Sunday, February 6, 2011

perihal 12jam

salam.

selamat menjejakkan kaki di uia kuantan. perjalanan mengambil masa selama 12 jam.bertolak pukul 10.30 pagi,sampai 11 malam.dalam 12 jam, 2 jam je kot aku berada dalam keadaan sedar ataupun separa sedar.yang selebihnya, berada dalam keadaan tidak sedar iaitu tidur dengan tahap nyenyak seperti tidur malam.

yeah, itulah rutin seorang pelajar kalau naik bas lama lama macam ni.

highway serious jem gile! mama cakap anak kawan dia sampai patah balik sebab tak tahan lama sangat. bas yang kitorang naik pon ikut jalan biasa tadi. bas yang aku rekemenkan dekat korang sebagai pilihan yang terakhir dalam senarai bas ekspres.bila tiket bas lain dah sold out.bila memang dah tak de pilihan.haha.sebab serious sakit hati.

20 min untuk makan dan solat?pakcik gilo ko apo? bukanlah nak cakap kan, tapi fikir lah sikit dengan surau yang sebesar bilik air,tak de tempat wudhu' and few telekungs only, dan yang nak solat agak ramai, cukupkah 20min? pakcik tak pe lah,senang je,tak perlu pergi tandas yang dekat kutub selatan tu untuk ambil wudhu'.tak payah pakai telekung.siap sempat makan lagi.kitorang ni?what do u expect pakcik oi?memang buat orang tak puas hati betul.

dah la siap perli bagai.

" amboi cik kak pergi jalan jalan mana?"

" pergi solat pakcik."

"pakcik??"

kau expect aku nak panggil ape?abang?what the fishcake!sori naik lori.kau ingat kitorang nak pergi jalan mana dengan hujan lebat tu? oh seriously buat aku bengang.

masa stop solat maghrib pon sama. siap hon hon lagi.masalah!!

kesian giler sape yang nak turun dekat temerloh.kena tinggal dekat tol as ade orang datang ambil dengan kereta.sebabnya dah lambat sangat dan harus terus ke kuantan.tersadailah 2 orang perempuan tersebut dekat tepi tol tu.

pertama kali naik bas ni dulu(boleh baca dekat sini) dah dapat first impression yang negatif.dan kali kedua ni pulak negatif negatif atau secara mathematically negatif kuasa 2.

bila abah kol tanya dah sampai ke belum,terus aku cakap,


"abah,along memang tak nak dah naik bas ni.pleaseee!!"


eventhough this one is quite better(dia stop untuk solat), still aku tak nak dah.
serik weh serikkk!!!!


tapi, alhamdulillah syukur selamat sampai sini selepas semua masalah tu.




p/s: tido banyak sangat atas bas sampai dah tak boleh tido sekarang ni.haisshhh

1 comment:

Nies Hanna said...

kitorang yg bertolak pukul9 malam pun smpai 8.30 pg...jem gilak!sakit sendi abis..pasal 'bas itu'...kami pun ada bad experience dgn bas itu....