Tuesday, May 3, 2011

Quickies #13

DAY 13
(30/4/2011)

Salam.

Hari sabtu. Hari sangat indah untuk berjalan jalan. Tetapi kami memilih untuk mengemas ngemas rumah. Bangun pagi macam biasa. Kemudian bergotong royong secara bekeluarga. Mengemas ngemas apa yang patut. Sampai pukul 2 lebih. Kemudian lunch.

Selepas lunch, tonton Hindustan. Semangat nak menonton sangat tinggi sebab ada Shahid Kapoor. Oh, love,love,love.

hi handsome!! 
source: here
Sedar sedar tertidur. Tak sempat pon tonton sampai habis, so tak taulah ending cerita tu. Tapi, takpe, kita boleh download HEHEH. Tak de hal ah!


Abah ajak pergi Giant petang tu, tapi sebab semua bajet letih macam kena jadi buruh binaan lagi, pospon plan ke malam. Lepas maghrib, terus laju laju pergi Giant. Kami semangat nak shopping barang barang nak buat kek. Minat membuat kek meluap luap secara tiba tiba. Mungkin efek baca buku koleksi kek yang angah beli. So, apa lagi sorong lah troli ke seluruh Giant beli barang. Disebabkan esok cuti, giler ramai lah orang dekat Giant. Tunggu kat kaunter bayaran memang boleh buat aku berjanggut.

Yang best, abah buat surprise bagi duit suruh beli henfon baru untuk mama. Hadiah Mother's Day. Wow, tersenyum kembang kempis hidung lepas dapat henfon. Bagi chance mama pilih sendiri beliau nak yang mana. So, berjayalah angkut bawak balik SE Cedar sebijik.

Personally, aku kureng sikit dengan henfon nih. Keypad kurang sedap. Design pun so-so saje. Tapi, tak pelah, asalkan mama suka. Ingat nak suruh beli yang 3G, tapi angah cakap, pakai Skype sudahhhh. ok, fine.

Kemudian, balik dari Giant, ingatkan nak balik terus, rupanya abah terus drive ke restoran ChefDet. Masa tu dah 10.30 malam kot. mind you, kitorang kat Giant tu sampai hampri semua kedai tutup. Giler lama lah.
Sampai kat restoran tu, terus ambik menu dan boring order. Restoran ni pelik dan unik sikit. Dia nak kurangkan penggunaan tenaga kerja, so kita kena ambik sendiri menu dan boring order, tulis order ikut kod makanan, dan bagi boring dekat kaunter. Ni 1st time aku datang sini, so reaksi macam jakun sikit. Diorang dah pernah datang, maka eksyen lah diorang dengan aku.



family dinner picture versi 1

family dinner picture versi 2

Abah dan kakak order black pepper chicken chop, izzuddin nak blackpepper mushroom chicken chop which is not too spicy so sesuailah untuk dia, intan nak black pepper mushroom cheezie chicken chop. Ini geng chicken chop. Sekarang geng local fusion pulak – aku order nasi goreng beef steak, mama, angah dan anim order nasi goreng chicken chop. Aku lapar nasik giler masa tu so tak fikir panjang dah masa tengok menu tu. Ambik saje asalkan ada nasik. 

black pepper chicken chop
local fusion-nasi goreng chicken chop

Restoran ni biasa biasa saje. Makanan pon boleh tahan sedaplah. Chicken chop dia sedap. Harga dia pon bolehlah. Nasi goreng murah tapi banyak giler benda tambahan dia letak. Whipped potato saje kureng sikit. Less creamy. Tapi, overall ok jer. Puas hatilah jugak.

Balik rumah, dah pukul 12 lebih macam tu. Tengok midnight mega movie which is fun. Lepas tu bergebang dengan angah, dan kami ke dapur membuat kek pada pukul 3 lebih. Semangat lah aku post dekat fb nak buat kek pada pukul 2.20 a.m macam tu, tapi yang sebenarnya start buat dalam pukul 3 lebih sebab sibuk bergosip sampai tak sedar dah pukul 3 pagi. Kitorang semangat nak buat sebab nak bagi anim bawak balik sikit ke asrama dia. So, kalau nak buat pagi pagi Ahad takut tak sempat(tapi dah masuk ahad kot)

Actually, buat kek batik je pon. Alhamdulillah, jadilah jugak, Cuma terkurang biskut, terlupa nak ambik dua paket biskut marie tu. So, lembik sikit je. Ala..lembik lembik pon dah licin sekarang. 

Takpe takpe, nanti kita perbaiki apa yang patut. Hari isnin dah plan nak buat blueberry cheesecake dengan angah.

 

No comments: