Wednesday, August 10, 2011

random updates

salam.

1. salam ramadhan untuk semua. saya terima banyak sms tapi malas nak balas.teruk kan? so, saya balas semuanya sekali gus dekat sini. terima kasih banyak banyak kepada mereka yang hantar sms dekat saya. semoga ramadhan kali ini lebih bermakna. ampun dan maaf dipinta kepada semua andai (eceh andai) diri ini banyak tersalah tersilap apa apa dengan semua.

2. dalam tempoh kurang dari sebulan, saya dah habiskan 4 buah novel. impressive kan? saya sendiri kagum, tapi masih tak boleh lawan Twin yang boleh habiskan 500 pages novel dalam masa satu malam. the novels are :  the book of tomorrow (cecelia ahern), kitchen chinese (ann mah), million dollar mates (cathy hopkins) dan contengan jalanan (hlovate). sekarang saya nak mula baca madeleine wickham pulak. tak sabar!

3. saya habiskan million dollar mates (cathy hopkins) dalam masa tak sampai sehari! kagum lagi sekali.saya bersyukur habit membaca saya dah kembali.mungkin sebab dah tak larat nak online,dan tak tahu apa yang perlu dionlinekan. semoga akan berterusan sehingga mula sem baru nanti.

4. saya dah tak tau nak buat apa untuk meningkatkan semangat untuk mengupdate blog.saya jealous tengok mereka yang suka update blog.kenapa rajin sangat ha?

5. projek untuk mengemas kini layout blog dan mencantikkan blog nampaknya tinggal harapan saja.setiap kali ada saja idea yang mencurah curah, tapi tak direalisasikan.sel malas makin menular macam undergo binary fission.HAHA nak jugak letak scientific term dalam entri.

6. saya rasa mama dah hampir histeria bila melihat waktu tidur saya melebihi waktu berjaga.maka secara officiallynya saya mengumumkan biological clock saya dah terbalik 180 degree. waktu malam saya berjaga.macam nenek kebayan, yang bezanya kulit saya masih elok,belum berkedut.

7. i've been hibernating in my house for almost 4 months now!kedai yang paling hampir pon saya tak jejakkan kaki. sampaikan jiran jiran pon terkejut kalau tengok saya keluar rumah. they see me like i'm an alien! dan masih ada jiran yang baru tersedar yang saya sekarang berada di rumah. "Eh,along/farhana cuti ke?". soalan yang dah biasa didengar. normally, i'll reply with a smile and " aahh,cuti panjang". sebab biasanya mama yang akan jawab " ye la,dok tidoq 3 bulan dah." a brilliant answer,isn't it? tajam menusuk kalbu!

8.saya tertarik dengan novel FLIPPED yang Diyanah Roslan sedang mencari cari sekarang! kalau ada duit berjuta juta lemon yang berkapuk dalam bank sekarang, saya takkan fikir panjang untuk order dekat Amazon.com.

9.setiap kali berbuka puasa, saya akan ingatkan diri saya untuk tidak makan banyak tetapi yang sebaliknya pula yang berlaku.macam mana nak buat kalau selera makan macam dinosaur?-.-"

10. saya rasa perkara paling berfaedah yang saya buat masa cuti nih adalah pergi ke kelas memandu untuk mendapatkan lesen kereta.di situ juga sesi bertemu jiran yang hanya tahu rupanya tapi tak kenal dia tu siapa terjadi.panjang ceritanya.tunggu entri baru!

11.saya tengah menunggu kuantanportal available untuk add drop session untuk sem depan.sedar tak sedar saya dah masuk 2nd year.eceh.sedar tak sedar konon,sedangkan dah tak sabar nak grad.HAHA saya tak suka benda benda macam ni sebenarnya, kena berebut rebut refresh page sebab ramai sangat orang terjah website tu. selalu jadi macam ni.bila nak upgrade ha? sebab bosan sangat menunggu kami sedang membuat sesi melepaskan rindu dendam dan geram di facebook. sekadar mengisi masa terluang.EHEH
 

that's all. nanti kalau panjang sangat,korang yang tak larat nak baca pulak HAHA.sekarang saya tengah sibuk karang Quickies,sambung yang tertangguh tu.

till then, toodles!

4 comments:

sri said...

Aww aku suka entry ni! :'))

hazirah said...

aku paling suka part ye la, dok tidoq 3bulan dah. (;

Nies Hanna said...

ahahaa...
sob3, lagi sebulan.. awat la aku emo sgt mengenangkan cuti yg bersisa ni?

atiq said...

HAHAHA. entry ni memang best. part paling best part hang tidoq tu.