hari ni mari kita bercerita..
perihal exam
hari ni dapat cuti bersempena dengan maulidur rasul.elok elok je lepas habis exam biostat semalam.last paper untuk midterm exam sem ni.alhamdulillah, dah lepas semua.
overall, aku tak de preparation secukupnya untuk menjawab semua exam papers.seriously. itupun bila aku cakap macam tu,orang mesti cakap aku tipu.diorang cakap muka aku muka yang dah habis study dan memang ternanti nanti nak jawab exam.
first of all,thanks korang sebab cakap macam tu.HAHA.sedangkan setiap kali nak exam mesti kol mama.nervous tahap cipan sampai berpeluh peluh. dan mama pon sempoi je cakap setiap kali kol
"kalau dah cukup preparation ok lah insyaallah boleh jawab tu.."
Zaasss!!! sentap!!
dan aku just boleh balas
"hehehehehe...."
setiap kali mama cakap macam tu.haha.obvious gile tak cukup preparation.
exam calculus paling best.HAHA.naik soalan yang kitorang baru je diskus pagi tu.serious tak expect!seronok giler sehinggakan senyum pon sampai ke telinga.boleh bawak masuk buku,tapi tak sempat sangat nak belek.so memang kena buat latihan banyak banyak untuk memahirkan diri.
kudos to sherry sebab buat short notes and to hazi and mun sebab tolong pergi fotostat untuk semua.
muafakat membawa berkat.tetiba.
tapi tak boleh seronok sangat.tak boleh overconfident.aku dah berusaha yang terbaik.dan juga ahli kumpulan yang lain.
MCB dan biochem? entahlah.aku sangat berharap keajaiban akan muncul.
"you reap what you sow"
" Anda menuai apa yang anda tabur"
(versi en.Google Translate)
apa apa pon semua dah lepas. sekarang kena fokus untuk final exam pulak.harus naikkan pointer sambil maintain DL!(versi en.Google Translate)
*skemalah encik google ni.Auwww!!!
perihal luar negara
hari ni ada dua kawan aku yang akan terbang ke negara orang.dua dua pergi New Zealand.U of Wellington.dua dua bakal guru.bakal pendidik anak bangsa. oh yeah i'm very proud of u two.
sungguh tak jangka dua dua ni akan pergi luar negara.sebab satu, yang sorang ni,faziela nama dia,agak anak emak.haha.mungkin sebab dia sorang je anak perempuan dalam keluarga.
dia akan terbang ke sana malam ni,pukul 10.40.so aku kol dia tadi sebab takut tak sempat.dah lah lama sangat tak jumpa.last jumpa masa ambik result spm.dan aku sungguh sebak bila cakap dengan dia.sungguh sedih tak dapat pergi hantar dekat airport. meleleh jugak lah air mata tu kan.
to faziela,
semoga selamat sampai di sana.selamat menjalani kehidupan di NZ tu.jangan lupa selalu selalu lah hantar khabar berita dekat aku.skype pon boleh.aku tak kisah.love u so much!all the best!
dan kawan yang sorang lagi, fitri.ex schoolmate dekat badlishah.dia tersatu kelas dengan faziela dekat IPSAH.what a small world! perancangan Allah yang terbaik. kadang kadang aku kalau nak contact diorang,just contact salah sorang dan sampaikan benda yang nak disampaikan dekat yang sorang lagi.mudah bukan?
to fitri,
anda jugak,semoga selamat sampai di sana.selamat belajar di sana.jangan lupa orang malaysia.jangan nak tukar tukar nama jadi nama omputeh.haha.fitri yang dulu suka bergosip sekarang bakal seorang guru.kagum! all the best ok!=)
so guys, take care.and don't forget to pray for me so that one day i can be like u guys.
perihal blog
ada sebuah blog ni, pagi hari di Durham yang sekarang memang buat aku addicted nak baca setiap entri.so inspiring! ditulis oleh seorang student Ph.D in Math and Computer di Durham,U.K, mr Amri. setiap kali baca akan buat aku bersemangat berkobar kobar nak pergi study overseas.
dan yang paling best pasal dia ni,dia suka translate lagu dan nyanyi balik.and his voice is not bad!aku dah download almost semua video dan lagu yang dia buat.sweet kot.
video yang dia rakam sangat best sebab kebanyakkannya dia buat dekat sana.so aku yang sangat gemarkan salji ni apa lagi excited giler lah bila tengok video video dia.HAHA.
dan sekarang impian untuk belajar di luar takkan dilupakan begitu saja.mungkin lepas ni untuk master boleh sambung di luar dengan......HAHA.mungkin ada hikmah tak terima offer overseas dulu walaupun ramai yang cakap rugi.dan mungkin ada hikmah aku harus belajar di sini dulu.Allah knows best.
perihal duit
ok, sekarang bagitahu aku apa yang free dalam dunia global nih?nak masuk toilet pon dah kena bayar 20sen sekarang sesetengah tempat 30sen.sedangkan dulu dulu terus terjah mana mana tandas free of charge.
ok,teruk giler aku punya example.
aku faham nilai RM8.30 agak mahal bagi seorang pelajar.so,bila nak kena bayar jumlah ni of courselah macam berat. tapi kan,cuba lah consider orang lain pon kena bayar dan ada yang kena bayar lagi mahal! ini tidak,nak penjelasan bagai bila duit tu nak dikutip.bising bising kenapa ambik itulah,tak ambik inilah,boleh jimatlah.aku dah cuba minimakan duit yang korang kena bayar kot.kalau just tag along dan tak buat apa apa,jangan merungut banyak.tolonglah, aku bukan jenis nak ambik duit orang tak tentu pasal!!
aku bukan emo ke apa, tapi cuba bayangkan korang dekat tempat aku.serious akan terasa sedikit sakit hati.tapi,bersempena maulidur rasul ni,aku nak lupakan segala sakit hati semalam.yang lepas biar lepas.
perihal PBL
tahu PBL tu apa? Problem Based Learning.atau nak senang faham, belajar berkumpulan tanpa lecturer mengajar di depan.ikutlah kumpulan tu nak buat macam mana. nak assign sorang sorang pergi mengajar kat depan ke.well, itu apa yang group aku buat.sebagai seorang leader, memang sangat beratlah tanggungjawab yang digalas. kena make sure semua orang boleh ikut dan tak terbabas dari trek
group aku 10 orang. perjumpaan 2 atau 3 kali seminggu.
kesungguhan mereka sesungguhnya sangat mengharukan aku.seriously bila sesi PBL boleh nampak semangat diorang nak belajar.alhamdulillah setakat ni, kami masih boleh follow the flow of calculus walaupun belajar sendiri tanpa guru.
kami lah guru dan kami lah pelajar.well,quite fun cara ni.
exam calculus yang lepas akan menjadi kayu ukur adakah kami berjaya memahami calculus atau tidak.dan sama ada aku seorang ketua yang baik atau tidak.hrmmm...
semoga kami semua beroleh kejayaan.dan semoga aku akan menjadi ketua yang lebih baik kepada ahli ahli kumpulan yang lain.semoga ilmu yang kami kongsi bersama selama ini akan bermanfaat untuk kami.Amin
perihal bilik
berkat hari maulidur rasul,aku telah terpanggil untuk mengemas bilik.bila mengemas,bukan sekadar menyapu habuk habuk tapi pakej lengkap - menyapu,mengemop lantai,mengelap semua permukaan yang boleh di lap.oh seriously bilik ni sangat cepat berhabuk. haruslah sapu setiap hari.tapi kadang kadang tak sempat.so,bergantung kepada keadaan.
tapi hari ni,semangat nak mengemas sangat berkobar kobar.siap mop lantai lagi.nasib baiklah ada floor cleaner yang tak perlu bilas.just lap dan biar kering.thanks a lot Dettol.
aku siap mop lantai dekat ruang depan tu lagi.alang alang dah pegang mop kan.lepas tu lap lap katil yang berhabuk dekat tepi tepi tu.lap cermin bagi nampak clear.lap lap loker dan meja tulis. lepas tu,kemas kemas loker sikit walaupun loker aku sentiasa kemas.HAHA.kembang sendiri.
kemas rak buku.bagi nampak cun dan lebih bersemangat untuk mengambil buku dan belajar.bukan mengambil buku tetapi membaca bukumuka.HAHA.
buka tingkap bagi udara bergerak sikit.wah wah cerita macam mengemas sebiji rumah sendiri je gayanya.insyaAllah suatu hari nanti nak ada rumah rumah sendiri (ambil perhatian,rumah rumah bukan rumah haha demand tinggi) yang cosy dan di dalamnya ada sebuah keluarga bahagia.termasuk mama abah dan adik beradik.Amin.
ok,that's it!selama sejam aku menaip kot!
p/s : mari pergi berjogging!!badan cergas minda cerdas!
No comments:
Post a Comment