Tuesday, May 3, 2011

Quickies #14

DAY 14
(1/5/2011)

Salam.

Pagi pagi bangun awal sikit sebab hari ni Izzuddin ada hari sukan. Hari sukaneka sepatutnya. Kami berlima – mama, aku, angah, kakak dan intan berjalan kaki dari rumah pergi padang depan PASTI dia. Anim tak ikut sebab nak siap siap nak balik asrama. Bas dia pukul 1.30 tengah hari. Abah dah pergi awal awal dengan Izzuddin, dan tak sempat nak balik ambik kitorang pergi sana sebab diorang mula agak awal. Means kitorang terlepaslah semua acara perbarisan etc etc. tapi, takpe, main point pergi nak tengok dia main bawa bola ping pong dalam sudu.

Cuaca panas giler hari ni. Kitorang sampai, terus pergi dekat dia yang tengah duduk dengan kawan kawan dia. Mereka pasukan rumah biru. Tak lama lepas tu acara lari dengan terompah. Disebabkan ramai jugak tak datang (ye lah diorang buat masa cuti umum mestilah orang plan nak pergi jalan bagai) so cikgu rumah biru main tangkap muat budak budak sebab tak cukup orang. Izzuddin merupakan salah sorang yang bertuah hari ni yang berjaya ditangkap muat. Sayangnya diorang kalah, yang terakhir pulak tu. Bukan apa, ada sorang budak ni sebab tangkap muat jadi bidan terjun je, dia tak tau lah macam mana nak pakai terompah tu. So, melambatkan keadaan saje. Yang paling laju pon, Izzuddin. Bila tanya dia pernah main ke, dia cakap tak pon. Kagum skejap. Memang havoclah keadaan di situ bila kitorang yang jadi penyokong. Sampai orang pandang pandang. HAHA. Ada aku kisah?

Lepas tu dia main bawa bola ping pong dalam sudu. Ok lah dapat nombor tiga. Ini pon dia paling laju. Ada sorang budak team dia tu, lagi orang sorak suruh laju, lagilah lemah gemalai dia jalan. Haish. Stress kami yang melihatnya. HAHA.

Paling tak tahan, abah join game boling kelapa. Dia cakap ada orang ajak. Memang kelakarlah. Susah kot dengan bentuk buah kelapa yang bujur dan tak sekata tu nak bagi jatuh botol botol yang diorang susun macam pin tu. Setiap peserta ada tiga peluang. Abah berjaya jatuhkan lima botol dengan susah payah. Dapatlah bawa pulang set mangkuk, hadiah sebab dapat nombor 2. Ada sorang pak cik tu dapat nombor 1 dengan 7 jatuhan botol. Ok lah tu, not bad lah kan. Izzuddin pon dapat bawa balik 1 medal dan 1 piala. Senyum senyum je sepanjang hari ni.

ececeh...second medal untuk tahun ni.
tu diaaaaa jaguh bowling kelapa
sebelum opening ceremony
dengan kawan kawan
Balik rumah, makan makan, lepas tu semua berehat sebab letih giler. Aku pon tertidur. Abah pergi hantar anim dekat stesen bas. Terasa sunyi sikit rumah ni. Bangun je tidur, tengok mama tengah siap siap nak goreng bihun, tolong tolong sikit, mandi, makan dan kitorang bergosip sampai maghrib. Aktiviti malam macam biasa. Focus dekat kakak dengan intan sebab diorang sekolah esok. Izzuddin cuti esok so rilek rilek je budak tu.
Esok angah pulak balik. Nak ikut abah hantar dia dekat stesen train lah. Lama tak pergi. Rindu.

oh ya, selamat hari pekerja!

No comments: