Tuesday, May 10, 2011

setiap hari adalah Mother's Day

salam.

semua sibuk post entri pasal hari ibu. so, nak buat jugaklah satu!!

setiap hari adalah Mother's Day. kenapa?


  • sebab setiap hari mama akan kejutkan untuk bangun
jam henfon bunyi 100 kali pon belum tentu bangun.tapi, mama panggil sekali dua je dah terus tersedar.hebat tak?
  • sebab setiap hari mama akan masakkan makanan yang sedap sedap!
even duduk hostel yang dikelilingi restoran bertaraf 5 bintang pon mesti rasa nak balik, akan rasa rindu dengan masakan mama. lagilah kalau makan kat restoran yang kurang atau tak berbintang, mesti akan cakap "mama aku masak lagi sedap." betol tak? 
  • sebab setiap hari mama akan bersabar melayan kerenah anak anak dia yang selalunya over
overlah macam mana pon, mama mesti layan punya.cakap sebanyak mana pon, selagi mama tak cakap "amboi, cakap tak berhenti henti" maksudnya dia tengah sabar melayan kita.kan?
  • sebab setiap hari mama akan melaksanakan tugasan rumah dengan cemerlang walaupon penat
setiap hari rumah mesti kemas, pinggan berbasuh, kain dibasuh dan disidai. penat macam mana pon basic house chores mesti akan siap.ada anak perempuan pon belum tentu tolong, lagilah kalau takde anak perempuan langsung. setiap hari melaksanakan tugas yang sama tanpa rasa jemu.hebat kan?kagum! 
  • sebab setiap hari mama akan bergosip dengan saya
mama adalah kawan karib saya!banyak benda yang boleh dicerita. hindustan memang masyuk untuk dicerita. pasal cerita lelaki hensem lagilah. tapi mama bertindak sebagai pendengar saje lah.HAHA. 
  • sebab setiap hari mama akan memberikan nasihat yang berguna.
Mum knows best. kan? tak percaya? cuba bawa pinggan banyak banyak sekali gus. mesti mama akan cakap "hiashh..bawak sikit sikit nanti kalau terlepas, jatuh dan pecah macam mana?" nasihat lah tu kan? suruh bawak sikit sikit untuk elakkan dari perpecahan pinggan berlaku.
  • sebab setiap hari mama akan pastikan rumah berada dalam kedaan selesa untuk kesejahteraan bersama.
mama akan memastikan setiap inci rumah boleh diduduki dan juga boleh dibaring baring.(hiperbola)
  • sebab setiap hari mama akan "on" saje kalau ajak pergi mana mana atau buat apa apa.tapi, takkanlah ajak jalan sampai setiap hari kan...
kalau ajak mama jogging, mesti akan 'on'. ajak buat kek, 'on'. ajak tengok hindustan, lagilah 'on'.
  • sebab setriap hari mama akan mendoakan kesejahteraan dan kebaikan kita
ibu mana yang tak nak tengok keluarga; anak-anak dia bahagia, hidup sejahtera aman damai? tell me tell me
  • sebab setiap hari mama akan sentiasa berada di dalam hati dan ingatan kita!!
even dekat rumah kita akan ingat dekat mama. dah hidang lunch, mesti panggil mama untuk makan sekali.abah pon ajak skli lah kan. bukankan itu bermaksud kita ingat dekat mama? kalau duduk jauh lagilah. dah skype pon, kol lagi. sebelum exam,. wajib kol mama dulu. betul tak?


maka, takkanlah kita nak appreciate ibu kita pada hari ibu saje kan??sepatutnya, kita mestilah jadikan setiap hari adalah hari ibu, barulah ibu akan rasa lebih dihargai!!


I LOVE YOU MAMA!! 

terima kasih di atas segala pengorbanan dan jasa mu, 
terima kasih kerana masih bersabar melayan anakmu 
yang kuat merapu dan pemalas ini hehe =)


p/s: auuwww..kakak bagi coklat dekat mama sebagai hadiah hari ibu.siap letak dalam laci meja solek sebagai surprise.sweettt!!tak expect pulak budak ni ala ala romantis gitu.HAHA.

Quickies #22

DAY 22
(9/5/2011)

salam.

bangun pagi seperti biasa. selepas diorang pergi sekolah,sambung tidur sebab mengantuk giler tak cukup tidur beberapa hari ni.semuanya sebab nak siapkan projek.

tengah hari masuk dapur macam biasa. then, tonton marimar. kemudian sambung projek.izzuddin bising bising panggil aku suruh tolong simenkan sikit lubang yang berlaku disebabkan house renovation thingy tu. maka berrmulalah kerjaya baru aku which is dalam arena pertukangan. sebab abah suruh aku plaster dinding kat hall.HAHA. kinda interesting buat benda ni. jangan ingat perempuan tak boleh buat benda macam ni!!

petang tu barulah tergegeh nak buat lepas kena perli dengan abah sebab masa cakap nak tolong buat bukan main semangat lagi.buat sampai pukul 7 petang macam tu. tonton rosy business, kemudian mandi solat semua.

malam, rutin biasa. dinner, tengok kakak,intan dan izzuddin buat homework. kemudian tolong mama tag harga dekat barang barang yang paknjang baru hantar. lepas tu, sambung dengan projek sampai lah tidur.


end of day 22

Quickies #21

DAY 21
(8/5/2011)

Salam.

Selamat Hari Ibu buat mama dan juga ibu ibu di luar sana. nak bagi hadiah fulus tak cukup HEHEHE

sebab terlalu asyik menyiapkan projek, tak sedar terlelap pukul berapa malam semalam, maka terbangun lewat jugak hari ni. semuanya 'ter'.maksudnya ini bukan rutin.HAHA.

kakak dan intan cuti hari ni. so happily ever after lah diorang. izzuddin sorang je sekolah. lepas mandi mandi, tengok tengok ada Asia Song Festival dekat 8tv. semangat ambik seraga kain untuk dilipat dan bawa ke depan tv walaupon rasa macam dah tengok.HAHA.

lepas tu, tolong mama masak. hari ni, menu lunch unik sikit. Nasi goreng pattaya.HAHA. instant dan mengenyangkan. kena buat untuk 6 orang pulak.penat menggolek kuali sebanyak 6 kali untuk meratakan dan menipiskan telur. eceh macam lah aku yang buat sedangkan tolong bagi pinggan je pon.HAHA.

petangnya, abah bawa diorang pergi Giant untuk beli buku sikit. aku malas nak ikut sebab nak siapkan projek. izzuddin beria ria ajak mama ikut. bila mama cakap aku tak mandi siap siap lagi, dia dengan slumber je suruh tinggal aku kat rumah.ceh!

bila diorang balik, izzuddin report dekat mama abah tak bagi dia beli hadiah hari ibu.then barulah faham kenapa dia beria ria ajak mama pergi skali. dia nak suruh mama belikan hadiah yang dia nak bagi dekat mama dengan hadiah yang mama kena bagi dekat dia sebab dia cakap besday dia mama tak bagi hadiah..HAHA kelakar giler. but, ain't that sweet? comel giler masa dia cerita, sebijik macam aku.HAHA.

malam, kami makan makanan instant lagi. bihun PAMA versi rumah. walaupun itu makanan instant, chef mama berjaya membuatkan rasanya sedap dengan penambahan pelbagai jenis elemen yang menyedapkan.

sambung siapkan projek dan tidur.

Quickies #20

DAY 20
(7/5/2011)

Salam.

hari ni kakak dengan intan ada hari kantin dekat sekolah. abah dan izzuddin pergi join diorang. aku bangun agak lewat hari ni sebab tidur lewat tengok Dark Water malam semalam. terbangun pon sebab terdengar suara mama suruh bangun. bukan nak tengok sangat pon, tapi bila mama buka, aku join saje. last last tinggal aku dengan abah je tengok sambil dia online. mama yang masuk tidur dulu. cerita ni dah banyak kali tengok. semua versi pulak tu. memang dah boleh hafal jalan cerita. tapi still tengok jugak. nama pon tv maniac..-_-"

petang, tak buat apa apa. kesian budak budak ni keletihan. dan tak pergi mana mana sebab nak tengok Dilwale Dulhaniya Le Jayenge punya pasal. tengok iklan pon sudah eksaited sebab ada SRK.HAHA.
abah pon busy dengan house renovation thingy.

sebelah malam, pukul 11.20 macam tu pasang cerita 3 Idiots atas permintaan mama yang nak layan Hindustan. layan dan bergelak gelak sampai pukul 2 pagi. izzuddin pon join, sebab dia tidur dari petang sampai pukul 10 malam macam tu. busy bertukang dengan abah. so, mata dia jadi fresh. sedangkan esok tu dia kena sekolah. tapi tak nak masuk tidur, nak tengok jugak cerita ni.then,sambung projek sambil tengok tv. then, masuk bilik pon sambung buat lagi. laptop sekarang akan menjadi semakin diperlukan.

Quickies #19

DAY 19
(6/5/2011)

salam.

hari Jumaat. rutin harian juga macam biasa. bangun pagi, membantu mengerjakan house chores seperti biasa. budak budak sekolah cuti, maka ada peluang membuli sekejap.HAHA.

oh, hari ni start projek. nak tau projek apa? tunngguuuuuu.......akan di'reveal' kan tak lama lagi.

Quickies #18

DAY 18
(5/5/2011)

salam.

malas nak tulis panjang panjang. sebab rutin sama saje dengan hari hari yang sebelumnya.

except malam ni tak de E.U sobss T_T

dah. ok bye.

Quickies #17

DAY 17
(4/5/2011)

Salam.

pagi pagi bangun macam biasa. tolong mama macam biasa. aku rasa hampir setiap entri aku akan tulis macam ni sebagai permulaan cerita. nampak sangat bila pagi pagi hidup kau agak bosan fana. sigh.

tapi, takpe. asalkan boleh bermanja manja dengan mama dengan menjadi anak tunggal tunggul sekejap, aku tak kisah kalau stesen TV tak nak menyiarkan apa apa rancangan yang best pon.HAHA.

pagi pagi sudah serbu Giant dengan mama. mula mula pergi bank sebab mama ada urusan sikit. then, terjah Giant. tak sangka seronok betul membeli belah pagi pagi  di hypermarket macam tu. manusia yang wujud kau boleh kira dengan 10 jari kau. tapi tak termasuk pekerja dia lah. kalau termasuk skali, silap silap kau kena pinjam jari kaki jiran kau skali untuk kira.HAHA.

giler eksaited dapat pergi.kedengaran jakun pulak.well, ni first time aku pergi hypermarket pagi pagi. sebelum sebelum ni pergi petang atau malam. masa kaunter pembayaran akan penuh.masa nak berjalan pon akan bersentuh bahu dengan orang lain.

so, aku pon requestlah macam macam.well, aku sorang je ikut.HAHA. kentang goreng yang pelbagai jenis.naget lagi.banyak jugak aku nak.nak beli sayur pon aku mintak mama beli yang aku teringin nak makan.HAHA.ok,semuanya makanan. no wonder makin "kurus".KEHKEHKEH

hari ni, result keluar. sekejap sekejap ingat, sekejap sekejap tak ingat. duduk saje saje, mesti teringat. bila jiran aku cerita anak dia baru nak habis exam, aku bangga je cakap aku dah nak dapat result petang ni.

semangat buka portal pada pukul 4.30 petang sedangkan result officially keluar pukul 5.konon takut server busy lepas tu kena check pada pukul 2 3 pagi.sedangkan kena refresh berjuta kali jugak walaupun masa tu baru saje masuk pukul 5 atau 5.01 petang.-_-"

tapi, alhamdulillah, setelah menrefresh puluhan ratusan ribuan jutaan kali, pada pukul 5.15 petang, aku berjaya tengok result. so? alhamdulillah, berjaya jugak mengekalkan staus DL pada semester ni. paling aku terharu ialah aku berjaya merembat gred tertinngi untuk calculus! subjek yang membuatkan kami semua bermuka sugul ketika keluar dari exam hall walaupon sepatutnya bermuka gembira sebab dah habis exam. ada satu subjek yang aku tak dapat skor mengikut target iaitu UNGS. subjek ni memang hampir buat aku putus harapan dah dulu. hampir saje ok? mujurlah aku set kepala otak ni dengan prinsip "let bygones be bygones".HAHA.

korang tau UNGS tu apa? subjek Islamic Knowledge and Civilization which kena belajar pasal tamadun tamadun, sejarah Islam dan dunia, pasal ilmu, apa itu ilmu, tokoh tokoh dan pendapat mereka, sangat sangat banyak untuk dibaca dan diingat bila study last minute.HAHA.aku ingat lagi, sebelum exam pon aku tak study habis lagi. suka suka hati je spot soalan yang mana nak masuk. yang mana rasa tak masuk, aku tengok tengok je. tanya soalan spot sana sini sampai attack kawan aku kat Gomabk, si Amir tu even dia tak ambik pon subjek ni. aku paksa jugak dia pergi survey survey dekat kawan kawan dia yang ambik. kesian pulak dekat dia. gomen ne amir!

bila abah tengok result, dia cakap macam ni

"subjek UNGS ni tak dapat skor? yang lain boleh je. subjek apa ni? haiii..subjek Islamic Knowledge and Civilization tu!"

dan aku jawab tahap best punya

"susah la abah.bukannya macam subjek PAI kat sekolah tu. ni pasal tamadun tamadun. banyak sangat nak kena ingat. lagipon soalan dia haihhh susah nak cakap."

walau apa pon, aku berjaya membuatkan abah bayarkan buku yang aku order dari The BookXcess yang almost mencecah seratus ringgit konon sebagai hadiah sebab dapat maintain status DL tu.HAHA. rezeki rezeki.

sebelah malam, membaca status dekat fb. rata rata menulis tentang kesedaran dan azam untuk tidak study last minute lagi. semoga azam tersebut dapat dilaksanakan.Amin.

well, dapat tengok E.U dengan riang! muka penjenayah pon boleh nampak hensem .


end with day 17.

Quickies #16

DAY 16
(3/5/2011)

salam.

bangun pagi macam biasa. tolong tolong mama macam biasa. dah jadi rutin sejak bergelar suri rumah part time sekarang. HAHA.anim dan angah balik, izzuddin, kakak dan intan pergi sekolah, maka tinggallah aku sorang sorang kat rumah jadi anak tunggultunggal sekejap.HEHE.tapi pagi pagi saje la.


hari ni bila marimar on saje dekat tv, aku dan mama dah memang standby depan tv tu. sebab semalam tak tengok gara gara balik rumah tok. so, hari ni bersemangat giler nak tengok apa yang berlaku.Sergio oh Sergio!HAHA.

lepas tu online sekejap. tengok FB, apa yang latest. orang dah mula cakap cakap pasal result yang nak keluar esok. frankly, sekarang aku tak rasa apa apa. tak gementar. nervous pon tidak. HAHA.pelik sikit. dulu kalau result nak keluar je mula la terfikir fikir, terbayang bayang, tambah tambah bila orang dah start cakap cakap.

tapi kali ni, masih dapat berlagak cool.cewah.

oh ya, besday  kawan dari sekolah rendah iaitu Mr Reynaldi hari ni. dah wish dekat fb tu. dia slalu cakap nak jadi macam Aaron Aziz. especially part body. aku rasa sekarang budak budak lelaki di Malaysia ni dah terkena penyakit "kegilaan untuk mendapat otot berketul ketul dan enem petak di perut".whatever lah. so, sempena besday dia, aku doakan impian dia kan jadi kenyataan suatu hari nanti.HIHI.

malam aktiviti macam biasa. berehat. bermalas malas.paling penting, tonton E.U. wajib!!!

kalau tak, tak boleh tidur.HAHA gila!



end of day 16

Quickies #15

DAY 15
(2/5/2011)

salam.

basically hari ni macam biasa. rutin yang biasa. angah dan aku dengan gigih membuat blueberry cheesecke yang nyummy. semuanya dibuat secara cepat,pantas,efisien pada waktu tengah hari sambil tolong mama memasak lunch.

tapi pada waktu petang sedikit luar biasa. disebabkan abah dapat cuti ganti bersempena Labour Day semalam, kami semua bertolak balik ke kampung di Penang kejap. katanya ada mesyuarat pasal kenduri pak su yang akan berlangsung pada bulan November nanti.sadis giler bila dapat tau aku lah orang last(maybe) yang diberitahu pasal kenduri pak su akan diadakan pada bulan November itu. Efek duduk di kawasan hulu pedalaman di mana balik rumah dalam setahun hanya 3 kali T__T

kami berada di sana sehingga pukul 7 petang. sempat bergosip cerita panas dengan long time no see cousin. lepas tu balik cepat cepat sebab angah nak balik KL dalam pukul 9.45 malam dengan tren. actually, kitorang plan untuk bake sebiji kek lagi, kek coklat sebab dia nak bawak balik ke sana. bila sampai saje rumah, kelam kabut lah buat. tapi, still tak sempat sebab kek tu tak masak lagi. so angah bawak je blueberry cheesecake tu. nasib baik buat 2 biji. bila sampai stesen tren, dapat tau tren delayed sampai 10.30 malam. kesian angah kena rushing rushing alih alih jzadi macam tu pulak.aku tak dapat ikut sebab mama suruh duduk rumah tengok tengok kakak dan intan buat homework. tak dapat melepaskan rindu dekat stesen kereta api. T_T

then, macam biasa, E.U wajib tonton.kalau tak, rasa tak lengkap entri ni.HAHA.


end of day 15

Tuesday, May 3, 2011

Quickies #14

DAY 14
(1/5/2011)

Salam.

Pagi pagi bangun awal sikit sebab hari ni Izzuddin ada hari sukan. Hari sukaneka sepatutnya. Kami berlima – mama, aku, angah, kakak dan intan berjalan kaki dari rumah pergi padang depan PASTI dia. Anim tak ikut sebab nak siap siap nak balik asrama. Bas dia pukul 1.30 tengah hari. Abah dah pergi awal awal dengan Izzuddin, dan tak sempat nak balik ambik kitorang pergi sana sebab diorang mula agak awal. Means kitorang terlepaslah semua acara perbarisan etc etc. tapi, takpe, main point pergi nak tengok dia main bawa bola ping pong dalam sudu.

Cuaca panas giler hari ni. Kitorang sampai, terus pergi dekat dia yang tengah duduk dengan kawan kawan dia. Mereka pasukan rumah biru. Tak lama lepas tu acara lari dengan terompah. Disebabkan ramai jugak tak datang (ye lah diorang buat masa cuti umum mestilah orang plan nak pergi jalan bagai) so cikgu rumah biru main tangkap muat budak budak sebab tak cukup orang. Izzuddin merupakan salah sorang yang bertuah hari ni yang berjaya ditangkap muat. Sayangnya diorang kalah, yang terakhir pulak tu. Bukan apa, ada sorang budak ni sebab tangkap muat jadi bidan terjun je, dia tak tau lah macam mana nak pakai terompah tu. So, melambatkan keadaan saje. Yang paling laju pon, Izzuddin. Bila tanya dia pernah main ke, dia cakap tak pon. Kagum skejap. Memang havoclah keadaan di situ bila kitorang yang jadi penyokong. Sampai orang pandang pandang. HAHA. Ada aku kisah?

Lepas tu dia main bawa bola ping pong dalam sudu. Ok lah dapat nombor tiga. Ini pon dia paling laju. Ada sorang budak team dia tu, lagi orang sorak suruh laju, lagilah lemah gemalai dia jalan. Haish. Stress kami yang melihatnya. HAHA.

Paling tak tahan, abah join game boling kelapa. Dia cakap ada orang ajak. Memang kelakarlah. Susah kot dengan bentuk buah kelapa yang bujur dan tak sekata tu nak bagi jatuh botol botol yang diorang susun macam pin tu. Setiap peserta ada tiga peluang. Abah berjaya jatuhkan lima botol dengan susah payah. Dapatlah bawa pulang set mangkuk, hadiah sebab dapat nombor 2. Ada sorang pak cik tu dapat nombor 1 dengan 7 jatuhan botol. Ok lah tu, not bad lah kan. Izzuddin pon dapat bawa balik 1 medal dan 1 piala. Senyum senyum je sepanjang hari ni.

ececeh...second medal untuk tahun ni.
tu diaaaaa jaguh bowling kelapa
sebelum opening ceremony
dengan kawan kawan
Balik rumah, makan makan, lepas tu semua berehat sebab letih giler. Aku pon tertidur. Abah pergi hantar anim dekat stesen bas. Terasa sunyi sikit rumah ni. Bangun je tidur, tengok mama tengah siap siap nak goreng bihun, tolong tolong sikit, mandi, makan dan kitorang bergosip sampai maghrib. Aktiviti malam macam biasa. Focus dekat kakak dengan intan sebab diorang sekolah esok. Izzuddin cuti esok so rilek rilek je budak tu.
Esok angah pulak balik. Nak ikut abah hantar dia dekat stesen train lah. Lama tak pergi. Rindu.

oh ya, selamat hari pekerja!

Quickies #13

DAY 13
(30/4/2011)

Salam.

Hari sabtu. Hari sangat indah untuk berjalan jalan. Tetapi kami memilih untuk mengemas ngemas rumah. Bangun pagi macam biasa. Kemudian bergotong royong secara bekeluarga. Mengemas ngemas apa yang patut. Sampai pukul 2 lebih. Kemudian lunch.

Selepas lunch, tonton Hindustan. Semangat nak menonton sangat tinggi sebab ada Shahid Kapoor. Oh, love,love,love.

hi handsome!! 
source: here
Sedar sedar tertidur. Tak sempat pon tonton sampai habis, so tak taulah ending cerita tu. Tapi, takpe, kita boleh download HEHEH. Tak de hal ah!


Abah ajak pergi Giant petang tu, tapi sebab semua bajet letih macam kena jadi buruh binaan lagi, pospon plan ke malam. Lepas maghrib, terus laju laju pergi Giant. Kami semangat nak shopping barang barang nak buat kek. Minat membuat kek meluap luap secara tiba tiba. Mungkin efek baca buku koleksi kek yang angah beli. So, apa lagi sorong lah troli ke seluruh Giant beli barang. Disebabkan esok cuti, giler ramai lah orang dekat Giant. Tunggu kat kaunter bayaran memang boleh buat aku berjanggut.

Yang best, abah buat surprise bagi duit suruh beli henfon baru untuk mama. Hadiah Mother's Day. Wow, tersenyum kembang kempis hidung lepas dapat henfon. Bagi chance mama pilih sendiri beliau nak yang mana. So, berjayalah angkut bawak balik SE Cedar sebijik.

Personally, aku kureng sikit dengan henfon nih. Keypad kurang sedap. Design pun so-so saje. Tapi, tak pelah, asalkan mama suka. Ingat nak suruh beli yang 3G, tapi angah cakap, pakai Skype sudahhhh. ok, fine.

Kemudian, balik dari Giant, ingatkan nak balik terus, rupanya abah terus drive ke restoran ChefDet. Masa tu dah 10.30 malam kot. mind you, kitorang kat Giant tu sampai hampri semua kedai tutup. Giler lama lah.
Sampai kat restoran tu, terus ambik menu dan boring order. Restoran ni pelik dan unik sikit. Dia nak kurangkan penggunaan tenaga kerja, so kita kena ambik sendiri menu dan boring order, tulis order ikut kod makanan, dan bagi boring dekat kaunter. Ni 1st time aku datang sini, so reaksi macam jakun sikit. Diorang dah pernah datang, maka eksyen lah diorang dengan aku.



family dinner picture versi 1

family dinner picture versi 2

Abah dan kakak order black pepper chicken chop, izzuddin nak blackpepper mushroom chicken chop which is not too spicy so sesuailah untuk dia, intan nak black pepper mushroom cheezie chicken chop. Ini geng chicken chop. Sekarang geng local fusion pulak – aku order nasi goreng beef steak, mama, angah dan anim order nasi goreng chicken chop. Aku lapar nasik giler masa tu so tak fikir panjang dah masa tengok menu tu. Ambik saje asalkan ada nasik. 

black pepper chicken chop
local fusion-nasi goreng chicken chop

Restoran ni biasa biasa saje. Makanan pon boleh tahan sedaplah. Chicken chop dia sedap. Harga dia pon bolehlah. Nasi goreng murah tapi banyak giler benda tambahan dia letak. Whipped potato saje kureng sikit. Less creamy. Tapi, overall ok jer. Puas hatilah jugak.

Balik rumah, dah pukul 12 lebih macam tu. Tengok midnight mega movie which is fun. Lepas tu bergebang dengan angah, dan kami ke dapur membuat kek pada pukul 3 lebih. Semangat lah aku post dekat fb nak buat kek pada pukul 2.20 a.m macam tu, tapi yang sebenarnya start buat dalam pukul 3 lebih sebab sibuk bergosip sampai tak sedar dah pukul 3 pagi. Kitorang semangat nak buat sebab nak bagi anim bawak balik sikit ke asrama dia. So, kalau nak buat pagi pagi Ahad takut tak sempat(tapi dah masuk ahad kot)

Actually, buat kek batik je pon. Alhamdulillah, jadilah jugak, Cuma terkurang biskut, terlupa nak ambik dua paket biskut marie tu. So, lembik sikit je. Ala..lembik lembik pon dah licin sekarang. 

Takpe takpe, nanti kita perbaiki apa yang patut. Hari isnin dah plan nak buat blueberry cheesecake dengan angah.

 

Monday, May 2, 2011

Quickies #12


DAY 12

(29/4/2011)



salam.



Basically today I do nothing. Bangun pagi macam biasa. Even though yang lain lain ada je kat rumah, tapi izzuddin dan mama still demand aku untuk bangun pagi temankan si budak kecil.ECEYH. sedangkan liatnya nak bangun wehhhhhh… hanim sodap lah dapat tidur lama, considering dia telah melalui satu journey yang jauh untuk pulang ke rumah . HEH. So, bangun temankan budak kecik tu breakfast dan tengok tv tapi end up tv tengok aku. Itu perkara biasa dan tidak luar biasa sama skali. HAHAH.



Tengah hari,lunch macam biasa. Hari ni super excited bukak tv tengah hari(nak jugak mention sedangkan memang dah terbukak HEH over lah kau) sebab nak tengok royal wedding yang dikatakan Wedding of the Century. Berpeluh  tengok wedding dress Kate pakai. giler gojes! Aku suka giler sebab wedding dress tu not too sexy, tapi masih lagi menawan. simple.Dan tidaklah over walaupun itu adalah royal wedding weh! Serius aku tabik sprrinnnggg dekat beliau!


auwwww..menarik hati 



 ♥ her wedding dress!
source: mr google
                                                     
 Bernasib baik aku tak patah hati seperti wanita wanita di luar sana sebab aku minat Prince Henry lagi. HAHA. Cuma jeles dengan wedding dress itu saje! Gojes! Gojes! Gojes!

Bosan melihat wedding ceremony yang giler panjang ditambah dengan muzik muzik yang aku rasa kurang baik untuk mendengar, maka aku pon sambung laptop ke tv dan bukak cerita Kal Ho Naa Ho. HA! Ambik kau! Apa kes bukak cerita sedih di hari bahagia orang lain? Lantaklah kan. Yang pasti permintaan ramai terhadap cerita ni.



Sobs sobs sobs tengok cerita ni, bukak balik wedding tadi, so just tonton sampai habis. Part favourite dah berlalu, maka aku macam tak semangat sangatlah nak tengok part wedding ni yang akhir akhir tu.

Malam, macam biasa punya rutin. Tonton tv. Pak njang datang rumah, dia suggest aku buat online bisnes yang tengah hot sekarang. Kena fikir dulu.


 


 


 


 

p/s: aku rasa tak habis habis lagi aku fikir semua benda aku patut fikir dari dulu sampai sekarang.