Friday, September 3, 2010

FamiLy OuTinG VeRsi SteAmboAT

salam.

terasa nak menaip entri baru sementara menanti detik 8.45 malam ni.macam tak percaye hari ni dah 3hb.bukan ape,sejak dua menjak ni 3hb ni hanya bermaksud satu benda jer dalam hidup aku,iaitu balik.hoyeh!hoyeh!hahaha.dari tadi tak boleh nak stop gelak,senyum,gelak balik.buat video conference dengan mereka2 di rumah,semata2 nak tengok baju raya.sedangkan malam ni dah nak balik.ape ai kesah kan??suka hatilah!!muahahaha..gelak besar nampak.blogger-emoticon.blogspot.com

minggu ni memang sume orang asyik buat countdown jer.tambah2 roomate aku yang sorang tu,tiap2 hari status facebook beliau adalah mengenai countdown.fuh2,dasyat!!kalau borak2 pon mesti terselit ayat ni


"weh..tak sabaq dah nak balik ni!!!bila nak sampai 3hb ni..haisshhh "

tengok?efek nak balik bila dah bertapa lama sangat kat kuantan yang tak berpenghuni.kenapa aku cakap tak berpenghuni?sila tunggu sehingga di akhir rancangan.terima kasih.

tapi,jangan risau,disebabkan dah masuk 3hb,maka beliau pon dah diam.haha


semalam exam microbiology yang hrmmm...senang? cewah!cewah!

"eksyen ah mu ni..bajet terer la kan.." mesti lah ade yang nak cakap macam tu kan?boleh tak tunggu aku habiskan ayat dulu??

semalam exam microbiology yang hrmmm..senang?soalan je yang senang kot.nak jawab,amik ko!hahaha..maka,wujud jugak sesi tembak menembak didalam exam hall tersebut.
mujurlah tak de jiwa yang terkorban.fuh...

kol mama after habis exam,beliau tanya

"boleh buat exam?senang?"
"hrmm..boleh.alhamdulillah,soalan senang lah jugak.boleh la jawab.ade 2 3 soalan lah konfius sikit."

ayat nak bagi sedap hati.


dan keluar soalan cepu mas dari beliau


"yakin boleh dapat 100?"
"ha?hehe...________" (sila isi sendiri ngan pape je yang korang nak.)

huwaaa...sori mama,jawapan takde dalam skema.
blogger-emoticon.blogspot.com

sebab most of us nak balik hari ni,and ramai jugak yang dah mengangkat begs keluar dari uia ni semalam setelah habis exam.so, aku dan kawan2 dah plan nak berbuka di luar before masing2 pon angkat begs jugak malam ni.tak sabar dah ni.(ceyh,aku pon sama.haha)


tanggal 2 september 2010,pukul 6.15 kot rase2 nye,bertolak lah kami-aku,dian,najibah dan syazila ke berjaya megamall.nak attend iftar.tapi,sebenarnye bukan di situ lokasi sebenar.nak jumpe je kat situ.berjaya megamall tak best.HAHA.sempat lagi.

oh ye,lupa pulak,tenkiu banyak2 kat inche hardy,yang telah ditauliahkan sebagai supir last minute sebab tolong "tumpangkan".HAHA lagi sekali.sori sangat2 sebab terpaksa menyusahkan.memang dah sampai tahap terpaksa.sumenye gara2 delivery service.
kalau bukan sebab pertolongan beliau,tak sampailah kami kat sana.walaupon aku rasa kereta tu dah macam nak terbang di angkasa jer sebab laju.and mencelah2 macam kereta tu kecik dan fleksibel.dan beliau pusing stereng macam pusing roda impian.malah,pusing roda impian macam nampak lebih berhemah.kesian dekat kami di belakang yang terhuyung-hayang(betol ke penggunaan perkataan ni?) setiap kali belok.nasihat untuk inche hardy,sila memandu dengan selamat di lain kali.ingatlah orang yang tersayang.haha.tapi,pape pon,terima kasih bebanyak.xiexie ni hardy xiansheng! blogger-emoticon.blogspot.com

ok,part nih,aku terasa macam nak eksipelain(explain versi dr.Ibrahim) dengan lebih lanjut.macam tak faham.tapi,rasenye memang tak faham.marah pon ade.aku dah book awal2 delivery kat sini,sehari sebelum lagi kot.tapi,last2 minute tak boleh nak hantar.ade urusan.ok,fine.dah kena banyak kali macam ni.tapi,sorry to say,ai tak lali lagi.maksudnye?ai marah lah!koling2 sister2 yang lain,tak angkat.kalau tak nak hantar pon,angkat lah cakap tak boleh hantar.guwe kol guna kredit guwe weh,bukan pakai kredit lu.lu just kena angkat je kot.ape susah sangat?ok,sila bersabar,banyak pahala bersabar di bulan Ramadhan ni.

bukan ape,jangan lah buat macam ni kan,susah kitorang kat sini.dah la tak boleh bawak transpot sendiri lagi.(bajet lah nak dapat.eksiden dah banyak jadi.abah mesti tak bagi.prevention is better than cure).
enough bab transpot.jangan marah2.malam ni dah nak balik.muahahaha(gelak besar)

ok, nak dijadikan cerite,aku,iffah a.k.a oppa,dian,sherry,syazila and jibah pergi berbuka makan steamboat.dah lama nak kuar makan,tapi tak de waktu yang sesuai.sume bizi online study.so,semalam amik kesempatan kuar sebab dah abis exam.konon.hehe
blogger-emoticon.blogspot.com

nama restoran tu err..hrmm..tak ingat.sebab terlalu lapar.maka,tak boleh berfikir.
mula2 plan nak makan kat restoran J kat ecm ni.tapi,ade konflik.ade yang cakap halal,ade yang cakap tak.so benda yang was2 ni,baik dielakkan.hanya produk zaitun yang boleh digunakan tanpa was2.maka tak perlu dielakkan.tetibe.

malas cerite banyak.muka memasing memang obvious giler kebulur.tambah2 sherry.hahahaha
jom lah tengok beberapa bijik foto.let the pictures speak.hikhikhappy


lauk-lauk


siyesly,aku suke tengok bebola dia.sugoi!


tangan mereka yang kebuluran.haha


iffah yang bizi memberi arahan.

muka2 lapar tapi masih nak menten cun

sherry yang kuat makan


ehem2..hahaha

order set medium.sedangkan nak makan 6 orang jer.sebab memang tengah lapar giler.tomyam memang kaw.thumbsupbetul2 kaw macam kopi cap kapal api.kalau tak percaye,tengok iklan.sup pon sedap.dian tak habis2 puji tomyam dia.sebab dia suke makan pedas.biar berasap,meleleh air mata pon tak pe.jibah pulak sampai merah2 muka.bagi oppa pulak,pedas2 ni no hal.same macam dian.sherry pon macam tu.aku pulak?baru makan sesudu,sedut air sampai setengah gelas.haha.memang tak tahan pedas.langsung.nak buat macam mana kan,perut western.muahaha.eksyen.blogger-emoticon.blogspot.com

before makan,rase macam tak cukup.skali bila dah makan,tak habis pulak.rase sangat banyak.haisshhh..nak tak nak,kena sumbat bagi habis.ikan pulak,tapau guna tupperware jibah bawak balik bagi kat kucing.idea sherry.dia cakap mesti kucing kat M7 suke.ade pekdahnye jugak disitu.tak membazir.aku pulak fikir kucing zaman sekarang demand tinggi.nak ikan mahal dari restoran steamboat.hahaha

akhirnya,lauk2 berjaya dihabiskan.kecuali ikan dengan tofu.berendam je dalam sup.aku memang tak amik langsung tofu.tengok tofu,teringat drama jepun one litre of tears.kaitan?tak de genetik japanese ,sebab tu kurang suke makan tofu.muka je ade ala2 jepun sikit.hahaha.konklusi yang menarik. blogger-emoticon.blogspot.com

ok,mengarut.entri dah macam panjang sangat.ade sambungan kat next entri.sebab lepas tu,tak terus balik.oppa ajak pergi TC.bukan pergi kilang TC boy tuna,tapi teluk cempedak.so,bace kat next entri lah ek!!

No comments: