Showing posts with label UIAM. Show all posts
Showing posts with label UIAM. Show all posts

Wednesday, April 6, 2011

The B-Day


Salam and hi people!!



Long time no see kan? Sungguh malas untuk update blog sebab aku tau bukannya ramai sangat yang ambik pusing apa yang terjadi dengan blog aku. Even aku as the owner pon buat dek je kan. HAHA. Kesian gila dekat blog. T__T

Ok,semangat gila kot lepas subuh terus on laptop taip blog pada hari ini. bukankah ini menunjukkan satu kemajuan? Heh heh heh *kembang hidung* (sedangkan sebab kena tunggu washing machine sampai pukul 8 HAHA)

Tapi memang nak update blog pon sebab aku sebenarnya nak umumkan ini:


 
" now I'm officially 21 people!!"

 

Lepas masuknya tarikh 5/4/2011.


 

Wow!!susah nak percaya! Sebab tak nampak pon perubahan tiba tiba dah 21. And the feeling- susah nak describe. Rasa tua maybe?HAHA please don't sebab ramai saje yang lebih tua di sekeliling. Mungkin aku patut rasa ini – sudah boleh kahwin mungkin? HAHAHA please please not now, jangan buat abah dan mama tersedak di rumah.


 

Ok abaikan tentang rasa. Actually nak cerita kat sini pada hari ini bagaimana aku spend my B-day. Ok, elok je masuk pukul 12, aku terus change mode fon jadi silent. Takut mengganggu aku dan jugak roommates study. Untuk elakkan bunyi mesej dan deringan calls yang mungkin akan mencurah curah ke ladang gandum. Ceyh bajet macam banyak sangat mesej dan calls yang bakal masuk kan.tapi,hakikatnya memang begitu.


 

The first to wish, Asma.wah, serius dia tunjuk perubahan yang besar dengan call aku pada birthday kali ini. tepat pukul 12 pulak tu!terharu sangat! And then jibah menyusul, with a card pulak tu! I'm not expecting anything. Sebab kami berdua sudah hampir "broke" walaupun instinct untuk outing masih membara KAHKAHKAH My lovely twin anna came later and with a handmade card! I'm so touched my dear twin! U can't never imagine my feelings at that time! Sudah cukup membuat aku terharu lagi skali dan energized me back untuk terus study. lepas tu dapat wish dari kak nisah,my roommate sorang lagi, mesej dari dian dan sanab, call dari angah mesej dari tikah dan bla bla bla ramai sangat kalau nak list aku rasa entri ni akan end up dengan senarai pen"wish"(?) je lah.



Mind you, aku kena jawab exam biochem di hari yang berbahagia ni. Perfect timing kot! Kind a sad lah masa awal awal dapat tau hal ni, but later I realized, menjawab exam pada hari lahir is a bless you know! Pada hari tersebut kita akan mendapat banyak doa dari ramai orang dan semuanya mendoakan yang terbaik untuk kita. I tried to think positive. Ye lah, bila semua dah macam


 

"kesiannya kena jawab exam masa birthday.."

"birthday fana masa exam biochem!sedihnya!"

I know I've to neutralize the feeling.


 

At first aku pon macam tu, tapi malam sebelum birthday aku, aku ada terfikir pasal ni. Kenapa nak sedih? I tried to find the answer for that question, mungkin sebab tak boleh keluar sambut dekat luar dari pagi sampai malam? Eh, that's so not me. Plus sini tak de tempat menarik untuk pergi menyambut birthday secara seharian. Dan before ni pon aku tak pernah pergi sambut birthday secara begitu. Berfikir berfikir berfikir sambil baca notes biochem. HAHA.


 

Sebelum sambung cerita. Layan dulu gambar gambar ni, all cards I got yesterday, walaupun tak banyak, these two cards really made my day.


From jibah. She knows how I love carrot juice so much!(eh,ada kaitan ke?)

a hand made card from Anna. Tak tahan ok wish dua dua orang lebih kurang sama.

love ya!!

 
------------------------------------------------------------

 

 

Kebetulan tengah teringin nak makan kfc, tengah tengah study biochem terus terjah kompatmen jibah dengan terburu buru just untuk cakap ni


 

"jibah jibah esok petang kita pergi makan kfc tau tau aku serius teringin nak makan kfc hehehehe"(this was spoken before u gave me the card,twin. macam tahu tahu je dia ni kan)


 

Lepas tu sambung study sampai pukul 4.30 walaupun dalam otak 0.000001 percent tengah fikir " how should I celebrate my birthday?" HAHA

Mesti akan ada jugak kan tipulah kalau cakap tak terfikir pon pasal ni.

Tidur, bangun dan pergi jawab exam pada pukul 9 pagi. Pagi tu dapat mesej dari anim, my little sister. Terharu sangat dia sempat lagi cari masa dalam pukul 6.40 pagi walaupun mesej dia cakap "you are born in the zoo" -_-" around 8.35 pagi mesej abah pulak sampai. Terharu lagi skali. Before ni abah bagitau dalam emel bila balik nanti akan ada hadiah special. Tak sabar nak balik!


 

Dalam perjalanan pergi ke tempat exam,KOM , aku call mama dulu. Well, ini dah jadi rutin, satu kemestian setiap kali sebelum masuk exam. I need to hear her words yang akan sentiasa mententeramkan dan menenangkan dari segala aspek. Ada sekali aku tak sempat call dan just mesej bagitau aku dah nak pergi exam, aku jadi sangat nervous dan the first thing aku buat bila balik lepas exam adalah call mama. Setiap kali call I will keep telling her


 

"mama mama!!along dah nak masuk exam.doakan along tau.takut nih."


 

Walaupun almost all the words from her adalah sama setiap kali call, like


 

"insya allah boleh jawab. Ok,buat elok elok." Or

" along dah bersedia kan, insya allah mama doakan boleh jawab nanti." (keh keh part "bersedia" tu sentap!)


 

tapi impak tu sangat besar bagi aku.

Tapi kelmarin aku cakap pasal nak pergi exam dan tanya


 

"mama, lupa something ke?"


 

And she was like,


 

"lupa apa?"

"la…mama ni, cuba ingat balik,ada lupa something tak?"

"ish…lupa apa?"

"mama ni, hari ni berapa hari bulan?"

"ooo…ok ok,bulan 4 kan…selamat hari lahir..buat baik baik exam"


 

For me, the conversation is so sweeettt!!

Dan aku masuk exam, menjawab exam dengan usaha membaca 687 biochem slides semangat berbekalkan doa doa dari mereka yang sentiasa berada di sekeliling aku walaupun dalam perjalanan pergi exam, masih baca notes protein and amino acids yang tak habis lagi

------------------------------------------------------------

 

Lepas habis exam, ucapan ucapan besday bergema di sana sini(ceyh over!) thanks ye kawan kawan. Tengah hari abah call


 

"tak outing ke hari ni?next exam lambat lagi kan?"

"tak kot. Tak habis study lagi. Next paper 2 hari lagi.kenapa?"

"la..takkan tak keluar makan makan sambut birthday ke…"

"lepas habis exam 14hb ni nanti ingat nak keluar. Sekarang tak kot.kenapa?"

"tak la,kalau nak keluar.bagitau, nanti abah bagi duit."

"keh keh keh keh tetiba rasa nak keluar sekarang!"


 

HAHAHA abah sangat sangat memahami .


 

Ingat petang tu nak buat sikit revision untuk mcb tapi nampaknya tak menjadi. Habiskan tengok running man, gelak sampai sakit perut dan tengok jam dah petang. Diskus dengan jibah dan twin tentang plan nak pergi makan kfc. Akhirnya decide nak pergi malam after maghrib. Nak pergi kfc TC. Ok demanding gila birthday girl ni tak nak makan kat kfc picisan. Actually saje nak ambik angin sikit, well sempena birthday kan HAHA. Tapi terkilan aini dengan dian tak dapat ikut. Tak sampai hati nak ajak aini sebab dia ada exam hari ni. Takut kacau dia study. Dian pula tak nak ikut. So,tak cukuplah kuota. Tapi nasib baik ada hanis(cik driver), ana and yana sebagai penyeri. Jibah mestilah ikut. Tak sah kalau tak ikut. HEHE. Kereta kancil PGF juga berjasa.



Once sampai sana,turun kereta, sudah terbau aroma yang sangat melaparkan. Terus jalan laju laju dan toinggg!! Dah ada dalam kfc. Nasib baik orang tak ramai,tak payah queu pon.serbu kaunter, order sebucket kfc. Dapat free tupperware lagi. Diorang cakap tu hadiah birthday aku. Cess cess cess. And aku ada surprisekan mereka. KEKE. Bukankah sepatutnya birthday girl yang disurprisekan? HAHA tapi tak pe je kan sekali sekala. Bukan aku tak suka surprise ke apa(yang baik punya saje) tapi seronok juga tengok expression orang surprise. Nak tergelak pon ada. Apa surprisenya? Kena tanya mereka sendiri, tak boleh cerita kat sini =)



Terus duduk dan makan. Jibah mengetuai pembacaan doa. Best sebab makan dekat outdoor dan betul betul tepi pantai. Angin sepoi sepoi bahasa menyapa muka. Eceyh. Akibatnya, masing masing lawan hembus tudung.HAHA. asyik senget senget di tiup angin. Tapi sebab lapar, lepas tu masing masing dah tak heran. Nafsu makan masing masing boleh tahan hebatnya.HAHA. Alhamdulillah, habis juga dan tak berlaku sebarang pembaziran. Syabasy betey!



Sambil makan cerita cerita gelak gelak.santai sangat. Tiba tiba rasa macam dah habis exam.HAHA.lepas tu tersedar. 3 more papers to go. Makan pon gila lama. Tapi tak pe, bila lagi kan…

Lepas tu,jalan jalan ambik angin tepi pantai. Tapi tak turun pon dekat kawasan pasir sebab tak nak kotorkan sandal. Sesi fotogedik take over lepas tu. Kitorang sampai bersimpuh simpuh atas rumput konon nak dapatkan the best shot. Well, ada fotografer professional, kami ikut je lah cakap beliau.

Ampun maaf dipinta sebab saya tak pandai edit gambar =)



Kenyang gila. Lepas ni kena cari sibutramin untuk buang balik lemak (aplikasi biochem dalam kehidupan)
It seems like I'm the tallest!!muahahaha
love this picture tapi tak tahu kenapa.
Fantastic!!thanks a lot guys for making my day =)
Credits: Anna My twin =)

 
Then, makan aiskrim, bising bising aiskrim cepat cair,dan balik. Hampir pukul 11 lah jugak. Lepas tu tengok minyak kereta ada lagi, sambung sesi borak borak dalam kereta sambil air cond terpasang.HAHA. rutin setiap kali sewa kereta.



Bila balik, nampak sepaket chocettes cadbury dan ini kat atas meja:




another hand made card!thanks hazi dan mun!! terharu sobssT__T





Dah berumur 21, ingat nak buat sedikit perubahan. Tidaklah secara drastik. Sikit sikit lama jadi bukit. Semoga diri sendiri akan lebih berfikiran matang dan insya Allah akan mencapai kejayaan yang membanggakan di masa depan.

Semakin tak sabar nak balik rumah untuk sambut dengan family. Dan mestilah nak tengok hadiah special!


 

Dan tak lupa kepada kawan kawan FB, thanks sangat wish sampai beratus!! Serius tak sempat reply sekarang, tapi aku akan cuba juga untuk reply sorang sorang. Well, fan service lah katakan HAHA I really appreciate them!!


 

Actually nak tulis lagi, tapi next entry kot.Got to go, lama sangat hadap benda ni, text book mcb tengah tunggu. Ciao.


 


 

p/s: Lama sangat tak update, sekali update panjang giler kot. doakan kejayaan aku untuk 3 papers lagi!

Monday, February 28, 2011

ru-shinggg!!!

salam.

lama tak update blog.lama tak merepek kat sini.lama tak lepas emo dekat sini.sem ni seriouly sangat busy.busy busy pon sempat pulak layan my princess tiap tiap minggu.oh,sebelum tu,secret garden.semua ni cerita korea.hyun bin oppa,sarangahe!! :Fan giler:(

ok,berbalik kepada cerita.pasal rushing.sem ni,semua nak rushing.meh aku elaborate serba sedikit benda apa yang me-ru-shing-kan (?) aku:

PBL

PBL,serius serabut kepala otak buat plan untuk memastikan semua tajuk habis dibincang sebelum final exam.kalau kena pospon sesi PBL,lagi lah nak cari hari dan tarikh yang sesuai untuk ganti.lepas tu kena pastikan semua boleh datang.rumit tahu!sebab kalau boleh tak nak lah jadi macam sebelum mid term yang lepas.sedikit rushing sebab mula lambat.alhamdulillah,dapat kumpulan yang bagus dan memahami dan paling penting boleh bekerjasama.our session sangat menyoronokkan.we have fun while learning calculus.tiada lagi masalah rambut gugur sekarang.haha.betul tak kawan kawan? =)


ASSIGNMENTS

ok,nak buat pengakuan,ini salah sendiri.bagi masa lama amat, last last minggu yang terakhir barulah nak serang library bagai kan.sangatlah rushing untuk assignment ni.assignment UNGS pulak tu!subjek yang kena baca dan buat research thoroughly.secara mendalam.kalau tak kau tak tahu kau tulis pasal apa.tapi,dah setel UNGS punya.mujurlah mendapat banyak kata kata semangat dari kawan kawan baik.sekarang,kena fokus untuk 3 assignments lagi.2 assignments BM dan satu BIOSTAT.pergghhh!! 3 kot!! bersedia secara mental dan fizikal dari sekarang please!


EXAM


walaupun midterm dah habis,aku still nak cakap, midterm hari tu macam rushing giler!semua nak buat dalam masa yang dekat dekat,wahwahwah macam dah study semua je nak buat dekat dekat maka aku yang jenis kurang study ni memang rasa pressure jugak lah.kena rushing rushing study pulak.seriusly final exam ni aku tak nak rushing rushing sangat.penat!!


KELAS DAN LAB


sekarang tinggal plus minus atau lebih kurang sebulan lagi nak final exam.so lecturer semua berusaha menghabiskan syllabus dengan rushing.wow seriusly aku kadang kadang blur tak boleh nak tangkap sangat apa yang diajar dalam kelas.tapi oklah kot kalau boleh faham konsep secara keseluruhan kan.so,balik dan study sendiri baru boleh faham sebetul betulnya.

kalau pasal lab, mesti part lab report tu yang kena rushing.in fact,buat experiment pon kena rushing.haih


STUDY CIRCLE


ini lagi satu.ayat hafazan agak banyak,so sebab tak mula awal awal sekarang dah rushing nak hafaz itu ini.alhamdulillah aku dah setelkan surah luqman,doa selepas wudhu' dengan sayyidul istighfar.surah luqman hafaz on the spot masa study circle hari tu.11 ayat je,so tak panjang sangatlah.ni pon sebab tengok ramainya yang dah hafaz. so, tinggal lagi sikit je lah nak setel lepas ni.tapi masih kena rushing sebab due date 25hb Mac ni.surah al-furqan banyak jugak.apa lagi,mula dari sekarang please!!


OUTING


tadi outing kejap pergi ECM beli barang barang keperluan harian dan top up makanan.serta catridge printer.melayanglah RM37.50.itupun nasib baik share dengan jibah.disebabkan pergi malam,kena rushing pilih pilih barang.then balik baru perasan ada jugak barang yang tak dibeli.haish.nasib baik keluar dengan delivery abang hensem.satu kenangan yang terindah sepanjang outing kat sini.eceyh.boleh pulak.


NOVEL


walaupun tengah sibuk sibuk habiskan assignments,aku masih ada masa nak baca novel.haha.tajuk novel tu- Shanghai Girls and the author is Lisa See. sememangnya karya dia sangat best! bila baca,aku boleh bayang keadaan yang berlaku.feel oh!tak rugi lah baca english novel. banyak perkataan baru boleh belajar.interesting tahu!

aku dah lama tak baca novel tebal tebal, sebab rasa macam tak sempat.selalu aku baca R.L Stine series je. sebab pendek sikit dan thrill. tak pon dulu baca Sabrina The Teenage Witch, Lizzie Mc Guire (aku pon dah tak ingat macam ni ke eja), Charmed, pendek kata yang series lah.ok,lagi sikit je nak habis.dah 2 hari membaca.weekend hari tu tak sentuh pon sebab sibuk setelkan assignments.sekarang dah boleh sambung baca sikit sikit.kena rushing bagi habis jugak sebabnya The Princess Bride is waiting for me!



pesanan khidmat masyarakat: bertangguh itu pencuri masa.sekian.:astig:


iklan sekejap: khas untuk farihah--->scooter (cute kan vespa dia?haha)

Tuesday, February 15, 2011

mari bercerita...

salam.

hari ni mari kita bercerita..

:Focus:( perihal exam


hari ni dapat cuti bersempena dengan maulidur rasul.elok elok je lepas habis exam biostat semalam.last paper untuk midterm exam sem ni.alhamdulillah, dah lepas semua.

overall, aku tak de preparation secukupnya untuk menjawab semua exam papers.seriously. itupun bila aku cakap macam tu,orang mesti cakap aku tipu.diorang cakap muka aku muka yang dah habis study dan memang ternanti nanti nak jawab exam.

first of all,thanks korang sebab cakap macam tu.HAHA.sedangkan setiap kali nak exam mesti kol mama.nervous tahap cipan sampai berpeluh peluh. dan mama pon sempoi je cakap setiap kali kol

"kalau dah cukup preparation ok lah insyaallah boleh jawab tu.."

Zaasss!!! sentap!!

dan aku just boleh balas

"hehehehehe...."

setiap kali mama cakap macam tu.haha.obvious gile tak cukup preparation.

exam calculus paling best.HAHA.naik soalan yang kitorang baru je diskus pagi tu.serious tak expect!seronok giler sehinggakan senyum pon sampai ke telinga.boleh bawak masuk buku,tapi tak sempat sangat nak belek.so memang kena buat latihan banyak banyak untuk memahirkan diri.

kudos to sherry sebab buat short notes and to hazi and mun sebab tolong pergi fotostat untuk semua.

muafakat membawa berkat.tetiba.

tapi tak boleh seronok sangat.tak boleh overconfident.aku dah berusaha yang terbaik.dan juga ahli kumpulan yang lain.

MCB dan biochem? entahlah.aku sangat berharap keajaiban akan muncul.

"you reap what you sow"

" Anda menuai apa yang anda tabur"
(versi en.Google Translate)

*skemalah encik google ni.Auwww!!!

apa apa pon semua dah lepas. sekarang kena fokus untuk final exam pulak.harus naikkan pointer sambil maintain DL!



:success:( perihal luar negara


hari ni ada dua kawan aku yang akan terbang ke negara orang.dua dua pergi New Zealand.U of Wellington.dua dua bakal guru.bakal pendidik anak bangsa. oh yeah i'm very proud of u two.

sungguh tak jangka dua dua ni akan pergi luar negara.sebab satu, yang sorang ni,faziela nama dia,agak anak emak.haha.mungkin sebab dia sorang je anak perempuan dalam keluarga.

dia akan terbang ke sana malam ni,pukul 10.40.so aku kol dia tadi sebab takut tak sempat.dah lah lama sangat tak jumpa.last jumpa masa ambik result spm.dan aku sungguh sebak bila cakap dengan dia.sungguh sedih tak dapat pergi hantar dekat airport. meleleh jugak lah air mata tu kan.

to faziela,

semoga selamat sampai di sana.selamat menjalani kehidupan di NZ tu.jangan lupa selalu selalu lah hantar khabar berita dekat aku.skype pon boleh.aku tak kisah.love u so much!all the best!

dan kawan yang sorang lagi, fitri.ex schoolmate dekat badlishah.dia tersatu kelas dengan faziela dekat IPSAH.what a small world! perancangan Allah yang terbaik. kadang kadang aku kalau nak contact diorang,just contact salah sorang dan sampaikan benda yang nak disampaikan dekat yang sorang lagi.mudah bukan?

to fitri,

anda jugak,semoga selamat sampai di sana.selamat belajar di sana.jangan lupa orang malaysia.jangan nak tukar tukar nama jadi nama omputeh.haha.fitri yang dulu suka bergosip sekarang bakal seorang guru.kagum! all the best ok!=)

so guys, take care.and don't forget to pray for me so that one day i can be like u guys.



:Fan giler:( perihal blog


ada sebuah blog ni, pagi hari di Durham yang sekarang memang buat aku addicted nak baca setiap entri.so inspiring! ditulis oleh seorang student Ph.D in Math and Computer di Durham,U.K, mr Amri. setiap kali baca akan buat aku bersemangat berkobar kobar nak pergi study overseas.

dan yang paling best pasal dia ni,dia suka translate lagu dan nyanyi balik.and his voice is not bad!aku dah download almost semua video dan lagu yang dia buat.sweet kot.

video yang dia rakam sangat best sebab kebanyakkannya dia buat dekat sana.so aku yang sangat gemarkan salji ni apa lagi excited giler lah bila tengok video video dia.HAHA.

dan sekarang impian untuk belajar di luar takkan dilupakan begitu saja.mungkin lepas ni untuk master boleh sambung di luar dengan......HAHA.mungkin ada hikmah tak terima offer overseas dulu walaupun ramai yang cakap rugi.dan mungkin ada hikmah aku harus belajar di sini dulu.Allah knows best.



:argh: perihal duit


ok, sekarang bagitahu aku apa yang free dalam dunia global nih?nak masuk toilet pon dah kena bayar 20sen sekarang sesetengah tempat 30sen.sedangkan dulu dulu terus terjah mana mana tandas free of charge.

ok,teruk giler aku punya example.

aku faham nilai RM8.30 agak mahal bagi seorang pelajar.so,bila nak kena bayar jumlah ni of courselah macam berat. tapi kan,cuba lah consider orang lain pon kena bayar dan ada yang kena bayar lagi mahal! ini tidak,nak penjelasan bagai bila duit tu nak dikutip.bising bising kenapa ambik itulah,tak ambik inilah,boleh jimatlah.aku dah cuba minimakan duit yang korang kena bayar kot.kalau just tag along dan tak buat apa apa,jangan merungut banyak.tolonglah, aku bukan jenis nak ambik duit orang tak tentu pasal!!

aku bukan emo ke apa, tapi cuba bayangkan korang dekat tempat aku.serious akan terasa sedikit sakit hati.tapi,bersempena maulidur rasul ni,aku nak lupakan segala sakit hati semalam.yang lepas biar lepas.



:Very Good:( perihal PBL


tahu PBL tu apa? Problem Based Learning.atau nak senang faham, belajar berkumpulan tanpa lecturer mengajar di depan.ikutlah kumpulan tu nak buat macam mana. nak assign sorang sorang pergi mengajar kat depan ke.well, itu apa yang group aku buat.sebagai seorang leader, memang sangat beratlah tanggungjawab yang digalas. kena make sure semua orang boleh ikut dan tak terbabas dari trek olahraga sebenar.

group aku 10 orang. perjumpaan 2 atau 3 kali seminggu.

kesungguhan mereka sesungguhnya sangat mengharukan aku.seriously bila sesi PBL boleh nampak semangat diorang nak belajar.alhamdulillah setakat ni, kami masih boleh follow the flow of calculus walaupun belajar sendiri tanpa guru.
kami lah guru dan kami lah pelajar.well,quite fun cara ni.

exam calculus yang lepas akan menjadi kayu ukur adakah kami berjaya memahami calculus atau tidak.dan sama ada aku seorang ketua yang baik atau tidak.hrmmm...

semoga kami semua beroleh kejayaan.dan semoga aku akan menjadi ketua yang lebih baik kepada ahli ahli kumpulan yang lain.semoga ilmu yang kami kongsi bersama selama ini akan bermanfaat untuk kami.Amin



:ole,ole,uu!:( perihal bilik


berkat hari maulidur rasul,aku telah terpanggil untuk mengemas bilik.bila mengemas,bukan sekadar menyapu habuk habuk tapi pakej lengkap - menyapu,mengemop lantai,mengelap semua permukaan yang boleh di lap.oh seriously bilik ni sangat cepat berhabuk. haruslah sapu setiap hari.tapi kadang kadang tak sempat.so,bergantung kepada keadaan.

tapi hari ni,semangat nak mengemas sangat berkobar kobar.siap mop lantai lagi.nasib baiklah ada floor cleaner yang tak perlu bilas.just lap dan biar kering.thanks a lot Dettol.

aku siap mop lantai dekat ruang depan tu lagi.alang alang dah pegang mop kan.lepas tu lap lap katil yang berhabuk dekat tepi tepi tu.lap cermin bagi nampak clear.lap lap loker dan meja tulis. lepas tu,kemas kemas loker sikit walaupun loker aku sentiasa kemas.HAHA.kembang sendiri.

kemas rak buku.bagi nampak cun dan lebih bersemangat untuk mengambil buku dan belajar.bukan mengambil buku tetapi membaca bukumuka.HAHA.

buka tingkap bagi udara bergerak sikit.wah wah cerita macam mengemas sebiji rumah sendiri je gayanya.insyaAllah suatu hari nanti nak ada rumah rumah sendiri (ambil perhatian,rumah rumah bukan rumah haha demand tinggi) yang cosy dan di dalamnya ada sebuah keluarga bahagia.termasuk mama abah dan adik beradik.Amin.


ok,that's it!selama sejam aku menaip kot!



p/s : mari pergi berjogging!!badan cergas minda cerdas!

Saturday, February 12, 2011

a trip to temerloh

salam.

amaran: awas!!entri kali ini macam formal.

hari ini merupakan hari yang sungguh panjang dan sangat memenatkan.what a tiring day kalau orang kedah cakap.kitorang satu kelas BM dengan semangatnya pergi temerloh untuk menghadiri majlis perkahwinan adik lecturer kitorang.dah dapat jemputan,kenalah pergi kan?lagipon cikgu (kelas BM,kena panggil cikgu) pon sangatlah gembira setiap kali beliau sebut pasal tu dalam kelas.

walaupun bila aku bagitau abah pasal nak pergi ni,abah soal siasat macam csi. biasalah kan.sangat faham sebab abah mestilah risau.temerloh dengan kuantan bukannya dekat!nasib baik lah abah bagi permission untuk pergi.thaks abah!!

5biji kereta berkonvoi ke sana.22 orang yang pergi.actually 20, tapi ade 2 orang yang join last minute.pergi kenduri,lepas tu pergi TC a.k.a teluk cempedak, untuk sesi fotogedik fotografi.eceyh.ooyeah,berseronok sakan tapi exam pon tak habis lagi T__T

guess what? aku dengan secara bestnya telah mengvolunteerkan diri atau dalam kata lainnya melantik diri sendiri menjadi person in charge,p.i.c.gilo tak malu kan?bukan ape, just aku macam tak best lah bila benda besar macam ni takde perancangan.yeah,bagi aku ini benda besar.sebab melibatkan ramai orang dan banyak benda.

dengan twin,aku berusaha sedaya upaya merancang trip saat saat terakhir ni.last minute plan lah senang cerita.hampir tiap tiap malam untuk sepanjang minggu ni aku menerjah bilik dia untuk bincang.sori eh twin,kalau kalau mengganggu.

tengok status dekat fb tadi,nampaknya tak de rungutan pon tentang hari ini.alhamdulillah.semua dah selamat sampai selepas hampir 10jam berjalan.

seronoklah kan dapat pergi makan free.lauk pon sedap jugak.cuma frust tak dapat makan ikan patin.haha.walaupun macam susah nak cari rumah cikgu,alhamdulillah akhirnya sampai jugak.

bagi aku,secara personal nya,sebab tetibe dah lantik diri sendiri jadi p.i.c, aku agak kecewa lah sebab trip tadi kurang smooth.kurang lancar.sebelum bertolak lagi dah ade sedikit kekacauan.mujurlah kekacauan tersebut berjaya diselesaikan. bukan ape, kalau dah pergi dalam group,means semua kena lah cooperate,baru lancar.kalau decide sendiri sendiri susah lah;means menyusahkan semua pihak.sebagai p.i.c(konon) i feel that i've failed in this aspect.i mean,dalam mendapatkan kerjasama dari semua pihak.agak ralatlah bila nak dapatkan confirmation nak pergi pon agak susah.sebab kalau tak tahu berapa orang nak pergi,susahlah nak decide semua hal lepas tu.ye tak?macam berapa kereta nak pakai,nak kena bayar berapa.last last terjadi jugak terlebih orang.nasib baiklah boleh setel on the spot.terjadi jugak masalah duit tak cukup disebabkan ade yang tak bayar dan tersalah calculation.hrmm..kena cari salah dekat mana dan sebab kenapa benda ini berlaku.mungkin kena bukak buku MGT?? kuangkuangkuang

so guys,

it's our mistake sebab tersalah buat calculation pasal kos untuk trip ni.we don't expect those cars akan makan minyak giler! so to everyone, sorry ye sebab lepas ni korang kena bayar lebih sikit.sorry sangat!

sorry kalau korang terpaksa bersempit sempit dalam kereta sepanjang trip tadi.sorry sangat!

lagi satu,kalau korang "ter" fikir kitorang pandai pandai buat plan sendiri ke, pandai pandai lantik diri sendiri ke, ter bersemangat lebih ke.. sorry ye!kitorang(me n twin) just nak semua orang dapat pergi dan balik dengan selamat.dan juga menggembirakan cikgu sebab kita dapat attend kenduri tu.that's it.=)


sorry sangat sangat kalau tak dapat memuaskan hati semua pihak.





my personal opinion - sungguhla aku rasa trip hari ni tak smooth.kurang kerjasama-itu yang paling obvious. i'll always give my cooperation if u too can cooperate with me.hrmmm...nanti bila jadi p.i.c lagi ke, kena improve prestasi ni.cewah =)

oh,entri ni just sebagai rujukan di masa depan.at least,bila tulis ni, nanti bolehlah buat comparison untuk tengok improvement.dulu dulu tulis dalam diari cabuk jer.ala..diari ade kunci dan mangga tu..ahaks!!



so guys,no offense ok!!pape pon the trip still was exciting!! =)



p/s : masuk bilik je terfikir pasal exam biostat hari isnin ni..T__T

Monday, February 7, 2011

reaksi

salam.

macam macam yang mahu di ramble kan hari ni.sangat banyak benda yang sedang berkejaran dalam otak. sungguh banyak sampai tak tahu nak tulis yang mana satu.

reaksi pertama: gembira

yeay!!telah berjaya memberi hadiah yang dibeli sebelum cuti midterm yang lepas kepada penerima yang sepatutnya.HAHA.bersempena besday beliau yang tak lama lagi.hadiah dapat dulu.oh,sungguh bertuah orang itu!sapekah?sapekah? oh jangan risau sebab beliau memang insan yang spesel dalam hidup aku. sangat sangat spesel! tak lain tak bukan jengjengjeng



my beloved daddy =)


oooyeeaahh!! mesti korang semua macam

"lerr...ayah je pon.."

hei!!tak baik tahu!!

sangat gembira especially bila melihat beliau juga gembira menerimanya.sebelum ni masa zaman budak budak hingusan bagi hadiah ape je kan.well zaman tak berfulus lagi.

tapi bagi ape ape pon tak pe asalkan niat tu ikhlas.betul tak?the thought is what it counts right?

oh ya, i gave a wallet to my daddy and a green t-shirt to our little boy.he really looks nice in that shirt.ohoiiii dah makin hensem adik along ni! lagipun dia memang dah lama nak t-shirt hijau nih.so,dream comes true la nih!

reaksi kedua : kecewa

ok,mari kita bercerita tentang exam pula. pagi tadi exam biochemistry. 125 mcqs plus 2 essays in 1 hour.for the 1st time in my life i have to answer such a lot of questions! and i'm pretty sure that even u never heard about this. if u did,please let me know. nanti aku boleh tolong promote korang masuk dalm world record.HAHA.

oh yeah soalan memanglah tak sesusah mana(eceyh) tapi nak menulis jawapan tu dan nak menghitamkan ruangan TRUE and FALSE tu boleh membuatkan aku meroyan sekejap tadi. essay apatah lagi,i've said goodbye awal awal as aku memang merepek je tadi.nasib baiklah aku tak tulis je cerita pasal wedding yang aku pergi semalam.pfttt

and now, rasa agak terkilan sebab tak boleh jawab soalan essay tadi sedangkan soalan seriously simple tapi macam aku cakap tadi nak jawab tu mak ai perah otak sampai kering tak perlu spin dengan washing machine pon still jawapan tak keluar lagi. too many things to be remembered sampaikan dah tak tahu nak tulis yang mana satu.confused!dissapointed

i guess semua orang mesti pernah rasa macam ni kan? and now i'm hoping for the miracle to happen.

oh seriously aku tak suka exam betul betul lepas cuti. sebab macam dah tahu prestasi akan menjadi sangat tidak memberangsangkan!!

sekarang kena usaha lebih untuk calculus pulak.yang dah lepas biarlah lepas, ye tak?

yoshhh!! mari maju selangkah ke hadapan!!spirit

Friday, January 7, 2011

sayang awak!! =)



salam.

hai awak!special entri untuk awak hari ni.saje saya simpan entri yang pertama untuk tahun ni untuk saya tulis pasal awak.penat tau saya tahan keinginan nak update blog sebab nak tunggu hari ni.terharu tak?kalau terharu sila angkat kaki.haha.blogger-emoticon.blogspot.com

saya ingat lagi macam mana kita berkenalan.sem 1 dekat cfs kita sekelas untuk kelas BI.nasib baik ade cik yes yang kenalkan kita.dia ni boleh dikatakan sebagai matchmaker lah.eh,boleh pulak jadi matchmaker ye?cik yes memang berjasa.

kita jadi rapat,mungkin sebab kita berasal dari rumpun astronesia tempat yang sama.tapi,masa sem 1 kita kawan biasa biasa je.sebab kelas yang lain kita tak sama.

bila masuk sem 2, kita sekelas untuk semua subjek kecuali untuk kelas BI.terbalik pulak.sebab kita ber 5 je perempuan dalam kelas,kita pon jadi rapat.dan masa ni lah kita rapat dengan dian jugak.walaupun dulu kita sekelas BI dengan dian masa sem1,kita tak kenal sangat dia kan.budak tu macam pendiam(konon).haha.lepas tu,pergi mana mana mesti berempat,dengan aini sekali.seronok kan masa tu?mula mula semua takut sebab ramai gile budak laki dalam kelas tu.tapi,lepas tu,kisah ape budak laki ramai dalam kelas,tak de efek pon.

bila saya tak boleh nak studi dekat bilik saya,saya selalu studi dengan awak dekat bilik awak.saya ingat lagi macam mana awak dan rumet awak selalu menerima saya dengan gembira.bila rumet saya balik dan saya tinggal sorang sorang,saya mesti pergi tidur dekat bilik awak walaupun squatting diharamkan.selalu pergi pinjam laptop dayah untuk tengok movie atau main game.haha.ingat lagi game cari barang tersembunyi?yang kena lukis secret code setiap kali habis satu level tu.memang gile.blogger-emoticon.blogspot.com

sem 3 sangat seronok sebab bilik saya depan bilik awak.memang keluar masuk selalu.tak payah pakai kasut pon.selangkah je dah sampai.selalu pergi makan atau pasar malam sekali.dengan roommate saya dan roommate awak.meriah sungguh.kadang kadang dengan dian.bila ade projek selalu kita stay up untuk siapkan projek tu.ingat lagi masa kena design website?kita berjaga sampai pukul 4 pagi.penat!tapi berbaloi sebab kita dapat highest mark.thanks to iffah dan wawa jugak.seronok kan masa tu?

ingat lagi tak kita stay up dekat musolla ground floor zc sebab nak download fullhouse suju?haha.walaupun saya yang stay up dan awak tido sebenarnya,tapi saya tak kisah.asalkan kita dapat tengok.esok tu terus tengok seharian sampai habis semua episod.serius lawak gile bila teringat pasal ni.lol

lepas tu kita jadi taaruf week committee sama sama.dapat biro yang sama pulak tu.nasib baik awak apply sekali.kena stay up buat master plan sama sama.

tapi,lepas tu saya kena pindah naik tingkat atas.oh,sedih betul.sebab jauhnya nak menapak pergi bilik awak dekat tingkat 1 tu.tapi,still saya menyemak dekat situ kan?lepas habis kelas,lunch dekat bilik tu.blogger-emoticon.blogspot.comroommate saya balik,saya squatting dekat situ.nasib baik ade katil extra.so,otomatik jadi katil saya.eceyh.siap dapat title roommate ke 4 lagi.hari jumaat petang,mesti pergi "book" tv dekat lobi sebab nak tengok music bank.haha.

sebelum masuk kuantan,saya sangat berharap,kalau tak sebilik,dekat dekat pon ok lah.tengok tengok awak jadi roommate saya.seronok tahu!!perancangan Allah memang yang terbaik.thumbsup

selalu jugak kita akan terpakai baju kaler yang sama.semua tak percaya yang kita tak janji pon nak pakai kaler sama.beg pon lebih kurang.haha.rasanya twin betul pon tak macam ni.(betul tak twin??)huhu

baru 1 sem berlalu,masih ade banyak lagi sem lepas ni.harap harap awak masih dapat bertahan lah jadi roommate saya.tengok secret garden sama sama.haha.kafang kadang tu ade jugaklah ribut taufan yang melanda, tapi alhamdulillah,kita masih berkawan baik macam biasa.

saya tahu saya banyak buat salah dekat awak sepanjang awak kenal saya.sempena hari yang berbahagia ni,saya nak mintak maaf banyak banyak.tak perlu tunggu raya baru nak mintak maaf.ye tak?

semoga awak akan sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang-Nya.semoga termakbul doa doa awak.semoga awak akan sentiasa beroleh kebahagian dengan orang tersayang(ehem ehem) =)


SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-21!!

ececeyh...cik jibah-the besday girl



sayang awak sangat sangat!!! - fana dan dian




p/s: rasa macam baru semalam berhempas pulas dengan dian dan kawan kawan yang lain rancang buat surprise besday party tahun 2010 untuk awak,syazila,kir,aini dan mija.=)

Monday, December 27, 2010

dah cuba untuk suka tapi masih tak suka

salam.

hari ini ke kelas dengan penuh semangat.sebab dapat bersuka ria dan merasai masakan rumah pada hujung minggu yang lepas.dan tercapai juga hajat nak makan ddeubokgi sebab memang dah plan nak makan ddeukbokgi setahun sekali je.hujung minggu pada kali ni tak seperti hujung minggu yang lepas lepas.alhamdulillah,thanks ye jibah sebab bawak aku sekali pergi rumah mak ndak.layanan yang diberi cukup mesra.ok,konon konon komen macam 1st time pergi sedangkan dah masuk 3 kali.dan 3 kali lah jugak rasa seronok bila ade dekat sana.terasa macam di rumah famili sendiri.

sampaikan aku pon terasa macam anak sedara dia jugak heheheheblogger-emoticon.blogspot.com

ni semua sebab frust tak boleh join famili day terjun kolam mandi manda beramai ramai.sedih sobsobsobcry

hujung minggu yang menyeronokkan akan menyebabkan semangat untuk ke kelas berkobar kobar.cewah.semangat punya pasal sanggup naik bas pukul 10pagi untuk ke kelas walaupun kelas pukul 10.30 pagi.

HAHA.konon macam awal je kan?sedangkan memang kena ambik bas pukul 10 sebab kalau tak kena jalan kaki.ok2,aku bukan nak cerita pasal ni,aku nak cerita pasal dalam kelas.


dulu dulu,bila intake dec masuk,aku macam terfikir lah jugak,kesian dekat diorang sebab kehadiran diorang kurang diterima.tapi lepas tu,aku fikir aku pun sebenarnya tak boleh jugak nak terima diorang.awal awal macam boleh tolerate lagi,tapi selepas tu,memang dah susah nak tolerate lagi.

bermula dengan masalah pasal jaga seat,then pasal tadi dalam kelas biochem.ape lah nasib hari ni kena duduk di antara budak budak intake dec ni.tak kisah sangat pasal tu asalkan view aku tak kena halang sudah lah kan,tapi bila bising bising masa lecturer tengah explain memang buat aku bengang.dengan mengajuk lagi.berborak borak macam dekat pasar malam.sungguh menguji kesabaran dan kefokusan.

lecturer bagi break sekejap,diorang siap play lagu dekat henfon.tolonglah,orang nak rest otak sekejap pun tak boleh.kalau kau bajet hebat sangat pon tolonglah respek orang lain.TOLONGLAH.nasib baik cik yes tak mengamuk je tadi sebab biasalah orang kurang sihat nih cepat sikit naik darah.aku yang sihat pon rasa menyampah kan.blogger-emoticon.blogspot.com

lagi satu bila lecturer nak sambung lagi even masa dah nak habis.kenapa nak bising bising?orang lain pon penat jugak tapi tak de lah exaggerate macam korang.kitorang lagi penat kot,ade yang kelas dari awal pagi lagi pon boleh bersabar je.irritation betul!


kelas ungs dengan bahasa melayu sangat best sebab tak de diorang.SANGAT BESAR PERBEZAANNYA bila diorang ade dan bila diorang tak de.

oh,aku sangat berharap tuan tuan dean dan seangkatan akan menukar fikiran mengubah fikiran menukarkan diorang agar diorang tidak sekelas lagi dengan kitorang.




p/s: serik walaupun baru sekali terduduk di kalangan diorang.

Wednesday, December 22, 2010

I'm HOT!!!

salam,readers.

cuaca di kuantan sekarang lebih kurang macam suasana winter di rusia.heh,tipulah kau.exaggerate pulak sedangkan tak de secebis salji pon yang turun.yang turun hanyalah hujan tapi bukanlah hujan yang turun bagaikan mutiara macam lirik lagu sudirman sebab nanti semua orang sibuk sibuk nak kutip lepas tu pearls dekat kedai terus tak laku dan kedai tu terus jatuh muflis.

hei,ape kau merepek ni fana?ade kaitan dengan tajuk ke?


sabar sabar.sebab tajuk entri ni mainly nak cakap pasal sabar di mana sabar itu separuh daripada iman.(kalau dapat lecturer strict konfem aku kena lempang laju laju sebab buat ayat dalam BM pon tunggang langgang) *sigh*


tajuk hari ni-"I'm HOT".atau tajuk lain yang boleh digunakan - "U make me feel HOT."eceyh,tajuk bukan main lagi.macam lah kau hot sangat sampai petik jari sepuluh yang datang kan? di sana,di sini bukan bermaksud begitulah.boleh tak di sana bersabar baca entri sampai habis please?


terima kasih.phewww,,,penat nak menepis tanggapan orang lain.tetibe.
ok,cukuplah kot mengarut sampai masuk dialog p.ramlee bagai kan.

al-kisah begini,sem ni bermula dengan kitorang telah menerima ahli baru di dalam kelas as ade 2nd intake untuk kulliyyah of science.jumlah diorang lebih kurang sama banyak dengan kitorang,menjadikan jumlah sekarang 100++.kedengaran macam sikit berbanding course lain kan?tapi bagi kitorang dah cukup ramai sehingga merimaskan blogger-emoticon.blogspot.com

mana taknya,masuk kelas kena jalan cepat cepat,berebut as in mini or main audi tu boleh lari jauh dari kitorang.eh,logiknya di sini?tak de logik logik.bila cakap pasal emotion,terus tak wujud perkara logik.HAHA.


kalau aku,aku still prefer kelas sem lepas.sangat santai di mana kalau datang terlambat sikit pon still boleh dapat seat tanpa perlu berperang.bila ramai ramai nak fokus pon ya Allah susah gile!nak cakap aku dah boleh memahami perasaan budak biomed,diorang lagi dasyat as jumlah diorang 200++!

for that total part,aku sangat bersyukur sebab kitorang still tak seramai diorang.dulu dekat mrsm,asal masuk lecture hall je aku mesti cari seat belakang and tido masa kelas fizik!kelas lain masih boleh survive tapi bukan kelas fizik as i don't like physics that much compared to the other subjects.dulu dulu lah.

sekarang,aku tengah berusaha supaya nasib subjek subjek sekarang tak seperti nasib fizik dulu.tapi,dengan situasi kelas macam pasar malam kulim,possible kah?blogger-emoticon.blogspot.com


tadi lepas kelas,ade sedikit discussion among us,sisters only.so,discuss benda benda penting pasal kitorang sebab intake dec ni ramai gile sisters sampai terus jadi imbalance kelas kitorang.before this,sisters and brothers lebih kurang sama je bilangan,masuk diorang,dah macam sekolah convent je gayanya.but still ok bagi aku as sekolah rendah dulu aku sekolah convent so no biggie.

yang bikin aku hot nih bila sorang budak nih bangun and voice out ketidakpuasan hatinya pasal jaga jaga seat untuk orang lain.i was like huh?macam lah kau tak buat kan benda tu yang kau nak cakap dengan lantang dengan suara yang tertahan tahan macam orang marah gile lepas dapat tau suami dia main kayu tiga kan...

semua orang macam ape kes budak ni kan??tell me,sape yang tak jaga seat untuk kawan kawan diorang?sape yang baik hati gile nak duduk sebelah strangers?(ambik kau aku memang tengah emo pasal benda ni sampai keluar terus perkataan strangers) kau pon mesti tak nak kan?ohno

once keluar dari main audi,isu cup-ing tempat duduk jadi isu panas dan berbangkit.semua tak puas hati.oh,masalah masalah.

dah faham maksud tersirat I'm HOT?

meh nak explain dalam bahasa simple lagi mudah - SAYA MARAH.

ade faham?



ini betul betul bukan main main

rasanya lepas ni nak pergi kelas dengan perasaan malas nak ambik pusing keadaan sekeliling.tahap kesabaran juga harus ditingkatkan bertingkat tingkat.





p/s: aku sekelas dengan junior sekolah.is it a good news?

Tuesday, December 21, 2010

mari mari berbahasa melayu baku

salam.

kelas sudah bermula secara rasmi walaupun hanya sekadar pengenalan.ewah ewah,nak bercakap bahasa baku pula hari ini ye...

ni semua penangan hebat kelas pengenalan bahasa melayu pagi tadi,selain penangan kena kelas malam sepanjang sem.ya anak anak,dekat uia wajib ambik bahasa melayu.

tergamam,terkedu,terkejut,terpempan,ape ape je lah perkataan yang boleh describe perasaan jakun semasa dalam kelas bahasa melayu.ha!ambik kau!lama kot tak kena berbahasa melayu baku,sekali dengar semua ternganga nganga.reaksi semua orang tak ubah macam dengar pensyarah di depan speaking jepun.ceyh,nak jugak letak jepun.

dan aku pun macam baru tahu kalau nak guna atau pinjam perkataan english dalam perbualan bahasa melayu,kena sebut "dengan izin" dulu.

oh, serius jakun!!!

walaupun tak faham kena mintak izin dari siapa sebenarnya T_T.please sesiapa yang boleh explain,sangat dialu alukan.

sekarang,mari kita lihat contoh penggunaan "dengan izin":-

kita perlu gunakan dengan izin, "pendrive"
(sebenarnya,dalam bahasa melayu baku,kena guna pemacu pen atau pemacu ibu jari untuk "thumbdrive")


ok,kalau selalu praktis macam ni,tak lama lagi boleh berdiri sebaris dengan sasterawan negara kot?eceyh.


terbayang bayang masa zaman sekolah dulu.kebanyakan exam,aku akan skor markah yang lagi tinggi untuk english berbanding bahasa melayu.entah kenapa.rasanya aku ni memang orang melayu(ade la jugak campur campur Thailand sikit kot),dalam IC pon tulis melayu.


mama aku pon pernah cakap sekali,

"betul ke orang melayu nih?"

sebab aku pernah dapat B+ untuk BM tapi BI aku dapat A.masa form 4 kalau tak silap.ai malu tau!


dan boleh bayang tak kitorang asyik nak tergelak je bila dengar setiap perkataan yang keluar dari mulut pensyarah tu?macam tak pernah dengar langsung bahasa melayu.mungkin sebab selama ni kita banyak guna bahasa "rojak",bukan bahasa melayu kot?


ish ish ish,kena ubah ni,kalau nak senang masa pembentangan nantilah.barulah boleh dapat A kalau macam tu.ye tak?heheblogger-emoticon.blogspot.com



p/s: konon konon nak tulis dalam bahasa baku,sebab nak praktis nanti kena buat jurnal dan laporan panjang panjang kekekekekekeblogger-emoticon.blogspot.com


blogger-emoticon.blogspot.com

Saturday, December 18, 2010

sakit sakit rumah

salam.

minggu ni cukup memenatkan.sebab?sebab tak de kelas(?).berhibernasi dalam bilik sesungguhnya memenatkan.berhibernasi pon dah penat,melayan perasaan lagi lah kan,penat square aku.

hah?melayan perasaan?bercinta ke fana ni nak layan perasaan bagai?

oh,kabi nehi.tidak tidak.bukan fall in love,bukan jatuh hati,bukan jatuh longkang,bukan bukan.
blogger-emoticon.blogspot.com

layan perasaan teringat dekat rumah.oh,baru seminggu kembali ke kuantanamo,dah tak sabar membilang hari untuk cuti seterusnya.tiap tiap hari teringat masakan mama(oh mama tolonglah bangga sebab ade kipas-susah-mati masakan anda) sampai boleh terbau bau masakan beliau.

hebat tak?hebat tak?

ni lah orang panggil homesick.atau dalam bahasa saintifik dipanggil sakit rumah.dan ubatnya mestilah balik rumah!treatment paling terbaik!

dengan kondisi sekarang yang ala ala nak demam plus selsema(again?) lagilah teringat rumah.baru je lepas selsema dan batuk masa cuti yang lalu,sekarang dah terkena infection balik.


tapi nak balik rumah huih jauh kot.so,guna skype untuk tengok rumah.tengok muka famili.cukuplah sementara dekat sini.bila balik rumah skype terus off.ye la,famili dah depan mata,buat ape lagi nak berskype skype hoiiii...

tapi,kekadang on je main main dengan adik adik kat rumah.oh,rindu walaupon setiap hari mesti ade je yang nak bertikam lidah,berebut itu ini sana sini.
tengah bershoping pon teringat dekat diorang.eleh, macam tipu.

heh!betul ok!tengok tengok baju cantik,mesti akan terdetik dalam hati

"nanti nak beli satu dekat ayuni lah,"

tak pon "nak beli dekat intan lah,"

tak pon "nak beli dekat anim lah,"

tak pon "nak beli dekat angah lah,"

tak pon "nak beli dekat izzuddin lah," bila tengok baju kanak kanak comel comel.

tadi call abah,abah cakap,

"amboi,ingatkan dah lupa dekat kami semua.." dengan nada joking.

oh abah,tak boleh lupa dan takkan lupa.setiap hari 24/7 bak kata omputeh asyik teringat rumah.tapi,life must go on.eceyh.

pesanan beliau kalau nak makan,makan sedap sedap.biar habis duit untuk makan.haha.sempoi tak?tapi kan,sesedap mana pon,takkan boleh lawan masakan mama.mummy no 1 tu!
thumbsup


harus diingatkan cik fana,sebelum balik cuti midterm hujung bulan 1 ni,ade midterm exam.pastikan ready dan buat yang terbaik supaya boleh balik dengan senang hati.tak gitu?






p/s: minggu depan start kelas secara official.yosh!gambare masho!

Monday, December 13, 2010

bersemangat yo!!

salam.


hari ni dengan rasminya kelas start.kelas informal.haha.sebab semua awal awal lagi tercegat dekat KOS tapi bergosip dekat luar.konon konon kelas pukul 11.30 pagi tadi,tapi rupa rupanya salah pilih section.sepatutnyalah, pagi tadi tak de kelas.

ceyh!geram.

boleh sambung tido kot tadi.tak pon sambung tengok movie.

amboi!buat macam masa cuti pulak!sem baru tolong bersemangat sikit!
blogger-emoticon.blogspot.com

kalau cakap pasal semangat,teringat pasal nak stori kalau dapat result best.eh,best ke?ok lah kot.lagipon tak target tinggi sebab 20 soalan aku hentam untuk subjek computer walaupun mak aku cakap aku ni pro bab bab computer nih sebab 24 jam menghadap benda ni.gila tak?gila tak?tak pernah seumur hidup aku hentam sebanyak tu.

tapi,alhamdulillah,result ok.kalau tak aku tak sanggup nak stori dekat sini.termasuk juga dikalangan DL.cewah.tapi masih biasa biasa je.tak hebat mana sebab mesti ramai lagi yang dapat lebih tinggi.lepas ni kena improve.maka kena insaf dan study secara berterusan(azam yang sama setiap sem tapi tak pernah tercapai sobsobsob) kalau nak dapat result lagi bagus.yang penting nak capai short term goal-dapat 1st class degree dan duduk baris depan masa konvo nanti.
blogger-emoticon.blogspot.com


insyaAllah.



petang ni diorang cakap ade kelas.macam malas nak pergi.tapi sebab dah berazam lepas dapat result hari tu nak berubah untuk kebaikan atau orang utara cakap change for good,kenalah pergi kelas petang ni,dengan gembira ye.dengan gembira.pastikan pergi kelas dengan hati yang gembira.haha.harap harap dapat dr ibrahim shogar sebab ramai yang rindu dekat beliau.
blogger-emoticon.blogspot.com

so,mari mari mari kita bersemangat yo!!!






p/s: walaupun ade kelas,tapi still tak membantutkan hasrat nak outing.stok makanan tak de langsung.kenalah beli kan...hehehe
happy

Sunday, December 12, 2010

hi hi kuantanamo

salam.

guys,please say HI to KUANTANAMO T__T

yeah,i'm back to this peaceful(?) uia kuantan.oh,gile sedih dan sayu masa nak naik bas semalam.sedih sangat!dan sangat tidak puas hati.kenapa cuti sekejap sangat?orang lain boleh cuti sampai bulan 1?stress exam yang lepas pon tak sempat nak hilang lagi.

tadi cukup saspens masa nak buka site blogger nih.takut sejarah lama mungkin berulang.tapi,alhamdulillah,berjaya juga buka blogger,terus sign in dan taip.haha.tak de kaitan.
upil

last holiday was a blast!seriously!pergi berjalan jalan,except for the first 2 weeks tak boleh nak ke mana mana sebab demam,batuk dan selsema bermaharajalela di dalam rumah.lepas semua sembuh,hooraayyyy boleh pergi jalan jalan.
clapclap

pergi shoping sampai tak hingat dunia dekat jusco.sale weh SALE!kan sekarang Y.E.S.tapi bukan YES internet tu,so tolong jangan buat ajaran sesat.haha.
blogger-emoticon.blogspot.com

habis banyak jugak.mama sempat rembat set cawan dan gelas.bila tanya buat apa nak beli yang cantik cantik sangat sampai tengok pon rasa sayang nak pakai,mama jawab

"mana lah taw nanti rombongan mana mana sampai..."

hahaha..serious lawak.lambat lagi lah mama...

cuti sekolah ni pon banyak kenduri yang dijemput hadir.memang setiap weekend pergi kenduri.sampai dah tak selera tengok nasi minyak bagai.

last week,kitorang satu famili pergi melawat ladang anggur.ape yang ade kat situ?mestilah anggur!ceyh,kalau tanya budak tadika pon mesti boleh jawab.cerita pasal anggur ni nantilah aku stori dalam entri lain.letih naik bas 10jam dan kemas kemas bilik tadi.nak rehat sekejap.


p/s : harap harap esok tak start kelas lagi.nak outing.hehehe.

Friday, October 8, 2010

RaMBLinG

salam.

ini entri ke 100!!wow!!(sila tepuk tangan untuk saye walaupon bunyi macam desperate.).so,saye nak dedicate special entri yang ke 100 ini for someone.u know who u are.

perhaps this is just a random rambling from me but it'll somehow become meaningful for someone out there.i hope so.

It can happen to..
Anyone of us, anyone you think of
Anyone can fall
Anyone can hurt someone they love
Hearts will break
’cause I made a stupid mistake
It can happen to..
Anyone of us, say you will forgive me
Anyone can fail
Say you will believe me
I can’t take my heart will break
’cause I made a stupid mistake
A stupid mistake

(gareth gates - anyone of us )

seriously this week i'm not happy like usual due to many reasons.

hujan lebat + panas terik = burn.

bukan muka,tapi hati.


to you whom i love so much,

due to some stupid mistakes,
u and i have to pretend that we're happy even though in our heart we feel sad
due to some stupid mistakes,
u and i have to pretend that we didn't see each other even though we always met
due to some stupid mistakes,
u and i have to use sms only to communicate even though we can talk face to face

and every time i see u, i feel sad.u don't laugh and smile like usual and it brings pain to me.


How can I be smiling when you're gone
Will I be strong enough to carry on

Say it isn't so
Tell me you're not leaving
Say you changed your mind now
That I am only dreaming
That this is not goodbye
This is starting over
If you wanna know
I don't wanna let go
So say it isn't so

(gareth gates - say it isn't so)




i hope this will be the starting,not the ending.
i hope this will bring the happiness for u and me, not the sadness.

please forgive me.

kadang- kadang Allah beri kita hujan..kita tanya di mana matahari Rupa-rupanya Allah nak bagi kita melihat pelangi..


finally,i've found my rainbow that makes my life more colorful..

the rainbow is YOU!!!


it'll be really nice if i can have this set of rainbow bears =)




p/s : mari kita sama2 kurangkan berat badan dengan berjalan ke KOM untuk 3 hari ini sebab kafe tutup.

Sunday, October 3, 2010

dowN bukan DoWniE

salam.

actually,sekarang sepatutnya masa membuat chem report.(rasanya hampir setiap latest entri aku mention chem report.nak buat macam mana,chem report sudah menjadi sebahagian dari hidup guwer sekarang T__T )

aku tak taw nak stori dekat sape pasal ni,so aku rasa it's better kalau aku spill dekat blog tersayang ni.okeyh,mood sekarang memang tengah down tapi bukan 3 doors down ye korang!

hmmpphh...aku tak suka diri aku sekarang.i hate myself right now.errr,dalam mandarin aku tak taw nak describe.malas nak pakai google translate.in fact dalam kelas mandarin belajar benda2 ceria jer,tak de pulak pasal perkataan negatif ni.

kenapa anda tak suka diri anda?

1)tak cantik?
2)gemuk?
3)tak menarik?
4)kurang brilliant?

zasss!!!untuk keadaan sekarang,jawapannya ialah

bukan semua jawapan diatas.sekian.

okey,cukup sudah mengarut.bukan ape,just nak hype up-kan my mood.now i feel better to write.

the story begins.

semua orang taw aku memang susah nak berenggang dengan kawan2.dalam erti kata lain,aku rapat dengan kawan2.they're like my 2nd family here.so,aku expect kami akan sentiasa menyayangi satu sama lain sampai bila2.tamat intro.

cut it short,aku sungguh amat terasa sekarang.
there's a certain time bila aku terasa,aku susah nak kool.nasib baiklah bukan selalu terjadi.so,no worry guys!

unfortunately,it happened this time.

well,the situation is like - orang salah faham dekat kita sebab orang lain.well,ini kerap terjadi dekat aku even aku ni bukan naif sangat sampai orang selalu amik kesempatan.aku yang amik kesempatan,tapi bukan selalu dan tidak memudaratkan.

aku marah sangat sebab A ni yang duduk dekat nak mampos dengan lokasi aku sekarang terlupa nak bagitaw ade discussion pada satu hari ni.and then,bila sampai waktu discussion,aku yang tak taw pape terus tido tapi tak lah senyenyak mana.when my other group member, B datang,dia cakap

"weyh,aku datang ko tengah sedap tido lagi kot."

and then,aku terpinga2.A kejutkan aku dari tido bila B datang.tapi tak cakap pape pon pasal discussion tu.and aku pon fikir dia just nak kejutkan aku sebab aku tak solat lagi.so aku pon just angguk2 and sambung tido sebab dah set alarm nak bangun lagi 10min.

but then dia datang lagi and cakap B dah ade kat tempat dia.aku memang blur time tu.tapi,just follow the flow lah kan.bangun,solat and buat discussion.

bila B ulang lagi sekali ayat bermakna di atas,aku pon mestilah defend diri aku cakap aku tak taw pon discussion nak ade masa tu.then, A pon confess dia lupa nak bagitaw aku.

bagi aku,aku tak nampak kewajaran kat situ.lokasi siries dekat.kalau malas jalan,boleh sms.nak save kredit,boleh pakai mostsms.com.dia register untuk itu.

still aku boleh accept.

tapi,tadi,aku dapat taw dari groupmember sorang lagi,C pasal waktu discussion untuk hari ni.aku just taw nak buat malam,tapi tak diinform pukul berapa.so,aku assume mungkin sebab lokasi kami dekat,maka aku boleh nampak kalau budak2 lain datang,maksudnya ade discussion.

C cakap dekat aku jangan amik hati sangat.tapi still aku rasa aku amik hati.
blogger-emoticon.blogspot.com

bukan saje2 nak cerita pasal ni,aku just nak highlight kat sini,aku sangat2 pentingkan imej aku dimata orang lain,especially my groupmembers.aku akan cuba untuk bagi komitmen walaupun ianya tak mungkin mencapai 100%.bukan nak jadi perfectionist,tapi entahlah.this is me.

my habit-bila terasa marah dengan orang,aku akan diam,tak banyak cakap,sebab dalam hati dan otak,tengah try untuk figure out solution plus marah diri sendiri sebab tak boleh terima alasan tu as well as tengah cool-kan kemarahan sehingga 37 degree celsius which is equal to body temperature.

adakah ini satu tindakan yang stupid?

whatever it is,the main point sekarang,aku tak suka diri aku sebab amik hati sekarang.spoil my mood.i'm trying to be happy like usual,but the result is awkward.it's really hard.aku dah jadi macam mecha.cakap pon monotonous.

aku tak suka bila keadaan ini berlaku,tapi aku consider keadaan ini as ujian.aku akan cuba untuk selesaikan dengan cara yang berhemah.
confident

ya Allah,berikanlah aku kekuatan dan solusi terbaik.
kuatkanlah frenship kami.sesungguhnya aku sangat2 menyayangi dia.
Amin.



maybe entri ni akan didelete after a few days.
p/s:entry for raya gathering is after this =)