salam.
sepatutnya post entri pasal raya,tapi ini lebih penting.
**************************************
bulan syawal bulan yang mulia.jadi tak baik marah sebenarnya.tetapi bila perkara ini berlaku kepada korang,maka marah itu adalah normal.sape yang tak marah seriously tak normal.itu aku boleh jamin.
sekarang tengah marah.tadi amat marah.macam dah kurang.tapi bila terfikir balik,mesti jadi marah.haishhh..marah pasal ape ni??
sabtu, 18/09/2010
pukul 9 pagi-aku,jibah,syazila,dan yana dah memang tercegat dekat stesyen bas kulim.mencari2 bas shamisha yang nak ke kuantan.pegi tanya dekat kaunter.dengan sopan aku bertanya.lebih kurang macam ni gayanye.
"pak cik,bas..."
terus dia potong tanpa bagi signal.
"kuantan?kejap lagi.tunggu.tunggu."
okeyh,awal2 mood dah kena cantas oleh pakcik kaunter bas tersebut.haih.
pukul 9.15,bas sampai.letak beg tapi still tak boleh naik.tak pe,sabar.duduk dengan parents dulu borak2.lepas tu dengar driver tu menjerit panggil naik.okeyh,salam parents and naik.tapi,
bas still tak gerak!!!!grrrrrr.....
membuang masa di atas bas.baik aku turun duduk dengan ayah and adik aku yang setia menanti kat bawah tu nak lambai dekat aku..haih.
pukul 10 lebih,baru jalan.tapi,bas tu stop dekat butterworth pulak.amik orang.dalam 20 minit.dah la lalu depan taman rumah aku nak pergi butterworth tu.serious tak faham kenapa nak patah balik.tak hafal map ke pakcik driver?kalau aku taw,aku dah tunggu dekat situ.haih.
perjalanan diteruskan.singgah parit buntar.amik orang lagi.tak lama sangat.nasib baik.lepas tu singgah ipoh.amik orang lagi.tak lama jugak.perut pon dah berbunyi.
tetibe syazila cakap
"weh,budak sebelah ni tertinggal dekat parit buntar tadi."
what??oh,serious kesian giler kat budak tu!!and perasan something.
kenapa air-cond tak terasa??angin pon tak de?
berpeluh2 dalam bas tu.terasa bahang yang sangat kuat.sampai simpang pulai,bas stop,konon bagi rehat selama setengah jam.and guess what??kitorang stuck situ sampai 2 jam!
arrgghhh!!!haih!!rupa2 nye,air-cond rosak.sume dah naik.budak yang kena tinggal tadi pon dah muncul semula.tak taw lah macam mana boleh sampai situ.syazila cakap dia nangis sambil bercerite dalam fon.kesian.
driver cakap boleh turun dulu kalau panas.kitorang turun.berusaha untuk berfikiran positif.bergelak ketawa di luar bas konon macam tak de pape yang berlaku.orang lain gelisah sampai tak boleh nak duduk statik.sangat kontra.
ade sorang chinese lady datang tanya kitorang.kitorang pon tak taw ape yang diorang nak buat.nak mintak bas ganti ker,pergi kl and then tukar bas ke.kitorang tanya dia pulak in case dia ade tanya driver tuh.and ini jawapan dia:
"ai dah tanya driver tuh,tapi dia tak cakap pape pon.atleast,cakaplah ya or tak.tapi dia buat tak dengar je."
malu tahu!!melayu buat perangai macam tu.mesti that lady rasa orang melayu tak de manners.
kerana nila setitik rosak susu sebelanga.haih.
duduk bangun duduk bangun tak siap lagi.masuk kedai mesra petronas beli eskrem untuk sejukkan diri.makan sambil berfotoshoot.sempat lagi.haha
and kitorang terasa sangat lapar sebab dah pukul 2 petang tapi tak lunch lagi.so,sume decide nak pegi makan.tanya pakcik tu sempat ke tak nak pergi makan.dia sendiri jawab sempat.so,kitorang pon pergilah order nasi ayam panggang RM4 untuk lunch.syazila dan yana pergi cari kakak sorang ni nak mintak tolong informkan kalau bas dah nak gerak.aku dan jibah dah suap nasi masuk mulut dalam 2 3 sudu.tetibe nampak diorang berlari.
"jangan makan lagi!bas dah nak gerak!"
bas da what?gerak?terkaku sekejap kat situ.cepat2 bangun.syazila and yana naik bas dulu.kitorang tolong bungkus.mahal ok nasi ayam tu kalau nak buang macam tu je.berlari2 lah naik bas.
ingatkan kitorang yang last rupe2 nye still ade 2 orang ladies yang baru naik after kitorang.syazila cakap bas tu dah gerak masa diorang nak pergi cari kakak tu.diorang ketuk2 body bas tu.nasib baik bas tersebut berhenti.kalau tak?
tak boleh nak imagine.
sebab air-cond memang dah tak berfungsi,diorang bukak bumbung bas tu.kalau korang perasan lah kan,dalam bas ade 2 petak kat bumbung bas tu.petak tu boleh dibuka.kitorang ingatkan nak tukar bas ke ape,rupe2 nye naik bas tu sampai kuantan.kalau macam tu,better tak payah tunggu sampai 2 jam dekat simpang pulai tu.ko bukak jer bumbung tu terus jalan.serious BUANG MASA.
then,berhenti dekat satu lagi perhentian.untuk pergi toilet jer.baru kitorang notice,dia tak tanya pon either sume orang dah ade ke tak.yang drivers tu kisahkan,hal diorang settle terus boleh jalan.boleh tak macam tu?ggrrrr...
diorang bukak radio.ade alunan zikir2.sedap je dengar.tetibe dengar pakcik driver tu cakap
"dok lailah lailah dari tadi buat apenye.tukar lah."
dia tukar channel lain.terkejut kot kitorang yang mendengarnya!rasa macam nak lempang pakcik driver tu pon ade.
hei!boleh ke buat macam tu?dah la drive bas macam nak race.macam nak drift.ko ingat tengah buat shooting kl drift ke?
hon dekat kereta2 sesuke hati.bas dah macam boleh terbang.sangat teruk manners diorang.
bukan nak cakap aku ni baik ke ape,tapi tolonglah.kitorang memang sangat menderita sepanjang 12 jam naik bas tu!
kitorang decide untuk turun depan pengkalan TUDM as kezen syazila nak tolong hantarkan balik uia.masa nak amik beg dekat bawah bas tu, kitorang nak amik sendiri lah kan dengan niat tak nak lah susahkan dia.tapi the rude,impolite driver cakap macam ni:
"cakap je lah beg mana satu orang nak tolong amik.tu pon tak reti ke?"
macam ni ke cara ko nak offer pertolongan.tak payah lah,terima kasih banyak2.tak rela aku.huh!
and once that driver tutup je tempat beg tu and jejak tangga bas,terus bas tu pecut.punye tak sabar!!
12 jam perjalanan.serious lama!kalau naik flight 12 jam dah boleh sampai uk.
paling penting,pak cik drivers tu tak stop untuk solat pon.diorang pon melayu,islam,takkan lah kena ingatkan,ye tak? aku rasa tak de sape yang berani pergi depan bagitaw sebab diorang sangat menakutkan!yeah,seriously scary!!
nasib baik tak de pape yang berlaku masa kitorang kat atas bas tu.alhamdulillah,sempat sampai ke uia nih.
yang paling interesting,masa mula2 naik bas,still rasa tak nak balik uia.tapi,bila dah dekat atas bas tu,nak cepat2 sampai uia pulak.
lepas ni tak nak naik bas tu dah.dah serik.
3 comments:
fuhhh. dasat gak nohh.
giler ah... Aku bertaun2 naik bas, pon tak pernah jumpek bas se - suck nih... Gile terok!!!!!
syud - itu le pasal..bukan dasat jugak,memang dasat!!
ainnudin-itu 1st time aku ni jumpe bas se-suck nih!!!betol weyh,giler2 terok!!!
Post a Comment