putus harapan dah dulu. hampir saje ok? mujurlah aku set kepala otak ni dengan prinsip "let bygones be bygones".HAHA.
korang tau UNGS tu apa? subjek Islamic Knowledge and Civilization which kena belajar pasal tamadun tamadun, sejarah Islam dan dunia, pasal ilmu, apa itu ilmu, tokoh tokoh dan pendapat mereka, sangat sangat banyak untuk dibaca dan diingat bila study last minute.HAHA.aku ingat lagi, sebelum exam pon aku tak study habis lagi. suka suka hati je spot soalan yang mana nak masuk. yang mana rasa tak masuk, aku tengok tengok je. tanya soalan spot sana sini sampai attack kawan aku kat Gomabk, si Amir tu even dia tak ambik pon subjek ni. aku paksa jugak dia pergi survey survey dekat kawan kawan dia yang ambik. kesian pulak dekat dia. gomen ne amir!
bila abah tengok result, dia cakap macam ni
"subjek UNGS ni tak dapat skor? yang lain boleh je. subjek apa ni? haiii..subjek Islamic Knowledge and Civilization tu!"
dan aku jawab tahap best punya
"susah la abah.bukannya macam subjek PAI kat sekolah tu. ni pasal tamadun tamadun. banyak sangat nak kena ingat. lagipon soalan dia haihhh susah nak cakap."
walau apa pon, aku berjaya membuatkan abah bayarkan buku yang aku order dari The BookXcess yang almost mencecah seratus ringgit konon sebagai hadiah sebab dapat maintain status DL tu.HAHA. rezeki rezeki.
sebelah malam, membaca status dekat fb. rata rata menulis tentang kesedaran dan azam untuk tidak study last minute lagi. semoga azam tersebut dapat dilaksanakan.Amin.
well, dapat tengok E.U dengan riang! muka penjenayah pon boleh nampak hensem .
end with day 17.
No comments:
Post a Comment