cuaca di kuantan sekarang lebih kurang macam suasana winter di rusia.heh,tipulah kau.exaggerate pulak sedangkan tak de secebis salji pon yang turun.yang turun hanyalah hujan tapi bukanlah hujan yang turun bagaikan mutiara macam lirik lagu sudirman sebab nanti semua orang sibuk sibuk nak kutip lepas tu pearls dekat kedai terus tak laku dan kedai tu terus jatuh muflis.
hei,ape kau merepek ni fana?ade kaitan dengan tajuk ke?
sabar sabar.sebab tajuk entri ni mainly nak cakap pasal sabar di mana sabar itu separuh daripada iman.(kalau dapat lecturer strict konfem aku kena lempang laju laju sebab buat ayat dalam BM pon tunggang langgang) *sigh*
tajuk hari ni-"I'm HOT".atau tajuk lain yang boleh digunakan - "U make me feel HOT."eceyh,tajuk bukan main lagi.macam lah kau hot sangat sampai petik jari sepuluh yang datang kan? di sana,di sini bukan bermaksud begitulah.boleh tak di sana bersabar baca entri sampai habis please?
terima kasih.phewww,,,penat nak menepis tanggapan orang lain.tetibe.
ok,cukuplah kot mengarut sampai masuk dialog p.ramlee bagai kan.
al-kisah begini,sem ni bermula dengan kitorang telah menerima ahli baru di dalam kelas as ade 2nd intake untuk kulliyyah of science.jumlah diorang lebih kurang sama banyak dengan kitorang,menjadikan jumlah sekarang 100++.kedengaran macam sikit berbanding course lain kan?tapi bagi kitorang dah cukup ramai sehingga merimaskan
mana taknya,masuk kelas kena jalan cepat cepat,berebut as in mini or main audi tu boleh lari jauh dari kitorang.eh,logiknya di sini?tak de logik logik.bila cakap pasal emotion,terus tak wujud perkara logik.HAHA.
kalau aku,aku still prefer kelas sem lepas.sangat santai di mana kalau datang terlambat sikit pon still boleh dapat seat tanpa perlu berperang.bila ramai ramai nak fokus pon ya Allah susah gile!nak cakap aku dah boleh memahami perasaan budak biomed,diorang lagi dasyat as jumlah diorang 200++!
for that total part,aku sangat bersyukur sebab kitorang still tak seramai diorang.dulu dekat mrsm,asal masuk lecture hall je aku mesti cari seat belakang and tido masa kelas fizik!kelas lain masih boleh survive tapi bukan kelas fizik as i don't like physics that much compared to the other subjects.dulu dulu lah.
sekarang,aku tengah berusaha supaya nasib subjek subjek sekarang tak seperti nasib fizik dulu.tapi,dengan situasi kelas macam pasar malam kulim,possible kah?
tadi lepas kelas,ade sedikit discussion among us,sisters only.so,discuss benda benda penting pasal kitorang sebab intake dec ni ramai gile sisters sampai terus jadi imbalance kelas kitorang.before this,sisters and brothers lebih kurang sama je bilangan,masuk diorang,dah macam sekolah convent je gayanya.but still ok bagi aku as sekolah rendah dulu aku sekolah convent so no biggie.
yang bikin aku hot nih bila sorang budak nih bangun and voice out ketidakpuasan hatinya pasal jaga jaga seat untuk orang lain.i was like huh?macam lah kau tak buat kan benda tu yang kau nak cakap dengan lantang dengan suara yang tertahan tahan macam orang marah gile lepas dapat tau suami dia main kayu tiga kan...
semua orang macam ape kes budak ni kan??tell me,sape yang tak jaga seat untuk kawan kawan diorang?sape yang baik hati gile nak duduk sebelah strangers?(ambik kau aku memang tengah emo pasal benda ni sampai keluar terus perkataan strangers) kau pon mesti tak nak kan?
once keluar dari main audi,isu cup-ing tempat duduk jadi isu panas dan berbangkit.semua tak puas hati.oh,masalah masalah.
dah faham maksud tersirat I'm HOT?
meh nak explain dalam bahasa simple lagi mudah - SAYA MARAH.
ade faham?
ini betul betul bukan main main
rasanya lepas ni nak pergi kelas dengan perasaan malas nak ambik pusing keadaan sekeliling.tahap kesabaran juga harus ditingkatkan bertingkat tingkat.
p/s: aku sekelas dengan junior sekolah.is it a good news?
6 comments:
i like your statement "macam laki main kayu tiga" tuh.kelasssss!!!
ileks2..chillax..simbah air cket whooocchhh..haa hot lagi tak?
Jom sini,
Bukan warewolf versi twilight?
a's - hahaha..aku dapat rasa suara dia menggambarkan situasi macam tu..kekekeke
kizz - oh thanks untuk simbahan tu.i'm cool now cewah =)
aggree wit u fana...........
xtahan p/s..haha
eh. sapa junior tu?
sabaq la naaa. klu aku marah kt org, aku akn psycho depa. :D
nies hanna - terima kasih sebab agree.makin tak tahan kot
syud - junior tu?nnt aku bgtaw dkt inbox fb lah.sng sikit.nak psycho mereka sgt ramai kot.nnt aku yg terpsycho pulak...
Post a Comment