Showing posts with label raye. Show all posts
Showing posts with label raye. Show all posts

Saturday, November 20, 2010

TaK de MoTiF

salam.

wah..seronok baca blog orang lain dengan entri yang best and gambar bagai.serious best!!well,aku pun tetibe menjadi rajin nak menghupdate blog setelah memendam hasrat beberapa minggu di uia kuantanamo sana,tapi zasss!! tak de idea sangat.beberapa hari ni sangatlah letih and tetibe tadi menerima kunjungan yang tak dijangka oleh saudara mara sebanyak 4 buah kereta.ramai kan?


so,nantilah kalau ade cerita best,akan ade entri barulah.kalau tak,hehe...



serious tak de motif yang dapat dikenal pasti. nite!
blogger-emoticon.blogspot.com

Tuesday, November 16, 2010

eNtRi PeNdEk KONon

salam.

today,short entry only.

tadi tolong mama masak juadah untuk esok.banyak jugak.ketupat,rendang ayam,and mama nak buat laksa. pagi pagi dah tercegat dekat pasar.dekat sini,belah belah utara,mereka lebih keinggerisan.(sila baca ke-english-an.saje gedik nak tulis macam tu konon konon macam best)pasar lebih senang disebut market,elektrik lebih selesa disebut karen.haha.

sape bilang orang utara enggak hebat?

ok,sudah merepek.efek tengok cerita alisa(betul entah eja mcam ni) petang tadi even sebelum ni tak pernah tengok pon.gara gara peminat setia cerita indon dan melayu yang tegar balik ke rumah,maka kuasa veto ke atas tv hilang secara mendadak T_T

sambung stori.dekat pasar,borong segala bahan nak buat rendang,ketupat,and laksa for tomorrow as well as nasi daging for today.haha.bela lemak lah cuti sebulan ni.best jugak ye pergi kalau ke pasar bertujuan.

balik rumah,terus start kerja.seronok tau buat kerja ramai ramai.muhibbah.eceyh,cerita macam buat persiapan kenduri kawin je kan.ops!sori, mama ai tak bagi greenlight lagi lah.beliau cakap skill memasak sangat teruk.hahaha.

so,azam cuti ni:

NAK BELAJAR MASAK!!


oh,kali ni memang serious.dah tak nak main main.ceyh,kau cakap kosong je fana.haha.well,let's see if it's going to happen or not =)

esok,pagi insyaAllah raya kat rumah sekejap,then nak balik kampung.depends on my abah's health.sekarang musim batuk demam nih.take care of your health ya!

ok lah,ciao dulu.kan dah tulis kat atas tu; "today,short entry only" ?banyak lah kau short macam ni.



p/s: haru haru (day by day)my writing menjadi skema! I LIKE!!hahaha..in love dengan ayyy girl -jyj currently.tetibe.tak de sape tanya pon.no emoticon this time

Monday, November 15, 2010

TeRhArU



salam.

tadaima!!i'm home!it feels great,really great at home ok!makan nasi bertambah tambah lagi!kat kuantan,tak selera lah nak buat macam ni.makan sedap di rumah.oh,i miss home very much.i miss my mum's cooking damn much.hahahablogger-emoticon.blogspot.com

dan juga boleh buka 4shared!!


berkurun lama sudah beta tidak menconteng blog nih.betapa gundah gulana hati beta bila tak dapat nak view blogger.sobsobsob T_T

before nih, banyak sungguh nak cerita kat sini.konon2 nak mencapai impian untuk menjadi blogger tegar.tapi,sebab masalah tak boleh nak view blogger,draf dalam minda hilang seperti ku kirimkan khabar di angin lalu.ha,boleh bayang tak?walaupon tak de kaitan angin dan tak boleh view T_T

balik rumah,testing2.baca bismillah,then klik blogger icon dekat bookmark.alhamdulillah,boleh view,sign in and boleh taip kat sini.terharu!terharu yang dirasa bila nak dapat laptop baru.ehem ehem,itu signal.tak faham kah?hahah
blogger-emoticon.blogspot.com

macam pelik pulak kan.kat rumah boleh.kat uia kuantan sana tuh tak boleh,tapi orang lain boleh je.penat ok pergi usha setup orang lain.tapi,tak de yang lain pun sebab memang tak penah pulak tukar.alih2 tak boleh nak view.just half way then terus naik error message.kena ben ke?ape salah beta?serious sedih. T_T

tapi,tak pe.ade hikmah di sebalik yang berlaku.dapat fokus study untuk exam.eceyh.ape ape pon,dah selamat menjawab semua exam papers dengan jayanya(erk?) dalam masa seminggu.tunggu result je sekarang,insya Allah 6/12 ni.sementara tu,mari kita berfoye foye!ehem ehem,OKKB sekarang..nak ajak mama pergi shopping.hari shopping orang feremfuan.maka orang lain takkan faham.muahaha
blogger-emoticon.blogspot.com




aha!before terlambat, nak wish dekat semua

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA



insya Allah,nanti nak bawak famili pergi menyambut raya aidiladha di Makkah al-Mukarramah =)



p/s: banyak sungguh T_T kali ni kan?memang betul betul sedih ni!T_T

Saturday, October 2, 2010

InI cerItA RaYa

salam.

entri pasal raya yang lama tertangguh atas faktor exam,malas dan internet yang majulambat.dah nak habis bulan syawal yang mulia ini.eh eh,kenapa ayat2 beta sungguh skema?tapi kira orait sebab masih boleh faham.macam kawan baik saye cakap,nerd makes better boyfriend.

tetibe.blogger-emoticon.blogspot.com

Seminggu sebelum raya memang sangat2 bizi.hectic.letih.penat.tapi berbaloi.tak tido malam sampai malam raya pon susah nak tido awal sebab dah terbiasa tak tido.tapi seronok.puas hati dapat bersahur dan berbuka di rumah dalam tempoh yang agak lama.memang tak teringat tentang kuantan.

alhamdulillah,tahun ni sekali lagi diberi peluang untuk bersolat hari raya.

Raya pertama balik kampung sebelah abah dekat penang.meriah!walaupon penat melayan tetamu yang datang tak putus2.sebab nak melawat tok yang kurang sihat.sekaligus datang beraya.ketupat sekejap je dah habis.rendang pon laku.kuih raya dalam balang and cookies tray memang kena topup selalu.pakai baju raya tapi duduk dalam rumah je.sempat melarikan diri sekejap beraya di umah long makan laksa.

dengan biskut cornflakes yang sedap.thumbsup

memang letih giler.malam tu sempat lagi suruh paksu belanja domino’s sebab hari tu besday beliau.haha..sempat jugak layan cite independence day sampai habis even penat dan mengantuk.yang paling best,dapat jugak kutip duit raya dengan banyak.dah besar pon masih dapat duit raya?haha..itulah kelebihan berada di dalam family ini..muahahaclapclap

malam tu tido dengan tok.nyenyak sekali


sesi menjamu selera before
sesi menjamu orang lain
.
we have our own theme color.

biru - famili ai , purple-famili maknjang.

raya kedua pagi,bertolak ke alorstar.nak beraya di sana pulak.sampai je,wah,dah ramai.sume balik.rasa best.meriah jugak.

petang tu ramai giler datang beraya.well,hari raya masih hot kan.baru 2nd day.penat jugak lah melayan.tolong2 siapkan preparation untuk buat sate lagi.tentulah perhatian lebih diberikan kepada sate.

malam tu cadangnye nak bakar sate.that's why sume bizi siap2 perap2 ayam bagai.tulang pulak rebus sup.ade 2 menu utama,bihun sup dan sate.perghhh!!marvellous!blogger-emoticon.blogspot.com

everybody sibuk2 nak tunjuk skill membakar sate yang konon2 macam terer.last last,my mummy jugak yang jadi the best pemanggang ever.proud with u mama!beliau lah chef utama pada malam itu.bihun sup yang dibuat oleh beliau memang mendapat sambutan.dah habis even before tengah malam sebab sume asyik angkut semangkuk semangkuk pergi makan depan tv.

kaum bapa paling excited.excited untuk bermain bunga api.eh,cakap bunga api bahaya?yeah,itu lah reason diorang pakai.sebab bahaya,maka hanya orang dewasa saje yang boleh main.ceyh.tapi,siries my pakngah and paklang very the SEMANGAT sanggup pergi beli bunga api versi mahal.and bila cakap bunga api versi mahal,bukan bermaksud bunga api berbatangkan lidi yang mengeluarkan api warna warni ataupun bunga api besi berwarna kelabu ataupun bunga api warna merah yang berbatang belang2.tidak sama sekali!!

bunga api yang dimaksudkan adalah bunga api yang orang main meletup2 diangkasa berwarna warni masa hari merdeka bagi mereka yang nak tengok free.hehehhappy

aku sebagai anak chef yang hebat pon mengambil peluang untuk tunjuk bakat membakar sate.setelah dicondemn beberapa kali maka aku givap.lagipon banyak nyamuk diluar maka aku prefer untuk tunggu dan makan saje.haha


sate2 sedap dan lembut.yummy!!!

malam tu,sume tido nyenyak sebab letih glier.

hari ketiga raya,masa untuk berkunjung ke rumah relatives.sedara ai ramai cik kak oi!!justeru,tak sempat pergi sume sob sob sob sedih sebab duit raya pon tak dapat banyak.

pagi sampai malam pergi beraya.dan pagi sampai malam jugak makan kuih raya jer.balik umah memang terasa lapar giler!tak pernah ku isi perutku ini dengan kuih raya semata-mata T__T

raya ke 4 pon masih pergi beraya.pergi rumah pak long mi dapat belajar cakap Thai sikit2.interesting!mak long muka hepi jer dapat ajar kitorang bahasa ibunda dia.tapi,siries konfius.lepas ni kalau nak belajar better ambik kelas lah kot.

then,hari ke 5 bertolak balik umah.and still pergi beraya lagi!pergi beraya kat umah sedara kat penang yang tak sempat pergi before balik alorstar.

balik umah,my mama and adik2 demam.itulah kan.beraya sakan sampai lupa jaga kesihatan.yang kelam kabut aku and my 2nd sis.pening nak masak ape untuk lunch esok tu.last last abah yang beli lauk.haha

terus bertekad nak belajar masak lagi dengan mama bagi terer so that aku boleh jadi isteriwanita mithali.blogger-emoticon.blogspot.com

hari khamis,hari 1malaysia kan?my parents still pergi beraya.aku tak ikut sebab tak habis keje lagi.disebabkan sabtu dah nak balik,mulalah serabut satu kepala buat keje sampai tak tido.haish.tapi tak pe,lab dah nak habis.minggu depan last. heee..=)



p/s : this cycle will keep on cotinuing like this for every raya.tapi ai suka!! =)

Thursday, October 30, 2008

LaSt dAy Of SyAwaL

salam
rini last day of syawal utk thun nih..
ak pon xwish lagik kt bloggers n frens coz lame xhupdate blog terchenta ak nih..

so,ak nk wish

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

esok dah msuk bulan baru..
cepatnye mase berlalu..