Friday, January 7, 2011

sayang awak!! =)



salam.

hai awak!special entri untuk awak hari ni.saje saya simpan entri yang pertama untuk tahun ni untuk saya tulis pasal awak.penat tau saya tahan keinginan nak update blog sebab nak tunggu hari ni.terharu tak?kalau terharu sila angkat kaki.haha.blogger-emoticon.blogspot.com

saya ingat lagi macam mana kita berkenalan.sem 1 dekat cfs kita sekelas untuk kelas BI.nasib baik ade cik yes yang kenalkan kita.dia ni boleh dikatakan sebagai matchmaker lah.eh,boleh pulak jadi matchmaker ye?cik yes memang berjasa.

kita jadi rapat,mungkin sebab kita berasal dari rumpun astronesia tempat yang sama.tapi,masa sem 1 kita kawan biasa biasa je.sebab kelas yang lain kita tak sama.

bila masuk sem 2, kita sekelas untuk semua subjek kecuali untuk kelas BI.terbalik pulak.sebab kita ber 5 je perempuan dalam kelas,kita pon jadi rapat.dan masa ni lah kita rapat dengan dian jugak.walaupun dulu kita sekelas BI dengan dian masa sem1,kita tak kenal sangat dia kan.budak tu macam pendiam(konon).haha.lepas tu,pergi mana mana mesti berempat,dengan aini sekali.seronok kan masa tu?mula mula semua takut sebab ramai gile budak laki dalam kelas tu.tapi,lepas tu,kisah ape budak laki ramai dalam kelas,tak de efek pon.

bila saya tak boleh nak studi dekat bilik saya,saya selalu studi dengan awak dekat bilik awak.saya ingat lagi macam mana awak dan rumet awak selalu menerima saya dengan gembira.bila rumet saya balik dan saya tinggal sorang sorang,saya mesti pergi tidur dekat bilik awak walaupun squatting diharamkan.selalu pergi pinjam laptop dayah untuk tengok movie atau main game.haha.ingat lagi game cari barang tersembunyi?yang kena lukis secret code setiap kali habis satu level tu.memang gile.blogger-emoticon.blogspot.com

sem 3 sangat seronok sebab bilik saya depan bilik awak.memang keluar masuk selalu.tak payah pakai kasut pon.selangkah je dah sampai.selalu pergi makan atau pasar malam sekali.dengan roommate saya dan roommate awak.meriah sungguh.kadang kadang dengan dian.bila ade projek selalu kita stay up untuk siapkan projek tu.ingat lagi masa kena design website?kita berjaga sampai pukul 4 pagi.penat!tapi berbaloi sebab kita dapat highest mark.thanks to iffah dan wawa jugak.seronok kan masa tu?

ingat lagi tak kita stay up dekat musolla ground floor zc sebab nak download fullhouse suju?haha.walaupun saya yang stay up dan awak tido sebenarnya,tapi saya tak kisah.asalkan kita dapat tengok.esok tu terus tengok seharian sampai habis semua episod.serius lawak gile bila teringat pasal ni.lol

lepas tu kita jadi taaruf week committee sama sama.dapat biro yang sama pulak tu.nasib baik awak apply sekali.kena stay up buat master plan sama sama.

tapi,lepas tu saya kena pindah naik tingkat atas.oh,sedih betul.sebab jauhnya nak menapak pergi bilik awak dekat tingkat 1 tu.tapi,still saya menyemak dekat situ kan?lepas habis kelas,lunch dekat bilik tu.blogger-emoticon.blogspot.comroommate saya balik,saya squatting dekat situ.nasib baik ade katil extra.so,otomatik jadi katil saya.eceyh.siap dapat title roommate ke 4 lagi.hari jumaat petang,mesti pergi "book" tv dekat lobi sebab nak tengok music bank.haha.

sebelum masuk kuantan,saya sangat berharap,kalau tak sebilik,dekat dekat pon ok lah.tengok tengok awak jadi roommate saya.seronok tahu!!perancangan Allah memang yang terbaik.thumbsup

selalu jugak kita akan terpakai baju kaler yang sama.semua tak percaya yang kita tak janji pon nak pakai kaler sama.beg pon lebih kurang.haha.rasanya twin betul pon tak macam ni.(betul tak twin??)huhu

baru 1 sem berlalu,masih ade banyak lagi sem lepas ni.harap harap awak masih dapat bertahan lah jadi roommate saya.tengok secret garden sama sama.haha.kafang kadang tu ade jugaklah ribut taufan yang melanda, tapi alhamdulillah,kita masih berkawan baik macam biasa.

saya tahu saya banyak buat salah dekat awak sepanjang awak kenal saya.sempena hari yang berbahagia ni,saya nak mintak maaf banyak banyak.tak perlu tunggu raya baru nak mintak maaf.ye tak?

semoga awak akan sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang-Nya.semoga termakbul doa doa awak.semoga awak akan sentiasa beroleh kebahagian dengan orang tersayang(ehem ehem) =)


SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-21!!

ececeyh...cik jibah-the besday girl



sayang awak sangat sangat!!! - fana dan dian




p/s: rasa macam baru semalam berhempas pulas dengan dian dan kawan kawan yang lain rancang buat surprise besday party tahun 2010 untuk awak,syazila,kir,aini dan mija.=)

1 comment:

Nies Hanna said...

ahhh...terharunya baca..ceh,mcm cerita pasal aku plak...hum bestnya...teringat kat kawan sekolah... ;)