salam.
hi people! happy 2012! HAHA. LOSER giler dah nak habis April baru nak wish. ampunkan daku yang memang dasar pemalas ini.
so, untuk memudahkan diri aku yang memang dasar pemalas ini, kita cerita serba sedikit je lah apa yang telah berlaku selama 4 bulan dalam 2012 ini.
JANUARI
1)Seingat aku, masa ni tengah busy nak final untuk first sem 2nd year? WHAT?masih 2nd year? ramai orang still tak percaya yang aku baru 2nd year. bukan repeat ye uolls.alhamdulillah setakat ni masih tak pegang title itu dan semoga takkan pegang title "repeater" itu. It's just uia system that needs us to go through the foundation studies for 2 years. ok makcik makcik, saya dah tak larat nak explain dah lepas ni hehe :)
2)malam New Year dapatlah jugak tengok saki baki bunga api dari hujung dunia sana. dapat tengok sikit secara hendap hendap dari tingkap bilik pun dah seronok. nasib baik lah bilik menghadap tasik depan mahallah ni kan. kalau sebelah hutan,boleh dengar bunyi cengkerik je la..
3)sambut birthday Jibah dengan memakan kfc di tc. rasa best sekejap dapat lepaskan diri dari hiruk pikuk buku buku dalam UIA. rasa macam tak nak balik sebab tak nak exam.sungguh tak sedar diri.
4) balik cuti yeayyyy!!for 3 weeks starting 13hb until 6 Jan (kalau tak silap lah)
5) result keluar. jatuh sikit.tak menepati target.tp alhamdulillah, result ni jadi peringatan untuk lebihkan lagi usaha. sedih gile masa tengok result then pergi mengadu dekat mama. masa dinner keesokkan harinya, abah tanya
"macam mana result?"
"teruk"
"kenapa?tak cukup buku ke?"
"bukan"
"tak cukup masa?"
"bukan"
"habis tu?tak cukup duit?"
"eh?"
"takpe, nanti abah hantar pergi tuisyen"
"abah ni..mana ada tuisyen untuk u!"
and mama pun cakap "soalan dia susah.ramai jugak kawan dia tak boleh buat."
hahahahaha..abah serius lawak.ni efek daripada intan yang dah start pergi tuisyen untuk upsr tahun ni.mula mula bergenang jugak air mata sambil makan nasi sambil bersoal jawab dengan abah.last last
boleh gelak jer :D
FEBRUARI
1) Start sem baru. stress baru.
2) but life must go on. perlu usaha lebih. azam yang sama je actually pffftttt come on fana.bila nak tunaikan azam?
MAC
1) JPA masuk. sakanlah bershopping. tapi,sem ni ada sedikit perubahan. bershopping yang lebih ke arah keilmuan. cewah. Alhamdulillah, sangat bersyukur kerana Allah menganugerahkan minat membaca yang setakat ni masih tidak berbelah bagi.
2) travel to KL dengan Hanis and Jibah. misi nak berjoli dengan cara yang baik.haha.membeli belah buku dan membuncitkan perut.BB1M berjaya dihabiskan. dah penat pusing Kuantan nak habiskan baucer tapi tak tercapai. last last bungkus baju lari ke KL untuk 3 hari. dekat sana, sampai kena tambah duit sendiri beratus ratus.tapi puas hati. hehe. alamatnya,kat rumah bolehlah nak beli rak buku satu lagi.wah, bermadah pujangga.
serbu BookXcess untuk pertama kali.sebelum ni beli online je. masuk je,terus hilang arah tak tau nak beli yang mana. pegang buku ini yang itu,tengok yang orang sebelah pegang, pun cari yang sama. sampaikan orang sebelah jeling jeling "apa yang budak ni tengok tengok". tamak terus menguasai diri.tapi tamakkan buku tak pe,ye dak?haha.
ambik yang berkenan terus masuk dalam basket.sungguh heaven!rasa tak nak balik.kenapa dekat kuantan tak de?why?why?aku sanggup je pegi sana untuk stay sehari hari untuk membaca,apatahlagi secara free. suka tengok suasana orang yang tekun membaca sampaikan anak yang dibawa tak tau nak buat apa dan terlena dekat situ. oh, heaven.again.
dekat budak budak di rumah tak dilupakan.aku ada sambar 4 5 buah jugak untuk diorang.untuk si budak kecik Izzuddin,beli pop up story books.huishh,seronok betul budak zaman sekarang.buku semua menarik.aku yang dah 20++ ni pun still tertarik nak baca buku diorang.semangat aku nak terapkan minat membaca dekat diorang.dulu dulu pun,alhamdulillah setiap tahun dapat naik pentas masa hari anugerah,dan dapat hadiah buku.Enid Blyton series sangat best.masa tu tengah suka nancy drews and hardy boys.masuk darjah 2,start suka R.L. Stine sampailah sekarang, tapi up sikitlah baca dorothy komsoon,cecelia ahern etc.eh,apsal masuk era nostalgia nih?konon nak dramatik letttteewwww..haha.
(pic credits to hanis)
siap bergambar depan bookxcess lagi uolls!!
berpoyo poyoan di dalam kereta.
siap ada video lagi,konon dalam travelling show.
buku buku yang diborong pada hari pertama
further stories,next time. nanti tak sempat cerita yang lain.
APRIL
1) sambut birthday dengan midterm exam protein biotechnology.tahniah fana tahniah.dua kali berturut turut sepanjang di uia kuantan sambut birthday masa exam. tapi,aku suka jugak.sebab biasanya wish yang diberi berserta doa.Alhamdulillah,terasa segalanya dipermudahkan dan kedua dua exam berjalan lancar dan result?Alhamdulillah, boleh tersenyum gembira. and aku rasa sampai final year aku sambut hari pertambahan umur masa exam.perlu buat elok elok dengan penuh semangat supaya sepanjang hari ulangtahun boleh tersenyum riang.itu je pilihan yang ada.
KWW members which are my dear classmates semangat nyanyi lagu birthday dekat aku before masuk exam hall. walaupun kena shush dengan sape entah,tapi aku masih terharu.thanks korang.takpe, kalau aku jumpa sape yang shush,nanti aku shush balik.haha.buruk perangai -.-"
malam sebelum birthday, telah membuat satu kerja gila, yang kononnya
takkan dibuat lagi bila dah bergelar 22.yes,i'm 22 now. such a big
number. :O masih terasa memalukan sampai sekarang.
pada hari bersejarah,tak boleh nak keluar bercelebrate.semua orang busy dengan meeting.asyik buka fb nak tengok berapa ramai dah wish haha.tapi tak baca lagi sebab konon nak surprise.terasa lonely kejap.tapi diorang janji keesokkan harinya mesti akan keluar. muka happy balik.haha.such a simple person huh?
serbu Lilawadi untuk membuncitkan diri justeru menggembirakan hati pada keesokkan harinya. makanan penuh satu meja.then serbu tc.rasanya aktiviti menyerbu tc ni dah jadi perkara wajib setiap kali ada birthday.
hadiah
dari cik twin and the only pic yang aku ada.
thanks to polaroid cik
twin.
sungguh bertuah sebab ada satu je film yang tinggal.
hadiah dari cik roommate kesayangan.
muka dia 80 percent dari keseluruhan gambar hitamputih itu.ceh.
ewah, pasal birthday,semangat nak upload gambar bagai. tapi tersentap dengan wish dari kawan baik kesayangan yang nun jauh di negara SRK:
" awokkkk!!!!Happy birthday.Smoga awok sntsa ceria n tmbah cntik.Awok da 22.A big num comes with a big responsibility :)"
such a nice wish presented by nice words.thanks a lot friend for the reminder!
thanks jugak kepada semua yang wish. dah reply semua kan?hehehe
2) last week, pergi hiking.nature walk dekat Bukit Pelindung.program batch. sehari sebelum hari program, kami, the committees pergi try hiking dulu.jalan nak naik jalan tar,tapi steepness dia memang hshdbndhgeebjd. speechless.takde perkataan yang boleh digambarkan. malangnya tidak berbau. aku tak boleh nak teruskan perjalanan. sampai 1/5 daripada journey yang sepatutnya, rasa berpinar pinar, and then terkeluar segala isi perut dekat situ.bahana tak dinner, perut kosong then pergi telan sekotak susu pagi tu sebelum naik.syabas fana syabas.then terpaksa merisaukan semua orang dan menyusahkan semua orang.kesian jibah tak dapat naik sekali sebab kena temankan aku turun. teringat lagi muka cuak diorang. ampun uolls!ampun!
bila dengar diorang story pasal bestnya dekat atas tu,dengan serta merta terasa jeles.my pride hurts.ego tinggi memang tak boleh nak buat apa.so, berazam esok mesti kena berjaya naik. balik je terus forward mesej dekat semua orang supaya ambik dinner and avoid taking any milk or dairy products pada waktu pagi sebelum hiking. i learnt from mistakes. thinking from the bright side,nasib baik aku kena dulu, baru la boleh ambik precautions supaya takberlaku lagi dalam skala yang lebih besar.kalau tak, tak tahu lah apa yang berlaku. thanks ya Allah for Your help.
(pic credits to F)
the amazing KWW girls!!!
dalam perjalanan nak turun dari bukit.
Alhamdulillah, ramai yang dilimpahi dengan nur. :D
Pada hari program, alhamdulillah,takde sebarang perkara yang tak diingini berlaku,except tok ketua batch luka luka sikit.tapi, security committees dengan cekapnya mengawal keadaan. semua berjaya menawan Bukit Pelindung. sebagai apm untuk program ni, i'm so proud of them. and as aku pun berjaya, my pride's back to normal.haha :p tapi masa journey nak naik bukit, memang susah nak dengar sepatah pun perkataan daripada mulut aku yang pada asalnya talkative as aku tengah cuba nak simpan energy.memang satu kejadian yang aneh.haha.committees yang macam dah serik tengok aku yang pucat, lemah,lembik pada hari sebelum asyik tanya ok ke tak.thanks korang sebab caring.hehe.
then,bila turun,nampak air laut tc. Subhanallah,cantik sangat!semua eager nak turun.semangat nampak air laut.lepas rehat kejap, ada games sikit dekat tepi pantai.memang enjoy walaupun tak main. tengok diorang main dengan dapat hint yang memecahkan otak adalah penghibur yang paling baik pada hari tersebut.haha.
seronok sangat bila dapat positive feedback dari kawan kawan. insyaAllah, next tenure bolehla nak buat lagi,dah ramai dah yang minat hiking nih.hehe
ok,for now, itu je lah kot. yang pasti,tak sedikit pulak aku cerita untuk entry kali ni.next time, if dasar pemalas aku dah berjaya dihilangkan,which aku sendiri tak tau bila, aku akan cerita dengan lebih lanjut semua event ni.
No comments:
Post a Comment