Thursday, June 30, 2011

Beautiful You Collection Blogshop =)

salam.

hi people!

cuti dah 2 bulan lebih. bila cuti memasuki fasa 3 bulan, maksudnya lemak akan bertambah 13kg.ataupun 30kg?pfttttt...

ok,ini efek cuti untuk orang yang menghabiskan cuti dengan gaya kuak lentang  makan tidur tengok tv online sahaja tanpa apa apa aktiviti fizikal yang boleh menyahkan lemak terkumpul. jari jemari saje yang makin kurus sebab asyik exercise atas keyboard. oh, sungguh tidak symmetry -.-"

disebabkan cuti yang panjang gile ni, so aku menerima cabaran pakcik aku supaya pengumpulan lemak tidak berlaku dengan sia sia. Yeah, pakcik aku telah meminta untuk mewujudkan sebuah BLOGSHOP di mana akulah CEO nya HAHAHAHA

Ini pengalaman pertama aku dalam bidang bisnes online dan telah mencurahkan banyak tenaga dan komitmen terhadap blogshop ni. Semoga korang semua akan sentiasa dan berterusan dalam memberi sokongan.=)


oh yeah, thanks to miss twin for posting an entry about this blogshop in her blog even aku tak boleh cari dah entri tersebut.mungkin ada gangguan teknikal sedikit. apa apa pon, terima kasih daun keladi, nanti nanti promot lagi =)

so, introducing you the Beautiful You Collection Blogshop *drum rolls*


header: 



antara items yang terdapat di blogshop ini :




set wangian AVON



pelbagai jenis, warna dan design shawls




tudung ekspres/tudung instant  


pashmina pon ada



pelbagai koleksi inner!


Sekarang mari kita lihat 10 things yang Beautiful You Collection Blogshop boleh tawarkan kepada korang:

1) Mahukan selendang dengan harga yang murah, jomlah ke Beautiful You Collection Blogshop. Pelbagai jenis selendang dan pilihan warna ada di sini. Stok akan sentiasa dikemas kini. Tak lama lagi pelbagai jenis fesyen selendang boleh didapati di sini. Kami sedang usahakan.

2) Tudung Ekspres juga terdapat di blogshop ini. Pelbagai jenis design dan warna menanti korang. Harga murah dan berpatutan,sebab sebelum harga ditetapkan, kami akan revise dan compare dengan orang lain dulu. Jadi, usah risau untuk shopping dekat sini!

3) Inner juga terdapat dalam pelbagai koleksi. Inner cotton neck yang boleh tutup leher korang tengah "in" sekarang kan? Kebanyakan shops akan jual RM25 ke atas, tapi kalau beli di sini, anda akan mendapat harga lebih rendah.

4) Produk wangian Avon pulak, korang pasti takkan atau susah nak jumpa produk Avon dijual dengan harga yang sangat rendah! Dekat sini je ada. dan LIMITED tahu! So, cepat cepatlah grab! Korang kalau berminat nak jadi ahli AVON, boleh isi membership form di blogshop ni. Keahlian PERCUMA!

5) Kain pasang pula, tengah tunggu gambar siap untuk di upload.Begitu juga dengan telekung. Nantikan announcement yang bakal dibuat tak lama lagi =)

6) Di blogshop ni, ada combo Pick and Mix. Pilih satu shawl plus satu inner yang menjadi idaman kalbu dan dapatkan mereka dengan tawaran harga yang lebih murah. Korang juga boleh request tudung/shawl yang korang nak,kalau high in demand, kami akan offer.

7) Pelbagai promosi akan dijalankan dari semasa ke semasa. Rugi kalau terlepas!!

8) Insyaallah kami akan jadikan blogshop ni lebih berinteraktif. Contest, tutorials etc etc akan menemui anda tak lama lagi!


eh, lagi 2? Aha!! tak boleh lah nak stori panjang panjang. Nanti jadi 100 offers pulak. HAHA.ok, over. So, nak tahu lebih lanjut? Jom ke Beautiful You Collection Blogshop!

Meh ramai ramai LIKE page Beautiful You Collection Blogshop di Facebook!

Lepas tu,  sebarkanlah tentang blogshop ni kepada kawan kawan korang. Lagi ramai, lagi meriah, lagi bagus!




p/s: kepada sesape yang ade blog and nak tolong promot tu ehem ehem kecil tapak tangan lautan luas saya tadahkan ehehehe =)

Thursday, June 23, 2011

Selamat Hari Bapa to Mr Abah and Selamat Hari Lahir to Madame Mama

salam.

sekarang agak busy. nak menceritakan tentang aktiviti cuti juga tertangguh. ececeh apa yang busy sangat tuh? kita stori di entri yang lain.

let's cut it short. di kesempatan ini, walaupun sudah agak terlambat sedikit mengepost entri bertajuk Hari Bapa. Heh, kenapa terlambat pulak? kalau hari ibu dahulu boleh je "setiap hari hari ibu", so hari bapa pon boleh je lah "setiap hari adalah hari bapa".

So, selamat hari bapa to mr. abah. kami sangat beruntung kerana setiap kali hari bapa mesti dekat dengan hari lahir madame mama. last year sempat jugak celebrate sikit2 sebab semua dekat rumah. tapi sebab kali ni ramai yang tak de kat rumah, so celebration ditunda ke satu tarikh di mana duit berada dalam genggaman tsk tsk tsk dramatik giler ayat tapi nak cakap dah pokai je pon T__T

hari lahir madame mama jatuh pada 20 jun. means hari yang berikutnya lah. so, kami pon bising bising lah wish besday. yang duduk jauh jauh tu hantar sms je lah kan especially anim yang nak jimat kredit haha

so, seperti kebiasaan, entri ini juga merupakan ucapan hari lahir khas untuk orang yang tersayang.

cuma kali ni, kita ada pakej 2 in 1. tidak apa apa kan? =)

to dear mr abah dan madame mama,

SELAMAT HARI BAPA DAN 
SELAMAT HARI LAHIR MAMA yang ke 45

like angah said," How do you expect me to remember your birthday, when you never look any older?" HAHA eleh angah i know lah ni mesti nak pujuk pujuk bagi set katil baru kan..haha


thanks for everything.we love both of u very much! no words can expxress how much we love you =)

Friday, June 10, 2011

comeback

salam.

hai! lama betul tak menaip kat sini. ok, biar aku berterus terang je lah, semangat nak rekod aktiviti sepanjang cuti panjang nih dah pupus dimamah anai-anai. paling aku terharu semangat tu tak nak datang balik dah.HAHA. tacing  T_T.

cuti sekolah ni aku busy menguruskan rumah eceh sebab bilangan penduduk bermastautin yang bertambah. bila masing masing dah balik asrama diorang, maka adalah sikit masa senggang nak merapu kat sini. habis baku ah tu guna perkataan senggang


so, aku decide aku nak update hari hari penting saje lah kot sekarang, sebab kalau hari tak penting benda yang sama je aku buat. dalam erti kata lain, macam aku kopi pes je entri before nih even aku taip lain setiap bijik perkataan tu tau!

lagipun, sekarang tengah seronok berho-ho-holiday, so aku akan update perkara perkara best je lah. misalnya, kejayaan membuat cupcakes yang laku seperti pisang goreng panas.EHEHEHE =D

till then, toodles!