Friday, October 8, 2010

RaMBLinG

salam.

ini entri ke 100!!wow!!(sila tepuk tangan untuk saye walaupon bunyi macam desperate.).so,saye nak dedicate special entri yang ke 100 ini for someone.u know who u are.

perhaps this is just a random rambling from me but it'll somehow become meaningful for someone out there.i hope so.

It can happen to..
Anyone of us, anyone you think of
Anyone can fall
Anyone can hurt someone they love
Hearts will break
’cause I made a stupid mistake
It can happen to..
Anyone of us, say you will forgive me
Anyone can fail
Say you will believe me
I can’t take my heart will break
’cause I made a stupid mistake
A stupid mistake

(gareth gates - anyone of us )

seriously this week i'm not happy like usual due to many reasons.

hujan lebat + panas terik = burn.

bukan muka,tapi hati.


to you whom i love so much,

due to some stupid mistakes,
u and i have to pretend that we're happy even though in our heart we feel sad
due to some stupid mistakes,
u and i have to pretend that we didn't see each other even though we always met
due to some stupid mistakes,
u and i have to use sms only to communicate even though we can talk face to face

and every time i see u, i feel sad.u don't laugh and smile like usual and it brings pain to me.


How can I be smiling when you're gone
Will I be strong enough to carry on

Say it isn't so
Tell me you're not leaving
Say you changed your mind now
That I am only dreaming
That this is not goodbye
This is starting over
If you wanna know
I don't wanna let go
So say it isn't so

(gareth gates - say it isn't so)




i hope this will be the starting,not the ending.
i hope this will bring the happiness for u and me, not the sadness.

please forgive me.

kadang- kadang Allah beri kita hujan..kita tanya di mana matahari Rupa-rupanya Allah nak bagi kita melihat pelangi..


finally,i've found my rainbow that makes my life more colorful..

the rainbow is YOU!!!


it'll be really nice if i can have this set of rainbow bears =)




p/s : mari kita sama2 kurangkan berat badan dengan berjalan ke KOM untuk 3 hari ini sebab kafe tutup.

Monday, October 4, 2010

oVeR-S

salam.

sepatutnya buat entri gathering tapi kena taip panjang maka aku malas.sori


just read belle's a few minutes ago.and ini membuatkan aku terfikir benda yang sama.

am i being oversensitive?

aku sendiri tengah mencari jawapan sebenar.dan jugak penyebabnya if betol lah aku nih oversensitive. seriously i think i'm not.at least, not always but sometimes.aku rasa aku jadi oversensitive terhadap certain things yang memang akan hurt feeling aku.feremfuan kan,so mesti akan sensitive or sometimes oversensitive,pada waktu2 tertentu.blogger-emoticon.blogspot.com

waktu lain,i'm the happy me.who likes to smile,laugh and joke.
tapi,ini yang aku fikir.other people,tak tawlah ape diorang punya perception.

however, now i have to think twice.ade orang fikir aku suka moody tak tentu pasal.maybe itu just tempias.and it just occurs sometimes.bukannya senang nak heal ok!aku pon tak suka untuk sakitkan hati orang lain apetah lagi menyedihkan orang.that's not my favourite.

as far as i concern,just a few people yang aku selesa untuk spill problems dan tension2 aku.not all even some of them aku panggil sebagai besfren.bersebab.haih.
dissapointed

bukan sebab tak percaya ke ape, it's just simply because of chemistry. different people, different chemistry will exist to connect us. ini pendapat aku.ape yang aku fikir.and i know these people can be good advisors and listeners to me.

i'm a human,just ordinary person.anything wrong,any mistakes that i have committed, i'm asking for an apology.

cukup,mari berhenti.stop rambling.banyak kerja perlu disiapkan.





p/s:belle, if u read this, u shud know that I'm in your shoes right now.it's really terrible bila mood jadi mellow,sensitive and suddenly u can find no one that can comfort u. T__T

Sunday, October 3, 2010

dowN bukan DoWniE

salam.

actually,sekarang sepatutnya masa membuat chem report.(rasanya hampir setiap latest entri aku mention chem report.nak buat macam mana,chem report sudah menjadi sebahagian dari hidup guwer sekarang T__T )

aku tak taw nak stori dekat sape pasal ni,so aku rasa it's better kalau aku spill dekat blog tersayang ni.okeyh,mood sekarang memang tengah down tapi bukan 3 doors down ye korang!

hmmpphh...aku tak suka diri aku sekarang.i hate myself right now.errr,dalam mandarin aku tak taw nak describe.malas nak pakai google translate.in fact dalam kelas mandarin belajar benda2 ceria jer,tak de pulak pasal perkataan negatif ni.

kenapa anda tak suka diri anda?

1)tak cantik?
2)gemuk?
3)tak menarik?
4)kurang brilliant?

zasss!!!untuk keadaan sekarang,jawapannya ialah

bukan semua jawapan diatas.sekian.

okey,cukup sudah mengarut.bukan ape,just nak hype up-kan my mood.now i feel better to write.

the story begins.

semua orang taw aku memang susah nak berenggang dengan kawan2.dalam erti kata lain,aku rapat dengan kawan2.they're like my 2nd family here.so,aku expect kami akan sentiasa menyayangi satu sama lain sampai bila2.tamat intro.

cut it short,aku sungguh amat terasa sekarang.
there's a certain time bila aku terasa,aku susah nak kool.nasib baiklah bukan selalu terjadi.so,no worry guys!

unfortunately,it happened this time.

well,the situation is like - orang salah faham dekat kita sebab orang lain.well,ini kerap terjadi dekat aku even aku ni bukan naif sangat sampai orang selalu amik kesempatan.aku yang amik kesempatan,tapi bukan selalu dan tidak memudaratkan.

aku marah sangat sebab A ni yang duduk dekat nak mampos dengan lokasi aku sekarang terlupa nak bagitaw ade discussion pada satu hari ni.and then,bila sampai waktu discussion,aku yang tak taw pape terus tido tapi tak lah senyenyak mana.when my other group member, B datang,dia cakap

"weyh,aku datang ko tengah sedap tido lagi kot."

and then,aku terpinga2.A kejutkan aku dari tido bila B datang.tapi tak cakap pape pon pasal discussion tu.and aku pon fikir dia just nak kejutkan aku sebab aku tak solat lagi.so aku pon just angguk2 and sambung tido sebab dah set alarm nak bangun lagi 10min.

but then dia datang lagi and cakap B dah ade kat tempat dia.aku memang blur time tu.tapi,just follow the flow lah kan.bangun,solat and buat discussion.

bila B ulang lagi sekali ayat bermakna di atas,aku pon mestilah defend diri aku cakap aku tak taw pon discussion nak ade masa tu.then, A pon confess dia lupa nak bagitaw aku.

bagi aku,aku tak nampak kewajaran kat situ.lokasi siries dekat.kalau malas jalan,boleh sms.nak save kredit,boleh pakai mostsms.com.dia register untuk itu.

still aku boleh accept.

tapi,tadi,aku dapat taw dari groupmember sorang lagi,C pasal waktu discussion untuk hari ni.aku just taw nak buat malam,tapi tak diinform pukul berapa.so,aku assume mungkin sebab lokasi kami dekat,maka aku boleh nampak kalau budak2 lain datang,maksudnya ade discussion.

C cakap dekat aku jangan amik hati sangat.tapi still aku rasa aku amik hati.
blogger-emoticon.blogspot.com

bukan saje2 nak cerita pasal ni,aku just nak highlight kat sini,aku sangat2 pentingkan imej aku dimata orang lain,especially my groupmembers.aku akan cuba untuk bagi komitmen walaupun ianya tak mungkin mencapai 100%.bukan nak jadi perfectionist,tapi entahlah.this is me.

my habit-bila terasa marah dengan orang,aku akan diam,tak banyak cakap,sebab dalam hati dan otak,tengah try untuk figure out solution plus marah diri sendiri sebab tak boleh terima alasan tu as well as tengah cool-kan kemarahan sehingga 37 degree celsius which is equal to body temperature.

adakah ini satu tindakan yang stupid?

whatever it is,the main point sekarang,aku tak suka diri aku sebab amik hati sekarang.spoil my mood.i'm trying to be happy like usual,but the result is awkward.it's really hard.aku dah jadi macam mecha.cakap pon monotonous.

aku tak suka bila keadaan ini berlaku,tapi aku consider keadaan ini as ujian.aku akan cuba untuk selesaikan dengan cara yang berhemah.
confident

ya Allah,berikanlah aku kekuatan dan solusi terbaik.
kuatkanlah frenship kami.sesungguhnya aku sangat2 menyayangi dia.
Amin.



maybe entri ni akan didelete after a few days.
p/s:entry for raya gathering is after this =)

Saturday, October 2, 2010

InI cerItA RaYa

salam.

entri pasal raya yang lama tertangguh atas faktor exam,malas dan internet yang majulambat.dah nak habis bulan syawal yang mulia ini.eh eh,kenapa ayat2 beta sungguh skema?tapi kira orait sebab masih boleh faham.macam kawan baik saye cakap,nerd makes better boyfriend.

tetibe.blogger-emoticon.blogspot.com

Seminggu sebelum raya memang sangat2 bizi.hectic.letih.penat.tapi berbaloi.tak tido malam sampai malam raya pon susah nak tido awal sebab dah terbiasa tak tido.tapi seronok.puas hati dapat bersahur dan berbuka di rumah dalam tempoh yang agak lama.memang tak teringat tentang kuantan.

alhamdulillah,tahun ni sekali lagi diberi peluang untuk bersolat hari raya.

Raya pertama balik kampung sebelah abah dekat penang.meriah!walaupon penat melayan tetamu yang datang tak putus2.sebab nak melawat tok yang kurang sihat.sekaligus datang beraya.ketupat sekejap je dah habis.rendang pon laku.kuih raya dalam balang and cookies tray memang kena topup selalu.pakai baju raya tapi duduk dalam rumah je.sempat melarikan diri sekejap beraya di umah long makan laksa.

dengan biskut cornflakes yang sedap.thumbsup

memang letih giler.malam tu sempat lagi suruh paksu belanja domino’s sebab hari tu besday beliau.haha..sempat jugak layan cite independence day sampai habis even penat dan mengantuk.yang paling best,dapat jugak kutip duit raya dengan banyak.dah besar pon masih dapat duit raya?haha..itulah kelebihan berada di dalam family ini..muahahaclapclap

malam tu tido dengan tok.nyenyak sekali


sesi menjamu selera before
sesi menjamu orang lain
.
we have our own theme color.

biru - famili ai , purple-famili maknjang.

raya kedua pagi,bertolak ke alorstar.nak beraya di sana pulak.sampai je,wah,dah ramai.sume balik.rasa best.meriah jugak.

petang tu ramai giler datang beraya.well,hari raya masih hot kan.baru 2nd day.penat jugak lah melayan.tolong2 siapkan preparation untuk buat sate lagi.tentulah perhatian lebih diberikan kepada sate.

malam tu cadangnye nak bakar sate.that's why sume bizi siap2 perap2 ayam bagai.tulang pulak rebus sup.ade 2 menu utama,bihun sup dan sate.perghhh!!marvellous!blogger-emoticon.blogspot.com

everybody sibuk2 nak tunjuk skill membakar sate yang konon2 macam terer.last last,my mummy jugak yang jadi the best pemanggang ever.proud with u mama!beliau lah chef utama pada malam itu.bihun sup yang dibuat oleh beliau memang mendapat sambutan.dah habis even before tengah malam sebab sume asyik angkut semangkuk semangkuk pergi makan depan tv.

kaum bapa paling excited.excited untuk bermain bunga api.eh,cakap bunga api bahaya?yeah,itu lah reason diorang pakai.sebab bahaya,maka hanya orang dewasa saje yang boleh main.ceyh.tapi,siries my pakngah and paklang very the SEMANGAT sanggup pergi beli bunga api versi mahal.and bila cakap bunga api versi mahal,bukan bermaksud bunga api berbatangkan lidi yang mengeluarkan api warna warni ataupun bunga api besi berwarna kelabu ataupun bunga api warna merah yang berbatang belang2.tidak sama sekali!!

bunga api yang dimaksudkan adalah bunga api yang orang main meletup2 diangkasa berwarna warni masa hari merdeka bagi mereka yang nak tengok free.hehehhappy

aku sebagai anak chef yang hebat pon mengambil peluang untuk tunjuk bakat membakar sate.setelah dicondemn beberapa kali maka aku givap.lagipon banyak nyamuk diluar maka aku prefer untuk tunggu dan makan saje.haha


sate2 sedap dan lembut.yummy!!!

malam tu,sume tido nyenyak sebab letih glier.

hari ketiga raya,masa untuk berkunjung ke rumah relatives.sedara ai ramai cik kak oi!!justeru,tak sempat pergi sume sob sob sob sedih sebab duit raya pon tak dapat banyak.

pagi sampai malam pergi beraya.dan pagi sampai malam jugak makan kuih raya jer.balik umah memang terasa lapar giler!tak pernah ku isi perutku ini dengan kuih raya semata-mata T__T

raya ke 4 pon masih pergi beraya.pergi rumah pak long mi dapat belajar cakap Thai sikit2.interesting!mak long muka hepi jer dapat ajar kitorang bahasa ibunda dia.tapi,siries konfius.lepas ni kalau nak belajar better ambik kelas lah kot.

then,hari ke 5 bertolak balik umah.and still pergi beraya lagi!pergi beraya kat umah sedara kat penang yang tak sempat pergi before balik alorstar.

balik umah,my mama and adik2 demam.itulah kan.beraya sakan sampai lupa jaga kesihatan.yang kelam kabut aku and my 2nd sis.pening nak masak ape untuk lunch esok tu.last last abah yang beli lauk.haha

terus bertekad nak belajar masak lagi dengan mama bagi terer so that aku boleh jadi isteriwanita mithali.blogger-emoticon.blogspot.com

hari khamis,hari 1malaysia kan?my parents still pergi beraya.aku tak ikut sebab tak habis keje lagi.disebabkan sabtu dah nak balik,mulalah serabut satu kepala buat keje sampai tak tido.haish.tapi tak pe,lab dah nak habis.minggu depan last. heee..=)



p/s : this cycle will keep on cotinuing like this for every raya.tapi ai suka!! =)

Tuesday, September 21, 2010

WoW! EnGLisH EntRy?

salam.

this entry doesn't mean to hurt anyone.just to make me feel better before i start to study chem!
nak try jugak tulis entri dalam english.nak relieve stress and pressure before i gain weightanother pressure!and of course saje nak tengok my english level dah drop ke berapa degree celcius
hoho.
blogger-emoticon.blogspot.com

let's see!!

I’m so tensed with my life here. i don’t know how should I manage those problems. Those people around me sometimes make me sick!! I hate those hypocrites. I hate those people who likes to sms but when you meet them face to face they will ignore you, pretending they don’t see you. I hate those people who are bossy, like to give order to other people. They will just add the pressure and zits on my face!Seriously I hate them!wall

But I will always meet them. O Allah the Almighty please gives me the strength to face those people.

I found that my life here is making me more sad compared to PJ. At least in PJ, I can often meet my sister and uncle, sharing my happy moments with them. Spilling my problems to them. I miss those times very much.

I am so bored trapping in this room, in this small compartment. Luckily, my best friend is in the same room with me, I can have someone to chat and share my problem. I can’t imagine how my life here going to be without her existence.ohno

Me myself also don’t know why I’m so emotional and very exhausted tonight. Perhaps it is caused by the coming organic chem Midterm exam this Monday or because I squeezed my brain really hard last night to finish the report and stayed until 3 am thus making me to behave like a zombie in the class this morning. Have to skip breakfast and lunch just to finish the report. It’s really hard but I have to endure it, so that I can grab my dreams.

I miss those days in PJ a lot even I don’t like that place much. I missed how we can laugh in rooms 116C ,326C, and 430B, ZC. I miss how we can stay awake all night just to watch Korean dramas. I miss how we can do birthday surprises, throw a surprise party until the birthday girl will drop tears. Even me myself don’t have the experience but I don’t mind. I love to see those happy faces. It makes me happier than them actually.

Here, we don’t meet each other often, and I am so scared that our friendship is going to be very far from us. I really hope that our friendship will always near, somewhere in our heart. love

Right now, I can really feel the loneliness, and again trapping in this compartment of mine makes me feel bored and alone. I can’t feel the existence of the other two persons which are my roommates, except my only truly best friend a.k.a miss roommate which will always stay beside me unconditionally.Except during last ramadhan, where we can always eat together, a thing that we seldom do during these normal days. It’s just like this room belongs to the two of us only.However, I know they're so busy.

but still i can feel the joy after 2 months being in here. thanks to my friends for shining like a sunshine and making my life brighter here.thanks to kak yana for always bringing me and najibah to pasar malam and bazar ramadhan. =) you'll always be our dearest driver..hehe

I really hope I can overcome this. I have to! confident



i have to disagree with this.

my friends are valuable, but piss is valueless =)



p/s : my english is getting worse seriously! berkarat! all the sentences sangat2 SKEMA! macam banyak grammatical error! i don't know why but i know my EAP later is going to be suck. OH NO!!! i need help guys!blogger-emoticon.blogspot.com

Sunday, September 19, 2010

TeRbaNg

salam. rasa bahagia bila melihat orang lain bahagia.ceyh,ayat!jiwangss pulak!bukan ai putus cinta okke tetibe berjiwang macam nih.(>_<)

tetibe aku teringat tagline nih.

now everyone can fly

korang mesti pernah dengar kan?tagline airasia.penerbangan murah ke semua destinasi.ceyh,sempat promot.


walaupun airasia tak de buat penerbangan dari kuantan ke bayan lepas T__T


tolonglah wujudkan flight kuantan-bayan lepas.please!!

sebab sume orang boleh terbang sekarang, maka dah ramai kawan2 yang selamat terbang ke luar negara untuk belajar. tahniah untuk diorang.hari raya ke 4 yang lepas, syud dengan hayat dah selamat fly ke uk. malam ni pon ade kawan2 yang nak fly ke india.agak terkilan sebab tak dapat nak hantar. nanti yang nak fly ke aussie dan newzea pulak akan menyusul. sedih. sedih sebab kena berpisah.susah nak jumpa lepas ni.

sedih jugak sebab bukan aku yang akan terbang ke luar.
nohappy

teringat dulu2 masa sekolah,impian nak belajar di luar negara tinggi melangit.tak terlintas langsung untuk belajar di dalam negara.cewah.

sampaikan nak cari husband pon nak cari omputeh.itu masa zaman tak matang.

pernah tanya mama

"mama,orang nak kawin dengan mike ker,arnold ke,ala..omputeh.."

"haisshhhh..jangan cakap macam tu.kawin la,dia tak bagi balik mesia baru taw.baru padan muka."

"hahaha..orang main2 lah..orang still pilih orang mesia.jangan risaulah."

bila teringat pasal ni,mesti tergelak besar punye..hohohohoho
blogger-emoticon.blogspot.com

masa mock interview pon,sume universiti yang disenaraikan,universiti luar negara.


bukan tak suka dengan ape yang ade sekarang,tapi entahlah.but still aku tak menyesal sebab tolak offer dulu.


aku still cuba untuk sukakan uia.still cuba nak adapt dengan environment uia.still cuba nak bergembira di uia.still cuba nak have fun learning in uia.
walaupun setiap kali balik umah,memang tak teringat langsung pasal uia.hahahavictoire

setiap kali itulah,mesti dapat news kawan2 yang nak fly.dapat rasa keseronokan belajar di luar dari foto2 yang di post dekat blog or fb.
ataupun bila tengok salam perantauan dalam newspaper.macam sweet sangat!

thanks untuk famili dan kawan2 yang always bagi support.aku taw korang penat dengar bila aku cerite pasal ni,but still korang dengar.thanks!


dah tak sabar nak habiskan degree cepat2 dengan cemerlang,gemilang dan terbilang, so that untuk master aku boleh sambung dekat luar.

maka,aku perlukan bakal suami yang memahami dan akan mengizinkan aku studi diluar or nak jugak sambung study dekat luar.haha.tetibe.
blogger-emoticon.blogspot.com



now everyone can fly
including me and you

and i will,one day
insya allah..

(ini bukan poem,okke..hahaha)


ya Allah,lindungilah kawan2 ku,semoga mereka selamat sampai
dan sentiasa berada dalam keadaan yang baik semasa di luar sana.
serta
permudahkanlah jalanku dan kawan2ku untuk mencapai cita2 kami..

Amin




wish ni untuk my besfren yang akan fly malam ni.a dentist-to-be.

congrats eika!semoga selamat sampai india!
doakan aku boleh fly jugak satu hari nanti.
forget me not okke!!sorry tak boleh nak hantar kat airport.
love you!take care!.kiss


p/s: insya allah entri pasal raya after ni =)


EkSpReS ke KaLaU 8 JaM jAdi 12 JaM?



salam.

sepatutnya post entri pasal raya,tapi ini lebih penting.

**************************************

bulan syawal bulan yang mulia.jadi tak baik marah sebenarnya.tetapi bila perkara ini berlaku kepada korang,maka marah itu adalah normal.sape yang tak marah seriously tak normal.itu aku boleh jamin.

sekarang tengah marah.tadi amat marah.macam dah kurang.tapi bila terfikir balik,mesti jadi marah.haishhh..marah pasal ape ni??

sabtu, 18/09/2010

pukul 9 pagi-aku,jibah,syazila,dan yana dah memang tercegat dekat stesyen bas kulim.mencari2 bas shamisha yang nak ke kuantan.pegi tanya dekat kaunter.dengan sopan aku bertanya.lebih kurang macam ni gayanye.

"pak cik,bas..."

terus dia potong tanpa bagi signal.

"kuantan?kejap lagi.tunggu.tunggu."

okeyh,awal2 mood dah kena cantas oleh pakcik kaunter bas tersebut.haih.

pukul 9.15,bas sampai.letak beg tapi still tak boleh naik.tak pe,sabar.duduk dengan parents dulu borak2.lepas tu dengar driver tu menjerit panggil naik.okeyh,salam parents and naik.tapi,

bas still tak gerak!!!!grrrrrr.....anger

membuang masa di atas bas.baik aku turun duduk dengan ayah and adik aku yang setia menanti kat bawah tu nak lambai dekat aku..haih.

pukul 10 lebih,baru jalan.tapi,bas tu stop dekat butterworth pulak.amik orang.dalam 20 minit.dah la lalu depan taman rumah aku nak pergi butterworth tu.serious tak faham kenapa nak patah balik.tak hafal map ke pakcik driver?kalau aku taw,aku dah tunggu dekat situ.haih.

perjalanan diteruskan.singgah parit buntar.amik orang lagi.tak lama sangat.nasib baik.lepas tu singgah ipoh.amik orang lagi.tak lama jugak.perut pon dah berbunyi.

tetibe syazila cakap

"weh,budak sebelah ni tertinggal dekat parit buntar tadi."

what??oh,serious kesian giler kat budak tu!!and perasan something.

kenapa air-cond tak terasa??angin pon tak de?

berpeluh2 dalam bas tu.terasa bahang yang sangat kuat.sampai simpang pulai,bas stop,konon bagi rehat selama setengah jam.and guess what??kitorang stuck situ sampai 2 jam!

arrgghhh!!!haih!!rupa2 nye,air-cond rosak.sume dah naik.budak yang kena tinggal tadi pon dah muncul semula.tak taw lah macam mana boleh sampai situ.syazila cakap dia nangis sambil bercerite dalam fon.kesian.

driver cakap boleh turun dulu kalau panas.kitorang turun.berusaha untuk berfikiran positif.bergelak ketawa di luar bas konon macam tak de pape yang berlaku.orang lain gelisah sampai tak boleh nak duduk statik.sangat kontra.

ade sorang chinese lady datang tanya kitorang.kitorang pon tak taw ape yang diorang nak buat.nak mintak bas ganti ker,pergi kl and then tukar bas ke.kitorang tanya dia pulak in case dia ade tanya driver tuh.and ini jawapan dia:

"ai dah tanya driver tuh,tapi dia tak cakap pape pon.atleast,cakaplah ya or tak.tapi dia buat tak dengar je."

malu tahu!!melayu buat perangai macam tu.mesti that lady rasa orang melayu tak de manners.
kerana nila setitik rosak susu sebelanga.haih.blogger-emoticon.blogspot.com

duduk bangun duduk bangun tak siap lagi.masuk kedai mesra petronas beli eskrem untuk sejukkan diri.makan sambil berfotoshoot.sempat lagi.hahablogger-emoticon.blogspot.com

and kitorang terasa sangat lapar sebab dah pukul 2 petang tapi tak lunch lagi.so,sume decide nak pegi makan.tanya pakcik tu sempat ke tak nak pergi makan.dia sendiri jawab sempat.so,kitorang pon pergilah order nasi ayam panggang RM4 untuk lunch.syazila dan yana pergi cari kakak sorang ni nak mintak tolong informkan kalau bas dah nak gerak.aku dan jibah dah suap nasi masuk mulut dalam 2 3 sudu.tetibe nampak diorang berlari.

"jangan makan lagi!bas dah nak gerak!"

bas da what?gerak?terkaku sekejap kat situ.cepat2 bangun.syazila and yana naik bas dulu.kitorang tolong bungkus.mahal ok nasi ayam tu kalau nak buang macam tu je.berlari2 lah naik bas.

ingatkan kitorang yang last rupe2 nye still ade 2 orang ladies yang baru naik after kitorang.syazila cakap bas tu dah gerak masa diorang nak pergi cari kakak tu.diorang ketuk2 body bas tu.nasib baik bas tersebut berhenti.kalau tak?

tak boleh nak imagine.

sebab air-cond memang dah tak berfungsi,diorang bukak bumbung bas tu.kalau korang perasan lah kan,dalam bas ade 2 petak kat bumbung bas tu.petak tu boleh dibuka.kitorang ingatkan nak tukar bas ke ape,rupe2 nye naik bas tu sampai kuantan.kalau macam tu,better tak payah tunggu sampai 2 jam dekat simpang pulai tu.ko bukak jer bumbung tu terus jalan.serious BUANG MASA.

then,berhenti dekat satu lagi perhentian.untuk pergi toilet jer.baru kitorang notice,dia tak tanya pon either sume orang dah ade ke tak.yang drivers tu kisahkan,hal diorang settle terus boleh jalan.boleh tak macam tu?ggrrrr...dissapointed

diorang bukak radio.ade alunan zikir2.sedap je dengar.tetibe dengar pakcik driver tu cakap

"dok lailah lailah dari tadi buat apenye.tukar lah."

dia tukar channel lain.terkejut kot kitorang yang mendengarnya!rasa macam nak lempang pakcik driver tu pon ade.blogger-emoticon.blogspot.com

hei!boleh ke buat macam tu?dah la drive bas macam nak race.macam nak drift.ko ingat tengah buat shooting kl drift ke?

hon dekat kereta2 sesuke hati.bas dah macam boleh terbang.sangat teruk manners diorang.
bukan nak cakap aku ni baik ke ape,tapi tolonglah.kitorang memang sangat menderita sepanjang 12 jam naik bas tu!

kitorang decide untuk turun depan pengkalan TUDM as kezen syazila nak tolong hantarkan balik uia.masa nak amik beg dekat bawah bas tu, kitorang nak amik sendiri lah kan dengan niat tak nak lah susahkan dia.tapi the rude,impolite driver cakap macam ni:

"cakap je lah beg mana satu orang nak tolong amik.tu pon tak reti ke?"

macam ni ke cara ko nak offer pertolongan.tak payah lah,terima kasih banyak2.tak rela aku.huh!
and once that driver tutup je tempat beg tu and jejak tangga bas,terus bas tu pecut.punye tak sabar!!

12 jam perjalanan.serious lama!kalau naik flight 12 jam dah boleh sampai uk.

paling penting,pak cik drivers tu tak stop untuk solat pon.diorang pon melayu,islam,takkan lah kena ingatkan,ye tak? aku rasa tak de sape yang berani pergi depan bagitaw sebab diorang sangat menakutkan!yeah,seriously scary!!


nasib baik tak de pape yang berlaku masa kitorang kat atas bas tu.alhamdulillah,sempat sampai ke uia nih.

yang paling interesting,masa mula2 naik bas,still rasa tak nak balik uia.tapi,bila dah dekat atas bas tu,nak cepat2 sampai uia pulak.

lepas ni tak nak naik bas tu dah.dah serik.


seriously bas ni macam much much more better than bas semalam..
even asap berkepul2 keluar

Thursday, September 9, 2010

WarNa WarNi AidiLfItRi

salam.

ini posentri ekspres.harap maklum.

warna warni ke?haha..macam tak sebab sume pakai kaler biru.kaler tema tahun nih.wonderful!!macam group nasyid.tapi tak kesah.sebab nampak kemesraan keluarga terpancar bersinar-sinar.(giler hyperbola)

tengah bizi packing2 nak balik kampung ni.weehoo!!best giler perasaan nak balik kampung.nak jumpe roy filem tamilpak su hensem.ceyh.kembang beliau nanti.kena pow ching pau banyak2.haha

tapi aku tak risau.dia tak taw pon kewujudan blog nih.hahaha.gelak jahat.blogger-emoticon.blogspot.com

siap sudah rendang ayam nak bawak balik kampung.semangat buat tengah hari tadi

baju pon dah habis jahit manik2.boleh masak rendang,boleh jahit manik,rasa macam dah cukup syarat untuk kahwin.mama,abah,sila take note.tetibe.blogger-emoticon.blogspot.com

ok,first nak tunjuk gambar nih.

haha..gambar kuih makmur.sedap ooo..

kitorang buat bagi garing.sedap!crunchy!aku memang asyik angkut kuih ni jer dari dapo semalam.buke pose je sume terus serang balang2 kuih.haha

biskut nestum tu pospon.mama cakap buat after raya.nanti boleh bawak balik kuantan.ekceli,tak terfikir pon pasal kuantan.tak nak fikir pon.nantilah.bila dah dekat2 nak balik.muahahahablogger-emoticon.blogspot.com

ok lah,esok dah nak raye.dah selamat atuk pemegang cap mohor umumkan semalam.



maka,dengan itu,dengan segala kuasa supersaiya yang diberikan, aku mewakili seluruh keluarga nak ucapkan kepada korang sume



ampun dan maaf dipinta seandainya ade tersalah silap
halalkan sume yang terambil,diambil atau mengambil...



*lepas maghrib nak bertolak,baju tak habis packing lagi!!adoii!!!

Tuesday, September 7, 2010

MarTha SteWarT VeRsi MaLaySia

salam.

ceyh.tak boleh blah.claim diri sendiri martha stewart.tersedak beliau di NY sana.haha..

tapi,tak salah kan nak perasan sekali sekala?heheblogger-emoticon.blogspot.com

malam ni macam free.sikit.dan sememangnye aku yang claim kononnye free.sedangkan keje kat dapo banyak lagi tak buat.baju pon tak siap lagi jahit2 manik2 kat depan tu.bila mood malas dah sampai,jangan cakap pape.memang tak buat. takkan. ohno

kuih raya esok nak sambung lagi dua jenis pulak.

alhamdulillah, tahun ni rajin.sikit.nak buat banyak jenis.lagipon,memang sepanjang raya ni, memang buat kuih.just 2 tahun raya kot tak buat kuih.kuih tunjuk je yang jadi pilihan.tapi,tak nak lah.better buat.beli mahal.dapat pon sikit.


tahun nih,the whole family setuju untuk buat 5 jenis kuih.banyak kan?tak pe,banyak masa terluang.nak mengadap buku chem dan buat lab report macam tak sanggup sekarang.sebab mood untuk buat memang tak sampai lagi.betapa besarnye peranan mood dalam kehidupan seharian.(ceyh,tak sedar diri tu nak exam chem after raya.haha)blogger-emoticon.blogspot.com

kuih raya untuk tahun ni :

simpul kasih - tapi,kitorang tak simpul.kitorang just roll mcm popia je.sebab lambat kalau nak simpul,buat serunding je dah amik masa yang lama.


serunding bilis buatan sendiri plus kulit popia


snap gambar dalam balang konon2 nak buat macam artistik.haha

tart nenas - memang seksa nak buat.merah tangan sebab nak tekan doh keluar dari acuan.tapi bila dah siap,nice.rasa berbaloi.


fresh from the oven.
segar dari ladangoven

semperit - sudah siap.semperit yang ade 2 bentuk.sebab nak buat bentuk bunga susah.maka,surrender.and mama yang cakap buat panjang.ok,no hal.


semperit moden.macam cun jugak bentuk ni.kan?

biskut badam berkacang dengan coklet - ini my mum punye resepi.sedap.very crunchy!masa bakar,aroma dia memang tak tahan.my little sisters memang tengok kuih tu dengan muka terliur.


very the sedap okey ini biskut..

biskut nestum - coming soon.my mum punye resipi jugak.in the next entry nanti,ai letak gambar bagi u ol tengok,okeyh!


biskut makmur - coming soon.oh,marvellous!my feveret.sedap!!nanti lah ai letak gambar sebab esok baru nak buat.
malam ni my manager iaitu my mum bagi cuti.rehat2 sebab dah berhempas pulas buat kuih untuk 2 hari.

ade assistants pon last2 aku sorang jugak yang bertapa di dapo tuh.mereka masih kurang ketahanan mental dan fizikal untuk berada di dapo.macam2 ragam.tak tahan panaslah.itulah.inilah.haisshhh..
blogger-emoticon.blogspot.com

sehari sebelum raya cadangnye nak buat rendang ayam dan moist choc cake untuk bawak balik ke kampung.kitorang memang tak beraya di rumah.sebab tak best.tak ramai orang.so,macam kurang meriah.

kepada kawan2,insyaallah,kalau ade rezeki korang,aku bawak balik lah kuih serba sedikit.choc cake pon insyaallah boleh dipertimbangkan.hehehehe...jangan mintak lebih2,tambah2 tart nenas yang memang laris macam pisang goreng panas setiap kali raya.





p/s : dapat pesanan dari ramai orang untuk bawak kuih raya.hrmmm..macam boleh buat bisnes.amik order untuk raya haji.hahaha
blogger-emoticon.blogspot.com