Showing posts with label frenship. Show all posts
Showing posts with label frenship. Show all posts

Wednesday, April 6, 2011

The B-Day


Salam and hi people!!



Long time no see kan? Sungguh malas untuk update blog sebab aku tau bukannya ramai sangat yang ambik pusing apa yang terjadi dengan blog aku. Even aku as the owner pon buat dek je kan. HAHA. Kesian gila dekat blog. T__T

Ok,semangat gila kot lepas subuh terus on laptop taip blog pada hari ini. bukankah ini menunjukkan satu kemajuan? Heh heh heh *kembang hidung* (sedangkan sebab kena tunggu washing machine sampai pukul 8 HAHA)

Tapi memang nak update blog pon sebab aku sebenarnya nak umumkan ini:


 
" now I'm officially 21 people!!"

 

Lepas masuknya tarikh 5/4/2011.


 

Wow!!susah nak percaya! Sebab tak nampak pon perubahan tiba tiba dah 21. And the feeling- susah nak describe. Rasa tua maybe?HAHA please don't sebab ramai saje yang lebih tua di sekeliling. Mungkin aku patut rasa ini – sudah boleh kahwin mungkin? HAHAHA please please not now, jangan buat abah dan mama tersedak di rumah.


 

Ok abaikan tentang rasa. Actually nak cerita kat sini pada hari ini bagaimana aku spend my B-day. Ok, elok je masuk pukul 12, aku terus change mode fon jadi silent. Takut mengganggu aku dan jugak roommates study. Untuk elakkan bunyi mesej dan deringan calls yang mungkin akan mencurah curah ke ladang gandum. Ceyh bajet macam banyak sangat mesej dan calls yang bakal masuk kan.tapi,hakikatnya memang begitu.


 

The first to wish, Asma.wah, serius dia tunjuk perubahan yang besar dengan call aku pada birthday kali ini. tepat pukul 12 pulak tu!terharu sangat! And then jibah menyusul, with a card pulak tu! I'm not expecting anything. Sebab kami berdua sudah hampir "broke" walaupun instinct untuk outing masih membara KAHKAHKAH My lovely twin anna came later and with a handmade card! I'm so touched my dear twin! U can't never imagine my feelings at that time! Sudah cukup membuat aku terharu lagi skali dan energized me back untuk terus study. lepas tu dapat wish dari kak nisah,my roommate sorang lagi, mesej dari dian dan sanab, call dari angah mesej dari tikah dan bla bla bla ramai sangat kalau nak list aku rasa entri ni akan end up dengan senarai pen"wish"(?) je lah.



Mind you, aku kena jawab exam biochem di hari yang berbahagia ni. Perfect timing kot! Kind a sad lah masa awal awal dapat tau hal ni, but later I realized, menjawab exam pada hari lahir is a bless you know! Pada hari tersebut kita akan mendapat banyak doa dari ramai orang dan semuanya mendoakan yang terbaik untuk kita. I tried to think positive. Ye lah, bila semua dah macam


 

"kesiannya kena jawab exam masa birthday.."

"birthday fana masa exam biochem!sedihnya!"

I know I've to neutralize the feeling.


 

At first aku pon macam tu, tapi malam sebelum birthday aku, aku ada terfikir pasal ni. Kenapa nak sedih? I tried to find the answer for that question, mungkin sebab tak boleh keluar sambut dekat luar dari pagi sampai malam? Eh, that's so not me. Plus sini tak de tempat menarik untuk pergi menyambut birthday secara seharian. Dan before ni pon aku tak pernah pergi sambut birthday secara begitu. Berfikir berfikir berfikir sambil baca notes biochem. HAHA.


 

Sebelum sambung cerita. Layan dulu gambar gambar ni, all cards I got yesterday, walaupun tak banyak, these two cards really made my day.


From jibah. She knows how I love carrot juice so much!(eh,ada kaitan ke?)

a hand made card from Anna. Tak tahan ok wish dua dua orang lebih kurang sama.

love ya!!

 
------------------------------------------------------------

 

 

Kebetulan tengah teringin nak makan kfc, tengah tengah study biochem terus terjah kompatmen jibah dengan terburu buru just untuk cakap ni


 

"jibah jibah esok petang kita pergi makan kfc tau tau aku serius teringin nak makan kfc hehehehe"(this was spoken before u gave me the card,twin. macam tahu tahu je dia ni kan)


 

Lepas tu sambung study sampai pukul 4.30 walaupun dalam otak 0.000001 percent tengah fikir " how should I celebrate my birthday?" HAHA

Mesti akan ada jugak kan tipulah kalau cakap tak terfikir pon pasal ni.

Tidur, bangun dan pergi jawab exam pada pukul 9 pagi. Pagi tu dapat mesej dari anim, my little sister. Terharu sangat dia sempat lagi cari masa dalam pukul 6.40 pagi walaupun mesej dia cakap "you are born in the zoo" -_-" around 8.35 pagi mesej abah pulak sampai. Terharu lagi skali. Before ni abah bagitau dalam emel bila balik nanti akan ada hadiah special. Tak sabar nak balik!


 

Dalam perjalanan pergi ke tempat exam,KOM , aku call mama dulu. Well, ini dah jadi rutin, satu kemestian setiap kali sebelum masuk exam. I need to hear her words yang akan sentiasa mententeramkan dan menenangkan dari segala aspek. Ada sekali aku tak sempat call dan just mesej bagitau aku dah nak pergi exam, aku jadi sangat nervous dan the first thing aku buat bila balik lepas exam adalah call mama. Setiap kali call I will keep telling her


 

"mama mama!!along dah nak masuk exam.doakan along tau.takut nih."


 

Walaupun almost all the words from her adalah sama setiap kali call, like


 

"insya allah boleh jawab. Ok,buat elok elok." Or

" along dah bersedia kan, insya allah mama doakan boleh jawab nanti." (keh keh part "bersedia" tu sentap!)


 

tapi impak tu sangat besar bagi aku.

Tapi kelmarin aku cakap pasal nak pergi exam dan tanya


 

"mama, lupa something ke?"


 

And she was like,


 

"lupa apa?"

"la…mama ni, cuba ingat balik,ada lupa something tak?"

"ish…lupa apa?"

"mama ni, hari ni berapa hari bulan?"

"ooo…ok ok,bulan 4 kan…selamat hari lahir..buat baik baik exam"


 

For me, the conversation is so sweeettt!!

Dan aku masuk exam, menjawab exam dengan usaha membaca 687 biochem slides semangat berbekalkan doa doa dari mereka yang sentiasa berada di sekeliling aku walaupun dalam perjalanan pergi exam, masih baca notes protein and amino acids yang tak habis lagi

------------------------------------------------------------

 

Lepas habis exam, ucapan ucapan besday bergema di sana sini(ceyh over!) thanks ye kawan kawan. Tengah hari abah call


 

"tak outing ke hari ni?next exam lambat lagi kan?"

"tak kot. Tak habis study lagi. Next paper 2 hari lagi.kenapa?"

"la..takkan tak keluar makan makan sambut birthday ke…"

"lepas habis exam 14hb ni nanti ingat nak keluar. Sekarang tak kot.kenapa?"

"tak la,kalau nak keluar.bagitau, nanti abah bagi duit."

"keh keh keh keh tetiba rasa nak keluar sekarang!"


 

HAHAHA abah sangat sangat memahami .


 

Ingat petang tu nak buat sikit revision untuk mcb tapi nampaknya tak menjadi. Habiskan tengok running man, gelak sampai sakit perut dan tengok jam dah petang. Diskus dengan jibah dan twin tentang plan nak pergi makan kfc. Akhirnya decide nak pergi malam after maghrib. Nak pergi kfc TC. Ok demanding gila birthday girl ni tak nak makan kat kfc picisan. Actually saje nak ambik angin sikit, well sempena birthday kan HAHA. Tapi terkilan aini dengan dian tak dapat ikut. Tak sampai hati nak ajak aini sebab dia ada exam hari ni. Takut kacau dia study. Dian pula tak nak ikut. So,tak cukuplah kuota. Tapi nasib baik ada hanis(cik driver), ana and yana sebagai penyeri. Jibah mestilah ikut. Tak sah kalau tak ikut. HEHE. Kereta kancil PGF juga berjasa.



Once sampai sana,turun kereta, sudah terbau aroma yang sangat melaparkan. Terus jalan laju laju dan toinggg!! Dah ada dalam kfc. Nasib baik orang tak ramai,tak payah queu pon.serbu kaunter, order sebucket kfc. Dapat free tupperware lagi. Diorang cakap tu hadiah birthday aku. Cess cess cess. And aku ada surprisekan mereka. KEKE. Bukankah sepatutnya birthday girl yang disurprisekan? HAHA tapi tak pe je kan sekali sekala. Bukan aku tak suka surprise ke apa(yang baik punya saje) tapi seronok juga tengok expression orang surprise. Nak tergelak pon ada. Apa surprisenya? Kena tanya mereka sendiri, tak boleh cerita kat sini =)



Terus duduk dan makan. Jibah mengetuai pembacaan doa. Best sebab makan dekat outdoor dan betul betul tepi pantai. Angin sepoi sepoi bahasa menyapa muka. Eceyh. Akibatnya, masing masing lawan hembus tudung.HAHA. asyik senget senget di tiup angin. Tapi sebab lapar, lepas tu masing masing dah tak heran. Nafsu makan masing masing boleh tahan hebatnya.HAHA. Alhamdulillah, habis juga dan tak berlaku sebarang pembaziran. Syabasy betey!



Sambil makan cerita cerita gelak gelak.santai sangat. Tiba tiba rasa macam dah habis exam.HAHA.lepas tu tersedar. 3 more papers to go. Makan pon gila lama. Tapi tak pe, bila lagi kan…

Lepas tu,jalan jalan ambik angin tepi pantai. Tapi tak turun pon dekat kawasan pasir sebab tak nak kotorkan sandal. Sesi fotogedik take over lepas tu. Kitorang sampai bersimpuh simpuh atas rumput konon nak dapatkan the best shot. Well, ada fotografer professional, kami ikut je lah cakap beliau.

Ampun maaf dipinta sebab saya tak pandai edit gambar =)



Kenyang gila. Lepas ni kena cari sibutramin untuk buang balik lemak (aplikasi biochem dalam kehidupan)
It seems like I'm the tallest!!muahahaha
love this picture tapi tak tahu kenapa.
Fantastic!!thanks a lot guys for making my day =)
Credits: Anna My twin =)

 
Then, makan aiskrim, bising bising aiskrim cepat cair,dan balik. Hampir pukul 11 lah jugak. Lepas tu tengok minyak kereta ada lagi, sambung sesi borak borak dalam kereta sambil air cond terpasang.HAHA. rutin setiap kali sewa kereta.



Bila balik, nampak sepaket chocettes cadbury dan ini kat atas meja:




another hand made card!thanks hazi dan mun!! terharu sobssT__T





Dah berumur 21, ingat nak buat sedikit perubahan. Tidaklah secara drastik. Sikit sikit lama jadi bukit. Semoga diri sendiri akan lebih berfikiran matang dan insya Allah akan mencapai kejayaan yang membanggakan di masa depan.

Semakin tak sabar nak balik rumah untuk sambut dengan family. Dan mestilah nak tengok hadiah special!


 

Dan tak lupa kepada kawan kawan FB, thanks sangat wish sampai beratus!! Serius tak sempat reply sekarang, tapi aku akan cuba juga untuk reply sorang sorang. Well, fan service lah katakan HAHA I really appreciate them!!


 

Actually nak tulis lagi, tapi next entry kot.Got to go, lama sangat hadap benda ni, text book mcb tengah tunggu. Ciao.


 


 

p/s: Lama sangat tak update, sekali update panjang giler kot. doakan kejayaan aku untuk 3 papers lagi!

Thursday, February 17, 2011

lagi lagi penerbang beterbangan

salam.

tajuk hari ini - lagi lagi penerbang beterbangan?apakah?ZZZZZzzzzz

sila abaikan tajuk.mungkin tak berkaitan.mungkin juga berkaitan.mungkin berkaitan sedikit dengan kata akar iaitu "terbang".terpulanglah nak kaitkan atau tidak.tiada paksaan.

actually,a short update yang ditujukan untuk kawan aku.

bulan nih memang bulan orang nak terbang ke sana sini.baru je 2 hari yang lepas 2 orang kawan aku dah terbang ke New Zealand,esok ada sorang lagi nak terbang ke Sydeny, Australia.kawan sekolah menengah rendah.

oho seronok okey dengar orang orang berterbangan(?) nih.tumpang gembira untuk mereka.:Sokong:(

dulu dulu masa sekolah aku tak kawan pon dengan dia nih sebab dia pon tak kawan dengan aku,so masing masing tak berkawan,maka tak jadilah kawan.

haha.merepek.

one thing yang aku agak kagum dengan dia, dia berjaya mengurangkan berat badan berpuluh puluh kilo.dulu dia chubby.tapi sekarang he's like somebody else kot!even aku pon tak kenal dia awal awal tu.serius kagum gile!:Kagum:(

and he's brilliant.

memang dah jadi kebiasaan aku sebelum diorang terbang nih aku akan call dulu sebab kononnya nak bagi peringatan

" tolong lah ye jangan lupa kat aku dan juga souvenir aku"

haha gilo tak malu ah!

tapi kan bila lagi nak mintak souvenir bagai.takkan dah balik malaysia baru nak beli souvenir kan?tak thrill ah camtu brader!

ok,kawan aku yang nak fly esok nih ialah sorang student engineering.pergh pergh mesti mantap math ah dia ni!

paling aku kagum dia suka berfikir di luar alamkotak. kira matang lah sikit pemikiran dia ni.kalau nak banding dengan aku yang still suka tengok cartoon dan anime kan...

dan dia juga seorang pemberi semangat yang baik.thanks kawan!

aku baru je call dia tadi:

" weh,nak souvenir ke?aku ok je tak kisah kalau nak post "

" betol ke?betol ni? kawan kawan aku yang lain tak pernah pon bagi souvenir apa apa.sedih betol."

haha buat ayat sedih pasal souvenir je kot!

" aku tak kisah.ala,berapa sangat habis kalau beli pon, lagipon elaun dapat banyak.."

"hahaha..betol nih?betol nih? ok,aku nak.haha.nak jugak eksyen dapat parcel dari aussie nih.."

"ok, tak kisah.inbox aku alamat nanti."

" aku nak minimum dua!hahaha"

"ok!boleh!"

HAHA.mintak minimum dua serius demand gile.muka bercahaya je.ok,macam dah dapat nak bercahaya bagai.tapi,tak naklah overjoy,nanti tak dapat berdendam pulak.

woaahh!!gila ah berdendam!souvenir je kot fana!!kekekeke :please:


so,to encik din:

all the best okey!belajar rajin rajin bagi dapat 1st class degree(sebab dia cakap kalau dapat 1st class degree baru nak kawin serius buang tabiat HAHA) insyaallah bakal engineer tersohor!lepas tu tolong majukan lagi Kulim bandar metropolitan tu okey!oh yeah,perkara paling penting silalah pos souvenir dekat aku.fedex atau citylink,aku tak kisah.semuanya acceptable.haha
gambatte ne!







ok,dah dapat ramai pendorong semangat nak pergi overseas.ke nak kena cukup 1000 beru cukup syarat?HAHA.melampau.demand tinggi.banyak pendorong tak study jugak buat apa kan.




yosh!mari study!nak pergi overseas jugak! =)

Tuesday, February 15, 2011

mari bercerita...

salam.

hari ni mari kita bercerita..

:Focus:( perihal exam


hari ni dapat cuti bersempena dengan maulidur rasul.elok elok je lepas habis exam biostat semalam.last paper untuk midterm exam sem ni.alhamdulillah, dah lepas semua.

overall, aku tak de preparation secukupnya untuk menjawab semua exam papers.seriously. itupun bila aku cakap macam tu,orang mesti cakap aku tipu.diorang cakap muka aku muka yang dah habis study dan memang ternanti nanti nak jawab exam.

first of all,thanks korang sebab cakap macam tu.HAHA.sedangkan setiap kali nak exam mesti kol mama.nervous tahap cipan sampai berpeluh peluh. dan mama pon sempoi je cakap setiap kali kol

"kalau dah cukup preparation ok lah insyaallah boleh jawab tu.."

Zaasss!!! sentap!!

dan aku just boleh balas

"hehehehehe...."

setiap kali mama cakap macam tu.haha.obvious gile tak cukup preparation.

exam calculus paling best.HAHA.naik soalan yang kitorang baru je diskus pagi tu.serious tak expect!seronok giler sehinggakan senyum pon sampai ke telinga.boleh bawak masuk buku,tapi tak sempat sangat nak belek.so memang kena buat latihan banyak banyak untuk memahirkan diri.

kudos to sherry sebab buat short notes and to hazi and mun sebab tolong pergi fotostat untuk semua.

muafakat membawa berkat.tetiba.

tapi tak boleh seronok sangat.tak boleh overconfident.aku dah berusaha yang terbaik.dan juga ahli kumpulan yang lain.

MCB dan biochem? entahlah.aku sangat berharap keajaiban akan muncul.

"you reap what you sow"

" Anda menuai apa yang anda tabur"
(versi en.Google Translate)

*skemalah encik google ni.Auwww!!!

apa apa pon semua dah lepas. sekarang kena fokus untuk final exam pulak.harus naikkan pointer sambil maintain DL!



:success:( perihal luar negara


hari ni ada dua kawan aku yang akan terbang ke negara orang.dua dua pergi New Zealand.U of Wellington.dua dua bakal guru.bakal pendidik anak bangsa. oh yeah i'm very proud of u two.

sungguh tak jangka dua dua ni akan pergi luar negara.sebab satu, yang sorang ni,faziela nama dia,agak anak emak.haha.mungkin sebab dia sorang je anak perempuan dalam keluarga.

dia akan terbang ke sana malam ni,pukul 10.40.so aku kol dia tadi sebab takut tak sempat.dah lah lama sangat tak jumpa.last jumpa masa ambik result spm.dan aku sungguh sebak bila cakap dengan dia.sungguh sedih tak dapat pergi hantar dekat airport. meleleh jugak lah air mata tu kan.

to faziela,

semoga selamat sampai di sana.selamat menjalani kehidupan di NZ tu.jangan lupa selalu selalu lah hantar khabar berita dekat aku.skype pon boleh.aku tak kisah.love u so much!all the best!

dan kawan yang sorang lagi, fitri.ex schoolmate dekat badlishah.dia tersatu kelas dengan faziela dekat IPSAH.what a small world! perancangan Allah yang terbaik. kadang kadang aku kalau nak contact diorang,just contact salah sorang dan sampaikan benda yang nak disampaikan dekat yang sorang lagi.mudah bukan?

to fitri,

anda jugak,semoga selamat sampai di sana.selamat belajar di sana.jangan lupa orang malaysia.jangan nak tukar tukar nama jadi nama omputeh.haha.fitri yang dulu suka bergosip sekarang bakal seorang guru.kagum! all the best ok!=)

so guys, take care.and don't forget to pray for me so that one day i can be like u guys.



:Fan giler:( perihal blog


ada sebuah blog ni, pagi hari di Durham yang sekarang memang buat aku addicted nak baca setiap entri.so inspiring! ditulis oleh seorang student Ph.D in Math and Computer di Durham,U.K, mr Amri. setiap kali baca akan buat aku bersemangat berkobar kobar nak pergi study overseas.

dan yang paling best pasal dia ni,dia suka translate lagu dan nyanyi balik.and his voice is not bad!aku dah download almost semua video dan lagu yang dia buat.sweet kot.

video yang dia rakam sangat best sebab kebanyakkannya dia buat dekat sana.so aku yang sangat gemarkan salji ni apa lagi excited giler lah bila tengok video video dia.HAHA.

dan sekarang impian untuk belajar di luar takkan dilupakan begitu saja.mungkin lepas ni untuk master boleh sambung di luar dengan......HAHA.mungkin ada hikmah tak terima offer overseas dulu walaupun ramai yang cakap rugi.dan mungkin ada hikmah aku harus belajar di sini dulu.Allah knows best.



:argh: perihal duit


ok, sekarang bagitahu aku apa yang free dalam dunia global nih?nak masuk toilet pon dah kena bayar 20sen sekarang sesetengah tempat 30sen.sedangkan dulu dulu terus terjah mana mana tandas free of charge.

ok,teruk giler aku punya example.

aku faham nilai RM8.30 agak mahal bagi seorang pelajar.so,bila nak kena bayar jumlah ni of courselah macam berat. tapi kan,cuba lah consider orang lain pon kena bayar dan ada yang kena bayar lagi mahal! ini tidak,nak penjelasan bagai bila duit tu nak dikutip.bising bising kenapa ambik itulah,tak ambik inilah,boleh jimatlah.aku dah cuba minimakan duit yang korang kena bayar kot.kalau just tag along dan tak buat apa apa,jangan merungut banyak.tolonglah, aku bukan jenis nak ambik duit orang tak tentu pasal!!

aku bukan emo ke apa, tapi cuba bayangkan korang dekat tempat aku.serious akan terasa sedikit sakit hati.tapi,bersempena maulidur rasul ni,aku nak lupakan segala sakit hati semalam.yang lepas biar lepas.



:Very Good:( perihal PBL


tahu PBL tu apa? Problem Based Learning.atau nak senang faham, belajar berkumpulan tanpa lecturer mengajar di depan.ikutlah kumpulan tu nak buat macam mana. nak assign sorang sorang pergi mengajar kat depan ke.well, itu apa yang group aku buat.sebagai seorang leader, memang sangat beratlah tanggungjawab yang digalas. kena make sure semua orang boleh ikut dan tak terbabas dari trek olahraga sebenar.

group aku 10 orang. perjumpaan 2 atau 3 kali seminggu.

kesungguhan mereka sesungguhnya sangat mengharukan aku.seriously bila sesi PBL boleh nampak semangat diorang nak belajar.alhamdulillah setakat ni, kami masih boleh follow the flow of calculus walaupun belajar sendiri tanpa guru.
kami lah guru dan kami lah pelajar.well,quite fun cara ni.

exam calculus yang lepas akan menjadi kayu ukur adakah kami berjaya memahami calculus atau tidak.dan sama ada aku seorang ketua yang baik atau tidak.hrmmm...

semoga kami semua beroleh kejayaan.dan semoga aku akan menjadi ketua yang lebih baik kepada ahli ahli kumpulan yang lain.semoga ilmu yang kami kongsi bersama selama ini akan bermanfaat untuk kami.Amin



:ole,ole,uu!:( perihal bilik


berkat hari maulidur rasul,aku telah terpanggil untuk mengemas bilik.bila mengemas,bukan sekadar menyapu habuk habuk tapi pakej lengkap - menyapu,mengemop lantai,mengelap semua permukaan yang boleh di lap.oh seriously bilik ni sangat cepat berhabuk. haruslah sapu setiap hari.tapi kadang kadang tak sempat.so,bergantung kepada keadaan.

tapi hari ni,semangat nak mengemas sangat berkobar kobar.siap mop lantai lagi.nasib baiklah ada floor cleaner yang tak perlu bilas.just lap dan biar kering.thanks a lot Dettol.

aku siap mop lantai dekat ruang depan tu lagi.alang alang dah pegang mop kan.lepas tu lap lap katil yang berhabuk dekat tepi tepi tu.lap cermin bagi nampak clear.lap lap loker dan meja tulis. lepas tu,kemas kemas loker sikit walaupun loker aku sentiasa kemas.HAHA.kembang sendiri.

kemas rak buku.bagi nampak cun dan lebih bersemangat untuk mengambil buku dan belajar.bukan mengambil buku tetapi membaca bukumuka.HAHA.

buka tingkap bagi udara bergerak sikit.wah wah cerita macam mengemas sebiji rumah sendiri je gayanya.insyaAllah suatu hari nanti nak ada rumah rumah sendiri (ambil perhatian,rumah rumah bukan rumah haha demand tinggi) yang cosy dan di dalamnya ada sebuah keluarga bahagia.termasuk mama abah dan adik beradik.Amin.


ok,that's it!selama sejam aku menaip kot!



p/s : mari pergi berjogging!!badan cergas minda cerdas!

Thursday, January 20, 2011

selamat hari ulangtahun cahaya mataku!

salam.

sekarang nih aku banyak post entri besday je kan?hrmmm..nak buat macam mana, hidup seorang student sekarang sangatlah busy!in fact nak membuangmencari masa untuk menonton drama pon semakin susah.setiap hari menghadap buku dan mencari maklumat untuk report je (ah bajet lah kau) sampaikan ade orang claim buat report polis lagi senang!

betulkah? serious curious.

ok ok, berbalik kepada tajuk di atas.entri ni bersempena besday cahaya mataku.sudah besar rupanya cahaya mataku sorang nih.rasanya dah boleh dibuat menantu.ade sesape yang berhajat?pakej lengkap - pandai masak,cantik,tinggi,pandai dan agamanya pon alhamdulillah.

heh umur kau berapa nih?dah besar anak kau rupanya?kau menyamar jadik budak u ke?

kalau soalan tersebut terlintas di fikiran anda,sila hapuskan dengan SEGERA!

nur aini - sila translate dari bahasa arab kepada bahasa melayu.nah,jadilah cahaya mataku!bajet je letak cahaya mataku konon konon nak bagi saspens sedangkan dah tau mesti tak jadi hahanananana

one of my best friends dekat sini.kenal dari cfs dulu.sekelas BI masa sem 1 first year. macam mana kenal?maybe sebab kami pon dari rumpun astronesia yang sama.haha.efek belajar sejarah bahasa melayu.

an easy-going person.serious sempoi.tinggi!in fact the highest among us.muka ala ala chinese sebab famili dia ade mix chinese.berkulit putih mulus fulus (?) macam chinese lah senang cerita.

she's brilliant!especially math.mantap giler weh!sempoi je minah ni selalu burn kelas kalau mengantuk tapi still score exam.pergh!!thumbsup

aku cerita semua ciri ciri macam nak promot promot pulak kan..tapi,awas!sudah berpunya!haha.memang no chance ah korang kalau nak tackle sekarang.beliau tak layan anasir anasir macam nih.

dulu dekat cfs memang kitorang selalu ber 4 sampaikan semua lecturer memang kenal sangat lah sebab bising.haha.tapi bising kitorang bertempat,bukan masa lecture harap maklum.sampaikan bila masuk kuantan nih ade lecture cfs tanya adakah kitorang still ber 4 macam dulu.and of course the answer is yes even though we're in different course right now. dia sorang pilih biomed.but the friendship still will go on and hopefully,lasts forever.

as besday dia dekat je dengan besday jibah, kitorang buat surprise besday party untuk besday tahun lepas. tengoklah barang sekeping gambar masa tuh

aini ketika berumur 20 tahun - muka cuak??

note: ainio,make sure anda ingat saat saat ini.and also the photo album.
still exist?haha.


unfortunately tahun ni tak dapat nak celebrate sebab masa sangat tidak mengizinkan.sempat wish je.sorry ok aini.insyaAllah ade rezeki sampailah besday prezzie depan pintu anda!blogger-emoticon.blogspot.com

dear aini,

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE- 21

u r now officially my 2nd sister after jibah haha
denial is unacceptable!!kehkehkeh

may u will always be blessed by Allah, lead a happy life, succeed in everything u do.we always pray for you and your happiness.

sincerely,
fana,dian and jibah*on behalf

Friday, January 7, 2011

sayang awak!! =)



salam.

hai awak!special entri untuk awak hari ni.saje saya simpan entri yang pertama untuk tahun ni untuk saya tulis pasal awak.penat tau saya tahan keinginan nak update blog sebab nak tunggu hari ni.terharu tak?kalau terharu sila angkat kaki.haha.blogger-emoticon.blogspot.com

saya ingat lagi macam mana kita berkenalan.sem 1 dekat cfs kita sekelas untuk kelas BI.nasib baik ade cik yes yang kenalkan kita.dia ni boleh dikatakan sebagai matchmaker lah.eh,boleh pulak jadi matchmaker ye?cik yes memang berjasa.

kita jadi rapat,mungkin sebab kita berasal dari rumpun astronesia tempat yang sama.tapi,masa sem 1 kita kawan biasa biasa je.sebab kelas yang lain kita tak sama.

bila masuk sem 2, kita sekelas untuk semua subjek kecuali untuk kelas BI.terbalik pulak.sebab kita ber 5 je perempuan dalam kelas,kita pon jadi rapat.dan masa ni lah kita rapat dengan dian jugak.walaupun dulu kita sekelas BI dengan dian masa sem1,kita tak kenal sangat dia kan.budak tu macam pendiam(konon).haha.lepas tu,pergi mana mana mesti berempat,dengan aini sekali.seronok kan masa tu?mula mula semua takut sebab ramai gile budak laki dalam kelas tu.tapi,lepas tu,kisah ape budak laki ramai dalam kelas,tak de efek pon.

bila saya tak boleh nak studi dekat bilik saya,saya selalu studi dengan awak dekat bilik awak.saya ingat lagi macam mana awak dan rumet awak selalu menerima saya dengan gembira.bila rumet saya balik dan saya tinggal sorang sorang,saya mesti pergi tidur dekat bilik awak walaupun squatting diharamkan.selalu pergi pinjam laptop dayah untuk tengok movie atau main game.haha.ingat lagi game cari barang tersembunyi?yang kena lukis secret code setiap kali habis satu level tu.memang gile.blogger-emoticon.blogspot.com

sem 3 sangat seronok sebab bilik saya depan bilik awak.memang keluar masuk selalu.tak payah pakai kasut pon.selangkah je dah sampai.selalu pergi makan atau pasar malam sekali.dengan roommate saya dan roommate awak.meriah sungguh.kadang kadang dengan dian.bila ade projek selalu kita stay up untuk siapkan projek tu.ingat lagi masa kena design website?kita berjaga sampai pukul 4 pagi.penat!tapi berbaloi sebab kita dapat highest mark.thanks to iffah dan wawa jugak.seronok kan masa tu?

ingat lagi tak kita stay up dekat musolla ground floor zc sebab nak download fullhouse suju?haha.walaupun saya yang stay up dan awak tido sebenarnya,tapi saya tak kisah.asalkan kita dapat tengok.esok tu terus tengok seharian sampai habis semua episod.serius lawak gile bila teringat pasal ni.lol

lepas tu kita jadi taaruf week committee sama sama.dapat biro yang sama pulak tu.nasib baik awak apply sekali.kena stay up buat master plan sama sama.

tapi,lepas tu saya kena pindah naik tingkat atas.oh,sedih betul.sebab jauhnya nak menapak pergi bilik awak dekat tingkat 1 tu.tapi,still saya menyemak dekat situ kan?lepas habis kelas,lunch dekat bilik tu.blogger-emoticon.blogspot.comroommate saya balik,saya squatting dekat situ.nasib baik ade katil extra.so,otomatik jadi katil saya.eceyh.siap dapat title roommate ke 4 lagi.hari jumaat petang,mesti pergi "book" tv dekat lobi sebab nak tengok music bank.haha.

sebelum masuk kuantan,saya sangat berharap,kalau tak sebilik,dekat dekat pon ok lah.tengok tengok awak jadi roommate saya.seronok tahu!!perancangan Allah memang yang terbaik.thumbsup

selalu jugak kita akan terpakai baju kaler yang sama.semua tak percaya yang kita tak janji pon nak pakai kaler sama.beg pon lebih kurang.haha.rasanya twin betul pon tak macam ni.(betul tak twin??)huhu

baru 1 sem berlalu,masih ade banyak lagi sem lepas ni.harap harap awak masih dapat bertahan lah jadi roommate saya.tengok secret garden sama sama.haha.kafang kadang tu ade jugaklah ribut taufan yang melanda, tapi alhamdulillah,kita masih berkawan baik macam biasa.

saya tahu saya banyak buat salah dekat awak sepanjang awak kenal saya.sempena hari yang berbahagia ni,saya nak mintak maaf banyak banyak.tak perlu tunggu raya baru nak mintak maaf.ye tak?

semoga awak akan sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang-Nya.semoga termakbul doa doa awak.semoga awak akan sentiasa beroleh kebahagian dengan orang tersayang(ehem ehem) =)


SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-21!!

ececeyh...cik jibah-the besday girl



sayang awak sangat sangat!!! - fana dan dian




p/s: rasa macam baru semalam berhempas pulas dengan dian dan kawan kawan yang lain rancang buat surprise besday party tahun 2010 untuk awak,syazila,kir,aini dan mija.=)

Friday, October 8, 2010

RaMBLinG

salam.

ini entri ke 100!!wow!!(sila tepuk tangan untuk saye walaupon bunyi macam desperate.).so,saye nak dedicate special entri yang ke 100 ini for someone.u know who u are.

perhaps this is just a random rambling from me but it'll somehow become meaningful for someone out there.i hope so.

It can happen to..
Anyone of us, anyone you think of
Anyone can fall
Anyone can hurt someone they love
Hearts will break
’cause I made a stupid mistake
It can happen to..
Anyone of us, say you will forgive me
Anyone can fail
Say you will believe me
I can’t take my heart will break
’cause I made a stupid mistake
A stupid mistake

(gareth gates - anyone of us )

seriously this week i'm not happy like usual due to many reasons.

hujan lebat + panas terik = burn.

bukan muka,tapi hati.


to you whom i love so much,

due to some stupid mistakes,
u and i have to pretend that we're happy even though in our heart we feel sad
due to some stupid mistakes,
u and i have to pretend that we didn't see each other even though we always met
due to some stupid mistakes,
u and i have to use sms only to communicate even though we can talk face to face

and every time i see u, i feel sad.u don't laugh and smile like usual and it brings pain to me.


How can I be smiling when you're gone
Will I be strong enough to carry on

Say it isn't so
Tell me you're not leaving
Say you changed your mind now
That I am only dreaming
That this is not goodbye
This is starting over
If you wanna know
I don't wanna let go
So say it isn't so

(gareth gates - say it isn't so)




i hope this will be the starting,not the ending.
i hope this will bring the happiness for u and me, not the sadness.

please forgive me.

kadang- kadang Allah beri kita hujan..kita tanya di mana matahari Rupa-rupanya Allah nak bagi kita melihat pelangi..


finally,i've found my rainbow that makes my life more colorful..

the rainbow is YOU!!!


it'll be really nice if i can have this set of rainbow bears =)




p/s : mari kita sama2 kurangkan berat badan dengan berjalan ke KOM untuk 3 hari ini sebab kafe tutup.

Sunday, October 3, 2010

dowN bukan DoWniE

salam.

actually,sekarang sepatutnya masa membuat chem report.(rasanya hampir setiap latest entri aku mention chem report.nak buat macam mana,chem report sudah menjadi sebahagian dari hidup guwer sekarang T__T )

aku tak taw nak stori dekat sape pasal ni,so aku rasa it's better kalau aku spill dekat blog tersayang ni.okeyh,mood sekarang memang tengah down tapi bukan 3 doors down ye korang!

hmmpphh...aku tak suka diri aku sekarang.i hate myself right now.errr,dalam mandarin aku tak taw nak describe.malas nak pakai google translate.in fact dalam kelas mandarin belajar benda2 ceria jer,tak de pulak pasal perkataan negatif ni.

kenapa anda tak suka diri anda?

1)tak cantik?
2)gemuk?
3)tak menarik?
4)kurang brilliant?

zasss!!!untuk keadaan sekarang,jawapannya ialah

bukan semua jawapan diatas.sekian.

okey,cukup sudah mengarut.bukan ape,just nak hype up-kan my mood.now i feel better to write.

the story begins.

semua orang taw aku memang susah nak berenggang dengan kawan2.dalam erti kata lain,aku rapat dengan kawan2.they're like my 2nd family here.so,aku expect kami akan sentiasa menyayangi satu sama lain sampai bila2.tamat intro.

cut it short,aku sungguh amat terasa sekarang.
there's a certain time bila aku terasa,aku susah nak kool.nasib baiklah bukan selalu terjadi.so,no worry guys!

unfortunately,it happened this time.

well,the situation is like - orang salah faham dekat kita sebab orang lain.well,ini kerap terjadi dekat aku even aku ni bukan naif sangat sampai orang selalu amik kesempatan.aku yang amik kesempatan,tapi bukan selalu dan tidak memudaratkan.

aku marah sangat sebab A ni yang duduk dekat nak mampos dengan lokasi aku sekarang terlupa nak bagitaw ade discussion pada satu hari ni.and then,bila sampai waktu discussion,aku yang tak taw pape terus tido tapi tak lah senyenyak mana.when my other group member, B datang,dia cakap

"weyh,aku datang ko tengah sedap tido lagi kot."

and then,aku terpinga2.A kejutkan aku dari tido bila B datang.tapi tak cakap pape pon pasal discussion tu.and aku pon fikir dia just nak kejutkan aku sebab aku tak solat lagi.so aku pon just angguk2 and sambung tido sebab dah set alarm nak bangun lagi 10min.

but then dia datang lagi and cakap B dah ade kat tempat dia.aku memang blur time tu.tapi,just follow the flow lah kan.bangun,solat and buat discussion.

bila B ulang lagi sekali ayat bermakna di atas,aku pon mestilah defend diri aku cakap aku tak taw pon discussion nak ade masa tu.then, A pon confess dia lupa nak bagitaw aku.

bagi aku,aku tak nampak kewajaran kat situ.lokasi siries dekat.kalau malas jalan,boleh sms.nak save kredit,boleh pakai mostsms.com.dia register untuk itu.

still aku boleh accept.

tapi,tadi,aku dapat taw dari groupmember sorang lagi,C pasal waktu discussion untuk hari ni.aku just taw nak buat malam,tapi tak diinform pukul berapa.so,aku assume mungkin sebab lokasi kami dekat,maka aku boleh nampak kalau budak2 lain datang,maksudnya ade discussion.

C cakap dekat aku jangan amik hati sangat.tapi still aku rasa aku amik hati.
blogger-emoticon.blogspot.com

bukan saje2 nak cerita pasal ni,aku just nak highlight kat sini,aku sangat2 pentingkan imej aku dimata orang lain,especially my groupmembers.aku akan cuba untuk bagi komitmen walaupun ianya tak mungkin mencapai 100%.bukan nak jadi perfectionist,tapi entahlah.this is me.

my habit-bila terasa marah dengan orang,aku akan diam,tak banyak cakap,sebab dalam hati dan otak,tengah try untuk figure out solution plus marah diri sendiri sebab tak boleh terima alasan tu as well as tengah cool-kan kemarahan sehingga 37 degree celsius which is equal to body temperature.

adakah ini satu tindakan yang stupid?

whatever it is,the main point sekarang,aku tak suka diri aku sebab amik hati sekarang.spoil my mood.i'm trying to be happy like usual,but the result is awkward.it's really hard.aku dah jadi macam mecha.cakap pon monotonous.

aku tak suka bila keadaan ini berlaku,tapi aku consider keadaan ini as ujian.aku akan cuba untuk selesaikan dengan cara yang berhemah.
confident

ya Allah,berikanlah aku kekuatan dan solusi terbaik.
kuatkanlah frenship kami.sesungguhnya aku sangat2 menyayangi dia.
Amin.



maybe entri ni akan didelete after a few days.
p/s:entry for raya gathering is after this =)

Tuesday, September 21, 2010

WoW! EnGLisH EntRy?

salam.

this entry doesn't mean to hurt anyone.just to make me feel better before i start to study chem!
nak try jugak tulis entri dalam english.nak relieve stress and pressure before i gain weightanother pressure!and of course saje nak tengok my english level dah drop ke berapa degree celcius
hoho.
blogger-emoticon.blogspot.com

let's see!!

I’m so tensed with my life here. i don’t know how should I manage those problems. Those people around me sometimes make me sick!! I hate those hypocrites. I hate those people who likes to sms but when you meet them face to face they will ignore you, pretending they don’t see you. I hate those people who are bossy, like to give order to other people. They will just add the pressure and zits on my face!Seriously I hate them!wall

But I will always meet them. O Allah the Almighty please gives me the strength to face those people.

I found that my life here is making me more sad compared to PJ. At least in PJ, I can often meet my sister and uncle, sharing my happy moments with them. Spilling my problems to them. I miss those times very much.

I am so bored trapping in this room, in this small compartment. Luckily, my best friend is in the same room with me, I can have someone to chat and share my problem. I can’t imagine how my life here going to be without her existence.ohno

Me myself also don’t know why I’m so emotional and very exhausted tonight. Perhaps it is caused by the coming organic chem Midterm exam this Monday or because I squeezed my brain really hard last night to finish the report and stayed until 3 am thus making me to behave like a zombie in the class this morning. Have to skip breakfast and lunch just to finish the report. It’s really hard but I have to endure it, so that I can grab my dreams.

I miss those days in PJ a lot even I don’t like that place much. I missed how we can laugh in rooms 116C ,326C, and 430B, ZC. I miss how we can stay awake all night just to watch Korean dramas. I miss how we can do birthday surprises, throw a surprise party until the birthday girl will drop tears. Even me myself don’t have the experience but I don’t mind. I love to see those happy faces. It makes me happier than them actually.

Here, we don’t meet each other often, and I am so scared that our friendship is going to be very far from us. I really hope that our friendship will always near, somewhere in our heart. love

Right now, I can really feel the loneliness, and again trapping in this compartment of mine makes me feel bored and alone. I can’t feel the existence of the other two persons which are my roommates, except my only truly best friend a.k.a miss roommate which will always stay beside me unconditionally.Except during last ramadhan, where we can always eat together, a thing that we seldom do during these normal days. It’s just like this room belongs to the two of us only.However, I know they're so busy.

but still i can feel the joy after 2 months being in here. thanks to my friends for shining like a sunshine and making my life brighter here.thanks to kak yana for always bringing me and najibah to pasar malam and bazar ramadhan. =) you'll always be our dearest driver..hehe

I really hope I can overcome this. I have to! confident



i have to disagree with this.

my friends are valuable, but piss is valueless =)



p/s : my english is getting worse seriously! berkarat! all the sentences sangat2 SKEMA! macam banyak grammatical error! i don't know why but i know my EAP later is going to be suck. OH NO!!! i need help guys!blogger-emoticon.blogspot.com

Friday, September 3, 2010

FamiLy OuTinG VeRsi SteAmboAT cont.

salam.

entri ni adalah sambungan untuk entri yang lepas.baru je publish,dah terus buat baru.tak perlu tangguh2.sebab nanti jadi malas,konfem tak sambung.kesian kat korang,bace entri tergantung.especially my followers yang ramai.lah.sangat.haha.

sambung cerite.

lepas makan,pergi jalan2 dekat tc.amik angin malam.cewah.oppa yang ajak.and kitorang memang tak pernah jejak kasih kaki kat situ lagi.kalau korang nak fikir kitorang ni kolot atau LAME,silakan,tak kesah.sebab before ni tak teringin sangat nak pergi.haha.ayat sarkastik.

ape pekdah pergi malam2 dalam bulan pose pulak tu?kitorang just nak spend time together.before sume balik rumah untuk 2 minggu.dah lama tak kuar macam ni.lagipon,tak pernah lagi kuar dengan oppa and sherry.relieve tension lepas habis exam dan assignments yang banyak yang tak siap2.

ramai giler orang kat sana.malam2 pon ramai?ye,kitorang pon terkejut.sampai jem jalan.terbaik ah!dah boleh agak sape pengunjung tengah2 malam ni kan2?sebab tu lah kuantan ni nampak tak berpenghuni.yang paling pelik,sales kat berjaya megamall pon tak laku.HAHA.confident

biase lah,tempat tu pulak gelap.memang setting baik punye.memang tak best jugak lah pemandangan.dah gelap,laut pon tak nampak.tapi asyik ternampak benda tak best je.ape lah diorang ni,bulan Ramadhan kot.pencemaran betol.

malas dah nak cakap pape.boleh mencegah kemungkaran dengan hati je.ape lah nak jadi dengan diorang.sebab tu lah banyak babies yang dibuang even dalam bulan pose.

ah!malaslah nak cerite pasal diorang.takkan habis selagi tak sedar.baik cerite pasal kitorang.

oppa dengan sherry asyik plan nak pergi kacau kapel2 tu dengan buat scene konon2 curang.haha
dok cari target nak buat.entah ape2.tapi nasib baik tak buat.kalau tak entah2 kena lari sampai tak cukup tanah nak jejak.

jibah dengan oppa beli buih belon tu.aku pon tak taw la ape orang panggil.sume bertukar menjadi kanak2 ribena sekejap.seronok!main belon plus angin2 yang sepoi2 language.terasa bahagia.riang ria jer suasana.

lepas tu terjumpe karimah ngan farah.ajak diorang join,tapi diorang nak dating berdua.tak pe lah,yang ni kitorang kasi can lah.haha.tapi,sesekali diorang kena panggil tolong jadi fotografer kejap.thanx banyak2 eh karimah and farah!

bergambar2 di bawah cahaya the only spotlight yang wujud kat pantai tu.tak payah fikir pasal orang lain.macam kitorang je yang ade kat situ.haha..enjoy giler!!memang terbaek lah!blogger-emoticon.blogspot.com

sempoi ah pedang kat belakang tu!!hikhik

bermain belon sambil menten cun
(sebok je orang belakang tu)

ini betol,bukan berpura-pura!!

dah habis idea nak buat gaya ape =)

thanx to oppa dengan sherry sebab plan event semalam.(ceyh,gaya macam grand jer).kitorang enjoy sangat2.perut pon kenyang.kenyang giler!dan letih.haha.lepas ni boleh lah kuar lagi beramai2 macam ni.oppa,ko drive.ko lah driver bertauliah kitorang.heheblogger-emoticon.blogspot.com


love u ol!!mmmmuuuaaahhh!!!korang memang terbaek lah!!kiss

FamiLy OuTinG VeRsi SteAmboAT

salam.

terasa nak menaip entri baru sementara menanti detik 8.45 malam ni.macam tak percaye hari ni dah 3hb.bukan ape,sejak dua menjak ni 3hb ni hanya bermaksud satu benda jer dalam hidup aku,iaitu balik.hoyeh!hoyeh!hahaha.dari tadi tak boleh nak stop gelak,senyum,gelak balik.buat video conference dengan mereka2 di rumah,semata2 nak tengok baju raya.sedangkan malam ni dah nak balik.ape ai kesah kan??suka hatilah!!muahahaha..gelak besar nampak.blogger-emoticon.blogspot.com

minggu ni memang sume orang asyik buat countdown jer.tambah2 roomate aku yang sorang tu,tiap2 hari status facebook beliau adalah mengenai countdown.fuh2,dasyat!!kalau borak2 pon mesti terselit ayat ni


"weh..tak sabaq dah nak balik ni!!!bila nak sampai 3hb ni..haisshhh "

tengok?efek nak balik bila dah bertapa lama sangat kat kuantan yang tak berpenghuni.kenapa aku cakap tak berpenghuni?sila tunggu sehingga di akhir rancangan.terima kasih.

tapi,jangan risau,disebabkan dah masuk 3hb,maka beliau pon dah diam.haha


semalam exam microbiology yang hrmmm...senang? cewah!cewah!

"eksyen ah mu ni..bajet terer la kan.." mesti lah ade yang nak cakap macam tu kan?boleh tak tunggu aku habiskan ayat dulu??

semalam exam microbiology yang hrmmm..senang?soalan je yang senang kot.nak jawab,amik ko!hahaha..maka,wujud jugak sesi tembak menembak didalam exam hall tersebut.
mujurlah tak de jiwa yang terkorban.fuh...

kol mama after habis exam,beliau tanya

"boleh buat exam?senang?"
"hrmm..boleh.alhamdulillah,soalan senang lah jugak.boleh la jawab.ade 2 3 soalan lah konfius sikit."

ayat nak bagi sedap hati.


dan keluar soalan cepu mas dari beliau


"yakin boleh dapat 100?"
"ha?hehe...________" (sila isi sendiri ngan pape je yang korang nak.)

huwaaa...sori mama,jawapan takde dalam skema.
blogger-emoticon.blogspot.com

sebab most of us nak balik hari ni,and ramai jugak yang dah mengangkat begs keluar dari uia ni semalam setelah habis exam.so, aku dan kawan2 dah plan nak berbuka di luar before masing2 pon angkat begs jugak malam ni.tak sabar dah ni.(ceyh,aku pon sama.haha)


tanggal 2 september 2010,pukul 6.15 kot rase2 nye,bertolak lah kami-aku,dian,najibah dan syazila ke berjaya megamall.nak attend iftar.tapi,sebenarnye bukan di situ lokasi sebenar.nak jumpe je kat situ.berjaya megamall tak best.HAHA.sempat lagi.

oh ye,lupa pulak,tenkiu banyak2 kat inche hardy,yang telah ditauliahkan sebagai supir last minute sebab tolong "tumpangkan".HAHA lagi sekali.sori sangat2 sebab terpaksa menyusahkan.memang dah sampai tahap terpaksa.sumenye gara2 delivery service.
kalau bukan sebab pertolongan beliau,tak sampailah kami kat sana.walaupon aku rasa kereta tu dah macam nak terbang di angkasa jer sebab laju.and mencelah2 macam kereta tu kecik dan fleksibel.dan beliau pusing stereng macam pusing roda impian.malah,pusing roda impian macam nampak lebih berhemah.kesian dekat kami di belakang yang terhuyung-hayang(betol ke penggunaan perkataan ni?) setiap kali belok.nasihat untuk inche hardy,sila memandu dengan selamat di lain kali.ingatlah orang yang tersayang.haha.tapi,pape pon,terima kasih bebanyak.xiexie ni hardy xiansheng! blogger-emoticon.blogspot.com

ok,part nih,aku terasa macam nak eksipelain(explain versi dr.Ibrahim) dengan lebih lanjut.macam tak faham.tapi,rasenye memang tak faham.marah pon ade.aku dah book awal2 delivery kat sini,sehari sebelum lagi kot.tapi,last2 minute tak boleh nak hantar.ade urusan.ok,fine.dah kena banyak kali macam ni.tapi,sorry to say,ai tak lali lagi.maksudnye?ai marah lah!koling2 sister2 yang lain,tak angkat.kalau tak nak hantar pon,angkat lah cakap tak boleh hantar.guwe kol guna kredit guwe weh,bukan pakai kredit lu.lu just kena angkat je kot.ape susah sangat?ok,sila bersabar,banyak pahala bersabar di bulan Ramadhan ni.

bukan ape,jangan lah buat macam ni kan,susah kitorang kat sini.dah la tak boleh bawak transpot sendiri lagi.(bajet lah nak dapat.eksiden dah banyak jadi.abah mesti tak bagi.prevention is better than cure).
enough bab transpot.jangan marah2.malam ni dah nak balik.muahahaha(gelak besar)

ok, nak dijadikan cerite,aku,iffah a.k.a oppa,dian,sherry,syazila and jibah pergi berbuka makan steamboat.dah lama nak kuar makan,tapi tak de waktu yang sesuai.sume bizi online study.so,semalam amik kesempatan kuar sebab dah abis exam.konon.hehe
blogger-emoticon.blogspot.com

nama restoran tu err..hrmm..tak ingat.sebab terlalu lapar.maka,tak boleh berfikir.
mula2 plan nak makan kat restoran J kat ecm ni.tapi,ade konflik.ade yang cakap halal,ade yang cakap tak.so benda yang was2 ni,baik dielakkan.hanya produk zaitun yang boleh digunakan tanpa was2.maka tak perlu dielakkan.tetibe.

malas cerite banyak.muka memasing memang obvious giler kebulur.tambah2 sherry.hahahaha
jom lah tengok beberapa bijik foto.let the pictures speak.hikhikhappy


lauk-lauk


siyesly,aku suke tengok bebola dia.sugoi!


tangan mereka yang kebuluran.haha


iffah yang bizi memberi arahan.

muka2 lapar tapi masih nak menten cun

sherry yang kuat makan


ehem2..hahaha

order set medium.sedangkan nak makan 6 orang jer.sebab memang tengah lapar giler.tomyam memang kaw.thumbsupbetul2 kaw macam kopi cap kapal api.kalau tak percaye,tengok iklan.sup pon sedap.dian tak habis2 puji tomyam dia.sebab dia suke makan pedas.biar berasap,meleleh air mata pon tak pe.jibah pulak sampai merah2 muka.bagi oppa pulak,pedas2 ni no hal.same macam dian.sherry pon macam tu.aku pulak?baru makan sesudu,sedut air sampai setengah gelas.haha.memang tak tahan pedas.langsung.nak buat macam mana kan,perut western.muahaha.eksyen.blogger-emoticon.blogspot.com

before makan,rase macam tak cukup.skali bila dah makan,tak habis pulak.rase sangat banyak.haisshhh..nak tak nak,kena sumbat bagi habis.ikan pulak,tapau guna tupperware jibah bawak balik bagi kat kucing.idea sherry.dia cakap mesti kucing kat M7 suke.ade pekdahnye jugak disitu.tak membazir.aku pulak fikir kucing zaman sekarang demand tinggi.nak ikan mahal dari restoran steamboat.hahaha

akhirnya,lauk2 berjaya dihabiskan.kecuali ikan dengan tofu.berendam je dalam sup.aku memang tak amik langsung tofu.tengok tofu,teringat drama jepun one litre of tears.kaitan?tak de genetik japanese ,sebab tu kurang suke makan tofu.muka je ade ala2 jepun sikit.hahaha.konklusi yang menarik. blogger-emoticon.blogspot.com

ok,mengarut.entri dah macam panjang sangat.ade sambungan kat next entri.sebab lepas tu,tak terus balik.oppa ajak pergi TC.bukan pergi kilang TC boy tuna,tapi teluk cempedak.so,bace kat next entri lah ek!!