Tuesday, December 21, 2010

mari mari berbahasa melayu baku

salam.

kelas sudah bermula secara rasmi walaupun hanya sekadar pengenalan.ewah ewah,nak bercakap bahasa baku pula hari ini ye...

ni semua penangan hebat kelas pengenalan bahasa melayu pagi tadi,selain penangan kena kelas malam sepanjang sem.ya anak anak,dekat uia wajib ambik bahasa melayu.

tergamam,terkedu,terkejut,terpempan,ape ape je lah perkataan yang boleh describe perasaan jakun semasa dalam kelas bahasa melayu.ha!ambik kau!lama kot tak kena berbahasa melayu baku,sekali dengar semua ternganga nganga.reaksi semua orang tak ubah macam dengar pensyarah di depan speaking jepun.ceyh,nak jugak letak jepun.

dan aku pun macam baru tahu kalau nak guna atau pinjam perkataan english dalam perbualan bahasa melayu,kena sebut "dengan izin" dulu.

oh, serius jakun!!!

walaupun tak faham kena mintak izin dari siapa sebenarnya T_T.please sesiapa yang boleh explain,sangat dialu alukan.

sekarang,mari kita lihat contoh penggunaan "dengan izin":-

kita perlu gunakan dengan izin, "pendrive"
(sebenarnya,dalam bahasa melayu baku,kena guna pemacu pen atau pemacu ibu jari untuk "thumbdrive")


ok,kalau selalu praktis macam ni,tak lama lagi boleh berdiri sebaris dengan sasterawan negara kot?eceyh.


terbayang bayang masa zaman sekolah dulu.kebanyakan exam,aku akan skor markah yang lagi tinggi untuk english berbanding bahasa melayu.entah kenapa.rasanya aku ni memang orang melayu(ade la jugak campur campur Thailand sikit kot),dalam IC pon tulis melayu.


mama aku pon pernah cakap sekali,

"betul ke orang melayu nih?"

sebab aku pernah dapat B+ untuk BM tapi BI aku dapat A.masa form 4 kalau tak silap.ai malu tau!


dan boleh bayang tak kitorang asyik nak tergelak je bila dengar setiap perkataan yang keluar dari mulut pensyarah tu?macam tak pernah dengar langsung bahasa melayu.mungkin sebab selama ni kita banyak guna bahasa "rojak",bukan bahasa melayu kot?


ish ish ish,kena ubah ni,kalau nak senang masa pembentangan nantilah.barulah boleh dapat A kalau macam tu.ye tak?heheblogger-emoticon.blogspot.com



p/s: konon konon nak tulis dalam bahasa baku,sebab nak praktis nanti kena buat jurnal dan laporan panjang panjang kekekekekekeblogger-emoticon.blogspot.com


blogger-emoticon.blogspot.com

No comments: