Friday, August 19, 2011

Quickies #26

DAY 46
(4/6/2011)

salam.

disebabkan hari ni ada kenduri, so, bangun je dah kena siap siap baju nak pakai semua. then, tengah hari pergi kenduri. mama dan abah happy sangat sebab pengantin lelaki (kenduri tu rumah pengantin perempuan) tu rupanya anak bekas jiran sebelah rumah kami. wah,eksaited betul diorang pergi jumpa rombongan pengantin tu. ye la, long lost neighbour katakan. banyak benda diorang nak stori, tapi sebab kami berenam buat muka ajak pergi kenduri cepat cepat, maka conversation pun di hentikan sementara.mana tahan woh berdiri tengah tengah panas terik tu. tengah hari ok. peluh turun macam hujan je rasa.

then pergi ambil makanan semua sebab sekarang kan banyak kenduri buat ala buffet.elok je duduk, DJ buat announcement rombongan pengantin lelaki dah sampai. masa kitorang jumpa diorang tu, diorang tengah rest sekejap dekat rumah sebelah rumah kenduri tu. then, bermulalah persembahan silat semua. izzuddin dengan sepupu sepupu yang sebaya dengan dia haruslah eksaited pasal silat silat ni. tapi aku buat dek je.nak habiskan makan cepat cepat supaya boleh balik cepat sebab aku dan anim nak tengok 2pm dekat tv HAHA.

dah habis makan, pergi join geng isteri isteri (mama + my aunts+ my cousins) sekejap sebab mama tak bagi balik lagi. padan muka tak dapat tengok 2pm. anim tarik mulut muncung HAHA.tiba tiba kakak tunjuk abah yang sedang enak menjamu selera bersama rombongan pengantin. wah wah dapat mandat besar untuk join rombongan pulak.

lepas tu, balik rumah tok, petang tu bertolak balik ke kampung sebelah mama pulak sebab senang nak pergi jeti. kami nak pergi holiday di Langkawi untuk 3 hari 2 malam huhuhuhu.

malam baru sampai sana. tapi tak pergi rumah tok terus.singgah pasar malam dulu then pergi dinner. masa dinner, selera aku dah hilang sebab perut dah masuk angin kot. makan nasi goreng pon tak sampai setengah. tiba tiba rasa sakit perut sangat sangat. terpaksa terjah toilet di situ.oh, i hate public toilets so much!

masuk dalam kereta je, sakit perut semakin menjadi jadi.macam ada enhancer pulak. bila sampai je rumah tok,aku terus masuk,nampak ada bantal 2 ketul depan tv, terus baring. rasa macam nak tercabut je perut masa tu. tak sempat salam salam dulu pun. nasib baik pakteh ada pil chi kit teck aun tu. telan sebungkus and try untuk pejamkan mata sekejap. orang lain tengah happy enjoy makanan dekat tepi.sedih giler.

 then, rasa nak vomit. habis semua makanan dalam perut, including sosej keju panggang yang sedap tapi mahal keluar. badan jadi lembik. ulang alik masuk tandas berzillion kali. sampai rasa takde apa yang boleh dibuang. vomit sampai tekak kering. aku rasa aku kena diarrhea.in fact, the worst diarrhea ever. dah tak boleh nak fikir pasal holiday.

mama suruh pakteh beli 100plus sebab aku memang tak boleh nak telan apa pon. air masak pon tak dapat diterima. tapi, nasib 100plus pon sama. kesian pakteh dah tengah malam pon kena keluar sebab nak beli 100plus sebotol je.

dah mandi mandi salin baju semua, aku vomit balik. condition masih dalam keadaan yang sama. terus mama suruh pergi klinik. masa tu dah hampir pukul 1 pagi. tok kejutkan pakteh suruh dia drive. still in pj, aku pergi klinik.sarung cardigan dengan tudung je.of course mama dan abah ikut sekali.awal awal abah dah ajak pergi klinik tapi aku degil sebab takut doktor HAHA.

 cari punya cari klinik takde satu pun yang buka.takde klinik yang 24hours dekat area Jitra tu! mula mula mama cakap " jom pergi hospital jitra lah". dengar je perkataan hospital, terus aku geleng kepala.HAHA. then,lepas dah tak dapat nak cari klinik, aku pun setuju je lah untuk pergi hospital. aku takut kena masuk ward, sebab tu lah tak setuju. tapi, last last terpaksa jugak.

 wah, turun kereta je tangan dah sejuk. masuk register dekat kaunter, bagi IC. then,tiba tiba dia panggil dan tanya aku "adik, belajar dekat sini ke?alamat dalam ic tak sama?". oh, buat aku gelabah je pakcik ni, nak tanya pasal alamat rupanya. then aku dan mama jawab "balik kampung dekat sini."

lepas tu tunggu turn. nasib baik mama teman sekali masa turn aku HAHA. penakut betul. masa MO check, nampak attendant tolak troli sorang budak lelaki lebih kurang sebaya aku tengah masuk air. sempatlah jugak aku jeling jeling dekat ECG tu. then,dia tanya " lajunya heart rate.takut ke?" dengan muka poyo aku jawab " eh,tak lah.sejuk kot." dalam hati hanya Allah je yang tahu. ye lah, kalau kena tahan, macam mana?esok pagi kena bertolak awal.

then, MO tu cakap "nasib baik datang awal sikit.kalau tak, mungkin dah kena masuk ward.untuk masuk air," then dia senyum. Alhamdulillah, masih boleh nak pergi holiday esok. Fuh, hensem jugak MO ni walaupun mata dia merah. aku syak dia mengantuk. HAHA. takkanlah masuk habuk kan?hospital kan bersih HEHE. actually, masa dia senyum aku tak nampak pon dia senyum sebab dia pakai mask.tapi,aku boleh agak dia senyum sebab mata dia adalah "smiling eyes" macam Kangin!

dah dapat ubat, keluar dan baliklah.nasib baik tak kena bayar HAHA. masuk je kereta mama cakap "kalau pergi hospital terus tadi kan senang." sentap!

sampai rumah tok dah pukul 2.30 pagi macam tu. makan ubat then terus tidur tak sedar diri.kesan ubat yang baik punya.


the end.

Quickies #25

DAY 45
(3/6/2011)

salam.

aktiviti pagi macam biasa. bangun tidur, mandi, setelkan kerja apa yang patut.minggu cuti sekolah dah bermula, so, angah dan anim of courselah balik. maka, bertambahlah warga rumah ni.

dan jugak kerja packing barang barang nak dibawa harus dihabiskan sebab ahad nih nak pergi holiday!weeehhhoooo!!

penat jugak packing barang especially bila kena packing untuk budak 3 orang tuh.fuhhh..berpeluh peluh!!! -.-"""""

pada sebelah petangnya, kami bertolak balik ke kampung sebelah abah sebab esok ada kenduri dekat depan rumah tok. bermalam di sana. tidur dengan tok hehe.

sebab letih, semua tidur awal.

that's all.

the end.

Quickies #24

DAY 39
(26/5/2011)

THE DAY OF KPP

salam.

hari ni pukul sebelum pukul 7.30 pagi dah kena siap siap. sebab one of the teachers from the driving institute nak datang ambik aku dan syazila untuk pergi kelas kpp. kami panggil abang am je sebab dia bahasakan diri dia macam tu. actually, dia adalah kenalan mama sebab dia hantar anak dia mengaji dekat mama. sebab mama tak tahan sangat tengok aku yang bersenang lenang mengalahkan raja dalam rumah, dia terus call abang am untuk mintak tolong aturkan untuk aku yang nak ambik lesen kereta.then, aku bagitau syazila pon nak pergi. maka, dapatlah kami bersama ececeh.

actually, masa nak pergi, i have a lot of worries. kurang suka kalau melibatkan hal hal lesen nih. sebab apa? aku ada kisah sedih. meh aku stori dekat korang. dulu pon dah pernah masuk kelas kpp ni. untuk lesen motor. masa tu, aku sorang sorang je. sadis sedih semua ada. dikelilingi makcik makcik yang kalau borak aku takkan faham sebutir perkataan pon yang keluar dari mulut diorang. so,aku lebih prefer untuk berseorangan. bukanlah tak bergaul langsung, just aku tak tau nak cakap apa masa diorang borak. then terjumpa seorang senior badlishah. tak kenal pon, tapi sebab dia dan aku je yang muda, so kami boleh get along. tapi, dia busy bersms je sepanjang hari. maka aku pon sumbat je telinga dengan earfon. dengar lagu lagi best. lagu hot masa tu, maroon 5 - won't go home without you.

masa test komputer, perkara paling sadis berlaku. aku telah ditinggalkan! keluar je dari bilik test, muka muka makcik yang pergi dengan aku dah takde.aku keluar lambat sikit je sebab nak check banyak kali, tak nak repeat punya pasal. aku bergegas keluar tapi takde orang pon dekat luar. time tu muka aku merah padam menahan amarah! terus aku call abah, then abah suruh tunggu dekat situ. sambil tunggu aku rasa jantung, hati, semua organ aku lah macam nak meletup je tahan geram.

then, salah sorang pekerja kedai lesen L tu datang. rupa rupanya abah pergi kedai tu sound diorang. bukan soundlah kot, maybe pergi bagitau yang aku tertinggal. bukannya nak datang ambik terus.ceh.dia cakap masa diorang datang ambik awal awal tu, diorang ada tanya ada lagi tak sape sape yang still dekat atas. and then makcik makcik tu cakap takde. that's why diorang terus jalan. aku yang dengar ni boleh gigit bibir je lah.tahan geram punya pasal. malas nak cakap banyak.malas nak mengamuk. handle with professional. ececeh. secara kebetulan kakak senior aku tu balik sendiri. giler lonely. masa tu aku fikir nak sampai rumah je. dahlah dari pagi masa tempat test tak buka lagi dah terpacak dekat situ, pukul 2 petang lebih baru boleh buat test. serius menguji kesabaran. kalau tak sabar dan tak professional aku rasa kemungkinan untuk diorang telan maki hamun dari aku sangat tinggi.

sampai je dekat kedai lesen L , brader Z yang handle kitorang tu mintak maaf berzillion kali dekat aku dan abah. aku senyum plastik je. bagi result test aku yang cemerlang tu, then terus ajak abah balik. aku dah takde hati nak tengok tempat tu pada masa tu. tapi, bila pergi kelas teori lepas tu, aku tak nampak pulak makcik makcik yang pergi test sekali tu. hampir sebahagian dari diorang. aku syak diorang tak lulus test HAHA. mungkin sebab tu lah nak balik awal masa hari test kot -.-". and the rest is history.

so, mari sambung semula pasal kpp nih. kali ni kedai lesen L dah diblacklist dalam kamus hidup aku HAHA. kitorang register terus dekat Institut Memandu Kunci Rimbun, through abang am. nasib baik ada syazila. aku bersyukur sangat sangat! masa nak pergi, aku berdoa semoga kali ni semuanya lebih baik dari yang sebelumnya.banyak kali dalam hati aku mohon semuanya berjalan dengan lancar. nasib baiklah abang am tu friendly. so, at least gugup tu dapat dihilangkan. sepanjang perjalanan kami borak borak. and then dia tanya, 'kenal tak syahril? dia kerja dekat situ jugak jadi runner. dia duduk lorong ni lah (lorong rumah aku)." otak aku pon haruslah ligat berfikir kan. first soalan yang mucul dalam otak "sape syahril?" HAHA. it's so obvious lah aku tak kenal jiran aku sendiri. -.-"

tapi aku jawab "oh tau tau." HAHA. nak cover malu tak kenal jiran sendiri. ampun abang am T_T.

sampai je, dia setelkan semua. rasa macam VIP pon ada HAHA. kami just tunggu dan masuk dalam kelas kpp tu. siapa yang dah masuk mestilah tau macam mana kan.boring tak payah cakap. for 5 hours kena dengar taklimat je. aku dan syazila tersengguk sengguk jugak especially lepas lunch. nasib baiklah masing masing bawak chewing gum dengan sweets. dan hari ni kami femes sebab asyik menjadi pilihan cikgu tu untuk menjawab soalan tambah tambah masa dia tengok aku dan syazila tunduk je -.-"

kitorang agak terharu sebab boleh bertahan selama 5 jam. lecture sejam pon boleh tentu boleh bertahan macam ni. kelas kpp habis dalam pukul 3.30 petang. sebab abang am pesan suruh sms dia once kelas dah habis, aku pon sms lah bagitau dah habis kpp tu. then, dia datang dan bagitau abang syahril akan hantar kitorang balik. masa dia sebut abang syahril, aku bayang dia ni sebaya dengan abang am, dah kawin etc etc. then bila keluar, nampak abang am cakap dengan sorang pemuda (eceh pemuda) ni, dan aku pon terus fikir "eh,takkan dia ni "abang syahril" tu? muka familiar je." dia suruh kitorang tunggu sekejap. yang aku pulak asyik fikir dekat mana aku pernah jumpa dia. "eh,dah nama pon jiran mestilah pernah nampak." kemudian menyumpah diri sendiri sebab tak kenal jiran HAHA. buat malu diri sendiri je -.-"

naik kereta je, senyap,sunyi sepi. cakap sikit sikit dengan syazila yang duduk di belakang. aku duduk di seat depan. sebabnya aku turun last, syazila akan turun dulu. takkanlah nak biar dia nampak macam driver aku pulak lepas syazila turun kalau dia duduk depan kan? HAHA. sedangkan boleh je nak switch tempat pergi depan tapi aku malas. baik duduk siap siap even aku lebih suka duduk di belakang, especially naik dengan unknown. eh, dia bukan unknown, dia jiran kau lah fana -.-"

lepas syazila turun, aku kumpulkan segala keberanian yang ada untuk borak dengan dia. disebabkan tahap curiosity yang tinggi, so aku tak boleh nak duduk diam dan tak tanya apa apa. paling penting umur dia. baru 22. oh,muda lagi, in fact setahun tua dari aku je kot. semangat abang am nak ber"abang" syahril bagai. then, aku tanya nak panggil apa, dia jawab " panggil syahril je." ok. sebab kalau ikut kebiasaan aku, aku panggil brader je. HAHA.

aku tanya dia " rumah yang mana satu ye?" and dia jawab "tau pak harun? sebelah rumah dia lah." ok, aku kenal pak harun. tapi, sebelah rumah dia? sekarang rumah pak harun pon aku konfius yang mana satu. actually, aku macam tau dia sape. sepanjang perjalanan bermula dari institut memandu sampailah syazila dah turun, aku tengah fikir dekat mana dan bila aku pernah jumpa dia. then aku cakap, "eh, masa sekolah dulu dulu (macam tua je sebut dulu dulu pfftttt) selalu naik basikal pergi padang kan? ha, selalu nampak naik basikal lalu depan rumah." dia gelak and then dia cakap "eh, masa bila tu? jarang keluar rumah." eh, takkan dia sama spesies dengan aku yang tak jenis tak keluar rumah?HAHA. "betul, dulu dulu selalu nampak naik basikal depan rumah.basikal warna putih?" dia jawab " mana ada basikal warna putih." then aku tanya, "basikal BMX?" dia jawab "bukan."

eh, takkan silap orang? muka dia taklah berubah sangat. aku yakin dengan memori aku. HAHA. then aku cakap " basikal pape je lah. tapi ada basikal kan?" HAHA. takpe takpe, biar aku ingat balik basikal kaler apa bila dah sampai rumah nanti.sekarang tak boleh nak fikir. letih. mengantuk. semua ada. masa dah masuk lorong rumah, dia tunjuk rumah dia." rumah yang ni." rumah dia dekat sebelah atas sikit paling hujung, rumah aku dekat bawah sikit. selang dalam 10 buah rumah jugak rasanya. masa kecik kecik aku tak pernah main sampai atas. main depan rumah je. budak baiklah katakan. "ooo..betullah.dulu selalu nampak naik basikal." nak jugak konfemkan teori basikal tu.entah apa apa. actually aku dah boleh agak rumah dia yang mana, tapi tanya jugak untuk confirmation. dan aku tau lah muka dia tapi tak pernah ambik tau dan tak pernah nak ambik tau dia siapa dan nama apa. HAHA.

 sampai je rumah, rehat rehat sepanjang petang tu. letih mengalahkan orang kerja lagi. duduk rumah stamina makin turun. haihhh...

aktiviti malam, macam biasa. takde kerja lain selain menghadap tv. dan siapkan kerja apa yang patut.

the end.

Quickies #23

DAY 30
(17/5/2011)

salam.

hari ni public holiday bersempena dengan Wesak Day. Semua cuti.So, abah ajak pergi jalan jalan. Sebab just one day holiday, kitorang decide untuk pergi tempat terdekat saja lah,which is Pantai Merdeka.

It has been ages since I came to this place! Last visit kalau tak silap masa umur between 12 to 15 kot. sebab tak duduk hostel lagi masa tu. fuhhhh..almost 10 years. so, bila sampai je rasa macam jakun pon ada.pffttt  -.-"

banyak betul perubahan yang berlaku. paling penting, no more beaches. semua dah ditambak. so,bagi aku yang suka pantai ni, perkara ini adalah perkara yang paling tak best bagi aku. in fact, kanak kanak nak mandi pon bahaya sebab bila dah ditambak, air tu macam jadi lagi dalam. hujung hujung baru ada sedikit pasir yang boleh dilihat sebab dekat situ bot bot yang nak pergi atau dari tanjung dawai akan berhenti dekat situ. dan disebabkan situ saja yang ada pasir, ramai orang serbu bahagian tu. nampak sangat bahaya sebab bot lalu lalang dengan ada orang mandi di situ.gerun aku tengok.

so, 3 orang budak yang eksaited giler nak mandi tu apa lagi terlompat lompat la tak sabar nak mandi even orang cakap air dalam kan.tapi, di bawah pengawasan orang dewasa iaitu abah, diorang pun dibenarkan mandi tapi dekat tepi tepi je lah HAHA.no swimming. aku?aha mimpilah nak mandi dekat public macam tu.baik ikut mama pergi beli makanan.boleh request macam macam.*bajet macam anak tunggul tunggal*

masa kitorang pergi beli makanan dekat hawkers yang banyak dekat tepi tepi tu, tiba tiba ada seorang makcik ni,kawan kepada makcik penjual tu,lari tergopoh gopoh. then,makcik penjual tu tanya kenapa, dia cakap ada budak dalam umur 4 tahun lemas tadi.tapi,berjaya diselamatkan.nasib baik ada orang nampak.ayah dia kot. apa lagi, aku dan mama terkejut giler, cepat cepat beli then terus pergi dekat tempat diorang mandi.tengah jalan ke sana, tiba tiba hujan turun dengan lebatnya.so, abah suruh diorang naik cepat dan pergi tukar baju.HAHA.kesian giler mandi laut tak sampai 30 minit pon.

tempat tu punya changing room pon kotor giler.ditakdirkan mam suruh aku masuk teman diorang tukar baju.haihhh..terpaksa bertahan dengan takde tempat nak letak beg, shower room yang bertakung etc etc. so,apa lagi haruslah paksa diorang tukar cepat cepat supaya aku tak perlu bertahan dalam changing room tu lama lama.

dah penat main, mestilah perut lapar kan.kebetulan kitorang tak lunch lagi even dah nak pukul 4 petang masa tu.so,abah terus ke pulau sayak. nak pergi makan mi udang katanya. aku tak pernah sampai lagi tapi budak budak ni dah sampai. so, mulut diorang busy pom pang pom pang cerita pasal tempat tu dekat aku. eksaited sangat!

bila dah sampai dekat tempat tu, aku punya first impression, WOW! cantik giler. actually,tempat tu bukan dalam pulau,tapi berhadapan dengan pulau sayak tu. dan dia sebenarnya kedai makan biasa dalam kampung tapi menghadap laut.pemandangan yang sangat cantik!air laut yang biru,dan paling penting dia ada pantai!HAHA.in fact lagi better dari pantai merdeka!

kebetulan pulak satu konvoi motor berkuasa tinggi sampai pada masa yang sama. so, izzuddin yang sangat fancy motor macam ni mestilah tak boleh nak duduk diam. nasib baik adik lelaki ada sorang tu je HAHA.

pilih tempat, duduk sekejap, orang ambik order, then kitorang pon turunlah main dekat pantai tepi tu.tapi mainlah sangat kan sedangkan asyik bercamwhoring je kot. -.-" well, mama pon join kami bergambar meanwhile abah duduk dekat atas tu baca suratkhabar. budak budak 3 orang ni berlari berkejaran keriangan macam tak ingat dunia.

so, apa yang kami order? me and izzuddin -  mi ketam, yang lain order mi udang, except kakak order nasi goreng. bila sampai je makanan, mesti terkejut giler especially sesiapa yang order mi ketam. kau akan dapat seekor ketam plus 3 ekor udang besar! mi udang akan dibekalkan dengan 4 ekor udang yang saiz dia extra besar sikit. nasi goreng pon sama. mind you, harga kalau tak silap sepinggan mi udang/ketam is just for RM 7 ++! murah giler kot!

ok, panjang sangat cerita pon tak best kalau takde gambar ececeh. so,sekarang, mari lihat barang dua tiga keping gambar yang aku rasa sesuai untuk diletakkan di sini, dengan gaya penceritaan dari sudut pandangan izzuddin.eceh. tapi,yang menyedihkan takde gambar makanan langsung sebab bila sampai makanan tu tak ingat pon nak ambik gambar.dah habis baru nak teringat -.-"


hai semua, nama saya izzuddin,6 tahun. sekarang saya tengah nak tulis nama saya atas pasir.

cantik pun tulisan saya. nasib baik mama ambik gambar ni dengan awesome sekali.saya nampak hensem hehe =)

inilah mama saya.tapi dia dah ada boyfriend iaitu abah saya.dia suka sangat ambil gambar saya.

saya suka pantai!kalau nak tinggal saya terus kat sini pon takpe hehe

ini tulisan kakak saya intan.saya rasa tulisan saya lagi cantik kan?
ni pulak tulisan kakak.hrmm..go back and practicelah!

ni pemandangan kawasan tempat makan tersebut.best tau!

ni along yang ambil gambar.patut pun buruk -.-"

                     saya suka motor besar! ni saya paksa along ambil gambar curi curi. walaupun dia marah, tapi dia ambil jugak.sayang along!hihihi

bai bai pakcik motor besar. bila saya besar nanti, saya pon nak beli satu!so, saya kena belajar pandai pandai! =)



the end.

Tuesday, August 16, 2011

perubahan

salam.

a short entry for today. perlu ke kelas memandu pukul 7.30 pagi sekejap lagi.sobs sobs sos T_T

beberapa hari nih, laptop tak boleh nak connect ke google.maka,blog tak boleh nak di akses. beberapa hari lah konon,sedangkan dah almost 2 weeks tak boleh.sekejap ok,sekejap tak.GOOGLE.COM memang tak boleh langsung. tapi GOOGLE.COM.MY boleh pulak. walaupun boleh, facilities google still tak boleh akses. kalau guna IE, DNS error occured katanya.haih..so, search engine toolbar di atas sudah tidak bermakna lagi. sobs sobs sobs T_T

ISP baru dihubungi kelmarin, mungkin technician datang hari ni untuk check apa yang salah. kita doakan saja GOOGLE.COM boleh diakses balik. I MISS YOU en. GOOGLE! T_T

ok, untuk mengelakkan diri daripada mengalami kesedihan yang berpanjangan, maka aku telah merajinkan diri menggodek godek adobe photoshop dan merapu rapu atas workspace tu. lepas tu, mungkin berkat bulan Ramadhan, semacam dapat satu petunjuk dan kerajinan untuk buat header. dan hasilnya, Alhamdulillah, macam yang korang semua lihat kat atas tu.taklah cantik mana sebab i'm not an expert dalam bidang nih. tapi, at least adalah jugak header kan daripada before nih sekadar tulisan sahaja yang menghiasi  kamar ruangan header tu.puas hati lah jugak.dah habis puas hati nanti, kita tukar lah jadi tulisan balik HAHAHA

secara officialnya, aku mengumumkan kewujudan header baru sekaligus pertukaran nama blog dari When This So-called Budak Baik Blabs kepada The Virtual Diaries. tapi, still tajuk lama tu jadi tagline dekat bawah. aku tak boleh nak tinggal ayat nih, rasa macam sudah sebati dalam diri ECECEH. header kali ni inspired by (macam iklan perfume pulak guna inspired by bagai) the famous English drama series - The Vampire Diaries punya logo. tapi, aku dapat idea untuk jadikan sebagai The Virtual Diaries. dan aku macam tertarik dengan logo tu sebab simple dan just nice. cuma logo diorang takdelah gambar budak comel pegang star merah tu kan KEKEKE.

fakta bukan auta - aku tak tengok pon drama series ni, bosan! macam dah boleh agak je apa nak jadi. drama siri remaja yang tipikal.. macam gossip girls lah.ZZzzZZ
 
so, adalah sikit changes dekat blog ni ha....lepas ni aku nak buat background belakang pulak.tengah cari ilham sekarang nih eceh. harap harap cari ilham tu taklah sampai berbulan bulan pulak kan...HIHIHI

  till then,ciao. =)


Wednesday, August 10, 2011

random updates

salam.

1. salam ramadhan untuk semua. saya terima banyak sms tapi malas nak balas.teruk kan? so, saya balas semuanya sekali gus dekat sini. terima kasih banyak banyak kepada mereka yang hantar sms dekat saya. semoga ramadhan kali ini lebih bermakna. ampun dan maaf dipinta kepada semua andai (eceh andai) diri ini banyak tersalah tersilap apa apa dengan semua.

2. dalam tempoh kurang dari sebulan, saya dah habiskan 4 buah novel. impressive kan? saya sendiri kagum, tapi masih tak boleh lawan Twin yang boleh habiskan 500 pages novel dalam masa satu malam. the novels are :  the book of tomorrow (cecelia ahern), kitchen chinese (ann mah), million dollar mates (cathy hopkins) dan contengan jalanan (hlovate). sekarang saya nak mula baca madeleine wickham pulak. tak sabar!

3. saya habiskan million dollar mates (cathy hopkins) dalam masa tak sampai sehari! kagum lagi sekali.saya bersyukur habit membaca saya dah kembali.mungkin sebab dah tak larat nak online,dan tak tahu apa yang perlu dionlinekan. semoga akan berterusan sehingga mula sem baru nanti.

4. saya dah tak tau nak buat apa untuk meningkatkan semangat untuk mengupdate blog.saya jealous tengok mereka yang suka update blog.kenapa rajin sangat ha?

5. projek untuk mengemas kini layout blog dan mencantikkan blog nampaknya tinggal harapan saja.setiap kali ada saja idea yang mencurah curah, tapi tak direalisasikan.sel malas makin menular macam undergo binary fission.HAHA nak jugak letak scientific term dalam entri.

6. saya rasa mama dah hampir histeria bila melihat waktu tidur saya melebihi waktu berjaga.maka secara officiallynya saya mengumumkan biological clock saya dah terbalik 180 degree. waktu malam saya berjaga.macam nenek kebayan, yang bezanya kulit saya masih elok,belum berkedut.

7. i've been hibernating in my house for almost 4 months now!kedai yang paling hampir pon saya tak jejakkan kaki. sampaikan jiran jiran pon terkejut kalau tengok saya keluar rumah. they see me like i'm an alien! dan masih ada jiran yang baru tersedar yang saya sekarang berada di rumah. "Eh,along/farhana cuti ke?". soalan yang dah biasa didengar. normally, i'll reply with a smile and " aahh,cuti panjang". sebab biasanya mama yang akan jawab " ye la,dok tidoq 3 bulan dah." a brilliant answer,isn't it? tajam menusuk kalbu!

8.saya tertarik dengan novel FLIPPED yang Diyanah Roslan sedang mencari cari sekarang! kalau ada duit berjuta juta lemon yang berkapuk dalam bank sekarang, saya takkan fikir panjang untuk order dekat Amazon.com.

9.setiap kali berbuka puasa, saya akan ingatkan diri saya untuk tidak makan banyak tetapi yang sebaliknya pula yang berlaku.macam mana nak buat kalau selera makan macam dinosaur?-.-"

10. saya rasa perkara paling berfaedah yang saya buat masa cuti nih adalah pergi ke kelas memandu untuk mendapatkan lesen kereta.di situ juga sesi bertemu jiran yang hanya tahu rupanya tapi tak kenal dia tu siapa terjadi.panjang ceritanya.tunggu entri baru!

11.saya tengah menunggu kuantanportal available untuk add drop session untuk sem depan.sedar tak sedar saya dah masuk 2nd year.eceh.sedar tak sedar konon,sedangkan dah tak sabar nak grad.HAHA saya tak suka benda benda macam ni sebenarnya, kena berebut rebut refresh page sebab ramai sangat orang terjah website tu. selalu jadi macam ni.bila nak upgrade ha? sebab bosan sangat menunggu kami sedang membuat sesi melepaskan rindu dendam dan geram di facebook. sekadar mengisi masa terluang.EHEH
 

that's all. nanti kalau panjang sangat,korang yang tak larat nak baca pulak HAHA.sekarang saya tengah sibuk karang Quickies,sambung yang tertangguh tu.

till then, toodles!