Tuesday, August 31, 2010

InDepEnDenCe Day

salam.

arini macam nak eksyen sikit,letak title dalam english.cewah!cewah!hahaha..
mungkin sebab dulu negara kita dijajah oleh mereka yang berkulit putih yang boleh speaking english and nihon,maka aku pon boleh speaking macam tu jugak?hrmmm...blogger-emoticon.blogspot.com

dulu2 belajar sejarah,ya ampun,macam nak letak batang mancis tahan kelopak mata daripada tertutup.tapi,alhamdulillah,lepas jugak 1A untuk SPM.hahaha..tapi memang kelopak mata macam kena gam jer kalau masuk waktu sejarah.kalau cikgu pergi kursus,wah..memang raya lah kami satu kelas!muka bahgia jer sume..hahaha
clapclap

sume ni kenangan2 indah masa sekolah dulu.(ai rindu lah dilligent crewz,tapi kalau ade reunion ai malas nak pergi,sorry!)


setiap kali nak merdeka,mesti ade sambutan kat sekolah.mase form5,siap kena pakai kain batik kat kepala,buat gaya ala2 tun teja dulu2..hahaha..pastu sesi bergambar.perkara yang mesti dibuat.macam2 performance yang ade.even not so great,tapi ok lah kan.
kalau sambut merdeka kat umah,malam menjelang kemerdekaan tu mesti abah bawak kitorang satu famili pergi tengok bunga api.wah...best!!lama dah tak ikut sejak duduk hostel.bawak budak2 kecik kat umah tu jer.huh!tak aci!hahahahablogger-emoticon.blogspot.com

kat cfs pulak,ade jugak sambutan nih.juz ikut-suke-ko-lah nak join ke tak.aku pernah join mase 1st year.itupon sebab all my rumets balik umah,tinggal aku sensorang tak taw nak buat ape.kak wan ajak so ikut la pergi tengok.best jugak!tambah2 mase tu bb ade..hahaha


kat kuantan nih, tak rase pon dah masuk 31/8.teringat pon sebab jibah hantar sms wish selamat hari merdeka.on fb,banyak jugak letak status wish selamat hari merdeka.aku?tak terasa pulak nak buat macam tu.better aku roger my siblings yang lain tarikh dan waktu aku nak balik untuk cuti raya.and, memang itu yang aku buat.


i know this one guy.baru migrate ke malaysia.and so far,from what i see,i hear,i read,he doesn't like malaysia.hrmmm..tak boleh blame him,sebab dia dah stay di previous country since he was born.i read his blog,dia cakap dia tak ramai kawan di sini.and he missed his old friends a lot.

ok,i'm trying to be in his shoes.if i were him, first memang akan memberontak jugak lah sebab kena pindah tetibe,ikut famili.ye la,takkan nak duduk sorang2 and jauh plak tu.boleh kuar 1 litre of tears setiap hari ni.tapi,dah kena pindah sini,nak buat macam mana kan.aku akan terima keadaan ni.i'll try to find any interesting things that can be done here.banyak kan?tipulah kalau takde satu pon yang akan menarik perhatian.pasal kawan, memanglah sedih kena tinggalkan kawan2 lama.and mungkin dah susah nak jumpe lagi lepas ni.tapi,rakyat malaysia kan friendly?it's just up to you either to make new friends or not.itu jer.rasenye takde masalah besar.kalau diorang tak nak kawan,biarlah.carilah orang yang nak kawan dengan kita.no big deal lah!
blogger-emoticon.blogspot.com
we should be grateful to have the opportunity to live in this peaceful malaysia.

tapi,mestilah orang akan cakap"eleh..bolehla ko nak cakap macam tu.bukannye ko yang kena..".

pape lah.this is my opinion.my point of view.

one more thing,for me, i'm still not merdeka lagi.exam tak abes lagi.waaa...
cry


thanks a lot to this man for inventing "jalur gemilang"


SELAMAT HARI MERDEKA YG KE-53


p/s: inche microbiology,anda memang sangat mencabar.walaupon banyak benda yang saye dah tahu pasal awak,anak2 awak - inche bacteria,inche virus,inche fungi and yang lain.yang paling penting, mengantuklah bila baca pasal awak!!
blogger-emoticon.blogspot.com

Sunday, August 29, 2010

5 orAnG sTudEntS UIA EkSiDeN

salam.

eventhough many have posted about this news and i'm quite late in doing the same thing i think but i still want to post an entry about them as i'm concerning about them.this is my doa to them.

pagi tadi,aku dapat banyak sms yang nak bagitaw benda yang sama.5 orang 1st year students uia eksiden pkul 4.30 pagi tadi.i know 4 of them.from those sms-es,aku dapat taw keadaan diorang sangat serius.even me myself sangat terkejut sebab jumaat malam yang lepas baru je jumpe salah sorang dari 5 orang ni kat kelas mandarin.

from what i know,5 orang yang terlibat tu ialah muhsin,izwar,hafiz zakaria,akif and izzat(2nd year).aku kenal sume except the 2nd year student,izzat.

from 5 of them,

izwar -plg kritikal.kena bergantung kepada ventilator.tadi operate.
muhsin -pendarahan diluar otak and may have some effects kat tulang belakang.
hafiz -patah kaki kanan and luka kat mata and kepala,
izzat -patah kaki
akif -not as serious as the other 4, so ditempatkan kat wad biasa.

however,tadi aku dah roger kawan aku tanya pasal diorang.and dia cakap keadaan dah stabil.

and satu perkara lagi,to all sisters yang nak pegi melawat tu,harap2 tangguhkan dulu niat tu.keadaan kurang sesuai untuk kita pegi melawat.biar diorang berehat dulu,mungkin ade yang still trauma dengan ape yang berlaku.

we can still pray for them eventhough we cannot visit them.give them some time to rest.pray for their wellness.semoga mereka akan dapat join kita dalam kelas untuk sambung belajar tak lama lagi.

doa is wireless and the coverage is unlimited.

p/s : to the patients,have a good rest and get well soon.blogger-emoticon.blogspot.com

Sunday, August 15, 2010

Why StEamBoaT?

salam.

hrmmm...korang perasan tak,dalam previous entries,banyak aku sebut team steamboat.ape eh team steamboat nih?and WHY STEAMBOAT?
hahahaha..memang la pelik sikit kan.tak pasal2 steamboat jadi nama team kan.cite dia bermula bila nama paul si octopus tu menjadi tajuk perbualan.aku tak ingat sangat kenapa paul tu menjadi tajuk perbualan,tetibe jer aku dah digelar paula, paul the octopus versi feremfuan.hiashh..sangat lah gagah begini dapat nickname sotong?tak patut betol!ini cik afeefah punye keje.beliau memang..errr..hahahablogger-emoticon.blogspot.com

but then sume dapat nama gelaran.

iffah a.k.a seaweed, syazila a.k.a plankton, dian a.k.a oyster,
afeefah a.k.a prawn, najibah a.k.a mr crab, sherry a.k.a jellyfish

nasib baik sponge dan starfish tak de.kalau tak dah lengkap satu family spongebob squarepants.boleh buat parody versi uia.muahahahablogger-emoticon.blogspot.com

then,masuk microbiology lab.for the first experiment,kena observe microbes by culturing them in nutrient agar.eh,betol ke?ye la kot.kena label all the plates dengan nama group.

ha,ape lagi,mula la terkial2 cari nama group kan.kebetulan pulak sume ade nama2 marine life ni kan,so semangat nak cari nama group yang ade kaitan.macam2 nama yang dicadangkan.macam2!tapi,sayangnye dah tak ingat.tetibe jibah cadangkan nama steamboat.secara kebetulan,before masuk lab iffah ade cite pasal sebuah restoran steamboat kat sini.hahaha..

ape lagi,memang sume dah ade kaitan.except seaweed,jellyfish dan plankton.mana ade orang letak dalam steamboat,ye tak?tak dapat aku bayangkan kalau ade plankton dengan jellyfish dalam steamboat.seaweed ok lagi.muahahahahahablogger-emoticon.blogspot.com

pastu,semangat la tulis label kat agar plates tu.lepas tu pergi hantar all the plates kat depan untuk incubation.tetibe madam nampak label kat agar plates tu.ape lagi,of course la ketawa.and soalan yang ditanya mestilah WHY STEAMBOAT?aku dan sherry pon just ketawa sekali.hahahaha..mesti madam fikir macam2 la budak2 nih.

so,secara rasminye nama steamboat jadi nama group dalam microbiology lab.dan (ini bukan kebetulan) most of the activities kitorang participate,so memang nama steamboat digunakan pada bila2 masa dan dimana2 jua!

mari2 kita view sikit muka2 steamboat members!

inilah steamboat team.ade gaya scientist tak?
ade kan?kan?kan?
(sorry,muka ai terlebih eksyen sikit) =P

versi informal =)
(sila abaikan kondisi meja yang bersepah)

walaupun kami banyak menyibukkan diri dalam sesi photoshooting,tapi kami banyak menyibukkan diri dalam experiments jugak.

walaupun kami banyak bergelak ketawa dan bermain di dalam lab,tapi kami selalu jugak habiskan experiment kami awal2.

sebab ape?

bila berexperiment ;

kami serious.kami tak main2.
kami focus.kami buat yang terbaik.
kami bekerjasama.kami tak pentingkan diri.

kami saling tolong-menolong.kami tak biarkan team members kami terkial2.

kami membahagi-bahagikan keje.kami tak susahkan sorang jer.
kami enjoy.kami tak tension2.

kami buat dengan pantas dan efisiennye.sebab kami nak balik awal.hahahablogger-emoticon.blogspot.com





p/s: balik awal adalah perkara yang paling penting dalam hidup seorang student uia.yang kedua terpenting, balik tepat2 pada waktu bas sampai.tak perlu tunggu lama2.
ngeee

Thursday, August 12, 2010

RaMaDhaN DatAnG LaGi



salam. seperti sume orang taw,ramadhan menjelma lagi.hari ni hari kedua kita sume berpose.jangan ade yang curik2 telan air masa amik wudhu' pulak!!blogger-emoticon.blogspot.com

ishhh..mesti tak kan?sume dah besar,dah boleh fikir ape yang tak boleh ngan ape yang boleh.

hrmm..berpose di tempat orang nih,macam2 dugaan.dugaan terbesar,bila tengok orang lain yang umah mereka sangat dekat boleh balik berbuka di umah.sedih la.teringat maskan mama.teringat rancangan riang ria raya bersama nestle conrflakes.teringat murtabak tebal penuh ngan ayam kat desa murni.teringat betapa meriahnye berbuka di umah tok.teringat kari daging tok buat.teringat mi goreng mama buat.teringat ayam percik resipi mama.eh eh,apsal asyik teringat pasal makanan jer nih??hohohohoblogger-emoticon.blogspot.com

dulu,mama slalu ler cakap kan waktu berbuka tuh merupakan nikmat untuk orang yang berpose.masa kecik2 dolu tak faham.bila dah besar,baru faham.kalau tak,tak kan la nak sumbat sume yang ade skali gus lepas jer dengar azan tu kan?


bulan pose ni, sume orang pentingkan makanan masa berbuka tuh.ok jer nak makan pape kalau teringin,tapi jangan la sampai membazir dan tak termakan pulak.kesian kat makanan tu kan?kan?

teringat afeefah cakap.kalau bukan bulan ramadhan, ramai orang tak amik pusing pukul brape maghrib masuk.bila dah masuk bulan ramadhan nih, sume sibuk2 nak taw waktu maghrib.ade yang sampai dah siap hafal untuk seminggu.huhuhu
blogger-emoticon.blogspot.com

macam2 ragam dalam bulan ramadhan ni.ade yang hyperactive jer,tak stop langsung bercakap.main ping pon semedang dalam wackos tu.ade jugak passive terus sampai tak cakap langsung.aku?biase2 jer.ikut keadaan.be moderate in everythingblogger-emoticon.blogspot.com

ok lah,malas nak tulis banyak2.rasenye sume orang dah wish sesama sendiri kan.tapi,ai stil nak wish jugak kat korang sume.


ahlan wasahlan ya Ramadhan
selamat berpose!

tingkatkan lagi amalan2 dalam bulan ramadhan ni

jadikan ramadhan kali ni lebih baik daripada yang sebelumnya


credits to : www.iluvislam.com



p/s : takpe incik hyperphylic,nanti bila ai balik kulim,ai ajak ayah ai pergi borong murtabak desa murni banyak2..muahahaha
blogger-emoticon.blogspot.com

Monday, August 9, 2010

AthletE

salam.

ceyh2..tajuk tak boleh blah.baru main netball skali,terus cop diri sendiri sebagai athlete.dolu2 pon pernah je jadi,tapi masa zaman sekolah je la.pastu,tak de dah.memerap je dalam bilik konon2 study.tapi saye memang rajin study pon. kalau dolu2 zaman sekolah,especially sekolah rendah,memang sibuk nak wakil itu ini.maklumlah,yang penting tu sijil.nak masuk sbp atau mrsm kan kena ade sijil banyak2.kalau tak,sudah tentulah permohonan anda kurang dilayan.ye tak?macam2..blogger-emoticon.blogspot.com

dolu2 aktif jugak main game2 bola nih.bola baling.best!bola jaring boleh kira ngan jari.mula2 tu jadik bidan terjun je,pastu,terpaksa main untuk game2 seterusnye.masuk secondary school,dah kurang sket.sebab sekolah aku yang satu tuh guna prinsip once budak tu masuk dan menang,dia la yang akan wakil dalam setiap match.so,susah ler orang lain nak dapat chance kan.lagi satu faktor yang paling penting,malas nak menapak ke sekolah waktu petang untuk latihan.takpon,ke latihan pagi kalau sekolah petang.tak suka masuk kelas letih2.alasan.
blogger-emoticon.blogspot.com

masuk cite pasal netball match ahad yang lalu.cadangnye nak post entri baru semalam,tapi tak sempat sebab bz siapkan assignment ungs.dah selamat dihantar tadi.fuh2!lega!


ok,kelmarin,in previous entri,aku dah cakap yang kitorang ade netball tournament.interbatch punye tournament under sciencess. untuk netball,ade 10 teams.but for biotech,just 2 teams amik bahagian.1st year dengan 4th year.main secara league.kitorang punye team dapat group B yang ade 3 teams.so,kena main 2 games la maksudnye. game 1st,dlm pukul 10.20 jugak le kot,lawan dengan 3rd year biomed.huisshhh..tengok muka sorang2 sume macam otai netball.giler seram.tapi,aku,dian and jibah jadik reserve dolu untuk game nih.jibah sempat jugak main sekejap,tapi lepas tu tukar orang.memang game paling dahsyat le.diorang belasah 11-0.giler tak?terbaek lah!hahahaha..blogger-emoticon.blogspot.com

memang sangat susah ler bola nak sampai kat GS kitorang.defend diorang kuat giler.sherry sampai terjatuh.seluar of koz ler terkoyak kat lutut tu dan of koz le luka kat lutut tu kan.


second game,aku masuk.tapi,before main,aku dah injured sebab terjatuh masa tengah prektis.ish2,ni lah akibatnye kalau tak berhati2.lutut sakit pon kena masuk main.letak plaster sekeping,terus pergi melompat dalam court.tapi masa tu dah tak fikir pasal sakit.fikir macam mana nak halang WA dia yang besar dari aku.dia tepis skali,aku dah tak stabil.

oh ye,lawan kali ni ialah senior 3rd year cts.lagik ler!memang diorang nih yang dok wakil.kitorang yang beginner nih
macam bonus jer untuk diorang.score,2-8.ok ler,berlatih seminggu jer kot.at least kitorang dapat menghuru-harakan diorang.terlepas jugak 2 points.ok le tu.kan?kan? blogger-emoticon.blogspot.com

main tengah panas,memang menguji kesabaran.muka hampir burn.naseb baik dah letak sunblock.hal2 pasal kulit tak boleh main2.uv rays boleh menyebabkan kanser.sangat berbahaya okiess?mata pon boleh bukak separuh jer.susah betol nak nampak bola.tetibe je dah hilang.hahaha..
blogger-emoticon.blogspot.com

kurang support dari mereka2 yang lain.ekceli,2 orang je datang support.thanx to eti and zulfa.sedih kan?sedangkan team yang lain ramai giler supporters diorang.meriah jer side lawan.sedih betol.
tapi,pape pon.kitorang dah cuba yang terbaik.for most of us,ni adalah netball game yang pertama.before nih tak pernah involve pon.entah2,tak pernah dengar pon name natball tuh.hehehe..macam tipu je kalau tak pernah dengar kan?

ha..inilah muka2 future champion..kaler baju striking giler,asyik dikejar tebuan je.hoho

next time kami nak gold medal tu pulak.. =)


posing therapy untuk mengurangkan kesedihan

walaupon kalah,
walaupon letih,
walaupon badan sakit2,
walaupon kaki injured habis,
walaupon melepas gold medal,
kami tetap enjoy.
dan,

kami takkan give up!


p/s:frenship dah kembali riang.sangat hepi!trimas to dian sebab edit gambar2 nih.memang terbaek! blogger-emoticon.blogspot.com

Saturday, August 7, 2010

I LoVe u InCiK MeGaT!!

salam.

hari ni aku senyum lebar.senyum sampai ke telinga kalau biase2 orang cakap bila dah asyik senyum meleret tak reti2 nak stop.senyum macam baru lepas kena propose.hahahha..ni sebab siang tadi kena propose dengan incik megat.tersedak incik2 megat di luar sana.kekekekeblogger-emoticon.blogspot.com

tapi,incik megat dalam entri nih spesel.beliau bukan incik megat yang berada di luar sana.ini incik megat yang mesti budak2 science jumpe tiap2 hujung minggu.ok la,ok la...incik megat yang dimaksudkan ialah subjek yang kitorang kena amik sem ni iaitu MGT.tapi sesedap rase ayamas jer panggil megat..huhuhublogger-emoticon.blogspot.com

tadi,ade oral quiz.memang saspens la.shaking abes kaki ngan tangan.kebekuan tangan tak payah cite.aku dah le style darah gemuruh sket bila masuk bab2 test ni.tapi nak cakap kat depan ok jer.ehem2..aku layak jadik president ke nih?sila vote untuk saye nanti.hahahahaha

mula2 macam biase,stat ngan lecture.4 tajuk skaligus.amik ko,rase cuak sangat.tapi masih boleh bertahan.menten kool macam biase.sebab duduk depan skali.betol2 depan lecturer.sebab takut mengantok,pastu dapat title fish student pulak.huisshhh..tak mo2.blogger-emoticon.blogspot.com

oral quiz buat waktu petang.dlm pukul 3.15 camtu.sume gerak masuk dalam group masing2.aku,jibah,dian,syazila,and athirah group 2.so,stat le sesi quiz.huisshh..kitorang ade 5 round.5 round,5 kali ler tangan pucat,sejuk,menggigil,kaki pon join skali,berpeluh2 even mini audi tu macam freezer.siyes dasyat!dilantik jadi spokesperson pulak,lagi ler.tapi,alhamdulillah berjaya diharungi 5 round itu dan mendapat full mark!hoyeh!hoyeh!seronok!hepi!..blogger-emoticon.blogspot.com

revenge untuk chem quiz hari tu.hahahaha..terasa lebih adil sebab sume ade peluang untuk jawab.soalan lain2.no bias2 anymore.i like Dr Rain!!Dr Rain memang best!blogger-emoticon.blogspot.com

dua groups jer dapat full mark.my group and group 10.soalan memang berkait rapat dengan ape yang beliau ulang2 dalam kelas.tidak termasuk perkataan gombek.harap maklum.

ok,enough with incik megat.sekarang pasal netball esok.hahaha..tadi meeting,so dah fix position.aku pegang WD.huisshhh..kena defend.takut jugak.dah lame tak main.dulu jadi GD.tapi tak pe,i'll try my best.huuu..takut.blogger-emoticon.blogspot.com

esok match start pukul 7.30 a.m.awal giler kan?main secara league.kitorang punye game pukul 10 dan 11 pagi.berdebar2 betol..takut tak dapat main dengan baik.sebab aku nih bukannye boleh kalau neves2 nih.

harap game esok membantu aku untuk merapatkan kembali frenshp yang dah goyah sedikit.

insyaallah,steamboat team akan kumpul gol banyak2!!blogger-emoticon.blogspot.com

doakan kejayaan kitorang ye!




kami nak medal kaler nih..insyaallah..
tak salah kan?kan?


p/s: serabut ungs tak abes2 lagi.isnin nak present.padan muka,sape suruh tangguh2?blogger-emoticon.blogspot.com

Friday, August 6, 2010

SpEsEL

salam. semalam dan hari ni sangat menyedihkan.tapi,walaupon sedih,kena jugak post entri baru ni.hari ni entri spesel punye.of koz spesel sebab orang itu pon sangat spesel.hanya mereka yang spesel je boleh wujud dalam entri ni.dan entri ni untuk mejelaskan kedudukan dan keadaan yang sebenar kepada orang itu.sapekah seseorang itu??blogger-emoticon.blogspot.com

meh aku bagitaw.beliau ialah..

someone yang baik
someone yang pandai
someone yang kelakar
someone yang boleh dibuat kawan baik
someone yang best!
someone yang bernama Nur Iffahmunirah Inani..

maka,dengan pernyataan di atas,dah terang lagi bersuluh sape "seseorang" tu.

hal ini berlaku dengan tidak sengaja.dan jugak tak expect akan menjadi sampai begini.hanya sebab satu kejadian yang boleh dianggap "bodoh" yang telah dibuat oleh orang lain,aku dan dia menjadi mangsa.

sedangkan yang sebenar2 nye,aku tak marahkan dia,aku tak tuduh ape2 pon,dan aku tak pernah fikir dia terlibat.

sebab aku taw dimana dia ketika itu.

tapi mungkin sebab terbawak2 perasaan marah setelah dikenakan,masa dia bercakap dengan aku,ekspresi yang dikeluarkan mungkin membuatkan dia fikir begitu.

oh,mungkin disitu salah aku.tapi,aku pon tak berniat begitu.semakin teruk setelah kejadian tag2 mengetag gambar didalam fesbuk.tapi,kalau bukan kerana komen dia yang menusuk bone marrow tu,aku takkan taw yang dia sebenarnye dah salah faham kat aku.

so,untuk iffah, tadi ekceli aku dah nak pergi jumpe ko,tapi ko balik,and ko mesti still tengah marah.aku nak bagi ko kool down dolu.kalau ko nak taw,aku dah karang surat dan nak bagi eskrem kat ko sebab aku takut bila aku nak cakap face to face dengan ko,ko tak nak.nanti lagi sedih.biarlah orang cakap kolot skalipon,tapi demi nak menjernihkan balik kita punye frenship,aku tak kesah.harap2 lepas ni frenship kita akan jadik macam biasa.dan ko pon akan still duduk sbelah aku dalam klas nanti..



to: nur iffahmunirah inani
ost : puddle of mud - blurry

  1. pasal semalam punye tag gambar.aku cun jugak,tapi ko lagi cun.aku tak tipu!
  2. sori kalau ko rase ape yang kitorang tag2 semalam untuk sakitkan hati ko.tapi,memang bukan!
  3. aku tak taw ape yang membuatkan ko marah sangat kat aku.mungkin sebab salah faham.mungkin ade benda yang aku tak sedar dah membuatkan ko marah kat aku.tapi,ko tak de buat pape yang membuatkan aku marah atau sakit hati.
  4. kalau pasal kes botol air semalam,aku dah kool.semalam sebab aku penat + p,emosi jadi tak stabil dan aku sememangnye sangat marah.tapi bukan dekat ko.waktu ko cakap dengan aku atas bas tu,suara aku macam garang,sebab terbawak2 dengan perasaan marah tu.
  5. tetibe teringat janji aku nak beli eskrem kat ko.aku nak bagi tadi.tapi tak best sebab ko dapat dalam situasi macam ni.tapi ko balik umah pulak.takpe,aku sanggup belikan eskrem banyak2,asalkan ko nak kawan dengan aku macam dulu.
  6. kalau ko ingat kitorang tag nama2 tu sebab nak revenge ke ape,bukan ye.tak terlintas pon.just nak hilangkan stress buat assignment ungs.dan kitorang memang nak remove.tetibe jer ko dah komen.dan komen itu menyedarkan aku yang sebenarnye ko marahkan aku.sori sangat2!!
  7. sori sebab ko fikir ayat aku kurang ajar.
  8. aku tak tuduh pape pon kat ko.aku memang sangat terkejut semalam lepas bace komen ko dan status ko kat fesbuk.
  9. sori sebab membuatkan ko terpaksa menghabiskan masa fikir benda2 camni.esok pulak kuiz MEGAT.
  10. paling penting,lepas ni harap2 ko nak lagi duduk sebelah aku,especially dalam kelas UNGS.




lepas ni,aku sangat berharap dah tak de lagi perkara macam ni.kalau ko nak aku delete entri ni lepas ko bace,bagitaw je ye!tapi,pastikan ko bace sampai abes.



saye sayang nur iffahmunirah inani bt. hassan
sebab dia best.blogger-emoticon.blogspot.com




lepas scholar dah masuk,aku akan blanje ko cornetto skali seminggu.ok??



p/s : dan untuk 2 orang tu,tolong la fikir balik ape yang anda dah buat.kita boleh je nak joking2,tapi tak boleh berlebihan.efek dari kejadian itu,orang lain jadi mangsa.tapi,aku dah malas nak fikir.benda remeh yang tak sepatutnye sorang remaja 20tahun amik peduli.banyak lagi benda kena pay attention,especially kuiz megat esok.aku tak mintak korang berdua datang mintak maaf or watsoever.aku dah maafkan korang.so,let's forgive and forget.kembalikan semula keriangan zaman dolu.

Wednesday, August 4, 2010

ReSerVe Je BoLeH?

salam.

ok,stret to the point.tangan sakit.kaki sakit.pendek cite,satu badan sakit.main netball.

minggu ni jugak ler nak jadik buzy dengan latihan netball segala bagai.fuiyooo..fana msuk netball.tak boleh blah.kecoh macam wakil international.ade kawan international pon sorang je.nama milgo.sebutan yang tepat-miljo.dia cakap nak bawak kete nanti.then nak tumpangkan aku pegi kelas tiap2 ari.well2,bagus.i like.kecil tapak tangan,stadium netball ai tadahkan.eh2,netball tak de stadium.watever..melalut sampai keluar tajuk sebab seronok orang nak tumpangkan.tak payah lagi jalan kaki.mimpi di siang hari.hahahaha
blogger-emoticon.blogspot.com

tiap2 petang berlatih dengan harapan akan dapat johan.perasaan semasa dapat shoot bola lebih kurang perasaan dapat kawen dengan putera raja gembira.ya!gembira.rasa macam hebat.rasa macam dah pernah jadi wakil banyak2 kali.hahahaha..memang perasan.tapi,saye suke.

tapi bila pihak lawan letak tangan atas bahu dan ajak lawan olok2,terus telan air liur,fikir 2 3 kali untuk pergi bertanding atau tak sabtu nih.
blogger-emoticon.blogspot.com

err..terus cakap,"aku nak jadik reserve je boleh tak?aku support korang dari tepi court."
blogger-emoticon.blogspot.com

tangan dah mula sakit2 sejak kelmarin.lama tak main.tetibe pergi mengshoot dengan cantik skali berlari2 menangkap bola.perasaan yang sangat indah.tett!!palsu belaka pernyataan itu.muahahaha


tadi main beramai2.konon2 nak testing.kaki sakit,nak lari pon tak boleh.tangan lebam akibat penangan bola dari farihah yang laju.lebih laju daripada bullet tren.siyes sakit.dan sekarang masih sakit.entah2 esok masih sakit.hrmmm..weh korang,aku sakit nih.reserve ek??hahahaha

alasan.blogger-emoticon.blogspot.com

jangan fana.kena semangat untuk memartabatkan batch biotech.cewah!!semangat2!jadik reserve pon kira involve kan??kekekeke

fikir secara positif.bukankah ko makin kurus?ehem2..lagi kurus dari angelina jolie dah ni.sebab tu jadik feymes dan fofuler even just turun dari bas jer.hahaha..bile masa gemok pon tak taw,tetibe nak kurus...ngee
blogger-emoticon.blogspot.com

esok dan lusa last practice.aduss..tak taw ler.adakah aku mampu menyumbang kepada kejayaan team batch aku??atau adakah aku memang ditakdirkan untuk hanya menjadik reserve dan memberi sokongan moral yang tidak berbelah bagi dari tepi court?
nantikan entry yang seterusnye!!
blogger-emoticon.blogspot.com

mari2 lihat secebis dua foto yang sempat disnap kelmarin lepas practice dalam situasi angin kencang.


konon2 nak buat macam ala2 hindustan,tapi pakai tudung indon.
mood : bahagia sebab sejuk.


geng steamboat bakal champion netball
efek : angin kencang sebab nak hujan,sebab tu gambar kurang cantik.harap maklum.





p/s : buat ayat iklan konon macam glemer.eh eh!memang glemer pon!!tapi kena slalu menten kool..
blogger-emoticon.blogspot.com