(17/5/2011)
salam.
hari ni public holiday bersempena dengan Wesak Day. Semua cuti.So, abah ajak pergi jalan jalan. Sebab just one day holiday, kitorang decide untuk pergi tempat terdekat saja lah,which is Pantai Merdeka.
It has been ages since I came to this place! Last visit kalau tak silap masa umur between 12 to 15 kot. sebab tak duduk hostel lagi masa tu. fuhhhh..almost 10 years. so, bila sampai je rasa macam jakun pon ada.pffttt -.-"
banyak betul perubahan yang berlaku. paling penting, no more beaches. semua dah ditambak. so,bagi aku yang suka pantai ni, perkara ini adalah perkara yang paling tak best bagi aku. in fact, kanak kanak nak mandi pon bahaya sebab bila dah ditambak, air tu macam jadi lagi dalam. hujung hujung baru ada sedikit pasir yang boleh dilihat sebab dekat situ bot bot yang nak pergi atau dari tanjung dawai akan berhenti dekat situ. dan disebabkan situ saja yang ada pasir, ramai orang serbu bahagian tu. nampak sangat bahaya sebab bot lalu lalang dengan ada orang mandi di situ.gerun aku tengok.
so, 3 orang budak yang eksaited giler nak mandi tu apa lagi terlompat lompat la tak sabar nak mandi even orang cakap air dalam kan.tapi, di bawah pengawasan orang dewasa iaitu abah, diorang pun dibenarkan mandi tapi dekat tepi tepi je lah HAHA.no swimming. aku?aha mimpilah nak mandi dekat public macam tu.baik ikut mama pergi beli makanan.boleh request macam macam.*bajet macam anak
masa kitorang pergi beli makanan dekat hawkers yang banyak dekat tepi tepi tu, tiba tiba ada seorang makcik ni,kawan kepada makcik penjual tu,lari tergopoh gopoh. then,makcik penjual tu tanya kenapa, dia cakap ada budak dalam umur 4 tahun lemas tadi.tapi,berjaya diselamatkan.nasib baik ada orang nampak.ayah dia kot. apa lagi, aku dan mama terkejut giler, cepat cepat beli then terus pergi dekat tempat diorang mandi.tengah jalan ke sana, tiba tiba hujan turun dengan lebatnya.so, abah suruh diorang naik cepat dan pergi tukar baju.HAHA.kesian giler mandi laut tak sampai 30 minit pon.
tempat tu punya changing room pon kotor giler.ditakdirkan mam suruh aku masuk teman diorang tukar baju.haihhh..terpaksa bertahan dengan takde tempat nak letak beg, shower room yang bertakung etc etc. so,apa lagi haruslah paksa diorang tukar cepat cepat supaya aku tak perlu bertahan dalam changing room tu lama lama.
dah penat main, mestilah perut lapar kan.kebetulan kitorang tak lunch lagi even dah nak pukul 4 petang masa tu.so,abah terus ke pulau sayak. nak pergi makan mi udang katanya. aku tak pernah sampai lagi tapi budak budak ni dah sampai. so, mulut diorang busy pom pang pom pang cerita pasal tempat tu dekat aku. eksaited sangat!
bila dah sampai dekat tempat tu, aku punya first impression, WOW! cantik giler. actually,tempat tu bukan dalam pulau,tapi berhadapan dengan pulau sayak tu. dan dia sebenarnya kedai makan biasa dalam kampung tapi menghadap laut.pemandangan yang sangat cantik!air laut yang biru,dan paling penting dia ada pantai!HAHA.in fact lagi better dari pantai merdeka!
kebetulan pulak satu konvoi motor berkuasa tinggi sampai pada masa yang sama. so, izzuddin yang sangat fancy motor macam ni mestilah tak boleh nak duduk diam. nasib baik adik lelaki ada sorang tu je HAHA.
pilih tempat, duduk sekejap, orang ambik order, then kitorang pon turunlah main dekat pantai tepi tu.tapi mainlah sangat kan sedangkan asyik bercamwhoring je kot. -.-" well, mama pon join kami bergambar meanwhile abah duduk dekat atas tu baca suratkhabar. budak budak 3 orang ni berlari berkejaran keriangan macam tak ingat dunia.
so, apa yang kami order? me and izzuddin - mi ketam, yang lain order mi udang, except kakak order nasi goreng. bila sampai je makanan, mesti terkejut giler especially sesiapa yang order mi ketam. kau akan dapat seekor ketam plus 3 ekor udang besar! mi udang akan dibekalkan dengan 4 ekor udang yang saiz dia extra besar sikit. nasi goreng pon sama. mind you, harga kalau tak silap sepinggan mi udang/ketam is just for RM 7 ++! murah giler kot!
ok, panjang sangat cerita pon tak best kalau takde gambar ececeh. so,sekarang, mari lihat barang dua tiga keping gambar yang aku rasa sesuai untuk diletakkan di sini, dengan gaya penceritaan dari sudut pandangan izzuddin.eceh. tapi,yang menyedihkan takde gambar makanan langsung sebab bila sampai makanan tu tak ingat pon nak ambik gambar.dah habis baru nak teringat -.-"
hai semua, nama saya izzuddin,6 tahun. sekarang saya tengah nak tulis nama saya atas pasir. |
cantik pun tulisan saya. nasib baik mama ambik gambar ni dengan awesome sekali.saya nampak hensem hehe =) |
inilah mama saya.tapi dia dah ada boyfriend iaitu abah saya.dia suka sangat ambil gambar saya. |
saya suka pantai!kalau nak tinggal saya terus kat sini pon takpe hehe |
ini tulisan kakak saya intan.saya rasa tulisan saya lagi cantik kan? |
ni pulak tulisan kakak.hrmm..go back and practicelah! |
ni pemandangan kawasan tempat makan tersebut.best tau! |
ni along yang ambil gambar.patut pun buruk -.-" |
saya suka motor besar! ni saya paksa along ambil gambar curi curi. walaupun dia marah, tapi dia ambil jugak.sayang along!hihihi |
bai bai pakcik motor besar. bila saya besar nanti, saya pon nak beli satu!so, saya kena belajar pandai pandai! =) |
the end.
No comments:
Post a Comment