Wednesday, December 22, 2010

I'm HOT!!!

salam,readers.

cuaca di kuantan sekarang lebih kurang macam suasana winter di rusia.heh,tipulah kau.exaggerate pulak sedangkan tak de secebis salji pon yang turun.yang turun hanyalah hujan tapi bukanlah hujan yang turun bagaikan mutiara macam lirik lagu sudirman sebab nanti semua orang sibuk sibuk nak kutip lepas tu pearls dekat kedai terus tak laku dan kedai tu terus jatuh muflis.

hei,ape kau merepek ni fana?ade kaitan dengan tajuk ke?


sabar sabar.sebab tajuk entri ni mainly nak cakap pasal sabar di mana sabar itu separuh daripada iman.(kalau dapat lecturer strict konfem aku kena lempang laju laju sebab buat ayat dalam BM pon tunggang langgang) *sigh*


tajuk hari ni-"I'm HOT".atau tajuk lain yang boleh digunakan - "U make me feel HOT."eceyh,tajuk bukan main lagi.macam lah kau hot sangat sampai petik jari sepuluh yang datang kan? di sana,di sini bukan bermaksud begitulah.boleh tak di sana bersabar baca entri sampai habis please?


terima kasih.phewww,,,penat nak menepis tanggapan orang lain.tetibe.
ok,cukuplah kot mengarut sampai masuk dialog p.ramlee bagai kan.

al-kisah begini,sem ni bermula dengan kitorang telah menerima ahli baru di dalam kelas as ade 2nd intake untuk kulliyyah of science.jumlah diorang lebih kurang sama banyak dengan kitorang,menjadikan jumlah sekarang 100++.kedengaran macam sikit berbanding course lain kan?tapi bagi kitorang dah cukup ramai sehingga merimaskan blogger-emoticon.blogspot.com

mana taknya,masuk kelas kena jalan cepat cepat,berebut as in mini or main audi tu boleh lari jauh dari kitorang.eh,logiknya di sini?tak de logik logik.bila cakap pasal emotion,terus tak wujud perkara logik.HAHA.


kalau aku,aku still prefer kelas sem lepas.sangat santai di mana kalau datang terlambat sikit pon still boleh dapat seat tanpa perlu berperang.bila ramai ramai nak fokus pon ya Allah susah gile!nak cakap aku dah boleh memahami perasaan budak biomed,diorang lagi dasyat as jumlah diorang 200++!

for that total part,aku sangat bersyukur sebab kitorang still tak seramai diorang.dulu dekat mrsm,asal masuk lecture hall je aku mesti cari seat belakang and tido masa kelas fizik!kelas lain masih boleh survive tapi bukan kelas fizik as i don't like physics that much compared to the other subjects.dulu dulu lah.

sekarang,aku tengah berusaha supaya nasib subjek subjek sekarang tak seperti nasib fizik dulu.tapi,dengan situasi kelas macam pasar malam kulim,possible kah?blogger-emoticon.blogspot.com


tadi lepas kelas,ade sedikit discussion among us,sisters only.so,discuss benda benda penting pasal kitorang sebab intake dec ni ramai gile sisters sampai terus jadi imbalance kelas kitorang.before this,sisters and brothers lebih kurang sama je bilangan,masuk diorang,dah macam sekolah convent je gayanya.but still ok bagi aku as sekolah rendah dulu aku sekolah convent so no biggie.

yang bikin aku hot nih bila sorang budak nih bangun and voice out ketidakpuasan hatinya pasal jaga jaga seat untuk orang lain.i was like huh?macam lah kau tak buat kan benda tu yang kau nak cakap dengan lantang dengan suara yang tertahan tahan macam orang marah gile lepas dapat tau suami dia main kayu tiga kan...

semua orang macam ape kes budak ni kan??tell me,sape yang tak jaga seat untuk kawan kawan diorang?sape yang baik hati gile nak duduk sebelah strangers?(ambik kau aku memang tengah emo pasal benda ni sampai keluar terus perkataan strangers) kau pon mesti tak nak kan?ohno

once keluar dari main audi,isu cup-ing tempat duduk jadi isu panas dan berbangkit.semua tak puas hati.oh,masalah masalah.

dah faham maksud tersirat I'm HOT?

meh nak explain dalam bahasa simple lagi mudah - SAYA MARAH.

ade faham?



ini betul betul bukan main main

rasanya lepas ni nak pergi kelas dengan perasaan malas nak ambik pusing keadaan sekeliling.tahap kesabaran juga harus ditingkatkan bertingkat tingkat.





p/s: aku sekelas dengan junior sekolah.is it a good news?

Tuesday, December 21, 2010

mari mari berbahasa melayu baku

salam.

kelas sudah bermula secara rasmi walaupun hanya sekadar pengenalan.ewah ewah,nak bercakap bahasa baku pula hari ini ye...

ni semua penangan hebat kelas pengenalan bahasa melayu pagi tadi,selain penangan kena kelas malam sepanjang sem.ya anak anak,dekat uia wajib ambik bahasa melayu.

tergamam,terkedu,terkejut,terpempan,ape ape je lah perkataan yang boleh describe perasaan jakun semasa dalam kelas bahasa melayu.ha!ambik kau!lama kot tak kena berbahasa melayu baku,sekali dengar semua ternganga nganga.reaksi semua orang tak ubah macam dengar pensyarah di depan speaking jepun.ceyh,nak jugak letak jepun.

dan aku pun macam baru tahu kalau nak guna atau pinjam perkataan english dalam perbualan bahasa melayu,kena sebut "dengan izin" dulu.

oh, serius jakun!!!

walaupun tak faham kena mintak izin dari siapa sebenarnya T_T.please sesiapa yang boleh explain,sangat dialu alukan.

sekarang,mari kita lihat contoh penggunaan "dengan izin":-

kita perlu gunakan dengan izin, "pendrive"
(sebenarnya,dalam bahasa melayu baku,kena guna pemacu pen atau pemacu ibu jari untuk "thumbdrive")


ok,kalau selalu praktis macam ni,tak lama lagi boleh berdiri sebaris dengan sasterawan negara kot?eceyh.


terbayang bayang masa zaman sekolah dulu.kebanyakan exam,aku akan skor markah yang lagi tinggi untuk english berbanding bahasa melayu.entah kenapa.rasanya aku ni memang orang melayu(ade la jugak campur campur Thailand sikit kot),dalam IC pon tulis melayu.


mama aku pon pernah cakap sekali,

"betul ke orang melayu nih?"

sebab aku pernah dapat B+ untuk BM tapi BI aku dapat A.masa form 4 kalau tak silap.ai malu tau!


dan boleh bayang tak kitorang asyik nak tergelak je bila dengar setiap perkataan yang keluar dari mulut pensyarah tu?macam tak pernah dengar langsung bahasa melayu.mungkin sebab selama ni kita banyak guna bahasa "rojak",bukan bahasa melayu kot?


ish ish ish,kena ubah ni,kalau nak senang masa pembentangan nantilah.barulah boleh dapat A kalau macam tu.ye tak?heheblogger-emoticon.blogspot.com



p/s: konon konon nak tulis dalam bahasa baku,sebab nak praktis nanti kena buat jurnal dan laporan panjang panjang kekekekekekeblogger-emoticon.blogspot.com


blogger-emoticon.blogspot.com

Saturday, December 18, 2010

sakit sakit rumah

salam.

minggu ni cukup memenatkan.sebab?sebab tak de kelas(?).berhibernasi dalam bilik sesungguhnya memenatkan.berhibernasi pon dah penat,melayan perasaan lagi lah kan,penat square aku.

hah?melayan perasaan?bercinta ke fana ni nak layan perasaan bagai?

oh,kabi nehi.tidak tidak.bukan fall in love,bukan jatuh hati,bukan jatuh longkang,bukan bukan.
blogger-emoticon.blogspot.com

layan perasaan teringat dekat rumah.oh,baru seminggu kembali ke kuantanamo,dah tak sabar membilang hari untuk cuti seterusnya.tiap tiap hari teringat masakan mama(oh mama tolonglah bangga sebab ade kipas-susah-mati masakan anda) sampai boleh terbau bau masakan beliau.

hebat tak?hebat tak?

ni lah orang panggil homesick.atau dalam bahasa saintifik dipanggil sakit rumah.dan ubatnya mestilah balik rumah!treatment paling terbaik!

dengan kondisi sekarang yang ala ala nak demam plus selsema(again?) lagilah teringat rumah.baru je lepas selsema dan batuk masa cuti yang lalu,sekarang dah terkena infection balik.


tapi nak balik rumah huih jauh kot.so,guna skype untuk tengok rumah.tengok muka famili.cukuplah sementara dekat sini.bila balik rumah skype terus off.ye la,famili dah depan mata,buat ape lagi nak berskype skype hoiiii...

tapi,kekadang on je main main dengan adik adik kat rumah.oh,rindu walaupon setiap hari mesti ade je yang nak bertikam lidah,berebut itu ini sana sini.
tengah bershoping pon teringat dekat diorang.eleh, macam tipu.

heh!betul ok!tengok tengok baju cantik,mesti akan terdetik dalam hati

"nanti nak beli satu dekat ayuni lah,"

tak pon "nak beli dekat intan lah,"

tak pon "nak beli dekat anim lah,"

tak pon "nak beli dekat angah lah,"

tak pon "nak beli dekat izzuddin lah," bila tengok baju kanak kanak comel comel.

tadi call abah,abah cakap,

"amboi,ingatkan dah lupa dekat kami semua.." dengan nada joking.

oh abah,tak boleh lupa dan takkan lupa.setiap hari 24/7 bak kata omputeh asyik teringat rumah.tapi,life must go on.eceyh.

pesanan beliau kalau nak makan,makan sedap sedap.biar habis duit untuk makan.haha.sempoi tak?tapi kan,sesedap mana pon,takkan boleh lawan masakan mama.mummy no 1 tu!
thumbsup


harus diingatkan cik fana,sebelum balik cuti midterm hujung bulan 1 ni,ade midterm exam.pastikan ready dan buat yang terbaik supaya boleh balik dengan senang hati.tak gitu?






p/s: minggu depan start kelas secara official.yosh!gambare masho!

Monday, December 13, 2010

bersemangat yo!!

salam.


hari ni dengan rasminya kelas start.kelas informal.haha.sebab semua awal awal lagi tercegat dekat KOS tapi bergosip dekat luar.konon konon kelas pukul 11.30 pagi tadi,tapi rupa rupanya salah pilih section.sepatutnyalah, pagi tadi tak de kelas.

ceyh!geram.

boleh sambung tido kot tadi.tak pon sambung tengok movie.

amboi!buat macam masa cuti pulak!sem baru tolong bersemangat sikit!
blogger-emoticon.blogspot.com

kalau cakap pasal semangat,teringat pasal nak stori kalau dapat result best.eh,best ke?ok lah kot.lagipon tak target tinggi sebab 20 soalan aku hentam untuk subjek computer walaupun mak aku cakap aku ni pro bab bab computer nih sebab 24 jam menghadap benda ni.gila tak?gila tak?tak pernah seumur hidup aku hentam sebanyak tu.

tapi,alhamdulillah,result ok.kalau tak aku tak sanggup nak stori dekat sini.termasuk juga dikalangan DL.cewah.tapi masih biasa biasa je.tak hebat mana sebab mesti ramai lagi yang dapat lebih tinggi.lepas ni kena improve.maka kena insaf dan study secara berterusan(azam yang sama setiap sem tapi tak pernah tercapai sobsobsob) kalau nak dapat result lagi bagus.yang penting nak capai short term goal-dapat 1st class degree dan duduk baris depan masa konvo nanti.
blogger-emoticon.blogspot.com


insyaAllah.



petang ni diorang cakap ade kelas.macam malas nak pergi.tapi sebab dah berazam lepas dapat result hari tu nak berubah untuk kebaikan atau orang utara cakap change for good,kenalah pergi kelas petang ni,dengan gembira ye.dengan gembira.pastikan pergi kelas dengan hati yang gembira.haha.harap harap dapat dr ibrahim shogar sebab ramai yang rindu dekat beliau.
blogger-emoticon.blogspot.com

so,mari mari mari kita bersemangat yo!!!






p/s: walaupun ade kelas,tapi still tak membantutkan hasrat nak outing.stok makanan tak de langsung.kenalah beli kan...hehehe
happy

Sunday, December 12, 2010

hi hi kuantanamo

salam.

guys,please say HI to KUANTANAMO T__T

yeah,i'm back to this peaceful(?) uia kuantan.oh,gile sedih dan sayu masa nak naik bas semalam.sedih sangat!dan sangat tidak puas hati.kenapa cuti sekejap sangat?orang lain boleh cuti sampai bulan 1?stress exam yang lepas pon tak sempat nak hilang lagi.

tadi cukup saspens masa nak buka site blogger nih.takut sejarah lama mungkin berulang.tapi,alhamdulillah,berjaya juga buka blogger,terus sign in dan taip.haha.tak de kaitan.
upil

last holiday was a blast!seriously!pergi berjalan jalan,except for the first 2 weeks tak boleh nak ke mana mana sebab demam,batuk dan selsema bermaharajalela di dalam rumah.lepas semua sembuh,hooraayyyy boleh pergi jalan jalan.
clapclap

pergi shoping sampai tak hingat dunia dekat jusco.sale weh SALE!kan sekarang Y.E.S.tapi bukan YES internet tu,so tolong jangan buat ajaran sesat.haha.
blogger-emoticon.blogspot.com

habis banyak jugak.mama sempat rembat set cawan dan gelas.bila tanya buat apa nak beli yang cantik cantik sangat sampai tengok pon rasa sayang nak pakai,mama jawab

"mana lah taw nanti rombongan mana mana sampai..."

hahaha..serious lawak.lambat lagi lah mama...

cuti sekolah ni pon banyak kenduri yang dijemput hadir.memang setiap weekend pergi kenduri.sampai dah tak selera tengok nasi minyak bagai.

last week,kitorang satu famili pergi melawat ladang anggur.ape yang ade kat situ?mestilah anggur!ceyh,kalau tanya budak tadika pon mesti boleh jawab.cerita pasal anggur ni nantilah aku stori dalam entri lain.letih naik bas 10jam dan kemas kemas bilik tadi.nak rehat sekejap.


p/s : harap harap esok tak start kelas lagi.nak outing.hehehe.

Friday, December 3, 2010

LamA BeToL tAk KenA TAG k0T!!



salam.

hai all!kali ni entri yag berbau wangitag.ade ke ayat macam ni?haha.abaikan.
terasa semangat nak publish entri tag yang dah berminggu dalam draf lepas tengok result tadi.ok,pasal result lain kali cerita.


miss rara,aku kidnep ni sebab malas nak buat =)


oklah,terus jawab tag je lah.

15 things about me.(sila sebut ala ala lagu miley cyrus 7 things i hate about you ok).haha.
blogger-emoticon.blogspot.com

  1. saya seorang Muslim.
  2. saya seorang perempuan.
  3. saya seorang student.
  4. saya seorang kakak.
  5. saya anak sulung.
  6. saya sayang famili saya sangat2!
  7. saya sangat suka makan,tido,tengok tv,dan online
  8. saya obses dengan drama and movie jepun,korea dan hong kong!
  9. saya sanggup download banyak banyak even internet lembab semata mata nak nak mengelakkan buffering yang jauh lebih lama.
  10. saya seorang shopaholic walaupun saya tak tahu ape yang saya beli setiap kali shopping.tak pernah perasan kewujudan barang barang tersebut.
  11. saya sayang kawan kawan saya sangat sangat,termasuk orang yang suruh buat tag ni!
  12. saya juga fanatik dengan stephen chow.he's fabulous and marvellous!
  13. saya sangat tak suka basuh baju dengan tangan sebab buang masa,unless baju tu memang kena basuh tangan.baik pakai mesin basuh,jangan sia siakan kemudahan yang ade-itu trademark saya.
  14. saya bukanlah seorang fashionista,sebab saya tak kisah sangat pasal fashion ni.just pakai ape yang mampu dibeli dan selesa.
  15. saya suka observe orang,tapi terasa malu bila diobserve oleh orang lain.haha.


dah habis.penat taip
phew and i know it's boring.haha


dan sekarang saya nak tag :
  1. sesape
  2. je
  3. yang
  4. nak
  5. buat =)
cukup kan 5 orang?kekekekeblogger-emoticon.blogspot.com

thanks to miss rara,dah lama taw ai tak kena tag.dulu macam ade tapi tak sempat buat.sangat busy time tu even aku sendiri tak taw ape yang membuatkan aku busy (konon)



di kesempatan ini, aku juga nak ucapkan


SALAM MAAL HIJRAH


kepada semua.marilah kita bersama sama berhijrah ke arah kebaikan...



p/s: nanti rajin rajin la tag lagi lepas ni sebab macam best pulak buat(syok sendiri)hihi

Monday, November 29, 2010

ApA?kRONiK?

salam,people.

konon nak jadi blogger tegar,at last impian tu macam rumput di tepi jalan,hidup segan mati tak mahu(betulkah peribahasa ini?bahasa melayu dah berkarat) sebab bila kat rumah busy mengalahkan yb.

eceyh,perasanlah kau macam yb.kau busy buat ape jer?makan,makan dan makan.yeah,sebagai mana rakyat uia kuantan yang lain tahu,bila di rumah,azam untuk berdiet konon nak maintain berat badan ideal pasti akan terpesong.hei!gile skema ayat ayat beta!tapi tak pe,beta telah difahamkan bahawa nerds make better boyfren oleh seorang kawan baik beta.hehe =)

well,actually ade tag from miss rara,tapi malam ni tak de moodlah nak fikir banyak untuk jawab tag.sori ok miss rara! sangat lama tak kena buat tag,mula2 tengok macam berkobar kobar nak buat,tapi sebab kena fikir banyak jadi malas T_T lagipun tengah semangat nak habiskan Bloody Monday 2.hihi.

honto ni gomen!
blogger-emoticon.blogspot.com

next entry insyaallah aku akan cuba jawab tag tu =)

nak stori sikit nih,hari tu pergi klinik,sebab selsema dan batuk.sekali dengan my mum.my mum suggests suruh doc tu periksa sekali kenapa pimples dekat muka makin teruk.dulu masa dekat cfs,dah makin ok,tapi bila masuk 2 sem yang terakhir,skin breakouts jadi balik.mungkin sebab stress sebab dapat tilam keras(ceyh,macam ade kaitan).haha.

so,the doc (doctor bukan document,harap maklum) pon tengok tengok lah muka aku ni kan,and then beliau cakap :

"ini dah tahap kronik."

satu ayat yang sangat senang nak cakap,tapi serious mengguris hati sobsobsob T_T

cuba korang bayangkan,even bukanlah seteruk kanser or penyakit lain,tapi still teruk kan?beliau cakap lagi,muka aku sangat berminyak,especially dekat T-zone.

then,beliau provide aku dengan cream,sunblock,sulphur soap,vitamin e cream bagai.punya banyak nak kena pakai!and ape yang aku pakai before tu kena stop.tapi,tak pe,sabar.ini ujian.

banyak tips beliau bagi:

1) don't wash ur face more than 10 sec.kita selalu ingat cuci muka lama lama boleh bagi cantik kan?well,itu adalah auta!bila kita cuci lama lama,the skin will become worse,sebab below the skin the infection can spread to other parts.

2) always apply sunblock.itu penting untuk avoid the UV rays.choose sunblock with the sun protecting factor,or what we call spf, 20 and above.aku dapat sublock dengan spf 50.ha!amik kau!50 terus!

3) even dah pakai sunblock,pakai payung kalau berada di bawah panas terik.

4 ) drink a lot of water to hidrate the skin.

5) have enough rest.

so,ini ape yang aku cuba untuk apply dalam kehidupan seharian.tapi,part untuk have enough rest agak susah untuk ikut.dah biasa tidur 12 a.m ke atas.haish...

to those yang ade masalah macam ni,aku suggest untuk korang pergi refer dekat mana mana docs untuk taw keadaan sebenar and the best treatment even akan melayanglah jugak beberapa ratus.it's worth to try,sebab macam doc tu cakap "all the products u bought are not professionally suggested to you."


p/s: i really hope that all the efforts this time will lead to success.pray for me friends!

Saturday, November 20, 2010

TaK de MoTiF

salam.

wah..seronok baca blog orang lain dengan entri yang best and gambar bagai.serious best!!well,aku pun tetibe menjadi rajin nak menghupdate blog setelah memendam hasrat beberapa minggu di uia kuantanamo sana,tapi zasss!! tak de idea sangat.beberapa hari ni sangatlah letih and tetibe tadi menerima kunjungan yang tak dijangka oleh saudara mara sebanyak 4 buah kereta.ramai kan?


so,nantilah kalau ade cerita best,akan ade entri barulah.kalau tak,hehe...



serious tak de motif yang dapat dikenal pasti. nite!
blogger-emoticon.blogspot.com

Tuesday, November 16, 2010

eNtRi PeNdEk KONon

salam.

today,short entry only.

tadi tolong mama masak juadah untuk esok.banyak jugak.ketupat,rendang ayam,and mama nak buat laksa. pagi pagi dah tercegat dekat pasar.dekat sini,belah belah utara,mereka lebih keinggerisan.(sila baca ke-english-an.saje gedik nak tulis macam tu konon konon macam best)pasar lebih senang disebut market,elektrik lebih selesa disebut karen.haha.

sape bilang orang utara enggak hebat?

ok,sudah merepek.efek tengok cerita alisa(betul entah eja mcam ni) petang tadi even sebelum ni tak pernah tengok pon.gara gara peminat setia cerita indon dan melayu yang tegar balik ke rumah,maka kuasa veto ke atas tv hilang secara mendadak T_T

sambung stori.dekat pasar,borong segala bahan nak buat rendang,ketupat,and laksa for tomorrow as well as nasi daging for today.haha.bela lemak lah cuti sebulan ni.best jugak ye pergi kalau ke pasar bertujuan.

balik rumah,terus start kerja.seronok tau buat kerja ramai ramai.muhibbah.eceyh,cerita macam buat persiapan kenduri kawin je kan.ops!sori, mama ai tak bagi greenlight lagi lah.beliau cakap skill memasak sangat teruk.hahaha.

so,azam cuti ni:

NAK BELAJAR MASAK!!


oh,kali ni memang serious.dah tak nak main main.ceyh,kau cakap kosong je fana.haha.well,let's see if it's going to happen or not =)

esok,pagi insyaAllah raya kat rumah sekejap,then nak balik kampung.depends on my abah's health.sekarang musim batuk demam nih.take care of your health ya!

ok lah,ciao dulu.kan dah tulis kat atas tu; "today,short entry only" ?banyak lah kau short macam ni.



p/s: haru haru (day by day)my writing menjadi skema! I LIKE!!hahaha..in love dengan ayyy girl -jyj currently.tetibe.tak de sape tanya pon.no emoticon this time

Monday, November 15, 2010

TeRhArU



salam.

tadaima!!i'm home!it feels great,really great at home ok!makan nasi bertambah tambah lagi!kat kuantan,tak selera lah nak buat macam ni.makan sedap di rumah.oh,i miss home very much.i miss my mum's cooking damn much.hahahablogger-emoticon.blogspot.com

dan juga boleh buka 4shared!!


berkurun lama sudah beta tidak menconteng blog nih.betapa gundah gulana hati beta bila tak dapat nak view blogger.sobsobsob T_T

before nih, banyak sungguh nak cerita kat sini.konon2 nak mencapai impian untuk menjadi blogger tegar.tapi,sebab masalah tak boleh nak view blogger,draf dalam minda hilang seperti ku kirimkan khabar di angin lalu.ha,boleh bayang tak?walaupon tak de kaitan angin dan tak boleh view T_T

balik rumah,testing2.baca bismillah,then klik blogger icon dekat bookmark.alhamdulillah,boleh view,sign in and boleh taip kat sini.terharu!terharu yang dirasa bila nak dapat laptop baru.ehem ehem,itu signal.tak faham kah?hahah
blogger-emoticon.blogspot.com

macam pelik pulak kan.kat rumah boleh.kat uia kuantan sana tuh tak boleh,tapi orang lain boleh je.penat ok pergi usha setup orang lain.tapi,tak de yang lain pun sebab memang tak penah pulak tukar.alih2 tak boleh nak view.just half way then terus naik error message.kena ben ke?ape salah beta?serious sedih. T_T

tapi,tak pe.ade hikmah di sebalik yang berlaku.dapat fokus study untuk exam.eceyh.ape ape pon,dah selamat menjawab semua exam papers dengan jayanya(erk?) dalam masa seminggu.tunggu result je sekarang,insya Allah 6/12 ni.sementara tu,mari kita berfoye foye!ehem ehem,OKKB sekarang..nak ajak mama pergi shopping.hari shopping orang feremfuan.maka orang lain takkan faham.muahaha
blogger-emoticon.blogspot.com




aha!before terlambat, nak wish dekat semua

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA



insya Allah,nanti nak bawak famili pergi menyambut raya aidiladha di Makkah al-Mukarramah =)



p/s: banyak sungguh T_T kali ni kan?memang betul betul sedih ni!T_T