Friday, December 31, 2010

tag - 25 things about me

salam. =)

dah 2 hari hujan turun tak berhenti-henti.terasa sejuk macam dekat overseas sekejap walaupun tak de secebis salji pun yang turun.well,aku sangat sangat nak pegang salji.dulu dulu ingat nak study dekat overseas sebab nak main salji bila winter.siap plan nak bawak air gula,jagung dan susu pekat untuk buat ais kacang.haha.nasib baik kawan aku dekat uk cakap salji rasanya masin.eh?dia rasa ke salji tu?haha.entahlah,mana lah aku tau kan sebab aku sekarang masih di Malaysia yang telah menang bola semalam.

ceh,tiba tiba nak kait dengan bola pulak walaupun sebenarnya entri ni nak buat benda lain.blogger-emoticon.blogspot.com

ok,entri kali ni pasal tag lagi!tag mencurah curah ke ladang gandum pulak bulan ni.jenuh jugak nak jawab.soalan soalan pon panjang panjang pulak tu.

stop bebel dan start taip please.

first,nak buat tag dari pika dulu lah.sebab soalan dia direct je.
Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person that tagged you. If I tagged you, it's because I want to know more about you."
25 ye?hrmm..ok,cik pika.jom tengok ape yang aku nak merapik dekat bawah ni.eh,korang pon boleh usha jugak =)


1. saya sangat suka makan aiskrim sejak kebelakangan ni.mungkin efek sindrom-selepas-baik-batuk?haha

2. saya sangat suka coklat.sekarang saya suka cloud 9 sebab itu yang paling murah dan available dekat kiosk mahallah.

3. saya tak suka mandi air sejuk!hari ni kena guna air panas dari water cooler untuk mandi.

4. saya sangat susah nak tidur awal.dah macam kena insomnia je.

5. saya sangat suka memuat turun (ehem ehem bahasa baku) walaupun saya tak tau ape yang saya muat turunkan.

6. saya kurang suka dengan keadaan kelas saya sekarang.tapi,saya kena sesuaikan diri jugak.

7. sekarang saya sangat senang homesick.selalu tefon rumah or skype dengan family.

8. saya rindu dengan kawan kawan baik saya.pika,faziela dan raider,tiqa,ikin,fiza,yah,wani.teringat zaman sekolah dulu.merekalah yang menterangkan hari hari persekolahan saya.sudah sangat lama tak jumpa.=(

9. kuantan sangat sunyi setiap kali weekend.macam tak wujud pon orang dekat kuantan ni.blogger-emoticon.blogspot.com

10. saya sangat obses dengan air masak.saya mesti minum setiap hari,dari bangun tidur sampai nak tidur balik,dalam 2-3 liter.ha,banyak tak?

11. saya tak suka orang yang tak gosok gigi sebelum tidur.

12. saya sangat suka lab coat.lab coat membuatkan saya berasa lebih berkeyakinan.(ayat iklan)

13. saya suka warna merah dan ungu.lagi terang lagi bagus.cantik!

14. saya sangat suka sneakers.sporty dan senang untuk jalan.

15. saya suka heels jugak,tapi saya tak suka sangat pakai heels sebab senang sakit kaki.lagipun ade artikel yang mengatakan heels tak baik untuk tulang belakang.jadi,saya cuba elakkan walaupun mereka sangat cantik cantik.

16. saya juga merupakan salah seorang pelajar yang selalu buat sesuatu last minute.tapi,sejak sem lepas saya dah berjaya ubah sikap tersebut sikit sikit.

17. saya sangat teringin nak makan char kuey teow sekarang.cuti hari tu tak sempat pergi makan.dekat sini tak sedap.sangat kecewa dengan char kuey teow palsu diorang.dissapointed

18. saya agak berasa kurang best dengan kehadiran roommate baru semalam kerana dia telah mengambil title saya sebagai roommate yang termuda.tapi,saya akan cuba untuk menerima dia sebab saya dapat rasa dia seorang yang baik macam saya.

19. stok makanan yang dibeli 3 minggu yang lalu masih belum disentuh.

20. saya sangat sangat sangat nak makan masakan mama sekarang.saya nak makan ayam masak kicap.dekat sini punya sangat pedas.

21. susunan ahli group untuk MCB lab session agak kurang menggembirakan.tapi,saya akan cuba untuk sesuaikan diri untuk bekerjasama dengan diorang.mesti sesuaikan sebab ini bukan satu pilihan.

22. saya sangat suka drama dan filem jepun.banyak pengajaran yang boleh didapati dari mereka.

23. setiap hari saya akan habiskan maksimum RM10 untuk makan.ok lah tu kan?

24. saya agak cepat berasa jemu dengan makanan.dekat sini,setiap kali nak makan saya perlu berfikir panjang atau ikut je ape yang roommate saya makan kalau tak boleh nak decide.tapi,saya masih bersyukur sebab saya masih ade makanan untuk dimakan.

25. saya sangat bersyukur kerana Allah telah kurniakan saya petunjuk untuk berada di jalan yang betul iaitu melalui agama-Nya,famili yang sentiasa saya sayangi dan menyayangi saya,kawan kawan yang sentiasa berada di samping saya setiap kali saya memerlukan dan kehidupan yang sederhana yang membolehkan saya belajar dengan mudah dan tenang.blogger-emoticon.blogspot.com

next person yang kena buat -

anna
dian
fikah
kak yana
sape sape nak buat pun boleh

huih...panjang gile kot.lenguh tangan menaip.next tag dari cik dian.insya Allah,next entri lah kot ye.




p/s: macam kejam statement ni tapi nasib baik group MCB saya semuanya classmate saya sem lepas.

5 comments:

a's said...

fuh!!banyak betul nih! okay akan buat.tunggu ya twin! tochei!!

petulia said...

thanks tag aku..
boleh la aku update blog aku yg dah nak berkulat dah..
haha XD

fanafanny said...

a's - ok,aku tunggu.byk mmg byk,tp kna buat ok..

fanafanny said...

dsyairah - kesian kat blog ko smpai berkulat.lain kali buat perkasam boleh jugak goreng makan dgn nasik panas2 sedapp!!

Anonymous said...

miss u too :)~raider~