Monday, February 28, 2011

ru-shinggg!!!

salam.

lama tak update blog.lama tak merepek kat sini.lama tak lepas emo dekat sini.sem ni seriouly sangat busy.busy busy pon sempat pulak layan my princess tiap tiap minggu.oh,sebelum tu,secret garden.semua ni cerita korea.hyun bin oppa,sarangahe!! :Fan giler:(

ok,berbalik kepada cerita.pasal rushing.sem ni,semua nak rushing.meh aku elaborate serba sedikit benda apa yang me-ru-shing-kan (?) aku:

PBL

PBL,serius serabut kepala otak buat plan untuk memastikan semua tajuk habis dibincang sebelum final exam.kalau kena pospon sesi PBL,lagi lah nak cari hari dan tarikh yang sesuai untuk ganti.lepas tu kena pastikan semua boleh datang.rumit tahu!sebab kalau boleh tak nak lah jadi macam sebelum mid term yang lepas.sedikit rushing sebab mula lambat.alhamdulillah,dapat kumpulan yang bagus dan memahami dan paling penting boleh bekerjasama.our session sangat menyoronokkan.we have fun while learning calculus.tiada lagi masalah rambut gugur sekarang.haha.betul tak kawan kawan? =)


ASSIGNMENTS

ok,nak buat pengakuan,ini salah sendiri.bagi masa lama amat, last last minggu yang terakhir barulah nak serang library bagai kan.sangatlah rushing untuk assignment ni.assignment UNGS pulak tu!subjek yang kena baca dan buat research thoroughly.secara mendalam.kalau tak kau tak tahu kau tulis pasal apa.tapi,dah setel UNGS punya.mujurlah mendapat banyak kata kata semangat dari kawan kawan baik.sekarang,kena fokus untuk 3 assignments lagi.2 assignments BM dan satu BIOSTAT.pergghhh!! 3 kot!! bersedia secara mental dan fizikal dari sekarang please!


EXAM


walaupun midterm dah habis,aku still nak cakap, midterm hari tu macam rushing giler!semua nak buat dalam masa yang dekat dekat,wahwahwah macam dah study semua je nak buat dekat dekat maka aku yang jenis kurang study ni memang rasa pressure jugak lah.kena rushing rushing study pulak.seriusly final exam ni aku tak nak rushing rushing sangat.penat!!


KELAS DAN LAB


sekarang tinggal plus minus atau lebih kurang sebulan lagi nak final exam.so lecturer semua berusaha menghabiskan syllabus dengan rushing.wow seriusly aku kadang kadang blur tak boleh nak tangkap sangat apa yang diajar dalam kelas.tapi oklah kot kalau boleh faham konsep secara keseluruhan kan.so,balik dan study sendiri baru boleh faham sebetul betulnya.

kalau pasal lab, mesti part lab report tu yang kena rushing.in fact,buat experiment pon kena rushing.haih


STUDY CIRCLE


ini lagi satu.ayat hafazan agak banyak,so sebab tak mula awal awal sekarang dah rushing nak hafaz itu ini.alhamdulillah aku dah setelkan surah luqman,doa selepas wudhu' dengan sayyidul istighfar.surah luqman hafaz on the spot masa study circle hari tu.11 ayat je,so tak panjang sangatlah.ni pon sebab tengok ramainya yang dah hafaz. so, tinggal lagi sikit je lah nak setel lepas ni.tapi masih kena rushing sebab due date 25hb Mac ni.surah al-furqan banyak jugak.apa lagi,mula dari sekarang please!!


OUTING


tadi outing kejap pergi ECM beli barang barang keperluan harian dan top up makanan.serta catridge printer.melayanglah RM37.50.itupun nasib baik share dengan jibah.disebabkan pergi malam,kena rushing pilih pilih barang.then balik baru perasan ada jugak barang yang tak dibeli.haish.nasib baik keluar dengan delivery abang hensem.satu kenangan yang terindah sepanjang outing kat sini.eceyh.boleh pulak.


NOVEL


walaupun tengah sibuk sibuk habiskan assignments,aku masih ada masa nak baca novel.haha.tajuk novel tu- Shanghai Girls and the author is Lisa See. sememangnya karya dia sangat best! bila baca,aku boleh bayang keadaan yang berlaku.feel oh!tak rugi lah baca english novel. banyak perkataan baru boleh belajar.interesting tahu!

aku dah lama tak baca novel tebal tebal, sebab rasa macam tak sempat.selalu aku baca R.L Stine series je. sebab pendek sikit dan thrill. tak pon dulu baca Sabrina The Teenage Witch, Lizzie Mc Guire (aku pon dah tak ingat macam ni ke eja), Charmed, pendek kata yang series lah.ok,lagi sikit je nak habis.dah 2 hari membaca.weekend hari tu tak sentuh pon sebab sibuk setelkan assignments.sekarang dah boleh sambung baca sikit sikit.kena rushing bagi habis jugak sebabnya The Princess Bride is waiting for me!



pesanan khidmat masyarakat: bertangguh itu pencuri masa.sekian.:astig:


iklan sekejap: khas untuk farihah--->scooter (cute kan vespa dia?haha)

1 comment:

fikah mus said...

sape la abg hensem tu eh??
:))