Showing posts with label real islam. Show all posts
Showing posts with label real islam. Show all posts

Sunday, May 11, 2008

PeSanAn bt GurLS DiLuaR SaNA!!

ni ak kopi n pasta skali g dr msg inb0x ak kt fwenster.diorg sruh fwd..ak mls la nk fwd2 ni,so ak dcide nk boh je kt sini..mb lbih rmai y akn bca..

sama2 la kita amik mksud y trkndung di dlm coretn ini..



PERINGATAN UNTUK WANITA

Sekali WANITA tergoda, gugurlah sekuntum wardah di syurga,sekali WANITA ternoda,berdekah-dekahlah syaitan di neraka..
• Janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja(mcm sayang k..apa2 je yg boleh mnimbulkan fitnah) semasa bercakap dgn lelaki asing kerana demikianboleh menimbulkan keinginan orang yg ad penyakit dalam hatinya(menaruh tujuan buruk pd kamu)
• Kau digelar sebagai penyeri dunia,hadirmu melengkap hubungan manusia, Bukan sahaja dirindui yang biasa,malah Adam turut sunyi tanpa Hawa…
• Kan korang semua selalu sebut WANITA HIASAN DUNIA SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH..jd buktikanlah yg korang nie perhiasan yg paling indah kt dunia nie!!=)



p/s:psnn ni utk sume,trmsuk ak!!

Wednesday, May 7, 2008

LelAki IdAmaN???hrmmm..

ni ak kopi n pasta je dr website iluvislam.hrp korg dpt memhami ape y trsirat disebalik puisi ni..


Lelaki Idaman
www.iLuvislam.com
oleh: akhawat88_girl



Lelaki idaman…


Seorang lelaki yang aku idamkan

Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhat
ikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu
daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran


Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi


Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa

Persoalannya...


Masih adakah lelaki idaman itu??

Wednesday, April 16, 2008

KeKuataN seDekAh

Assalamu'alaikum warahmatullaahi wabarakatuh,

Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad,
seperti berikut :
Tatkala Allah Ta’ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah
menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya,
ternyata bumipun terdiam.Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuatdaripada gunung ?”
Allah menjawab, ”Ada, iaitu besi” (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh
menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang
dibuat dari besi),
Para malaikat bertanya lagi ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu
yang lebih kuat daripada besi ?”
Allah yang Maha Suci menjawab, ”Ada, iaitu api” (besi walau sekeras manapun
boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),
Para malaikat kembali bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-
Mu yang lebih kuat daripada api ?”
Allah yang Maha Agung menjawab, ”Ada, iaitu air” (api membara sedahsyat
apapun niscaya akan padam jika disiram air),
Para malaikatpun bertanya kembali ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?”
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, ”Ada, iaitu angin” (air
disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan
menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan
angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),
Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi ”Ya Allah, adakah sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?”
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, ”Ada, iaitu
amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya
sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya”.
Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah
orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga
sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur
menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.
Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya
ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : ”Wahai
segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat , dan
seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya”.
Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat
yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap
dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.

Ganjaran bersedekah


RasulAllah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya

untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah
berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.
Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran
yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan
sabda RasuluAllah SAW, sbb :

1. Allah Ta’ala berfirman, ”Adapun orang yang memberikan (hartanya di

jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang
terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang
mudah”. {Qs. Al Lail (92) : 5-8}
2. Allah Ta’ala berfirman, ”Perumpamaan ( nafkah yang dikeluarkan oleh )
orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa
dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap
bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia
kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” .
{Qs. Al Baqarah (2) : 261}
3. RasulAllah SAW bersabda, ”Setiap awal pagi, semasa terbit matahari,
ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru,
”Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan
hartanya kepada Allah ”. Yang satu lagi menyeru ”musnahkanlah orang
yang menahan hartanya ”.
Tolak Bala dengan Sedekah
Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk
menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda
RasulAllah SAW, sbb :
4. ”Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah
mendahului sedekah ”.
5. ”Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah ”.
6. ”Ubatilah penyakitmu dengan sedekah ”.
Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran
bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk
melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh
kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui
ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb)
menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal
sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan
laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah), sebaiknya
mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian
kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas
perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu
bersedekah,
Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang
kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan
kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah
yang bertakwa. Pengemis/peminta/fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi
orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi
orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???
Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian
sedekah
Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada
pengemis/peminta/fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan
maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum
sholat Jum’at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan
biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jum’at, misalnya Jum’at
ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jum’at
berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan
yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.
Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla.
Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya
akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi,
sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab
menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya
menahannya adalah celaka. Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah
diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan
meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya
berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka
kehilangan sesuatu.
Sedekah yg pahalanya terus mengalir
Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda :
”Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus , kecuali tiga
hal : amal jariyah , ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang
mendo’akannya” (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).
Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir
walaupun si pemberi sadaqah telah wafat :
SADAQAH JARIAH –

KEBAIKAN YANG TAK BERAKHIR

AL SADAQAT AL JARIYAH –
THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU !

1. Berikan Al-Quran pada seseorang,

setiap saat Al-Quran tersebut dibaca,
anda mendapatkan kebaikan.
Give Quran to someone and each time
they read from it, you will gain hasanaat.
2. Ajarkan seseorang sebuah do'a.
Pada setiap bacaan do'a itu, anda
mendapatkan kebaikan.
Teach someone to recite a dua. With each
recitation, you will gain hasanaat.
3. Sumbangkan kerusi roda ke
Hospital dan setiap orang sakit
menggunakannya, anda
mendapatkan kebaikan.
Donate a wheel chair to a hospital and
each time a sick person uses it, you will
gain hasanaat.
4. Tanam sebuah pohon. Setiap
seseorang atau haiwan berlindung di
bawahnya atau makan buahnya,
anda dapat kebaikan.
Plant a tree. Each time any person or an
animal sits under its shade or eats from the
tree, you will gain hasanaat.
5. Tempatkan pendingin air di tempat
awam. Place a water cooler in a public place.
6. Edarkan bacaan yang membangun
dengan seseorang.
Share constructive reading material with
someone.
kita tidak dilaknat Allah dan seluruh makhluk kerana tidak menyampaikan
(menyembunyikan) apa yang telah kita ketahui, sebagaimana dinyatakan dalam
Al-Quran surah Al-Baqarah Ayat 159 :
”Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah
Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu
dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk ”.
Dari Abdullah bin 'Amru ra, RasulAllah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah
pesanku walaupun hanya satu ayat ”.
Semoga Allah Ta'ala membalas 'amal Ibadah kita.
Wassalamu'alaikum warahmatullaahi wabarakatuh.
.....ibnshafiee