tanggal 18 haribulan 2 tahun 1961, lahirnya seorang bayi yang dinamakan Abdul Halim bin Abdul Rahman. Beliau merupakan anak yang ke-3 daripada 9 orang adik beradik. Anak kepada pasangan Siti Aishah dan Abdul Rahman ini merupakan seorang yang hensem pada zaman mudanya.Sangat meminati bidang elektronik. Beliau kemudiannya berkahwin dengan pasangan hidupnya, Rosmawati Abdul Rahman,seorang gadis yang sangat cantik dan lemah lembut gemalai.Pasangan ini dibaratkan seperti pinang yang dibelah dua.sama cantik dan sama padan.Mereka telah dikurniakan 6 orang cahaya mata yang comel, 5 perempuan,seorang lelaki.
************************
*wow!!macam buku cerita fairy tale pulak.tapi ini cerita betul,especially part cahaya mata yang comel itu.HAHA
ok,serba sedikit intro untuk main character story hari ini disamping nak test kemahiran menulis karangan bahasa melayu.oh,sungguhlah aku gagal menulis karangan dalam bahasa melayu nih.serius hancur.
tengok tajuk pon dah tahu kan? nak cerita pasal daddy cool.sape lagi kalau bukan daddy ai yang memang kool?like father like daughter lah!haha.
ok, hari ni besday abah yang ke-50.abah secara rasminya dah masuk separuh abad.dan abah masih gigih bekerja untuk membesarkan kami.masa aku dilahirkan,abah berumur 29.masih kacak.dan kacakness abah maintain sampai sekarang.haha.again,like father like daughter lah!(heh,aku kacak ke?haha)
abah sangat suka barang barang elektronik nih.abah buat mesin potong rumput sendiri.buat macam macam dengan sendiri.dulu dulu projek KH aku abah yang tolong buat.tambah tambah projek elektronik, abah yang ajar macam mana nak pateri.siap kidnep alat pateri tu bawak pergi sekolah.kalau tak tahan tengok aku pateri gaya
sampaikan cikgu KH (aku ingat lagi nama beliau Mr Hemarajan) pon interested nak tau pasal abah.
lagi satu,abah suka explore software baru.especially software percuma.then dia akan share dengan kami semua.kalau dulu dulu abah takde geng nak buat projek projek ni.bila izzuddin lahir,tiba tiba ada geng nak buat projek macam macam haha. sampaikan si izzuddin nih dah tahu dekat mana abah simpan semua tools.kitorang pulak yang takde idea abah simpan kat mana.selalu dekat rumah abah cakap macam ni
"izzuddin,mana beg projek kita?"
amboiii...gaya projek besar gitu.huhu.
ok,kalau nak cerita pasal abah memang panjang gile.tak habis seumur hidup cerita pasal abah.guess what?kawan kawan aku suka gile dengan abah!sebab abah memang peramah.so,diorang nih memang kenal abah lah.
tadi kol abah.before hang up,aku pon cakaplah
"abah!selamat hari lahir yang ke-50!"
"hrmm..dah tua pon abah ni"
"haha.abah dah nak dapat menantu pon.haha"
"hurrmmm..."
"eh eh angah dulu,sebab ada orang komen dekat status fb dia selamat hari lahir bapa mertuaku..haha"
"haha.ye lah tu."
ok, angah,anda tak dapat green light lagi.kekekekeke =D
teringat masa dekat stesen bas sebelum bertolak balik sini tempoh hari.kitorang bertiga-aku,syazila dan jibah tengah cerita cerita pasal kenduri kawin yang tengah banyak sebab cuti CNY tu.lepas tu termasuk bab nak buat majlis dekat mana.
(dialog lebih kurang macam ni.tak berapa nak ingat sangat)
aku - "hurmm,,aku nak buat dekat dewan.senang sikit.ha!senang senang buat dekat AMF(hall dekat uia pj) lah.kalau kawin dengan student uia jugak,baru lah memori sikit."
jibah-"haha.AMF.dasyat idea.ala,kalau bukan uia pon ok jugak."
syazila-"hahahahaha buat dekat AMF hahaha..entah ok je dengan sesape pon"
aku-"kan kan kalau bukan uia pj ke pon ok jugak.buat je lah kan.ooppsss!!"
saje je nak tambah efek ooppsss tu tapi adik aku,anim dengan pantas dan efisiennya menyibuk
"ha!!!bagitau cepat.sape?sape?ooo..bagitau,kalau tak aku cakap dekat abah"
aku-"ler..mana ada sape sape.saje je cakap cakap"
budak tu tak nak percaya.so dia pon cakap dekat abah.
"abah tengok along ni.gatal!"
then tahu ape abah cakap?
"biar la kat dia,dah sampai jodoh dia nak buat macam mana.."
"ehh??err...haha"
and the rest is history...
hahahaha..ok serius lawak.kitorang main main je kot.saje merepek merepek tunggu bas last last jadi macam ni.serius lawak sampai kitorang gelak kuat gile kat situ.
oklah,ni doa dari along untuk abah:
semoga abah akan sentiasa dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur,serta sentiasa di bawah perlidunganNya dan sentiasa mendapat keredhaan dan kebahagiaan.
semoga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.terima kasih kerana telah banyak berkorban untuk kami semua.
tidak terbalas semua pengorbanan dan jasa yang telah ditaburkan.
semoga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.terima kasih kerana telah banyak berkorban untuk kami semua.
tidak terbalas semua pengorbanan dan jasa yang telah ditaburkan.
dan semoga abah akan dikurniakan menantu yang baik baik.eheh.
Amin =)
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 50 ABAH!
WE
WE
p/s: bila tengok dokumentari pasal rumah orang orang tua,serius insaf.kesian dekat diorang.anak anak tak nak jaga.melalui usia senja dengan kesepian dan kesunyian,tanpa tempat bergantung.mama selalu cakap,ibu bapa jaga 10 orang anak boleh,tapi 10 orang anak nak jaga ibu bapa pon tak boleh,pon susah.
"Ya Allah, kami memohon kepadamu semoga dijauhkan sifat ini daripada kami." Amin.
No comments:
Post a Comment