(3/5/2011)
salam.
bangun pagi macam biasa. tolong tolong mama macam biasa. dah jadi rutin sejak bergelar suri rumah part time sekarang. HAHA.anim dan angah balik, izzuddin, kakak dan intan pergi sekolah, maka tinggallah aku sorang sorang kat rumah jadi anak
hari ni bila marimar on saje dekat tv, aku dan mama dah memang standby depan tv tu. sebab semalam tak tengok gara gara balik rumah tok. so, hari ni bersemangat giler nak tengok apa yang berlaku.Sergio oh Sergio!HAHA.
lepas tu online sekejap. tengok FB, apa yang latest. orang dah mula cakap cakap pasal result yang nak keluar esok. frankly, sekarang aku tak rasa apa apa. tak gementar. nervous pon tidak. HAHA.pelik sikit. dulu kalau result nak keluar je mula la terfikir fikir, terbayang bayang, tambah tambah bila orang dah start cakap cakap.
tapi kali ni, masih dapat berlagak cool.cewah.
oh ya, besday kawan dari sekolah rendah iaitu Mr Reynaldi hari ni. dah wish dekat fb tu. dia slalu cakap nak jadi macam Aaron Aziz. especially part body. aku rasa sekarang budak budak lelaki di Malaysia ni dah terkena penyakit "kegilaan untuk mendapat otot berketul ketul dan enem petak di perut".whatever lah. so, sempena besday dia, aku doakan impian dia kan jadi kenyataan suatu hari nanti.HIHI.
malam aktiviti macam biasa. berehat. bermalas malas.paling penting, tonton E.U. wajib!!!
kalau tak, tak boleh tidur.HAHA gila!
end of day 16
No comments:
Post a Comment