Friday, December 31, 2010

welcome 2011

salam.

it's new year people!so,ape azam tahun baru anda?haha.

mesti ramai kan yang tanya soalan ni,dan ramai jugak la merangka jawapan untuk menjawab soalan ni.well,soalan lazim yang akan ditanya setiap awal tahun.

dan biasalah mesti panjang berjela jela azam tu kan?nak buat ini,nak buat itu.macam macam yang akan masuk dalam list.

for me,rasanya azam tahun lepas masih banyak yang tak tercapai (sincere punya pengakuan jangan main main).still tak buat checklist lagi.ingat nak buat sekejap lagi sebab nak ambik feel tahun baru.cewah.blogger-emoticon.blogspot.comdan juga nak set azam untuk tahun 2011 pulak.

walaupun still ade yang tak tercapai, i feel that i'm changing and i love it.efek masuk ke alam 20-an mungkin?haha.blogger-emoticon.blogspot.com

masuk je 1/1/2011 maksudnya bertambah lagilah umur tu kan walaupun hari lahir lambat lagi.ramai jugak kawan kawan aku yang akan secara officialnya bergelar 21 dalam beberapa hari lagi.tahniah diucapkan(sengih jahat)heheheblogger-emoticon.blogspot.com

aku berharap tahun 2011 yang akan bermula esok akan memberi sinar baru yang menterangkan semua orang(sastera nih sastera) dan akan sentiasa berada di bawah limpahan kasih dan rahmat-Nya.

so,

HAPPY NEW YEAR!!

new year,new resolutions =)

p/s: kepada mereka yang berumur 19,welcome to the club 20.
kekekeblogger-emoticon.blogspot.com

tag - 25 things about me

salam. =)

dah 2 hari hujan turun tak berhenti-henti.terasa sejuk macam dekat overseas sekejap walaupun tak de secebis salji pun yang turun.well,aku sangat sangat nak pegang salji.dulu dulu ingat nak study dekat overseas sebab nak main salji bila winter.siap plan nak bawak air gula,jagung dan susu pekat untuk buat ais kacang.haha.nasib baik kawan aku dekat uk cakap salji rasanya masin.eh?dia rasa ke salji tu?haha.entahlah,mana lah aku tau kan sebab aku sekarang masih di Malaysia yang telah menang bola semalam.

ceh,tiba tiba nak kait dengan bola pulak walaupun sebenarnya entri ni nak buat benda lain.blogger-emoticon.blogspot.com

ok,entri kali ni pasal tag lagi!tag mencurah curah ke ladang gandum pulak bulan ni.jenuh jugak nak jawab.soalan soalan pon panjang panjang pulak tu.

stop bebel dan start taip please.

first,nak buat tag dari pika dulu lah.sebab soalan dia direct je.
Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person that tagged you. If I tagged you, it's because I want to know more about you."
25 ye?hrmm..ok,cik pika.jom tengok ape yang aku nak merapik dekat bawah ni.eh,korang pon boleh usha jugak =)


1. saya sangat suka makan aiskrim sejak kebelakangan ni.mungkin efek sindrom-selepas-baik-batuk?haha

2. saya sangat suka coklat.sekarang saya suka cloud 9 sebab itu yang paling murah dan available dekat kiosk mahallah.

3. saya tak suka mandi air sejuk!hari ni kena guna air panas dari water cooler untuk mandi.

4. saya sangat susah nak tidur awal.dah macam kena insomnia je.

5. saya sangat suka memuat turun (ehem ehem bahasa baku) walaupun saya tak tau ape yang saya muat turunkan.

6. saya kurang suka dengan keadaan kelas saya sekarang.tapi,saya kena sesuaikan diri jugak.

7. sekarang saya sangat senang homesick.selalu tefon rumah or skype dengan family.

8. saya rindu dengan kawan kawan baik saya.pika,faziela dan raider,tiqa,ikin,fiza,yah,wani.teringat zaman sekolah dulu.merekalah yang menterangkan hari hari persekolahan saya.sudah sangat lama tak jumpa.=(

9. kuantan sangat sunyi setiap kali weekend.macam tak wujud pon orang dekat kuantan ni.blogger-emoticon.blogspot.com

10. saya sangat obses dengan air masak.saya mesti minum setiap hari,dari bangun tidur sampai nak tidur balik,dalam 2-3 liter.ha,banyak tak?

11. saya tak suka orang yang tak gosok gigi sebelum tidur.

12. saya sangat suka lab coat.lab coat membuatkan saya berasa lebih berkeyakinan.(ayat iklan)

13. saya suka warna merah dan ungu.lagi terang lagi bagus.cantik!

14. saya sangat suka sneakers.sporty dan senang untuk jalan.

15. saya suka heels jugak,tapi saya tak suka sangat pakai heels sebab senang sakit kaki.lagipun ade artikel yang mengatakan heels tak baik untuk tulang belakang.jadi,saya cuba elakkan walaupun mereka sangat cantik cantik.

16. saya juga merupakan salah seorang pelajar yang selalu buat sesuatu last minute.tapi,sejak sem lepas saya dah berjaya ubah sikap tersebut sikit sikit.

17. saya sangat teringin nak makan char kuey teow sekarang.cuti hari tu tak sempat pergi makan.dekat sini tak sedap.sangat kecewa dengan char kuey teow palsu diorang.dissapointed

18. saya agak berasa kurang best dengan kehadiran roommate baru semalam kerana dia telah mengambil title saya sebagai roommate yang termuda.tapi,saya akan cuba untuk menerima dia sebab saya dapat rasa dia seorang yang baik macam saya.

19. stok makanan yang dibeli 3 minggu yang lalu masih belum disentuh.

20. saya sangat sangat sangat nak makan masakan mama sekarang.saya nak makan ayam masak kicap.dekat sini punya sangat pedas.

21. susunan ahli group untuk MCB lab session agak kurang menggembirakan.tapi,saya akan cuba untuk sesuaikan diri untuk bekerjasama dengan diorang.mesti sesuaikan sebab ini bukan satu pilihan.

22. saya sangat suka drama dan filem jepun.banyak pengajaran yang boleh didapati dari mereka.

23. setiap hari saya akan habiskan maksimum RM10 untuk makan.ok lah tu kan?

24. saya agak cepat berasa jemu dengan makanan.dekat sini,setiap kali nak makan saya perlu berfikir panjang atau ikut je ape yang roommate saya makan kalau tak boleh nak decide.tapi,saya masih bersyukur sebab saya masih ade makanan untuk dimakan.

25. saya sangat bersyukur kerana Allah telah kurniakan saya petunjuk untuk berada di jalan yang betul iaitu melalui agama-Nya,famili yang sentiasa saya sayangi dan menyayangi saya,kawan kawan yang sentiasa berada di samping saya setiap kali saya memerlukan dan kehidupan yang sederhana yang membolehkan saya belajar dengan mudah dan tenang.blogger-emoticon.blogspot.com

next person yang kena buat -

anna
dian
fikah
kak yana
sape sape nak buat pun boleh

huih...panjang gile kot.lenguh tangan menaip.next tag dari cik dian.insya Allah,next entri lah kot ye.




p/s: macam kejam statement ni tapi nasib baik group MCB saya semuanya classmate saya sem lepas.

Monday, December 27, 2010

dah cuba untuk suka tapi masih tak suka

salam.

hari ini ke kelas dengan penuh semangat.sebab dapat bersuka ria dan merasai masakan rumah pada hujung minggu yang lepas.dan tercapai juga hajat nak makan ddeubokgi sebab memang dah plan nak makan ddeukbokgi setahun sekali je.hujung minggu pada kali ni tak seperti hujung minggu yang lepas lepas.alhamdulillah,thanks ye jibah sebab bawak aku sekali pergi rumah mak ndak.layanan yang diberi cukup mesra.ok,konon konon komen macam 1st time pergi sedangkan dah masuk 3 kali.dan 3 kali lah jugak rasa seronok bila ade dekat sana.terasa macam di rumah famili sendiri.

sampaikan aku pon terasa macam anak sedara dia jugak heheheheblogger-emoticon.blogspot.com

ni semua sebab frust tak boleh join famili day terjun kolam mandi manda beramai ramai.sedih sobsobsobcry

hujung minggu yang menyeronokkan akan menyebabkan semangat untuk ke kelas berkobar kobar.cewah.semangat punya pasal sanggup naik bas pukul 10pagi untuk ke kelas walaupun kelas pukul 10.30 pagi.

HAHA.konon macam awal je kan?sedangkan memang kena ambik bas pukul 10 sebab kalau tak kena jalan kaki.ok2,aku bukan nak cerita pasal ni,aku nak cerita pasal dalam kelas.


dulu dulu,bila intake dec masuk,aku macam terfikir lah jugak,kesian dekat diorang sebab kehadiran diorang kurang diterima.tapi lepas tu,aku fikir aku pun sebenarnya tak boleh jugak nak terima diorang.awal awal macam boleh tolerate lagi,tapi selepas tu,memang dah susah nak tolerate lagi.

bermula dengan masalah pasal jaga seat,then pasal tadi dalam kelas biochem.ape lah nasib hari ni kena duduk di antara budak budak intake dec ni.tak kisah sangat pasal tu asalkan view aku tak kena halang sudah lah kan,tapi bila bising bising masa lecturer tengah explain memang buat aku bengang.dengan mengajuk lagi.berborak borak macam dekat pasar malam.sungguh menguji kesabaran dan kefokusan.

lecturer bagi break sekejap,diorang siap play lagu dekat henfon.tolonglah,orang nak rest otak sekejap pun tak boleh.kalau kau bajet hebat sangat pon tolonglah respek orang lain.TOLONGLAH.nasib baik cik yes tak mengamuk je tadi sebab biasalah orang kurang sihat nih cepat sikit naik darah.aku yang sihat pon rasa menyampah kan.blogger-emoticon.blogspot.com

lagi satu bila lecturer nak sambung lagi even masa dah nak habis.kenapa nak bising bising?orang lain pon penat jugak tapi tak de lah exaggerate macam korang.kitorang lagi penat kot,ade yang kelas dari awal pagi lagi pon boleh bersabar je.irritation betul!


kelas ungs dengan bahasa melayu sangat best sebab tak de diorang.SANGAT BESAR PERBEZAANNYA bila diorang ade dan bila diorang tak de.

oh,aku sangat berharap tuan tuan dean dan seangkatan akan menukar fikiran mengubah fikiran menukarkan diorang agar diorang tidak sekelas lagi dengan kitorang.




p/s: serik walaupun baru sekali terduduk di kalangan diorang.

Wednesday, December 22, 2010

I'm HOT!!!

salam,readers.

cuaca di kuantan sekarang lebih kurang macam suasana winter di rusia.heh,tipulah kau.exaggerate pulak sedangkan tak de secebis salji pon yang turun.yang turun hanyalah hujan tapi bukanlah hujan yang turun bagaikan mutiara macam lirik lagu sudirman sebab nanti semua orang sibuk sibuk nak kutip lepas tu pearls dekat kedai terus tak laku dan kedai tu terus jatuh muflis.

hei,ape kau merepek ni fana?ade kaitan dengan tajuk ke?


sabar sabar.sebab tajuk entri ni mainly nak cakap pasal sabar di mana sabar itu separuh daripada iman.(kalau dapat lecturer strict konfem aku kena lempang laju laju sebab buat ayat dalam BM pon tunggang langgang) *sigh*


tajuk hari ni-"I'm HOT".atau tajuk lain yang boleh digunakan - "U make me feel HOT."eceyh,tajuk bukan main lagi.macam lah kau hot sangat sampai petik jari sepuluh yang datang kan? di sana,di sini bukan bermaksud begitulah.boleh tak di sana bersabar baca entri sampai habis please?


terima kasih.phewww,,,penat nak menepis tanggapan orang lain.tetibe.
ok,cukuplah kot mengarut sampai masuk dialog p.ramlee bagai kan.

al-kisah begini,sem ni bermula dengan kitorang telah menerima ahli baru di dalam kelas as ade 2nd intake untuk kulliyyah of science.jumlah diorang lebih kurang sama banyak dengan kitorang,menjadikan jumlah sekarang 100++.kedengaran macam sikit berbanding course lain kan?tapi bagi kitorang dah cukup ramai sehingga merimaskan blogger-emoticon.blogspot.com

mana taknya,masuk kelas kena jalan cepat cepat,berebut as in mini or main audi tu boleh lari jauh dari kitorang.eh,logiknya di sini?tak de logik logik.bila cakap pasal emotion,terus tak wujud perkara logik.HAHA.


kalau aku,aku still prefer kelas sem lepas.sangat santai di mana kalau datang terlambat sikit pon still boleh dapat seat tanpa perlu berperang.bila ramai ramai nak fokus pon ya Allah susah gile!nak cakap aku dah boleh memahami perasaan budak biomed,diorang lagi dasyat as jumlah diorang 200++!

for that total part,aku sangat bersyukur sebab kitorang still tak seramai diorang.dulu dekat mrsm,asal masuk lecture hall je aku mesti cari seat belakang and tido masa kelas fizik!kelas lain masih boleh survive tapi bukan kelas fizik as i don't like physics that much compared to the other subjects.dulu dulu lah.

sekarang,aku tengah berusaha supaya nasib subjek subjek sekarang tak seperti nasib fizik dulu.tapi,dengan situasi kelas macam pasar malam kulim,possible kah?blogger-emoticon.blogspot.com


tadi lepas kelas,ade sedikit discussion among us,sisters only.so,discuss benda benda penting pasal kitorang sebab intake dec ni ramai gile sisters sampai terus jadi imbalance kelas kitorang.before this,sisters and brothers lebih kurang sama je bilangan,masuk diorang,dah macam sekolah convent je gayanya.but still ok bagi aku as sekolah rendah dulu aku sekolah convent so no biggie.

yang bikin aku hot nih bila sorang budak nih bangun and voice out ketidakpuasan hatinya pasal jaga jaga seat untuk orang lain.i was like huh?macam lah kau tak buat kan benda tu yang kau nak cakap dengan lantang dengan suara yang tertahan tahan macam orang marah gile lepas dapat tau suami dia main kayu tiga kan...

semua orang macam ape kes budak ni kan??tell me,sape yang tak jaga seat untuk kawan kawan diorang?sape yang baik hati gile nak duduk sebelah strangers?(ambik kau aku memang tengah emo pasal benda ni sampai keluar terus perkataan strangers) kau pon mesti tak nak kan?ohno

once keluar dari main audi,isu cup-ing tempat duduk jadi isu panas dan berbangkit.semua tak puas hati.oh,masalah masalah.

dah faham maksud tersirat I'm HOT?

meh nak explain dalam bahasa simple lagi mudah - SAYA MARAH.

ade faham?



ini betul betul bukan main main

rasanya lepas ni nak pergi kelas dengan perasaan malas nak ambik pusing keadaan sekeliling.tahap kesabaran juga harus ditingkatkan bertingkat tingkat.





p/s: aku sekelas dengan junior sekolah.is it a good news?

Tuesday, December 21, 2010

mari mari berbahasa melayu baku

salam.

kelas sudah bermula secara rasmi walaupun hanya sekadar pengenalan.ewah ewah,nak bercakap bahasa baku pula hari ini ye...

ni semua penangan hebat kelas pengenalan bahasa melayu pagi tadi,selain penangan kena kelas malam sepanjang sem.ya anak anak,dekat uia wajib ambik bahasa melayu.

tergamam,terkedu,terkejut,terpempan,ape ape je lah perkataan yang boleh describe perasaan jakun semasa dalam kelas bahasa melayu.ha!ambik kau!lama kot tak kena berbahasa melayu baku,sekali dengar semua ternganga nganga.reaksi semua orang tak ubah macam dengar pensyarah di depan speaking jepun.ceyh,nak jugak letak jepun.

dan aku pun macam baru tahu kalau nak guna atau pinjam perkataan english dalam perbualan bahasa melayu,kena sebut "dengan izin" dulu.

oh, serius jakun!!!

walaupun tak faham kena mintak izin dari siapa sebenarnya T_T.please sesiapa yang boleh explain,sangat dialu alukan.

sekarang,mari kita lihat contoh penggunaan "dengan izin":-

kita perlu gunakan dengan izin, "pendrive"
(sebenarnya,dalam bahasa melayu baku,kena guna pemacu pen atau pemacu ibu jari untuk "thumbdrive")


ok,kalau selalu praktis macam ni,tak lama lagi boleh berdiri sebaris dengan sasterawan negara kot?eceyh.


terbayang bayang masa zaman sekolah dulu.kebanyakan exam,aku akan skor markah yang lagi tinggi untuk english berbanding bahasa melayu.entah kenapa.rasanya aku ni memang orang melayu(ade la jugak campur campur Thailand sikit kot),dalam IC pon tulis melayu.


mama aku pon pernah cakap sekali,

"betul ke orang melayu nih?"

sebab aku pernah dapat B+ untuk BM tapi BI aku dapat A.masa form 4 kalau tak silap.ai malu tau!


dan boleh bayang tak kitorang asyik nak tergelak je bila dengar setiap perkataan yang keluar dari mulut pensyarah tu?macam tak pernah dengar langsung bahasa melayu.mungkin sebab selama ni kita banyak guna bahasa "rojak",bukan bahasa melayu kot?


ish ish ish,kena ubah ni,kalau nak senang masa pembentangan nantilah.barulah boleh dapat A kalau macam tu.ye tak?heheblogger-emoticon.blogspot.com



p/s: konon konon nak tulis dalam bahasa baku,sebab nak praktis nanti kena buat jurnal dan laporan panjang panjang kekekekekekeblogger-emoticon.blogspot.com


blogger-emoticon.blogspot.com

Saturday, December 18, 2010

sakit sakit rumah

salam.

minggu ni cukup memenatkan.sebab?sebab tak de kelas(?).berhibernasi dalam bilik sesungguhnya memenatkan.berhibernasi pon dah penat,melayan perasaan lagi lah kan,penat square aku.

hah?melayan perasaan?bercinta ke fana ni nak layan perasaan bagai?

oh,kabi nehi.tidak tidak.bukan fall in love,bukan jatuh hati,bukan jatuh longkang,bukan bukan.
blogger-emoticon.blogspot.com

layan perasaan teringat dekat rumah.oh,baru seminggu kembali ke kuantanamo,dah tak sabar membilang hari untuk cuti seterusnya.tiap tiap hari teringat masakan mama(oh mama tolonglah bangga sebab ade kipas-susah-mati masakan anda) sampai boleh terbau bau masakan beliau.

hebat tak?hebat tak?

ni lah orang panggil homesick.atau dalam bahasa saintifik dipanggil sakit rumah.dan ubatnya mestilah balik rumah!treatment paling terbaik!

dengan kondisi sekarang yang ala ala nak demam plus selsema(again?) lagilah teringat rumah.baru je lepas selsema dan batuk masa cuti yang lalu,sekarang dah terkena infection balik.


tapi nak balik rumah huih jauh kot.so,guna skype untuk tengok rumah.tengok muka famili.cukuplah sementara dekat sini.bila balik rumah skype terus off.ye la,famili dah depan mata,buat ape lagi nak berskype skype hoiiii...

tapi,kekadang on je main main dengan adik adik kat rumah.oh,rindu walaupon setiap hari mesti ade je yang nak bertikam lidah,berebut itu ini sana sini.
tengah bershoping pon teringat dekat diorang.eleh, macam tipu.

heh!betul ok!tengok tengok baju cantik,mesti akan terdetik dalam hati

"nanti nak beli satu dekat ayuni lah,"

tak pon "nak beli dekat intan lah,"

tak pon "nak beli dekat anim lah,"

tak pon "nak beli dekat angah lah,"

tak pon "nak beli dekat izzuddin lah," bila tengok baju kanak kanak comel comel.

tadi call abah,abah cakap,

"amboi,ingatkan dah lupa dekat kami semua.." dengan nada joking.

oh abah,tak boleh lupa dan takkan lupa.setiap hari 24/7 bak kata omputeh asyik teringat rumah.tapi,life must go on.eceyh.

pesanan beliau kalau nak makan,makan sedap sedap.biar habis duit untuk makan.haha.sempoi tak?tapi kan,sesedap mana pon,takkan boleh lawan masakan mama.mummy no 1 tu!
thumbsup


harus diingatkan cik fana,sebelum balik cuti midterm hujung bulan 1 ni,ade midterm exam.pastikan ready dan buat yang terbaik supaya boleh balik dengan senang hati.tak gitu?






p/s: minggu depan start kelas secara official.yosh!gambare masho!

Monday, December 13, 2010

bersemangat yo!!

salam.


hari ni dengan rasminya kelas start.kelas informal.haha.sebab semua awal awal lagi tercegat dekat KOS tapi bergosip dekat luar.konon konon kelas pukul 11.30 pagi tadi,tapi rupa rupanya salah pilih section.sepatutnyalah, pagi tadi tak de kelas.

ceyh!geram.

boleh sambung tido kot tadi.tak pon sambung tengok movie.

amboi!buat macam masa cuti pulak!sem baru tolong bersemangat sikit!
blogger-emoticon.blogspot.com

kalau cakap pasal semangat,teringat pasal nak stori kalau dapat result best.eh,best ke?ok lah kot.lagipon tak target tinggi sebab 20 soalan aku hentam untuk subjek computer walaupun mak aku cakap aku ni pro bab bab computer nih sebab 24 jam menghadap benda ni.gila tak?gila tak?tak pernah seumur hidup aku hentam sebanyak tu.

tapi,alhamdulillah,result ok.kalau tak aku tak sanggup nak stori dekat sini.termasuk juga dikalangan DL.cewah.tapi masih biasa biasa je.tak hebat mana sebab mesti ramai lagi yang dapat lebih tinggi.lepas ni kena improve.maka kena insaf dan study secara berterusan(azam yang sama setiap sem tapi tak pernah tercapai sobsobsob) kalau nak dapat result lagi bagus.yang penting nak capai short term goal-dapat 1st class degree dan duduk baris depan masa konvo nanti.
blogger-emoticon.blogspot.com


insyaAllah.



petang ni diorang cakap ade kelas.macam malas nak pergi.tapi sebab dah berazam lepas dapat result hari tu nak berubah untuk kebaikan atau orang utara cakap change for good,kenalah pergi kelas petang ni,dengan gembira ye.dengan gembira.pastikan pergi kelas dengan hati yang gembira.haha.harap harap dapat dr ibrahim shogar sebab ramai yang rindu dekat beliau.
blogger-emoticon.blogspot.com

so,mari mari mari kita bersemangat yo!!!






p/s: walaupun ade kelas,tapi still tak membantutkan hasrat nak outing.stok makanan tak de langsung.kenalah beli kan...hehehe
happy

Sunday, December 12, 2010

hi hi kuantanamo

salam.

guys,please say HI to KUANTANAMO T__T

yeah,i'm back to this peaceful(?) uia kuantan.oh,gile sedih dan sayu masa nak naik bas semalam.sedih sangat!dan sangat tidak puas hati.kenapa cuti sekejap sangat?orang lain boleh cuti sampai bulan 1?stress exam yang lepas pon tak sempat nak hilang lagi.

tadi cukup saspens masa nak buka site blogger nih.takut sejarah lama mungkin berulang.tapi,alhamdulillah,berjaya juga buka blogger,terus sign in dan taip.haha.tak de kaitan.
upil

last holiday was a blast!seriously!pergi berjalan jalan,except for the first 2 weeks tak boleh nak ke mana mana sebab demam,batuk dan selsema bermaharajalela di dalam rumah.lepas semua sembuh,hooraayyyy boleh pergi jalan jalan.
clapclap

pergi shoping sampai tak hingat dunia dekat jusco.sale weh SALE!kan sekarang Y.E.S.tapi bukan YES internet tu,so tolong jangan buat ajaran sesat.haha.
blogger-emoticon.blogspot.com

habis banyak jugak.mama sempat rembat set cawan dan gelas.bila tanya buat apa nak beli yang cantik cantik sangat sampai tengok pon rasa sayang nak pakai,mama jawab

"mana lah taw nanti rombongan mana mana sampai..."

hahaha..serious lawak.lambat lagi lah mama...

cuti sekolah ni pon banyak kenduri yang dijemput hadir.memang setiap weekend pergi kenduri.sampai dah tak selera tengok nasi minyak bagai.

last week,kitorang satu famili pergi melawat ladang anggur.ape yang ade kat situ?mestilah anggur!ceyh,kalau tanya budak tadika pon mesti boleh jawab.cerita pasal anggur ni nantilah aku stori dalam entri lain.letih naik bas 10jam dan kemas kemas bilik tadi.nak rehat sekejap.


p/s : harap harap esok tak start kelas lagi.nak outing.hehehe.

Friday, December 3, 2010

LamA BeToL tAk KenA TAG k0T!!



salam.

hai all!kali ni entri yag berbau wangitag.ade ke ayat macam ni?haha.abaikan.
terasa semangat nak publish entri tag yang dah berminggu dalam draf lepas tengok result tadi.ok,pasal result lain kali cerita.


miss rara,aku kidnep ni sebab malas nak buat =)


oklah,terus jawab tag je lah.

15 things about me.(sila sebut ala ala lagu miley cyrus 7 things i hate about you ok).haha.
blogger-emoticon.blogspot.com

  1. saya seorang Muslim.
  2. saya seorang perempuan.
  3. saya seorang student.
  4. saya seorang kakak.
  5. saya anak sulung.
  6. saya sayang famili saya sangat2!
  7. saya sangat suka makan,tido,tengok tv,dan online
  8. saya obses dengan drama and movie jepun,korea dan hong kong!
  9. saya sanggup download banyak banyak even internet lembab semata mata nak nak mengelakkan buffering yang jauh lebih lama.
  10. saya seorang shopaholic walaupun saya tak tahu ape yang saya beli setiap kali shopping.tak pernah perasan kewujudan barang barang tersebut.
  11. saya sayang kawan kawan saya sangat sangat,termasuk orang yang suruh buat tag ni!
  12. saya juga fanatik dengan stephen chow.he's fabulous and marvellous!
  13. saya sangat tak suka basuh baju dengan tangan sebab buang masa,unless baju tu memang kena basuh tangan.baik pakai mesin basuh,jangan sia siakan kemudahan yang ade-itu trademark saya.
  14. saya bukanlah seorang fashionista,sebab saya tak kisah sangat pasal fashion ni.just pakai ape yang mampu dibeli dan selesa.
  15. saya suka observe orang,tapi terasa malu bila diobserve oleh orang lain.haha.


dah habis.penat taip
phew and i know it's boring.haha


dan sekarang saya nak tag :
  1. sesape
  2. je
  3. yang
  4. nak
  5. buat =)
cukup kan 5 orang?kekekekeblogger-emoticon.blogspot.com

thanks to miss rara,dah lama taw ai tak kena tag.dulu macam ade tapi tak sempat buat.sangat busy time tu even aku sendiri tak taw ape yang membuatkan aku busy (konon)



di kesempatan ini, aku juga nak ucapkan


SALAM MAAL HIJRAH


kepada semua.marilah kita bersama sama berhijrah ke arah kebaikan...



p/s: nanti rajin rajin la tag lagi lepas ni sebab macam best pulak buat(syok sendiri)hihi

Monday, November 29, 2010

ApA?kRONiK?

salam,people.

konon nak jadi blogger tegar,at last impian tu macam rumput di tepi jalan,hidup segan mati tak mahu(betulkah peribahasa ini?bahasa melayu dah berkarat) sebab bila kat rumah busy mengalahkan yb.

eceyh,perasanlah kau macam yb.kau busy buat ape jer?makan,makan dan makan.yeah,sebagai mana rakyat uia kuantan yang lain tahu,bila di rumah,azam untuk berdiet konon nak maintain berat badan ideal pasti akan terpesong.hei!gile skema ayat ayat beta!tapi tak pe,beta telah difahamkan bahawa nerds make better boyfren oleh seorang kawan baik beta.hehe =)

well,actually ade tag from miss rara,tapi malam ni tak de moodlah nak fikir banyak untuk jawab tag.sori ok miss rara! sangat lama tak kena buat tag,mula2 tengok macam berkobar kobar nak buat,tapi sebab kena fikir banyak jadi malas T_T lagipun tengah semangat nak habiskan Bloody Monday 2.hihi.

honto ni gomen!
blogger-emoticon.blogspot.com

next entry insyaallah aku akan cuba jawab tag tu =)

nak stori sikit nih,hari tu pergi klinik,sebab selsema dan batuk.sekali dengan my mum.my mum suggests suruh doc tu periksa sekali kenapa pimples dekat muka makin teruk.dulu masa dekat cfs,dah makin ok,tapi bila masuk 2 sem yang terakhir,skin breakouts jadi balik.mungkin sebab stress sebab dapat tilam keras(ceyh,macam ade kaitan).haha.

so,the doc (doctor bukan document,harap maklum) pon tengok tengok lah muka aku ni kan,and then beliau cakap :

"ini dah tahap kronik."

satu ayat yang sangat senang nak cakap,tapi serious mengguris hati sobsobsob T_T

cuba korang bayangkan,even bukanlah seteruk kanser or penyakit lain,tapi still teruk kan?beliau cakap lagi,muka aku sangat berminyak,especially dekat T-zone.

then,beliau provide aku dengan cream,sunblock,sulphur soap,vitamin e cream bagai.punya banyak nak kena pakai!and ape yang aku pakai before tu kena stop.tapi,tak pe,sabar.ini ujian.

banyak tips beliau bagi:

1) don't wash ur face more than 10 sec.kita selalu ingat cuci muka lama lama boleh bagi cantik kan?well,itu adalah auta!bila kita cuci lama lama,the skin will become worse,sebab below the skin the infection can spread to other parts.

2) always apply sunblock.itu penting untuk avoid the UV rays.choose sunblock with the sun protecting factor,or what we call spf, 20 and above.aku dapat sublock dengan spf 50.ha!amik kau!50 terus!

3) even dah pakai sunblock,pakai payung kalau berada di bawah panas terik.

4 ) drink a lot of water to hidrate the skin.

5) have enough rest.

so,ini ape yang aku cuba untuk apply dalam kehidupan seharian.tapi,part untuk have enough rest agak susah untuk ikut.dah biasa tidur 12 a.m ke atas.haish...

to those yang ade masalah macam ni,aku suggest untuk korang pergi refer dekat mana mana docs untuk taw keadaan sebenar and the best treatment even akan melayanglah jugak beberapa ratus.it's worth to try,sebab macam doc tu cakap "all the products u bought are not professionally suggested to you."


p/s: i really hope that all the efforts this time will lead to success.pray for me friends!

Saturday, November 20, 2010

TaK de MoTiF

salam.

wah..seronok baca blog orang lain dengan entri yang best and gambar bagai.serious best!!well,aku pun tetibe menjadi rajin nak menghupdate blog setelah memendam hasrat beberapa minggu di uia kuantanamo sana,tapi zasss!! tak de idea sangat.beberapa hari ni sangatlah letih and tetibe tadi menerima kunjungan yang tak dijangka oleh saudara mara sebanyak 4 buah kereta.ramai kan?


so,nantilah kalau ade cerita best,akan ade entri barulah.kalau tak,hehe...



serious tak de motif yang dapat dikenal pasti. nite!
blogger-emoticon.blogspot.com

Tuesday, November 16, 2010

eNtRi PeNdEk KONon

salam.

today,short entry only.

tadi tolong mama masak juadah untuk esok.banyak jugak.ketupat,rendang ayam,and mama nak buat laksa. pagi pagi dah tercegat dekat pasar.dekat sini,belah belah utara,mereka lebih keinggerisan.(sila baca ke-english-an.saje gedik nak tulis macam tu konon konon macam best)pasar lebih senang disebut market,elektrik lebih selesa disebut karen.haha.

sape bilang orang utara enggak hebat?

ok,sudah merepek.efek tengok cerita alisa(betul entah eja mcam ni) petang tadi even sebelum ni tak pernah tengok pon.gara gara peminat setia cerita indon dan melayu yang tegar balik ke rumah,maka kuasa veto ke atas tv hilang secara mendadak T_T

sambung stori.dekat pasar,borong segala bahan nak buat rendang,ketupat,and laksa for tomorrow as well as nasi daging for today.haha.bela lemak lah cuti sebulan ni.best jugak ye pergi kalau ke pasar bertujuan.

balik rumah,terus start kerja.seronok tau buat kerja ramai ramai.muhibbah.eceyh,cerita macam buat persiapan kenduri kawin je kan.ops!sori, mama ai tak bagi greenlight lagi lah.beliau cakap skill memasak sangat teruk.hahaha.

so,azam cuti ni:

NAK BELAJAR MASAK!!


oh,kali ni memang serious.dah tak nak main main.ceyh,kau cakap kosong je fana.haha.well,let's see if it's going to happen or not =)

esok,pagi insyaAllah raya kat rumah sekejap,then nak balik kampung.depends on my abah's health.sekarang musim batuk demam nih.take care of your health ya!

ok lah,ciao dulu.kan dah tulis kat atas tu; "today,short entry only" ?banyak lah kau short macam ni.



p/s: haru haru (day by day)my writing menjadi skema! I LIKE!!hahaha..in love dengan ayyy girl -jyj currently.tetibe.tak de sape tanya pon.no emoticon this time

Monday, November 15, 2010

TeRhArU



salam.

tadaima!!i'm home!it feels great,really great at home ok!makan nasi bertambah tambah lagi!kat kuantan,tak selera lah nak buat macam ni.makan sedap di rumah.oh,i miss home very much.i miss my mum's cooking damn much.hahahablogger-emoticon.blogspot.com

dan juga boleh buka 4shared!!


berkurun lama sudah beta tidak menconteng blog nih.betapa gundah gulana hati beta bila tak dapat nak view blogger.sobsobsob T_T

before nih, banyak sungguh nak cerita kat sini.konon2 nak mencapai impian untuk menjadi blogger tegar.tapi,sebab masalah tak boleh nak view blogger,draf dalam minda hilang seperti ku kirimkan khabar di angin lalu.ha,boleh bayang tak?walaupon tak de kaitan angin dan tak boleh view T_T

balik rumah,testing2.baca bismillah,then klik blogger icon dekat bookmark.alhamdulillah,boleh view,sign in and boleh taip kat sini.terharu!terharu yang dirasa bila nak dapat laptop baru.ehem ehem,itu signal.tak faham kah?hahah
blogger-emoticon.blogspot.com

macam pelik pulak kan.kat rumah boleh.kat uia kuantan sana tuh tak boleh,tapi orang lain boleh je.penat ok pergi usha setup orang lain.tapi,tak de yang lain pun sebab memang tak penah pulak tukar.alih2 tak boleh nak view.just half way then terus naik error message.kena ben ke?ape salah beta?serious sedih. T_T

tapi,tak pe.ade hikmah di sebalik yang berlaku.dapat fokus study untuk exam.eceyh.ape ape pon,dah selamat menjawab semua exam papers dengan jayanya(erk?) dalam masa seminggu.tunggu result je sekarang,insya Allah 6/12 ni.sementara tu,mari kita berfoye foye!ehem ehem,OKKB sekarang..nak ajak mama pergi shopping.hari shopping orang feremfuan.maka orang lain takkan faham.muahaha
blogger-emoticon.blogspot.com




aha!before terlambat, nak wish dekat semua

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA



insya Allah,nanti nak bawak famili pergi menyambut raya aidiladha di Makkah al-Mukarramah =)



p/s: banyak sungguh T_T kali ni kan?memang betul betul sedih ni!T_T

Friday, October 8, 2010

RaMBLinG

salam.

ini entri ke 100!!wow!!(sila tepuk tangan untuk saye walaupon bunyi macam desperate.).so,saye nak dedicate special entri yang ke 100 ini for someone.u know who u are.

perhaps this is just a random rambling from me but it'll somehow become meaningful for someone out there.i hope so.

It can happen to..
Anyone of us, anyone you think of
Anyone can fall
Anyone can hurt someone they love
Hearts will break
’cause I made a stupid mistake
It can happen to..
Anyone of us, say you will forgive me
Anyone can fail
Say you will believe me
I can’t take my heart will break
’cause I made a stupid mistake
A stupid mistake

(gareth gates - anyone of us )

seriously this week i'm not happy like usual due to many reasons.

hujan lebat + panas terik = burn.

bukan muka,tapi hati.


to you whom i love so much,

due to some stupid mistakes,
u and i have to pretend that we're happy even though in our heart we feel sad
due to some stupid mistakes,
u and i have to pretend that we didn't see each other even though we always met
due to some stupid mistakes,
u and i have to use sms only to communicate even though we can talk face to face

and every time i see u, i feel sad.u don't laugh and smile like usual and it brings pain to me.


How can I be smiling when you're gone
Will I be strong enough to carry on

Say it isn't so
Tell me you're not leaving
Say you changed your mind now
That I am only dreaming
That this is not goodbye
This is starting over
If you wanna know
I don't wanna let go
So say it isn't so

(gareth gates - say it isn't so)




i hope this will be the starting,not the ending.
i hope this will bring the happiness for u and me, not the sadness.

please forgive me.

kadang- kadang Allah beri kita hujan..kita tanya di mana matahari Rupa-rupanya Allah nak bagi kita melihat pelangi..


finally,i've found my rainbow that makes my life more colorful..

the rainbow is YOU!!!


it'll be really nice if i can have this set of rainbow bears =)




p/s : mari kita sama2 kurangkan berat badan dengan berjalan ke KOM untuk 3 hari ini sebab kafe tutup.

Monday, October 4, 2010

oVeR-S

salam.

sepatutnya buat entri gathering tapi kena taip panjang maka aku malas.sori


just read belle's a few minutes ago.and ini membuatkan aku terfikir benda yang sama.

am i being oversensitive?

aku sendiri tengah mencari jawapan sebenar.dan jugak penyebabnya if betol lah aku nih oversensitive. seriously i think i'm not.at least, not always but sometimes.aku rasa aku jadi oversensitive terhadap certain things yang memang akan hurt feeling aku.feremfuan kan,so mesti akan sensitive or sometimes oversensitive,pada waktu2 tertentu.blogger-emoticon.blogspot.com

waktu lain,i'm the happy me.who likes to smile,laugh and joke.
tapi,ini yang aku fikir.other people,tak tawlah ape diorang punya perception.

however, now i have to think twice.ade orang fikir aku suka moody tak tentu pasal.maybe itu just tempias.and it just occurs sometimes.bukannya senang nak heal ok!aku pon tak suka untuk sakitkan hati orang lain apetah lagi menyedihkan orang.that's not my favourite.

as far as i concern,just a few people yang aku selesa untuk spill problems dan tension2 aku.not all even some of them aku panggil sebagai besfren.bersebab.haih.
dissapointed

bukan sebab tak percaya ke ape, it's just simply because of chemistry. different people, different chemistry will exist to connect us. ini pendapat aku.ape yang aku fikir.and i know these people can be good advisors and listeners to me.

i'm a human,just ordinary person.anything wrong,any mistakes that i have committed, i'm asking for an apology.

cukup,mari berhenti.stop rambling.banyak kerja perlu disiapkan.





p/s:belle, if u read this, u shud know that I'm in your shoes right now.it's really terrible bila mood jadi mellow,sensitive and suddenly u can find no one that can comfort u. T__T

Sunday, October 3, 2010

dowN bukan DoWniE

salam.

actually,sekarang sepatutnya masa membuat chem report.(rasanya hampir setiap latest entri aku mention chem report.nak buat macam mana,chem report sudah menjadi sebahagian dari hidup guwer sekarang T__T )

aku tak taw nak stori dekat sape pasal ni,so aku rasa it's better kalau aku spill dekat blog tersayang ni.okeyh,mood sekarang memang tengah down tapi bukan 3 doors down ye korang!

hmmpphh...aku tak suka diri aku sekarang.i hate myself right now.errr,dalam mandarin aku tak taw nak describe.malas nak pakai google translate.in fact dalam kelas mandarin belajar benda2 ceria jer,tak de pulak pasal perkataan negatif ni.

kenapa anda tak suka diri anda?

1)tak cantik?
2)gemuk?
3)tak menarik?
4)kurang brilliant?

zasss!!!untuk keadaan sekarang,jawapannya ialah

bukan semua jawapan diatas.sekian.

okey,cukup sudah mengarut.bukan ape,just nak hype up-kan my mood.now i feel better to write.

the story begins.

semua orang taw aku memang susah nak berenggang dengan kawan2.dalam erti kata lain,aku rapat dengan kawan2.they're like my 2nd family here.so,aku expect kami akan sentiasa menyayangi satu sama lain sampai bila2.tamat intro.

cut it short,aku sungguh amat terasa sekarang.
there's a certain time bila aku terasa,aku susah nak kool.nasib baiklah bukan selalu terjadi.so,no worry guys!

unfortunately,it happened this time.

well,the situation is like - orang salah faham dekat kita sebab orang lain.well,ini kerap terjadi dekat aku even aku ni bukan naif sangat sampai orang selalu amik kesempatan.aku yang amik kesempatan,tapi bukan selalu dan tidak memudaratkan.

aku marah sangat sebab A ni yang duduk dekat nak mampos dengan lokasi aku sekarang terlupa nak bagitaw ade discussion pada satu hari ni.and then,bila sampai waktu discussion,aku yang tak taw pape terus tido tapi tak lah senyenyak mana.when my other group member, B datang,dia cakap

"weyh,aku datang ko tengah sedap tido lagi kot."

and then,aku terpinga2.A kejutkan aku dari tido bila B datang.tapi tak cakap pape pon pasal discussion tu.and aku pon fikir dia just nak kejutkan aku sebab aku tak solat lagi.so aku pon just angguk2 and sambung tido sebab dah set alarm nak bangun lagi 10min.

but then dia datang lagi and cakap B dah ade kat tempat dia.aku memang blur time tu.tapi,just follow the flow lah kan.bangun,solat and buat discussion.

bila B ulang lagi sekali ayat bermakna di atas,aku pon mestilah defend diri aku cakap aku tak taw pon discussion nak ade masa tu.then, A pon confess dia lupa nak bagitaw aku.

bagi aku,aku tak nampak kewajaran kat situ.lokasi siries dekat.kalau malas jalan,boleh sms.nak save kredit,boleh pakai mostsms.com.dia register untuk itu.

still aku boleh accept.

tapi,tadi,aku dapat taw dari groupmember sorang lagi,C pasal waktu discussion untuk hari ni.aku just taw nak buat malam,tapi tak diinform pukul berapa.so,aku assume mungkin sebab lokasi kami dekat,maka aku boleh nampak kalau budak2 lain datang,maksudnya ade discussion.

C cakap dekat aku jangan amik hati sangat.tapi still aku rasa aku amik hati.
blogger-emoticon.blogspot.com

bukan saje2 nak cerita pasal ni,aku just nak highlight kat sini,aku sangat2 pentingkan imej aku dimata orang lain,especially my groupmembers.aku akan cuba untuk bagi komitmen walaupun ianya tak mungkin mencapai 100%.bukan nak jadi perfectionist,tapi entahlah.this is me.

my habit-bila terasa marah dengan orang,aku akan diam,tak banyak cakap,sebab dalam hati dan otak,tengah try untuk figure out solution plus marah diri sendiri sebab tak boleh terima alasan tu as well as tengah cool-kan kemarahan sehingga 37 degree celsius which is equal to body temperature.

adakah ini satu tindakan yang stupid?

whatever it is,the main point sekarang,aku tak suka diri aku sebab amik hati sekarang.spoil my mood.i'm trying to be happy like usual,but the result is awkward.it's really hard.aku dah jadi macam mecha.cakap pon monotonous.

aku tak suka bila keadaan ini berlaku,tapi aku consider keadaan ini as ujian.aku akan cuba untuk selesaikan dengan cara yang berhemah.
confident

ya Allah,berikanlah aku kekuatan dan solusi terbaik.
kuatkanlah frenship kami.sesungguhnya aku sangat2 menyayangi dia.
Amin.



maybe entri ni akan didelete after a few days.
p/s:entry for raya gathering is after this =)

Saturday, October 2, 2010

InI cerItA RaYa

salam.

entri pasal raya yang lama tertangguh atas faktor exam,malas dan internet yang majulambat.dah nak habis bulan syawal yang mulia ini.eh eh,kenapa ayat2 beta sungguh skema?tapi kira orait sebab masih boleh faham.macam kawan baik saye cakap,nerd makes better boyfriend.

tetibe.blogger-emoticon.blogspot.com

Seminggu sebelum raya memang sangat2 bizi.hectic.letih.penat.tapi berbaloi.tak tido malam sampai malam raya pon susah nak tido awal sebab dah terbiasa tak tido.tapi seronok.puas hati dapat bersahur dan berbuka di rumah dalam tempoh yang agak lama.memang tak teringat tentang kuantan.

alhamdulillah,tahun ni sekali lagi diberi peluang untuk bersolat hari raya.

Raya pertama balik kampung sebelah abah dekat penang.meriah!walaupon penat melayan tetamu yang datang tak putus2.sebab nak melawat tok yang kurang sihat.sekaligus datang beraya.ketupat sekejap je dah habis.rendang pon laku.kuih raya dalam balang and cookies tray memang kena topup selalu.pakai baju raya tapi duduk dalam rumah je.sempat melarikan diri sekejap beraya di umah long makan laksa.

dengan biskut cornflakes yang sedap.thumbsup

memang letih giler.malam tu sempat lagi suruh paksu belanja domino’s sebab hari tu besday beliau.haha..sempat jugak layan cite independence day sampai habis even penat dan mengantuk.yang paling best,dapat jugak kutip duit raya dengan banyak.dah besar pon masih dapat duit raya?haha..itulah kelebihan berada di dalam family ini..muahahaclapclap

malam tu tido dengan tok.nyenyak sekali


sesi menjamu selera before
sesi menjamu orang lain
.
we have our own theme color.

biru - famili ai , purple-famili maknjang.

raya kedua pagi,bertolak ke alorstar.nak beraya di sana pulak.sampai je,wah,dah ramai.sume balik.rasa best.meriah jugak.

petang tu ramai giler datang beraya.well,hari raya masih hot kan.baru 2nd day.penat jugak lah melayan.tolong2 siapkan preparation untuk buat sate lagi.tentulah perhatian lebih diberikan kepada sate.

malam tu cadangnye nak bakar sate.that's why sume bizi siap2 perap2 ayam bagai.tulang pulak rebus sup.ade 2 menu utama,bihun sup dan sate.perghhh!!marvellous!blogger-emoticon.blogspot.com

everybody sibuk2 nak tunjuk skill membakar sate yang konon2 macam terer.last last,my mummy jugak yang jadi the best pemanggang ever.proud with u mama!beliau lah chef utama pada malam itu.bihun sup yang dibuat oleh beliau memang mendapat sambutan.dah habis even before tengah malam sebab sume asyik angkut semangkuk semangkuk pergi makan depan tv.

kaum bapa paling excited.excited untuk bermain bunga api.eh,cakap bunga api bahaya?yeah,itu lah reason diorang pakai.sebab bahaya,maka hanya orang dewasa saje yang boleh main.ceyh.tapi,siries my pakngah and paklang very the SEMANGAT sanggup pergi beli bunga api versi mahal.and bila cakap bunga api versi mahal,bukan bermaksud bunga api berbatangkan lidi yang mengeluarkan api warna warni ataupun bunga api besi berwarna kelabu ataupun bunga api warna merah yang berbatang belang2.tidak sama sekali!!

bunga api yang dimaksudkan adalah bunga api yang orang main meletup2 diangkasa berwarna warni masa hari merdeka bagi mereka yang nak tengok free.hehehhappy

aku sebagai anak chef yang hebat pon mengambil peluang untuk tunjuk bakat membakar sate.setelah dicondemn beberapa kali maka aku givap.lagipon banyak nyamuk diluar maka aku prefer untuk tunggu dan makan saje.haha


sate2 sedap dan lembut.yummy!!!

malam tu,sume tido nyenyak sebab letih glier.

hari ketiga raya,masa untuk berkunjung ke rumah relatives.sedara ai ramai cik kak oi!!justeru,tak sempat pergi sume sob sob sob sedih sebab duit raya pon tak dapat banyak.

pagi sampai malam pergi beraya.dan pagi sampai malam jugak makan kuih raya jer.balik umah memang terasa lapar giler!tak pernah ku isi perutku ini dengan kuih raya semata-mata T__T

raya ke 4 pon masih pergi beraya.pergi rumah pak long mi dapat belajar cakap Thai sikit2.interesting!mak long muka hepi jer dapat ajar kitorang bahasa ibunda dia.tapi,siries konfius.lepas ni kalau nak belajar better ambik kelas lah kot.

then,hari ke 5 bertolak balik umah.and still pergi beraya lagi!pergi beraya kat umah sedara kat penang yang tak sempat pergi before balik alorstar.

balik umah,my mama and adik2 demam.itulah kan.beraya sakan sampai lupa jaga kesihatan.yang kelam kabut aku and my 2nd sis.pening nak masak ape untuk lunch esok tu.last last abah yang beli lauk.haha

terus bertekad nak belajar masak lagi dengan mama bagi terer so that aku boleh jadi isteriwanita mithali.blogger-emoticon.blogspot.com

hari khamis,hari 1malaysia kan?my parents still pergi beraya.aku tak ikut sebab tak habis keje lagi.disebabkan sabtu dah nak balik,mulalah serabut satu kepala buat keje sampai tak tido.haish.tapi tak pe,lab dah nak habis.minggu depan last. heee..=)



p/s : this cycle will keep on cotinuing like this for every raya.tapi ai suka!! =)