Monday, November 29, 2010

ApA?kRONiK?

salam,people.

konon nak jadi blogger tegar,at last impian tu macam rumput di tepi jalan,hidup segan mati tak mahu(betulkah peribahasa ini?bahasa melayu dah berkarat) sebab bila kat rumah busy mengalahkan yb.

eceyh,perasanlah kau macam yb.kau busy buat ape jer?makan,makan dan makan.yeah,sebagai mana rakyat uia kuantan yang lain tahu,bila di rumah,azam untuk berdiet konon nak maintain berat badan ideal pasti akan terpesong.hei!gile skema ayat ayat beta!tapi tak pe,beta telah difahamkan bahawa nerds make better boyfren oleh seorang kawan baik beta.hehe =)

well,actually ade tag from miss rara,tapi malam ni tak de moodlah nak fikir banyak untuk jawab tag.sori ok miss rara! sangat lama tak kena buat tag,mula2 tengok macam berkobar kobar nak buat,tapi sebab kena fikir banyak jadi malas T_T lagipun tengah semangat nak habiskan Bloody Monday 2.hihi.

honto ni gomen!
blogger-emoticon.blogspot.com

next entry insyaallah aku akan cuba jawab tag tu =)

nak stori sikit nih,hari tu pergi klinik,sebab selsema dan batuk.sekali dengan my mum.my mum suggests suruh doc tu periksa sekali kenapa pimples dekat muka makin teruk.dulu masa dekat cfs,dah makin ok,tapi bila masuk 2 sem yang terakhir,skin breakouts jadi balik.mungkin sebab stress sebab dapat tilam keras(ceyh,macam ade kaitan).haha.

so,the doc (doctor bukan document,harap maklum) pon tengok tengok lah muka aku ni kan,and then beliau cakap :

"ini dah tahap kronik."

satu ayat yang sangat senang nak cakap,tapi serious mengguris hati sobsobsob T_T

cuba korang bayangkan,even bukanlah seteruk kanser or penyakit lain,tapi still teruk kan?beliau cakap lagi,muka aku sangat berminyak,especially dekat T-zone.

then,beliau provide aku dengan cream,sunblock,sulphur soap,vitamin e cream bagai.punya banyak nak kena pakai!and ape yang aku pakai before tu kena stop.tapi,tak pe,sabar.ini ujian.

banyak tips beliau bagi:

1) don't wash ur face more than 10 sec.kita selalu ingat cuci muka lama lama boleh bagi cantik kan?well,itu adalah auta!bila kita cuci lama lama,the skin will become worse,sebab below the skin the infection can spread to other parts.

2) always apply sunblock.itu penting untuk avoid the UV rays.choose sunblock with the sun protecting factor,or what we call spf, 20 and above.aku dapat sublock dengan spf 50.ha!amik kau!50 terus!

3) even dah pakai sunblock,pakai payung kalau berada di bawah panas terik.

4 ) drink a lot of water to hidrate the skin.

5) have enough rest.

so,ini ape yang aku cuba untuk apply dalam kehidupan seharian.tapi,part untuk have enough rest agak susah untuk ikut.dah biasa tidur 12 a.m ke atas.haish...

to those yang ade masalah macam ni,aku suggest untuk korang pergi refer dekat mana mana docs untuk taw keadaan sebenar and the best treatment even akan melayanglah jugak beberapa ratus.it's worth to try,sebab macam doc tu cakap "all the products u bought are not professionally suggested to you."


p/s: i really hope that all the efforts this time will lead to success.pray for me friends!

Saturday, November 20, 2010

TaK de MoTiF

salam.

wah..seronok baca blog orang lain dengan entri yang best and gambar bagai.serious best!!well,aku pun tetibe menjadi rajin nak menghupdate blog setelah memendam hasrat beberapa minggu di uia kuantanamo sana,tapi zasss!! tak de idea sangat.beberapa hari ni sangatlah letih and tetibe tadi menerima kunjungan yang tak dijangka oleh saudara mara sebanyak 4 buah kereta.ramai kan?


so,nantilah kalau ade cerita best,akan ade entri barulah.kalau tak,hehe...



serious tak de motif yang dapat dikenal pasti. nite!
blogger-emoticon.blogspot.com

Tuesday, November 16, 2010

eNtRi PeNdEk KONon

salam.

today,short entry only.

tadi tolong mama masak juadah untuk esok.banyak jugak.ketupat,rendang ayam,and mama nak buat laksa. pagi pagi dah tercegat dekat pasar.dekat sini,belah belah utara,mereka lebih keinggerisan.(sila baca ke-english-an.saje gedik nak tulis macam tu konon konon macam best)pasar lebih senang disebut market,elektrik lebih selesa disebut karen.haha.

sape bilang orang utara enggak hebat?

ok,sudah merepek.efek tengok cerita alisa(betul entah eja mcam ni) petang tadi even sebelum ni tak pernah tengok pon.gara gara peminat setia cerita indon dan melayu yang tegar balik ke rumah,maka kuasa veto ke atas tv hilang secara mendadak T_T

sambung stori.dekat pasar,borong segala bahan nak buat rendang,ketupat,and laksa for tomorrow as well as nasi daging for today.haha.bela lemak lah cuti sebulan ni.best jugak ye pergi kalau ke pasar bertujuan.

balik rumah,terus start kerja.seronok tau buat kerja ramai ramai.muhibbah.eceyh,cerita macam buat persiapan kenduri kawin je kan.ops!sori, mama ai tak bagi greenlight lagi lah.beliau cakap skill memasak sangat teruk.hahaha.

so,azam cuti ni:

NAK BELAJAR MASAK!!


oh,kali ni memang serious.dah tak nak main main.ceyh,kau cakap kosong je fana.haha.well,let's see if it's going to happen or not =)

esok,pagi insyaAllah raya kat rumah sekejap,then nak balik kampung.depends on my abah's health.sekarang musim batuk demam nih.take care of your health ya!

ok lah,ciao dulu.kan dah tulis kat atas tu; "today,short entry only" ?banyak lah kau short macam ni.



p/s: haru haru (day by day)my writing menjadi skema! I LIKE!!hahaha..in love dengan ayyy girl -jyj currently.tetibe.tak de sape tanya pon.no emoticon this time

Monday, November 15, 2010

TeRhArU



salam.

tadaima!!i'm home!it feels great,really great at home ok!makan nasi bertambah tambah lagi!kat kuantan,tak selera lah nak buat macam ni.makan sedap di rumah.oh,i miss home very much.i miss my mum's cooking damn much.hahahablogger-emoticon.blogspot.com

dan juga boleh buka 4shared!!


berkurun lama sudah beta tidak menconteng blog nih.betapa gundah gulana hati beta bila tak dapat nak view blogger.sobsobsob T_T

before nih, banyak sungguh nak cerita kat sini.konon2 nak mencapai impian untuk menjadi blogger tegar.tapi,sebab masalah tak boleh nak view blogger,draf dalam minda hilang seperti ku kirimkan khabar di angin lalu.ha,boleh bayang tak?walaupon tak de kaitan angin dan tak boleh view T_T

balik rumah,testing2.baca bismillah,then klik blogger icon dekat bookmark.alhamdulillah,boleh view,sign in and boleh taip kat sini.terharu!terharu yang dirasa bila nak dapat laptop baru.ehem ehem,itu signal.tak faham kah?hahah
blogger-emoticon.blogspot.com

macam pelik pulak kan.kat rumah boleh.kat uia kuantan sana tuh tak boleh,tapi orang lain boleh je.penat ok pergi usha setup orang lain.tapi,tak de yang lain pun sebab memang tak penah pulak tukar.alih2 tak boleh nak view.just half way then terus naik error message.kena ben ke?ape salah beta?serious sedih. T_T

tapi,tak pe.ade hikmah di sebalik yang berlaku.dapat fokus study untuk exam.eceyh.ape ape pon,dah selamat menjawab semua exam papers dengan jayanya(erk?) dalam masa seminggu.tunggu result je sekarang,insya Allah 6/12 ni.sementara tu,mari kita berfoye foye!ehem ehem,OKKB sekarang..nak ajak mama pergi shopping.hari shopping orang feremfuan.maka orang lain takkan faham.muahaha
blogger-emoticon.blogspot.com




aha!before terlambat, nak wish dekat semua

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA



insya Allah,nanti nak bawak famili pergi menyambut raya aidiladha di Makkah al-Mukarramah =)



p/s: banyak sungguh T_T kali ni kan?memang betul betul sedih ni!T_T