Showing posts with label familia. Show all posts
Showing posts with label familia. Show all posts

Thursday, June 23, 2011

Selamat Hari Bapa to Mr Abah and Selamat Hari Lahir to Madame Mama

salam.

sekarang agak busy. nak menceritakan tentang aktiviti cuti juga tertangguh. ececeh apa yang busy sangat tuh? kita stori di entri yang lain.

let's cut it short. di kesempatan ini, walaupun sudah agak terlambat sedikit mengepost entri bertajuk Hari Bapa. Heh, kenapa terlambat pulak? kalau hari ibu dahulu boleh je "setiap hari hari ibu", so hari bapa pon boleh je lah "setiap hari adalah hari bapa".

So, selamat hari bapa to mr. abah. kami sangat beruntung kerana setiap kali hari bapa mesti dekat dengan hari lahir madame mama. last year sempat jugak celebrate sikit2 sebab semua dekat rumah. tapi sebab kali ni ramai yang tak de kat rumah, so celebration ditunda ke satu tarikh di mana duit berada dalam genggaman tsk tsk tsk dramatik giler ayat tapi nak cakap dah pokai je pon T__T

hari lahir madame mama jatuh pada 20 jun. means hari yang berikutnya lah. so, kami pon bising bising lah wish besday. yang duduk jauh jauh tu hantar sms je lah kan especially anim yang nak jimat kredit haha

so, seperti kebiasaan, entri ini juga merupakan ucapan hari lahir khas untuk orang yang tersayang.

cuma kali ni, kita ada pakej 2 in 1. tidak apa apa kan? =)

to dear mr abah dan madame mama,

SELAMAT HARI BAPA DAN 
SELAMAT HARI LAHIR MAMA yang ke 45

like angah said," How do you expect me to remember your birthday, when you never look any older?" HAHA eleh angah i know lah ni mesti nak pujuk pujuk bagi set katil baru kan..haha


thanks for everything.we love both of u very much! no words can expxress how much we love you =)

Friday, February 18, 2011

daddy..daddy cool!!!

salam.

tanggal 18 haribulan 2 tahun 1961, lahirnya seorang bayi yang dinamakan Abdul Halim bin Abdul Rahman. Beliau merupakan anak yang ke-3 daripada 9 orang adik beradik. Anak kepada pasangan Siti Aishah dan Abdul Rahman ini merupakan seorang yang hensem pada zaman mudanya.Sangat meminati bidang elektronik. Beliau kemudiannya berkahwin dengan pasangan hidupnya, Rosmawati Abdul Rahman,seorang gadis yang sangat cantik dan lemah lembut gemalai.Pasangan ini dibaratkan seperti pinang yang dibelah dua.sama cantik dan sama padan.Mereka telah dikurniakan 6 orang cahaya mata yang comel, 5 perempuan,seorang lelaki.

************************

*wow!!macam buku cerita fairy tale pulak.tapi ini cerita betul,especially part cahaya mata yang comel itu.HAHA

ok,serba sedikit intro untuk main character story hari ini disamping nak test kemahiran menulis karangan bahasa melayu.oh,sungguhlah aku gagal menulis karangan dalam bahasa melayu nih.serius hancur.

tengok tajuk pon dah tahu kan? nak cerita pasal daddy cool.sape lagi kalau bukan daddy ai yang memang kool?like father like daughter lah!haha.

ok, hari ni besday abah yang ke-50.abah secara rasminya dah masuk separuh abad.dan abah masih gigih bekerja untuk membesarkan kami.masa aku dilahirkan,abah berumur 29.masih kacak.dan kacakness abah maintain sampai sekarang.haha.again,like father like daughter lah!(heh,aku kacak ke?haha)

abah sangat suka barang barang elektronik nih.abah buat mesin potong rumput sendiri.buat macam macam dengan sendiri.dulu dulu projek KH aku abah yang tolong buat.tambah tambah projek elektronik, abah yang ajar macam mana nak pateri.siap kidnep alat pateri tu bawak pergi sekolah.kalau tak tahan tengok aku pateri gaya kuaklentang lemah gemalai,abah terus ambik dan buatkan untuk aku.hasilnya memang cunlah!haha.
sampaikan cikgu KH (aku ingat lagi nama beliau Mr Hemarajan) pon interested nak tau pasal abah.

lagi satu,abah suka explore software baru.especially software percuma.then dia akan share dengan kami semua.kalau dulu dulu abah takde geng nak buat projek projek ni.bila izzuddin lahir,tiba tiba ada geng nak buat projek macam macam haha. sampaikan si izzuddin nih dah tahu dekat mana abah simpan semua tools.kitorang pulak yang takde idea abah simpan kat mana.selalu dekat rumah abah cakap macam ni


"izzuddin,mana beg projek kita?"


amboiii...gaya projek besar gitu.huhu.


ok,kalau nak cerita pasal abah memang panjang gile.tak habis seumur hidup cerita pasal abah.guess what?kawan kawan aku suka gile dengan abah!sebab abah memang peramah.so,diorang nih memang kenal abah lah.

tadi kol abah.before hang up,aku pon cakaplah


"abah!selamat hari lahir yang ke-50!"

"hrmm..dah tua pon abah ni"

"haha.abah dah nak dapat menantu pon.haha"

"hurrmmm..."

"eh eh angah dulu,sebab ada orang komen dekat status fb dia selamat hari lahir bapa mertuaku..haha"

"haha.ye lah tu."


ok, angah,anda tak dapat green light lagi.kekekekeke =D


teringat masa dekat stesen bas sebelum bertolak balik sini tempoh hari.kitorang bertiga-aku,syazila dan jibah tengah cerita cerita pasal kenduri kawin yang tengah banyak sebab cuti CNY tu.lepas tu termasuk bab nak buat majlis dekat mana.


(dialog lebih kurang macam ni.tak berapa nak ingat sangat)


aku - "hurmm,,aku nak buat dekat dewan.senang sikit.ha!senang senang buat dekat AMF(hall dekat uia pj) lah.kalau kawin dengan student uia jugak,baru lah memori sikit."

jibah-"haha.AMF.dasyat idea.ala,kalau bukan uia pon ok jugak."

syazila-"hahahahaha buat dekat AMF hahaha..entah ok je dengan sesape pon"

aku-"kan kan kalau bukan uia pj ke pon ok jugak.buat je lah kan.ooppsss!!"


saje je nak tambah efek ooppsss tu tapi adik aku,anim dengan pantas dan efisiennya menyibuk


"ha!!!bagitau cepat.sape?sape?ooo..bagitau,kalau tak aku cakap dekat abah"

aku-"ler..mana ada sape sape.saje je cakap cakap"


budak tu tak nak percaya.so dia pon cakap dekat abah.


"abah tengok along ni.gatal!"


then tahu ape abah cakap?


"biar la kat dia,dah sampai jodoh dia nak buat macam mana.."

"ehh??err...haha"


and the rest is history...


hahahaha..ok serius lawak.kitorang main main je kot.saje merepek merepek tunggu bas last last jadi macam ni.serius lawak sampai kitorang gelak kuat gile kat situ.




:inlove:oklah,ni doa dari along untuk abah:

semoga abah akan sentiasa dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur,serta sentiasa di bawah perlidunganNya dan sentiasa mendapat keredhaan dan kebahagiaan.
semoga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.terima kasih kerana telah banyak berkorban untuk kami semua.
tidak terbalas semua pengorbanan dan jasa yang telah ditaburkan.


dan semoga abah akan dikurniakan menantu yang baik baik.eheh.Align Center
Amin =)


SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 50 ABAH!:Hapibeday:(

WE ♥ YOU SO MUCH!!








p/s: bila tengok dokumentari pasal rumah orang orang tua,serius insaf.kesian dekat diorang.anak anak tak nak jaga.melalui usia senja dengan kesepian dan kesunyian,tanpa tempat bergantung.mama selalu cakap,ibu bapa jaga 10 orang anak boleh,tapi 10 orang anak nak jaga ibu bapa pon tak boleh,pon susah.

"Ya Allah, kami memohon kepadamu semoga dijauhkan sifat ini daripada kami." Amin.

Thursday, February 10, 2011

selamat hari lahir Ir.-to-be!!!

salam.

this entry is specially dedicated to my lovely sis, Farah Hanim.anda sudah 17 yeayy!!

i called her yesterday to wish for her birthday.dan sedikit cerita cerita.tapi tak boleh cakap lama sebab aku kena study untuk exam calculus pada petangnya.

mari kita story pasal dia sikit.

what should i write about her?hrmmm..a happy-go-lucky girl.well, sangat satu kepala dengan aku.we love to stay up till late at night just to watch dramas.

we share a room together. we love to tell stories to each other. kalau tak tengok movie malam, still akan tidur lambat sebab sibuk nak cerita macam macam. and of course sometimes we share stories about our crush!!:woooh:

we are very close. walaupun slalu jugak gaduh gaduh ni.berebut barang.tak nak share barang.itu dulu dulu la.but now it's more like sharing is caring.sharing is i love u macam kata syud.

dia suka pow aku.haha.pantang pergi supermarket,mesti ade je yang aku kena bayar untuk dia.if not, dia akan tarik muka kedut nenek kebayan.buat muka ketat.jalan laju laju kat depan, leaving me behind terkejar kejar dia.

konon merajuk.

so what?dia kan adik.she has the right to be pampered by me.haha.

satu je aku tak puas hati.she is taller than me!! how dare u anim!where should i find the shoes that will make me look taller than u?susah tahu!

oh yeah mesti growth hormone dia terlebih sikit kot. but no biggie as everyone will experience negative growth one day.haha.happy

she's a smart girl.she loves sports very much. sampaikan abah pon akan belikan any sports equipment yang dia nak.raket tennis, bet pingpong etc. tokoh murid masa sekolah rendah dulu. gila aktif lah budak ni.petang je hilang pergi latihan itu ini.

she's now at mrsm kubang pasu.form 5. sape sape ade hati nak tackle tolong lupakan dulu niat anda.haha.dia cakap tak nak langkah bendul.tak baik.

kekeke:please:


so Ir. Farah Hanim (insyaAllah ur dream'll come true, Amin), along nak wish



SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 17!!



semoga hidupmu akan sentiasa beroleh keberkatan dan dipermudahkan segala urusan. all the best for your SPM!! u had made us proud of u twice before;for ur UPSR and PMR.so, why not this time? u can do it dear! we do believe in u!


of course we do because we love u.so much.


the one at the center itulah si manis 17.
yang dua lagi penyeri =)


sincerely,
along =)


* her besday is on 9/2




p/s: being a big sister is not bad right? especially when u have lovely little sisters and brother around you.. =)

Sunday, January 16, 2011

selamat hari lahir little boy!

salam.

entri khas bersempena hari lahir the only boy dalam keluarga kami.the only boy and also the youngest.yang paling manja,yang paling mengada-ngada,but still orang sayang.

this boy is now officially 6 years old.sangat aktif dekat tadika.baru je dapat award "the best student" yang membuatkan mama and abah kembang kempis hidung bangga tengok anak mereka naik stage amik award tersebut.

dapat johan untuk pertandingan hafazan.dah pandai azan.mama cakap tiap tiap hari dia akan mengetuai kelas untuk baca doa.alhamdulillah.bangga sungguh kami dengan this little boy sorang ni.

ingat lagi dia lahir masa aku form 3.kelahiran beliau buat semua orang hepi.ye lah,dah 5 orang girls, last dapat boy.semua sibuk sibuk nak bagi nama.haha.sebelum ni kena pilih nama untuk perempuan je,dah dapat peluang,semua berusaha pujuk dan berharap nama pilhan masing masing akan dipilih.

last last,nama MUHAMMAD IZZUDDIN yang menjadi pilihan mama dan abah.semua kena setuju sebab dah tak boleh lawan kuasa veto.kekeke

paling kecewa angah sebab dia nak letak nama armand anaqi.mama cakap nama macam orang iran.haha.so dia bertekad nak bagi nama tu dekat anak dia.macam macam.

sangat bercita cita besar budak kecik ni.sebabnya?dapat baju askar,terus nak jadi askar.pergi tengok kereta kebal polis,terus nak jadi polis.ambik gambar dengan patung bomba,nak jadi bomba.tengok ultraman, nak jadi ultraman.see?besar sungguh cita cita dia.blogger-emoticon.blogspot.com

now, presenting the little boy...*drum rolls*


masa berumur setahun.selalu buat buat tido
kalau orang suruh.haha.



2 tahun.masih comel lagi.


5 tahun.johan pertandingan hafazan dan
jugak saguhati pertandingan azan.
mama cakap dia terlupa sikit.


the latest picture.masa family day hari tu.
kesejukan dan keketaran
main air sepanjang hari.
sedihnya aku tak de sobsobsob
T_T


kalau dulu comel comel comot,sekarang dah jadi hensem boy!!!well,kitorang selalu buat rambut dia gaya macam macam.pantang ade hair gel.kehkehkehblogger-emoticon.blogspot.comnak cerita pasal dia, 7 hari 7 malam pon tak habis.


to our little boy,

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-6blogger-emoticon.blogspot.com

along doakan semoga kebahagiaan dan kejayaan akan sentiasa mengiringi hidupmu.harap akan menjadi seorang anak dan adik yang soleh serta menjadi lebih hensem dan berjaya di masa depan.amin.Align Left

Saturday, December 18, 2010

sakit sakit rumah

salam.

minggu ni cukup memenatkan.sebab?sebab tak de kelas(?).berhibernasi dalam bilik sesungguhnya memenatkan.berhibernasi pon dah penat,melayan perasaan lagi lah kan,penat square aku.

hah?melayan perasaan?bercinta ke fana ni nak layan perasaan bagai?

oh,kabi nehi.tidak tidak.bukan fall in love,bukan jatuh hati,bukan jatuh longkang,bukan bukan.
blogger-emoticon.blogspot.com

layan perasaan teringat dekat rumah.oh,baru seminggu kembali ke kuantanamo,dah tak sabar membilang hari untuk cuti seterusnya.tiap tiap hari teringat masakan mama(oh mama tolonglah bangga sebab ade kipas-susah-mati masakan anda) sampai boleh terbau bau masakan beliau.

hebat tak?hebat tak?

ni lah orang panggil homesick.atau dalam bahasa saintifik dipanggil sakit rumah.dan ubatnya mestilah balik rumah!treatment paling terbaik!

dengan kondisi sekarang yang ala ala nak demam plus selsema(again?) lagilah teringat rumah.baru je lepas selsema dan batuk masa cuti yang lalu,sekarang dah terkena infection balik.


tapi nak balik rumah huih jauh kot.so,guna skype untuk tengok rumah.tengok muka famili.cukuplah sementara dekat sini.bila balik rumah skype terus off.ye la,famili dah depan mata,buat ape lagi nak berskype skype hoiiii...

tapi,kekadang on je main main dengan adik adik kat rumah.oh,rindu walaupon setiap hari mesti ade je yang nak bertikam lidah,berebut itu ini sana sini.
tengah bershoping pon teringat dekat diorang.eleh, macam tipu.

heh!betul ok!tengok tengok baju cantik,mesti akan terdetik dalam hati

"nanti nak beli satu dekat ayuni lah,"

tak pon "nak beli dekat intan lah,"

tak pon "nak beli dekat anim lah,"

tak pon "nak beli dekat angah lah,"

tak pon "nak beli dekat izzuddin lah," bila tengok baju kanak kanak comel comel.

tadi call abah,abah cakap,

"amboi,ingatkan dah lupa dekat kami semua.." dengan nada joking.

oh abah,tak boleh lupa dan takkan lupa.setiap hari 24/7 bak kata omputeh asyik teringat rumah.tapi,life must go on.eceyh.

pesanan beliau kalau nak makan,makan sedap sedap.biar habis duit untuk makan.haha.sempoi tak?tapi kan,sesedap mana pon,takkan boleh lawan masakan mama.mummy no 1 tu!
thumbsup


harus diingatkan cik fana,sebelum balik cuti midterm hujung bulan 1 ni,ade midterm exam.pastikan ready dan buat yang terbaik supaya boleh balik dengan senang hati.tak gitu?






p/s: minggu depan start kelas secara official.yosh!gambare masho!

Tuesday, November 16, 2010

eNtRi PeNdEk KONon

salam.

today,short entry only.

tadi tolong mama masak juadah untuk esok.banyak jugak.ketupat,rendang ayam,and mama nak buat laksa. pagi pagi dah tercegat dekat pasar.dekat sini,belah belah utara,mereka lebih keinggerisan.(sila baca ke-english-an.saje gedik nak tulis macam tu konon konon macam best)pasar lebih senang disebut market,elektrik lebih selesa disebut karen.haha.

sape bilang orang utara enggak hebat?

ok,sudah merepek.efek tengok cerita alisa(betul entah eja mcam ni) petang tadi even sebelum ni tak pernah tengok pon.gara gara peminat setia cerita indon dan melayu yang tegar balik ke rumah,maka kuasa veto ke atas tv hilang secara mendadak T_T

sambung stori.dekat pasar,borong segala bahan nak buat rendang,ketupat,and laksa for tomorrow as well as nasi daging for today.haha.bela lemak lah cuti sebulan ni.best jugak ye pergi kalau ke pasar bertujuan.

balik rumah,terus start kerja.seronok tau buat kerja ramai ramai.muhibbah.eceyh,cerita macam buat persiapan kenduri kawin je kan.ops!sori, mama ai tak bagi greenlight lagi lah.beliau cakap skill memasak sangat teruk.hahaha.

so,azam cuti ni:

NAK BELAJAR MASAK!!


oh,kali ni memang serious.dah tak nak main main.ceyh,kau cakap kosong je fana.haha.well,let's see if it's going to happen or not =)

esok,pagi insyaAllah raya kat rumah sekejap,then nak balik kampung.depends on my abah's health.sekarang musim batuk demam nih.take care of your health ya!

ok lah,ciao dulu.kan dah tulis kat atas tu; "today,short entry only" ?banyak lah kau short macam ni.



p/s: haru haru (day by day)my writing menjadi skema! I LIKE!!hahaha..in love dengan ayyy girl -jyj currently.tetibe.tak de sape tanya pon.no emoticon this time